Friday 30 December 2016

Kahwin Dengan Kekasih Lama - [Bab 14]

[Sekadar gambar hiasan]

Bab 14

SEMASA dalam perjalanan ke Danau Daun Chalet di Janda Baik, notifikasi dari aplikasi Whatsapp sering sahaja berbunyi. Oleh kerana Badrina jenis tidak dapat balas pesanan atau tengok telefon bimbit ketika kereta sedang bergerak, dia tahankan sahaja. Sudah semestinya bunyi notifikasi tersebut adalah dari grup Whatsapp.

            “Bukan main rancak lagi Whatsapp sayang berbunyi tu, tak nak cek ke? Manalah tahu penting,” tegur Badrul. Dia pun sebenarnya ada juga perasan telefon bimbitnya juga sering sahaja bergegar. Nasib baik Badrul sempat bagi telefon bimbit dia kepada silent mode. Kalau tidak mahu sepanjang jalan juga turut sama berbunyi.

            “Hmmm malaslah nak cek. Tu semua bunyi dari grup. Kalau penting sangat, diorang akan PM. Ini mesti ada berborak topik panaslah tu,” ujar Badrina pula memberi penjelasan.

            Badrul menganggukkan kepalanya tanda setuju akan kenyataan dari isterinya. Memang, grup Whatsapp itu ibarat tempat melepak. Apabila semua ahli-ahli dalam grup tersebut berbunyi, memang tidak menang tangan, apatah lagi kalau ada topik panas yang sedang dibincangkan.

            “Nak berhenti mana-mana tak? Isi perut sebelum kita check-in,” cadang lelaki itu. Sememangnya mereka sudah sampai di Janda Baik, tetapi jam masih awal. Check-in pula pada pukul dua petang.

            Anak mata Badrina liar melihat ke sekeliling kawasan di mana mereka berada sekarang. Ingin mencari tempat makan yang kena dengan jiwanya. “Hmmmm belum ada yang kena dengan selera honey sekarang.”

            “Nak makan ala-ala apa pula kali ini?” Badrul amat faham dengan sikap isterinya yang satu ini. Makan kena ada mood. Ini adalah salah satu sifat yang baru sahaja dia pelajari sepanjang mereka berdua bertunang.

            Kalau dulu manalah dia tahu, bercinta dari media sosial. Hendak berjumpa pun susah, takut-takut juga. Ayah mertuanya dulu garang seperti yang diceritakan oleh Badrina, tapi sekarang nampak chill sahaja dia tengok.

            Badrina masih berfikir hendak makan apa. Everyday struggle. “Belum ada idea lagilah hun.”

            “Nak makan western?”

            “Tak nak,” jawab Badrina laju.

            “Italian?”

            “Hmmm nope.”

            “Shabu-shabu?”

            Badrina hanya menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu.

            “Korean?”

            Lagi sekali Badrina geleng kepala. “Habis tu nak makan apa?”

            “Emmm, kita jalan-jalan sajalah dulu.”

            “Sayang, hun dah banyak kali pusing ni, tu yang hun decide kita pergi lunch dulu.” Badrina langsung sahaja menoleh ke arah suaminya. Manalah tahu ada idea terus.

            Hensem pula dia tengok lakinya dari sudut sisi. Mengancam. Satu senyuman nakal sudah mula terbit dari bibir merahnya. Idea untuk mengenakan si suami sudah mula timbul. “Nak makan hun boleh tak?”

            Mendengar sahaja kata-kata nakal dari isterinya itu, Badrul terus sahaja membalas senyuman nakal Badrina. “Kalau honey offer, hun bila-bila masa sahaja terima dengan hati yang terbuka. Nasib baik belum masanya untuk check-in sayang, kalau tidak, memang lunyai sayang hun kerjakan.”

            Bibir Badrina hanya mampu bermain mengherotkan bibirnya, itu tandanya dia kalah. Hendak buli Badrul tetapi tidak menjadi. Alih-alih dia pula yang kena. Satu jelingan selamat diberikan kepada lelaki itu. “Sukalah tu dapat kenakan kita balik.”

            “Sudah tentu.” Badrul semakin galak ingin membuli isterinya dengan kenyitan nakal dari matanya. Diikuti dengan keningnya yang sudah tidak henti-henti menjongket sehingga membuatkan Badrina lantas sahaja menarik telinga kiri Badrul. Geram.

            “Aww aww aww sakitlah sayang.” Adu Badrul sambil mengusap-usap cuping telinganya yang baru sahaja ditarik oleh Badrina.

