Wednesday 27 July 2016

Kahwin Dengan Kekasih Lama - [Sinopsis]


Sinopsis

Balik sahaja dari mengikuti acara Marathon di Singapore, Badrina dikejutkan dengan berita bahawa dia akan bertunang pada keesokan harinya. Kedua belah keluarga sudah bersetuju, tapi Badrina tidak bersetuju. Malah, terus sahaja Badrina hendak tempah tiket untuk pergi ke Beijing pada malam itu juga, akan tetapi Puan Katrina bijak, passport milik anaknya siap-siap disembunyikan.

-          “Mama, tolonglah mama, Rina tak nak bertunang dan tak nak kahwin. Rina gembira dengan hidup Rina sekarang. Please mama please.” – Badrina.
-        
  “Dia cakap dia kenal Rina sudah lama, siap boleh sebut nama penuh Rina lagi. Takkan Rina tidak kenal dengan dia? Nama dia Badrul Ilham.” – Puan Katrina.

-          “Hah! Badrul Ilham?!” – Badrina.

Macam mana pula dia tidak kenal dengan lelaki yang bernama Badrul Ilham, itu kekasih lama dia dulu semasa tingkatan tiga. Mereka berdua adalah sepasang kekasih hanya di alam maya, berjumpa pun gitu-gitu saja. Putus semasa tingkatan empat. Pembetulan. Diputuskan! D.I.P.U.T.U.S.K.A.N.

-          “Wahai Encik Badrul Ilham, tidak ada angin tidak ada ribut, tiba-tiba pinang I jadi isteri buat apa?” – Badrina.

-          “Hanya you seorang sahaja yang kenal dengan perangai I.” – Badrul Ilham.

-          “Itu I tak mahu tahu Badrul. I dah move on. Dah begitu lama dah. Dah belasan tahun pun kita putus. Itu cinta monyet belaka. Infact, you yang minta putus.” – Badrina.

-          I don’t care. By hook or by crook, I akan jadikan you isteri I yang sah.” – Badrul.

Celok sana celok sini, akhirnya Badrina dan Badrul Ilham disatukan juga. Akan tetapi, apabila Badrina bersedia untuk memulakan teras kepercayaannya buat suami, timbul pula masaalah yang datang. Si nenek tidak berpuas hati dengan pilihan hati si cucu tunggal.

Apabila Badrina tahu rupa-rupanya suaminya pernah bertunang dengan gadis pilihan si nenek, Badrina menjadi hairan. Cucu menantu pilihan punyalah baik, cukup sempurna serba serbi, Badrul pula begitu senang minta putus.


Apa yang membuatkan Badrul memilih Badrina sehingga sanggup mencari dirinya hanya semata-mata untuk dijadikan sebagai isteri? Apakah yang si nenek lakukan kepada rumah tangga Badrina dan Badrul? Dan, siapakah bekas tunang Badrul itu sehingga mereka boleh putus tunang? 


=========================================