[Sekadar gambar hiasan]
Bab 14
SEMASA dalam perjalanan ke Danau Daun Chalet di Janda
Baik, notifikasi dari aplikasi Whatsapp sering sahaja berbunyi. Oleh kerana
Badrina jenis tidak dapat balas pesanan atau tengok telefon bimbit ketika
kereta sedang bergerak, dia tahankan sahaja. Sudah semestinya bunyi notifikasi
tersebut adalah dari grup Whatsapp.
“Bukan
main rancak lagi Whatsapp sayang berbunyi tu, tak nak cek ke? Manalah tahu
penting,” tegur Badrul. Dia pun sebenarnya ada juga perasan telefon bimbitnya
juga sering sahaja bergegar. Nasib baik Badrul sempat bagi telefon bimbit dia
kepada silent mode. Kalau tidak mahu
sepanjang jalan juga turut sama berbunyi.
“Hmmm
malaslah nak cek. Tu semua bunyi dari grup. Kalau penting sangat, diorang akan
PM. Ini mesti ada berborak topik panaslah tu,” ujar Badrina pula memberi
penjelasan.
Badrul
menganggukkan kepalanya tanda setuju akan kenyataan dari isterinya. Memang,
grup Whatsapp itu ibarat tempat melepak. Apabila semua ahli-ahli dalam grup
tersebut berbunyi, memang tidak menang tangan, apatah lagi kalau ada topik
panas yang sedang dibincangkan.
“Nak
berhenti mana-mana tak? Isi perut sebelum kita check-in,” cadang lelaki itu. Sememangnya mereka sudah sampai di
Janda Baik, tetapi jam masih awal. Check-in
pula pada pukul dua petang.
Anak
mata Badrina liar melihat ke sekeliling kawasan di mana mereka berada sekarang.
Ingin mencari tempat makan yang kena dengan jiwanya. “Hmmmm belum ada yang kena
dengan selera honey sekarang.”
“Nak
makan ala-ala apa pula kali ini?” Badrul amat faham dengan sikap isterinya yang
satu ini. Makan kena ada mood. Ini adalah salah satu sifat yang baru sahaja dia
pelajari sepanjang mereka berdua bertunang.
Kalau
dulu manalah dia tahu, bercinta dari media sosial. Hendak berjumpa pun susah,
takut-takut juga. Ayah mertuanya dulu garang seperti yang diceritakan oleh
Badrina, tapi sekarang nampak chill
sahaja dia tengok.
Badrina
masih berfikir hendak makan apa. Everyday
struggle. “Belum ada idea lagilah hun.”
“Nak
makan western?”
“Tak
nak,” jawab Badrina laju.
“Italian?”
“Hmmm
nope.”
“Shabu-shabu?”
Badrina
hanya menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu.
“Korean?”
Lagi
sekali Badrina geleng kepala. “Habis tu nak makan apa?”
“Emmm,
kita jalan-jalan sajalah dulu.”
“Sayang,
hun dah banyak kali pusing ni, tu
yang hun decide kita pergi lunch dulu.” Badrina langsung sahaja
menoleh ke arah suaminya. Manalah tahu ada idea terus.
Hensem
pula dia tengok lakinya dari sudut sisi. Mengancam. Satu senyuman nakal sudah
mula terbit dari bibir merahnya. Idea untuk mengenakan si suami sudah mula
timbul. “Nak makan hun boleh tak?”
Mendengar
sahaja kata-kata nakal dari isterinya itu, Badrul terus sahaja membalas
senyuman nakal Badrina. “Kalau honey
offer, hun bila-bila masa sahaja terima dengan hati yang terbuka. Nasib
baik belum masanya untuk check-in
sayang, kalau tidak, memang lunyai sayang hun
kerjakan.”
Bibir
Badrina hanya mampu bermain mengherotkan bibirnya, itu tandanya dia kalah.
Hendak buli Badrul tetapi tidak menjadi. Alih-alih dia pula yang kena. Satu
jelingan selamat diberikan kepada lelaki itu. “Sukalah tu dapat kenakan kita
balik.”
“Sudah
tentu.” Badrul semakin galak ingin membuli isterinya dengan kenyitan nakal dari
matanya. Diikuti dengan keningnya yang sudah tidak henti-henti menjongket
sehingga membuatkan Badrina lantas sahaja menarik telinga kiri Badrul. Geram.
“Aww
aww aww sakitlah sayang.” Adu Badrul sambil mengusap-usap cuping telinganya
yang baru sahaja ditarik oleh Badrina.
“Cepatlah
hun, orang dah lapar ni,” alih
Badrina. Malas mahu melayan. Ini kerana perutnya sudah mula memberi tanda
bahawa dia sedang lapar. Baru ada rasa lapar selepas bertekak sedikit dengan
sang suami.
“Hailah
sayang, hun dari tadi tanya honey nak makan apa, belum ada jawapan,
macam mana nak makan. Karang kalau salah bawa restoran, honey pula yang tidak ada selera nak makan. Mengada-ngada betullah
isteri hun ini tahu tak.”
Badrina
tergelak kecil tatkala mendengar bebelan suaminya itu. Baru beberapa hari
mereka kahwin, masih boleh menghitung pakai jari, tetapi Badrul sudah mula
tunjuk taring membebel pula. Bukan Badrina tidak suka, malah dia lagi suka.
Dapat buli terus.