            “Cepatlah hun, orang dah lapar ni,” alih Badrina. Malas mahu melayan. Ini kerana perutnya sudah mula memberi tanda bahawa dia sedang lapar. Baru ada rasa lapar selepas bertekak sedikit dengan sang suami.

            “Hailah sayang, hun dari tadi tanya honey nak makan apa, belum ada jawapan, macam mana nak makan. Karang kalau salah bawa restoran, honey pula yang tidak ada selera nak makan. Mengada-ngada betullah isteri hun ini tahu tak.”

            Badrina tergelak kecil tatkala mendengar bebelan suaminya itu. Baru beberapa hari mereka kahwin, masih boleh menghitung pakai jari, tetapi Badrul sudah mula tunjuk taring membebel pula. Bukan Badrina tidak suka, malah dia lagi suka. Dapat buli terus.

            “Tahan sajalah hun,” ketika itu mata Badrina sekali lagi menjalankan tugas melihat ke sekeliling di mana mereka berada, ini kerana mereka berdua masih berada di dalam kereta. Tetapi nasib baik Badrul sudah dapat letak kereta. Nampak ramai pula pengunjung-pengunjung yang bertandang di situ. Kalau akhir sedikit tadi, boleh jadi mereka akan ikut serta kesesakan jalan raya seperti yang berlaku di hadapan mereka sekarang. Hendak cari tempat letak kereta pun sesak jalan.

            Tiba-tiba anak mata Badrina terlihat satu restoran yang menarik minatnya. “Hun, jom pergi makan situ,” ucap Badrina sambil menunjukkan jari telunjuk kanannya ke restoran yang dimaksudkan.

            Tetapi Badrina hairan seketika, ini kerana suami di sebelahnya kini hanya kaku sahaja melihat ke hadapan. Bukan melihat ke restoran yang dimaksudkan, tetapi anak mata lelaki itu tajam menentang sesuatu. Badrina lantas sahaja mengalihkan badannya supaya berhadapan dengan Badrul.

            “Hun,” panggil Badrina. Tetapi tiada respon pula.

            Sekali lagi Badrina cuba, kali ini Badrina memanggil dengan menyentuh bahu suaminya dengan lembut. Hendak mengejutkan sedikit supaya Badrul boleh kembali ke alam nyata. Ini kerana, suaminya itu amat taksub sedang menentang sesuatu. Tidak dilupakan pula, raut wajah Badrul juga semakin kelam dan muram. Mood suaminya itu tiba-tiba sahaja bertukar menjadi bad mood. Badrina dapat rasa kesuraman di situ. “Hun.”

            Badrul tersentak dengan sentuhan daripada Badrina. Lantas dia menatap raut wajah isterinya. “Apa sayang?”

            Hairan. Berkerut seketika kedua kening Badrina tetapi serta-merta dia menghilangkan raut wajah yang musykil. “Honey nak makan dekat situ,” sekali lagi Badrina menunjukkan jari telunjuknya ke arah restoran tadi.

            “Ohh, boleh kita pergi tempat lain tak sayang?” satu soalan yang amat mengejutkan Badrina sebenarnya. Tadi bukan main suaminya beria menyuruhnya mencari restoran yang kena dengan seleranya sekarang. Sesudah dia dapat, boleh pula Badrul cancel. Ini mesti ada yang tidak kena nih. Mulalah dia nak jadi James Bond versi perempuan kalau macam ini.

            “Kenapa pula? Jomlah. Tadi dia juga yang cakap suruh honey pilih restoran mana. Honey dah dapat dah restoran mana orang nak makan. Dah lapar ni, perut dah bunyi. Nanti datang gastrik macam mana,” perut leper Badrina ditepuk oleh tuannya berkali-kali menandakan dia sedang lapar.

            Badrul menghela nafas berat. Bisa didengar oleh Badrina juga dengan keluhan suaminya. Dengan nada yang lambat dan dingin, Badrul bersetuju untuk makan di restoran yang dipilih oleh isterinya. “Okay, kita pergi makan sana.”

            Badrina malas mahu memanjangkan cerita. Adalah tu yang membuatkan suaminya tiba-tiba sahaja berubah angina, tetapi pasal apa? Aku ada buat salah ke tadi? Ada silap cakap ke yang membolehkan hati suami aku itu terguris sampai dingin begitu? Bukan dia tidak tahu, kalau Badrul ini diam macam tadi, mesti ada perkara yang dia tidak suka.

            Selesai sahaja mengunci pintu kereta, mereka berdua berjalan bergandingan dengan berpimpin tangan sehinggalah mereka sampai di muka pintu restoran tersebut. “Are you sure you want to eat here sayang?”

            Badrina menganggukkan kepalanya tanda mengiyakan soalan Badrul. “Yep. Jom masuk.”

            Dengan langkah perlahan, mereka berdua masuk ke dalam restoran itu. Restoran ala-ala jawa. Nampak ciri-ciri Indonesia di situ. Pelanggan di dalam restoran tersebut sedang ramai, sementelah sekarang adalah waktu orang makan tengahari. Mungkin tidak lama lagi restoran ini akan padat dikunjungi oleh orang ramai.

            Nasib mereka amat baik ketika mereka mencari tempat meja makan yang sesuai. Tempat meja yang sesuai dalam definisi mereka berdua ialah dekat dengan penghawa dingin. Tidak mahu duduk di bawah penghawa dingin. Setelah selesa dan berpuas hati dengan tempat duduk mereka sekarang, seorang pelayan gadis muda, nampak seperti baru lepas SPM, memberikan mereka berdua menu makanan.

            “Dik, akak nak nasi penyet satu. Teh C special juga satu ya,” pesan Badrina kepada gadis muda yang ketika itu sedang sibuk mencatit pesanan daripada Badrina.

[Sekadar gambar hiasan]

[Sekadar gambar hiasan]

            “Pecel lele penyet satu dik. Nasi dia abang nak yang nasi goreng ya dik dan bagi abang milo dinosaur satu,” gadis itu laju sahaja mencatit apa yang dipesan oleh Badrul tadi.

[Sekadar gambar hiasan]

[Sekadar gambar hiasan]

            “Oh, akak pun sama juga ya. Nasi kosong tukar jadi nasi goreng.”

            “Ada apa-apa lagi hendak ditambah dalam pesanan kak?” Badrina memberikan sebuah senyuman. Nasib baik dia panggil ‘kak’ tadi, itu ertinya gadis ini tidak mengedik bila melihat suaminya. Dahulu semasa mereka bertunang, asal sahaja pelayan perempuan, bila melihat raut wajah Badrul, semua bertukar terus jadi ulat bulu.

            “Emmm, bagi akak cendol sahajalah ya. Saiz kecil.” Gadis itu menganggukkan kepalanya sebelum berlalu daripada situ.

[Sekadar gambar hiasan]

            Apabila gadis itu jauh sedikit daripada mereka, anak mata Badrina jatuh kepada anak mata Badrul yang ketika ini sedang merenung dirinya dengan sebuah senyuman. “Kenapa tiba-tiba senyum pula ni?”

            Terserlah lekuk pipi yang tajam milik Badrul ketika ini. Macam lesung pipit, tapi bukan. Lebar pula senyuman dia kali ini. Tadi muram, sekarang ceria. Lelaki pun boleh terjebak dalam angin monsoon ke kalau gini gayanya?


“Ada orang tu macam senang hati pula tadi,” kata Badrul memulakan mukadimah.

            “Of courselah honey senang hati. Nak makan. Tengah lapar kot.”
            
“Bukan itu maksud hun.”

            “Habis tu apa pula maksud hun?”

            “Honey suka dengan budak tadi,” jawab Badrul sepatah. Berkerut kening Badrina, ingin menafsir apa yang ingin disampaikan oleh suaminya.

            “Uhuh? And then?” tanya Badrina dengan nada musykil.

            “Dia tak tengok hun tadi masa dia ambil order. Siap fokus dekat honey sahaja. Selalu bukan main cemberut lagi munjung orang itu setiap kali kita pergi makan ke restoran. Hari ini salam sejarah ni sayang.”

            “Cheh, perasan.”

            Sepanjang mereka menunggu makanan yang dipesan tadi sampai, ketika itu barulah Badrina ada masa untuk memeriksa semua pesanan dari Whatsapp. Baru sahaja satu jam lebih tidak cek telefon bimbit, pesanan sudah melebihi lima ratus. Badrina periksa satu persatu. Grup dengan teks paling tertinggi adalah grup dari keluarga bapa mertuanya di Johor. Barulah mereka tahu apa yang heboh sangat di dalam grup tersebut. Ini adalah grup khas untuk orang-orang muda.

            “Rumah Kasih Thuraya itu dekat mana hun?” tanya Badrina sambil matanya masih membaca teks-teks dari atas hingga ke bawah satu persatu.

            “Dekat Johor Bahru. Tak jauh dengan kota raya juga. Nenda dah beri arahan,” terang Badrul. Lelaki itu juga masih sibuk dengan telefon bimbitnya sambil membalas teks di dalam grup.

            Tiba-tiba terlepas tawa Badrina apatah lagi ketika itu makanan mereka sudah sampai. Bukan main liar lagi anak mata Badrina ketika itu. Sibuk dengan telefon bimbit satu hal. Sibuk dengan kecur air liur juga menjadi satu hal. Lapar punya fasal.

            Selesai mengucapkan terima kasih kepada pelayan yang menghidangkan makanan mereka, Badrina masih belum move on dengan benda yang membuatkan dia tertawa tadi.

            “Makan dulu sayang,” tegur Badrul. Lelaki itu sudah mencapai sudu dan garpu selepas dia selesai mengambil makanan di hadapan mereka kini.

            “Kenapa diorang takut dengan Azmina ni hun?” tanya Badrina yang masih dengan telefon bimbitnya.

            “Sebab tidak suka Azmina dekat situ,” jawab Badrul pendek.

            “Dulu dia pun ikut serta ke?”

            Badrul sekadar menganggukkan kepalanya.

            “Kenapa semasa kita bertunang, honey tidak pernah tahu pun akan kewujudan Rumah Kasih Thuraya ini?” Badrina merasa cemburu. Nampak sepertinya sepanjang Badrul dan bekas tunangnya itu bertunang, mereka berdua berkongsi banyak memori.

            “Nenda belum ada projek masa itu honey. Lagipun mereka semua di Johor excited hun kahwin dengan honey, bukan dengan Azmina. Sebab itu mereka di sana banyak buat persiapan juga. Tolong-tolong umi dan ayah sikit-sikit.”

            “Hish, kenapa semakin complicated pula dengan Azmina ini. Kenapa cousin belah Johor juga tidak suka dengan Azmina ya? Kalau belah umi, mungkin honey faham. Tapi ini boleh lanjut pula hak Johor.”

            Badrina meletakkan telefon bimbitnya, lalu mengambil sudu dan gerpu untuk makan makanan yang dipesan tadi.

            “Makin honey fikir, macam Azmina ini perempuan misterilah pula.” Badrina masih ingin membincangkan perkara itu.

            “Makan sayang,” tegur sang suami sekali lagi.

            “Honey curious. Masih belum dapat berhubung kait ketidaksukaan kedua-dua belah keluarga hun dengan Azmina. Memang nampak Azmina tidak baik di mata semua orang, tapi puncanya apa ya? I really wanna know.” Badrina tidak mahu mengalah.

            Badrul hanya mampu menggelengkan kepalanya. Macam-macamlah isterinya ini.

            “Ini kalau dalam novel, mesti pembaca pun tengah curious macam mana semua orang tidak suka dengan Azmina,” sambung Badrina lagi persis bercakap dengan diri sendiri.

            “Hish sayang, hadoi jauhnya angan-angan! Over pula honey ini sampai masuk ke dalam novel. Cepat makan, nanti gastrik. Eat.”

            “Yelah, itupun tidak boleh.”

            Mereka berdua hanya berbual kosong sepanjang mereka menikmati juadah di hadapan mereka. Ketika ini, mereka sedang menghabiskan cendol sambil bercerita bergelak ketawa. Bagai dunia ini mereka berdua. Tidak sedar masa juga sudah melebihi pukul dua petang. Lama betul mereka menikmati juadah.

            “Assalamualaikum.” Satu suara garau lelaki tiba-tiba sahaja mematikan perbualan mereka. Anak mata mereka berdua laju sahaja melihat siapa gerangan yang menegur dan memberi salam tadi.

            “Waalaikumsalam,” balas Badrul dan Badrina serentak.

            “Hey Fakhrul! Ohmai. Awak apa khabar? Lama tak dengar cerita. Selalu lintas dekat Facebook saja,” ceria suara Badrina apabila melihat akan gerangan yang menegur tadi.

            “Alhamdulillah baik. Awak pula apa khabar? Saya tengok tadi status relation awak dekat Facebook dah bertukar jadi married ya?”

            “Alhamdulillah, baik juga. Yes yes. Ini, saya kenalkan Badrul, suami saya. Hun, ini Fakhrul. Alah, kawan kita dekat Live Chat World dulu.” Bukan main lagi Badrina teruja sehingga dia tidak sedar akan perubahan wajah suaminya yang berusaha menahan marah.

            “Wow, sampai juga kamu berdua ke jinjang pelamin ya. Congrats man.” Fakhrul menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Badrul. Badrina tajam sahaja melihat kelakuan suaminya yang berubah itu. Lambat-lambat Badrul menyambut salaman tangan Fakhrul.

            “Thanks,” satu senyuman terpaksa dan tidak ikhlas diberikan kepada Fakhrul oleh suaminya.

            “Honey dah selesai makan? Pihak chalet dah telefon boleh check-in.” Badrina sekadar menganggukkan kepalanya. Terang lagi bersuluh Badrul tidak suka akan kehadiran Fakhrul di situ.


            “Oklah Fakhrul. Kami pergi dulu ya.” Tanpa pamitan, Badrul terus sahaja bangkit dari tempat duduknya, lalu menonong jalan ke kaunter pembayaran.

            Badrina pula seperti rasa bersalah untuk meninggalkan Fakhrul begitu sahaja. “Hati-hati bercuti Rina.”

            Hanya setakat lambaian sahaja Badrina mampu sampaikan kepada Fakhrul kerana dengan sekelip mata sahaja Badrul berada di luar pintu restoran. Amboi, bukan main sekejap lagi.

            Apa kes pula suaminya ini tiba-tiba sahaja bad mood bila Fakhrul menegur mereka berdua? Bukankah itu perkara baik. Dahulu mereka berdua ini rapat juga di dalam laman sosial di mana mereka bertiga mula kenal.

            Hmmm entahlah. Nantilah Badrina tanya. Kena ceriakan suami dahulu. Wajah dah cemberut tu.


            Harap-harap janganlah honeymoon kami berdua rosak hanya kerana Fakhrul. Hopefully.


=============================================
HAKCIPTA TERPELIHARA

Tidak dibenarkan mana-mana bahagian dari terbitan / blog ini diterbitkan / dibuat semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau dengan apa jua alat sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak penulis atau daripada pihak bakal penerbit yang asli.

=======================================
Group FB: 
Naskah dari RD Athan

Thursday 22 December 2016

Kahwin Dengan Kekasih Lama - [Bab 13]

[Sekadar gambar hiasan]

Bab 13

BANGUN saja dari tidur, tangan kekar Badrul masih erat memeluk pinggangnya. Posisi tidur ada sedikit bertukar dari semalam seingatnya, tetapi tangan si suami masih setia terletak di situ. Bukan bermakna Badrina tidak suka akan keadaan begini, malah dia teramat suka. Sungguh damai bila dipeluk oleh seseorang yang sudah halal buat dirinya, sebab itu selepas bangun, Badrina hanya bermalas-malasan di dalam pelukan Badrul.

            Apabila sedap sahaja berada di dalam pelukan suami, Badrina mudah terlelap kembali menyambung sisa mengantuk dan keletihan yang masih terasa sepanjang mereka memeriahkan acara persandingan mereka.

            Tidak lama kemudian, tiba-tiba telefon bimbit Badrul berbunyi nyaring sehingga membuatkan kedua-dua pasangan pengantin baru itu bergerak dari posisi mereka. Terganggu dengan deringan tersebut.

            Badrina mengeliatkan badannya, manakala Badrul pula mencapai telefon bimbitnya yang terletak di sebelah meja tidurnya. Dengan mata yang masih tertutup, Badrul menjawab panggilan tersebut. Tidak perlu periksa siapa pemanggilnya, kerana dari nada dering sudah mereka tahu siapa gerangannya.

            “Hello ummi. Assalamualaikum,” bukan main lagi terserlah suara baru bangun Badrul. Serak-serak basah gitu. Seksi meksi.

            “Baguslah kalau dia dah keluar, buat apa kita semua pula nak kecoh. Tambah air saja pun. Over bukan main,” ucap Badrul lagi sekali. Badrina yang turut mendengar sudah mengagak apa yang sedang berlaku. Ini mungkin ibu mertuanya memaklumkan mengenai keadaan Azmina sekarang.

            Malas hendak menganggu Badrul yang sedang bercakap dalam telefon, dan terkenangkan hari ini adalah tugas pertamanya sebagai isteri, dia harus membuat sarapan untuk suaminya yang terchenta. Aisehmen!

            Baru sahaja dia ingin bangkit daripada katil mereka, tangan kekar Badrul langsung memeluk pinggangnya sehingga membuatkan Badrina terduduk semula di atas katil mereka. Bukan main berkerut lagi kedua kening Badrina. Tanpa membuang masa, Badrina hanya turuti makna pelukan suaminya itu dengan berbaring di sisi Badrul sambil mengusap-usap dadanya sementelah lelaki itu masih melayan umminya di corong telefon.

            “Along malaslah nak layan nenek. Suka sangat kacau rancangan orang. Biar sajalah orang lain yang hantar pergi rumah,” mendengar sahaja kata-kata suaminya itu, dalam diam Badrina juga mengakui nenek Hajah Sameon mereka ini seorang yang suka merosakkan rancangan mereka semua.

            “Boleh saja pinjam driver Mama Muna untuk sementara waktu. Tak payahlah asyik nak kaitkan dengan Along kalau Azmina itu sakit ke apa.” Wah, Badrul sudah nampak marah dari gaya percakapannya. Badrina hanya mampu diam sahaja sambil menikmati usapan di belakang kepalanya. Aman.

            “Tidak apa ummi, Along malas nak layan sangat. Biarlah nenek tu. Nanti lama-lama faham juga nenek tu nanti. Ummi, Along nak pergi honeymoon sekejap kat Janda Baik,” sejurus sahaja Badrul berkata begitu, Badrina memanggungkan wajah untuk menatap suaminya dengan reaksi yang sedikit terkejut.

            Dia dah decide dekat mana nak honeymoon, ini tidak boleh jadi. Terus sahaja Badrina kerutkan muka tanda marah tapi ala-ala manja gitu. Bibir pun sudah mula muncung. Kelakuan itu membuatkan Badrul tertawa ketika dia masih bercakap dengan Puan Laila.

            “Hahaha, bukan Along ketawakan ummi pula. Ada seorang bidadari ni suka sangat buat suami dia tertawa pagi-pagi.” Cis! Bukan main langgar lagi si suami berkata begitu kepada umminya. Malu!

            Bibir Badrina sudah mengherot. Dada suaminya dicubit-cubit manja. Badrul pula semakin besar gelak tawanya. Gelak macam orang tidak ada hutang seumur hidup. Gelak orang senang hati.

            “Oklah ummi. Jangan layan sangat permintaan nenek tu. Nanti ummi pula yang letih. Azmina tu keracunan makanan sahaja ummi. Macam yang doktor cakap, nanti petang boleh saja balik. Driver Mama Muna kan ada.”

            Mungkin Puan Laila ada berpesan sesuatu kepada Badrul selepas itu sebelum dia menutup panggilannya. “Okay, Insya Allah ummi. Waalaikumsalam.”

            “Kenapa dengan Azmina?” tanya Badrina laju. Dia ingin tahu dari mulut suaminya sendiri.

            “Dia dah boleh keluar petang ini, tapi nenek mahu hun yang pergi ambil dia dan Azmina di hospital.”

            “Dalam banyak-banyak orang, kenapa hun pula yang jadi tukang ambil?” Badrul terus sahaja mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

            “Nenek masih berharapan supaya hun balik semula dengan Azminalah tu. Macamlah orang tidak tahu trick nenek dia,” sambung Azmina lagi.

            “Tak perlu risaulah akan rancangan nenek dengan Azmina itu. I have lots of strong reasons for not to accept her as my wife,” ucapan daripada Badrul itu terus sahaja Badrina terkenangkan sesuatu.

            “A’alah, honey ada mission pasal itu. Ok ok. I trust you. Thank you tau sebab ingatkan saya pasal mission bagaimana suami boleh putus dengan bekas tunang.”

            “Suka dia ya bila terkenangkan pasal mission tu,” badan Badrul sudah mula mengiring dengan menompangkan tangan kirinya.

            “Sudah semestinya. Cabaran untuk honey. Awal tak nak sarapan ke hun? Dahlah nak pergi honeymoon ke Janda Baik tak beritahu orang dulu,” bukan main lagi Badrina menjeling bila perkara itu dibangkit.

            “Sorry sayang, bukan hun tidak mahu beritahu. Spontaneous event. Semalam masa asyik belek-belek Facebook, nampak dekat news feed pasal Danau Daun Chalet ni. Dari gambar cantik sangat. Sesuai untuk kita berdua.”

[Sekadar gambar hiasan]

            Badrina menganggukkan kepalanya lembut sambil menghadam informasi yang diberikan oleh suaminya. Terkenangkan jarak jauh dari Mutiara Damansara dan Janda Baik, terus sahaja Badrina bangkit dari tempat pembaringannya.

            “Jom cepat. Nanti nenek terchenta hun datang serang sini, habis terbantut pre-honeymoon kita berdua. Belum mandi lagi. Aghhhh belum packing lagi. Kita belum sarapan lagi. Macam mana ni mana mana? Ohmaigosh!”

            “Sayang pergi mandi, biar hun saja yang packing,” usul Badrul. Tanpa berkata apa-apa, Badrina terus sahaja bersetuju dengan cadangan suaminya.

            Sejurus sahaja Badrina masuk ke bilik mandi yang terletak di hujung bilik, Badrul dengan senang hati mengemas baju-baju dan keperluan untuk mereka berdua cukup sepanjang penginapan di Janda Baik nanti. Kalau tidak cukup, mereka bisa saja membeli di sana. Bukannya susah pun. Sedang dia mengemas baju-baju untuk mereka berdua, dengan minda yang agak nakal, Badrul sekaligus memasukkan baju khas buat isterinya. Khas untuk mereka berdua sahaja. Badrina tidak tahu dia ada belikan baju tidur yang teramat seksi. Thanks to Facebook.

Seronok juga shopping online ini sekali-sekala. Tidak perlu masuk butik wanita. Tidak perlu menebalkan muka. Hehehe! Di Facebook, macam-macam jenis dan corak ada, pembeli hanya tahu pilih sahaja. Ini dia baru belikan dua jenis, pada masa akan datang, dia akan belikan Badrina banyak lagi.

Cukup satu bagasi Badrul siap mengemas, Badrina sudah selesai mandi dengan keluar dalam keadaan yang berkemban. Anak mata Badrul terus sahaja melekat. Seksi giler bini aku. Dahlah belum rasmi lagi ni. Si isteri pula macam nak menggoda sahaja kerjanya pagi-pagi begini.

“Seksi,” komen Badrul ketika Badrina sedang mencari pakaian di dalam almari.

Mendengar teguran daripada si suami dari arah belakangnya, langsung sahaja Badrina menoleh di mana suaminya berada. Dengan senyuman nakal, sebuah kenyitan mata menggoda dihadiahkan kepada sang suami. “Jangan sayang, nanti cancel pula plan ke Janda Baik.”

Bukan main munjung lagi bibir Badrina tatkala lelaki di hadapannya kini berkata begitu. Tak apa, nanti di Janda Baik dia boleh sambung sesi goda-menggodanya. “Yelah. Pergilah mandi. Honey sediakan baju untuk awak.”

“Bak sini tuala hun,” laju sahaja Badrina mencapai tuala biru gelap milik Badrul kepada tuannya. “Sayang sediakan sarapan untuk kita berdua ya. Bekalan dalam perjalanan. Kita bekal saja ya.”

Badrina menganggukkan kepalanya. Selepas dia siap berpakaian dan puas hati dengan penampilannya, Badrina terus sahaja mencari baju yang sesuai untuk Badrul. Sama warna dengan dirinya. Barulah nampak macam pengantin baru pasangan sejoli.

Setelah selesai dengan sesi pemilihan baju untuk suaminya, Badrina keluar melangkah menuju ke ruang dapur. Sampai sahaja ke tingkat bawah, suasana ruang tamu begitu sunyi. Mana pula sepupu-sepupu suaminya sekarang? Ayah dengan ummi Badrul memang tidak ada di rumah sebab sekarang mereka berada di hospital ataupun di rumah nenek Hajah Sameon.

Tanpa memikirkan keadaan sunyi itu dengan lebih lanjut, Badrina terus sahaja menyediakan untuk bekalan mereka berdua. Nanti dia sendiri akan bertanya kemana sepupu-sepupunya menghilang dipagi hari.

“Hmmmm, buat neslo sajalah untuk minum pagi. Untuk aku pula, aku nak minum green tea.” Dengan senang hati, Badrina menyediakan dua tomas minuman untuk mereka berdua sementelah dia tahu perut mereka berdua masing kosong.

Siap sahaja dia membuat minuman, kali ini Badrina menyediakan sandwich pula. Nasib baik barang-barang untuk menyediakan sandwich masih banyak di dalam peti sejuk rumah mentuanya ini. Senang sikit kerja Badrina. Tidak perlu banyak rasanya sebab hanya mereka berdua sahaja yang makan nanti.

“Sayang,” kedengaran suara suaminya memanggil.

“Ya. Sekajap lagi nak siap.” Minyak harum suaminya sudah mula menghampiri dirinya, ini bermakna Badrul ada berada di belakangnya. Belum pun sempat Badrina buat apa-apa, Badrul sudah memeluknya dari belakang.

Pipi gebu si isteri dicium berkali-kali sehingga membuatkan pekerjaan Badrina tergendala buat seketika. “Hun, orang nak buat kerjalah. Janganlah kacau. Pergi masukkan luggage dalam kereta.”

“Kacau sikit pun tak boleh,” ujar Badrul sebelum dia melepaskan pelukannya.

“Cheh.” Badrina malas hendak komen banyak. Takut karang kalau dia komen banyak, nampak sangat dia sebenarnya ingin berada di dalam pelukan si suami malah kalau boleh merasmikan mereka berdua sebagai suami isteri pada ketika itu juga. Gatal sangat. Well, memang mereka berdua ini sama sahaja gatalnya. Masa berkenalan dulu pun memang terserlah kegatalan masing-masing. Dah dua-dua pun sebenarnya otak biru.

Badrina siap mengemaskan bekalan mereka berdua lalu melangkah ke ruang tamu. Selepas meletakkan bekalan di salah satu meja di sana, Badrina berlari anak menuju ke tingkat atas di mana bilik mereka berada untuk mengambil beg tangannya. Tidak lupa juga dengan alat GoPronya. Dia tidak boleh melupakan gadjetnya yang satu itu sebab awal-awal lagi sudah suaminya melarang untuk tidak membawa sebarang laptop dan kamera Canonnya yang sering digunakan untuk merakam video.

Honey, cepat. Dah siap ke belum?” laungan si suami begitu lantang terdengar dari aras bawah rumah mentuanya. Hish, baru saja dia hilang sekejap.

“Sekejaplah,” balas Badrina sambil berlari anak turun semula ke ruang tamu.

Apabila Badrul melihat benda yang dibawa oleh isterinya, lelaki itu hanya mampu menggelengkan kepalanya. “Tak boleh bawa semua, GoPro pun boleh jadi.”

“Hey, this is my savior okay. Honey nak rakam semua kenangan kita semasa pre-honeymoon.”

“Lepas itu boleh showoff ke seluruh dunia?”

Sharing session. Bukan showoff.” Badrina tidak mahu mengalah.

Up to you sayang, tapi nasihat hun kalau boleh jangan riak ya dengan honeymoon kita. Banyak pasangan yang sudah berkahwin tidak mampu untuk membawa isterinya berjalan-jalan seperti kita berdua sekarang.”

Mendengar sahaja pesanan khas daripada suaminya itu membuatkan Badrina terdiam buat seketika sebelum dia memberikan sebuah senyuman kepada lelaki itu. “Insya Allah, I will.”

Senang hatinya bila Badrina tidak melawan akan tegurannya yang tadi. Risau juga kalau isterinya itu melenting, persis macam semasa mereka bercinta dahulu. Badrina yang sekarang nampak lebih matang daripada Badrina yang dahulu ketika mereka remaja.

“Oh, lupa nak tanya. Mana pergi semua orang ya hun? Sunyi semacam sahaja honey tengok. Bibik pun saya tak nampak,” tanya Badrina ketika mereka sudah berada di luar pintu utama. Badrul pula ketika itu sibuk mengunci pintu di hadapannya.

“Ummi ada Whatsapp, bibik semua dikerahkan ke rumah nenek untuk jaga Azmina. Yang lain lari ke rumah Acik Diza, sebab mereka semua tahu rumah Acik Diza adalah rumah paling selamat buat masa sekarang.”

Bila mendengar nama salah seorang mak cik Badrul itu, tercetus terus gelak ketawa Badrina. Sememangnya mereka semua amat tahu, Acik Diza adalah anak yang paling leser. Bak kata orang, Azmina memang takut dengan Acik Diza. Sebab itu Badrina memang suka sangat dengan Acik Diza, sebab mereka geng. Semasa Azmina dimaklumkan bertahan di hospital dan selepas tahu hanya keracunan makanan, Acik Diza siap komen pedas lagi, selagi belum disahkan Azmina itu meninggal, malas dia nak menjengguk.

Jahat memang jahat, tapi Badrina lagi tergelak suka bila dia membaca text Acik Diza dalam grup Whatsapp terbesar keluarga belah Puan Laila.

Badrul mengenggam tangan isterinya selepas dia memastikan pintu rumah orang tuanya berkunci. “Jom kita pergi Danau Daun Chalet. Cherish our first memories together as a married couple.”


“Janda Baik, here we go!”

==============================
HAKCIPTA TERPELIHARA

Tidak dibenarkan mana-mana bahagian dari terbitan / blog ini diterbitkan / dibuat semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau dengan apa jua alat sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak penulis atau daripada pihak bakal penerbit yang asli.

====================================

Group FB : Naskah dari RD Athan