“Tahan
sajalah hun,” ketika itu mata Badrina
sekali lagi menjalankan tugas melihat ke sekeliling di mana mereka berada, ini
kerana mereka berdua masih berada di dalam kereta. Tetapi nasib baik Badrul
sudah dapat letak kereta. Nampak ramai pula pengunjung-pengunjung yang bertandang
di situ. Kalau akhir sedikit tadi, boleh jadi mereka akan ikut serta kesesakan
jalan raya seperti yang berlaku di hadapan mereka sekarang. Hendak cari tempat
letak kereta pun sesak jalan.
Tiba-tiba
anak mata Badrina terlihat satu restoran yang menarik minatnya. “Hun, jom pergi
makan situ,” ucap Badrina sambil menunjukkan jari telunjuk kanannya ke restoran
yang dimaksudkan.
Tetapi
Badrina hairan seketika, ini kerana suami di sebelahnya kini hanya kaku sahaja
melihat ke hadapan. Bukan melihat ke restoran yang dimaksudkan, tetapi anak
mata lelaki itu tajam menentang sesuatu. Badrina lantas sahaja mengalihkan
badannya supaya berhadapan dengan Badrul.
“Hun,” panggil Badrina. Tetapi tiada
respon pula.
Sekali
lagi Badrina cuba, kali ini Badrina memanggil dengan menyentuh bahu suaminya
dengan lembut. Hendak mengejutkan sedikit supaya Badrul boleh kembali ke alam
nyata. Ini kerana, suaminya itu amat taksub sedang menentang sesuatu. Tidak
dilupakan pula, raut wajah Badrul juga semakin kelam dan muram. Mood suaminya
itu tiba-tiba sahaja bertukar menjadi bad
mood. Badrina dapat rasa kesuraman di situ. “Hun.”
Badrul
tersentak dengan sentuhan daripada Badrina. Lantas dia menatap raut wajah
isterinya. “Apa sayang?”
Hairan.
Berkerut seketika kedua kening Badrina tetapi serta-merta dia menghilangkan
raut wajah yang musykil. “Honey nak
makan dekat situ,” sekali lagi Badrina menunjukkan jari telunjuknya ke arah restoran
tadi.
“Ohh,
boleh kita pergi tempat lain tak sayang?” satu soalan yang amat mengejutkan
Badrina sebenarnya. Tadi bukan main suaminya beria menyuruhnya mencari restoran
yang kena dengan seleranya sekarang. Sesudah dia dapat, boleh pula Badrul cancel. Ini mesti ada yang tidak kena
nih. Mulalah dia nak jadi James Bond versi perempuan kalau macam ini.
“Kenapa
pula? Jomlah. Tadi dia juga yang cakap suruh honey pilih restoran mana. Honey
dah dapat dah restoran mana orang nak makan. Dah lapar ni, perut dah bunyi.
Nanti datang gastrik macam mana,” perut leper Badrina ditepuk oleh tuannya
berkali-kali menandakan dia sedang lapar.
Badrul
menghela nafas berat. Bisa didengar oleh Badrina juga dengan keluhan suaminya.
Dengan nada yang lambat dan dingin, Badrul bersetuju untuk makan di restoran
yang dipilih oleh isterinya. “Okay, kita pergi makan sana.”
Badrina
malas mahu memanjangkan cerita. Adalah tu yang membuatkan suaminya tiba-tiba
sahaja berubah angina, tetapi pasal apa? Aku ada buat salah ke tadi? Ada silap
cakap ke yang membolehkan hati suami aku itu terguris sampai dingin begitu?
Bukan dia tidak tahu, kalau Badrul ini diam macam tadi, mesti ada perkara yang
dia tidak suka.
Selesai
sahaja mengunci pintu kereta, mereka berdua berjalan bergandingan dengan
berpimpin tangan sehinggalah mereka sampai di muka pintu restoran tersebut. “Are you sure you want to eat here
sayang?”
Badrina
menganggukkan kepalanya tanda mengiyakan soalan Badrul. “Yep. Jom masuk.”
Dengan
langkah perlahan, mereka berdua masuk ke dalam restoran itu. Restoran ala-ala
jawa. Nampak ciri-ciri Indonesia di situ. Pelanggan di dalam restoran tersebut
sedang ramai, sementelah sekarang adalah waktu orang makan tengahari. Mungkin
tidak lama lagi restoran ini akan padat dikunjungi oleh orang ramai.
Nasib
mereka amat baik ketika mereka mencari tempat meja makan yang sesuai. Tempat meja
yang sesuai dalam definisi mereka berdua ialah dekat dengan penghawa dingin.
Tidak mahu duduk di bawah penghawa dingin. Setelah selesa dan berpuas hati
dengan tempat duduk mereka sekarang, seorang pelayan gadis muda, nampak seperti
baru lepas SPM, memberikan mereka berdua menu makanan.
“Dik,
akak nak nasi penyet satu. Teh C special
juga satu ya,” pesan Badrina kepada gadis muda yang ketika itu sedang sibuk
mencatit pesanan daripada Badrina.
[Sekadar gambar hiasan]
[Sekadar gambar hiasan]
“Pecel
lele penyet satu dik. Nasi dia abang nak yang nasi goreng ya dik dan bagi abang
milo dinosaur satu,” gadis itu laju
sahaja mencatit apa yang dipesan oleh Badrul tadi.
[Sekadar gambar hiasan]
[Sekadar gambar hiasan]
“Oh,
akak pun sama juga ya. Nasi kosong tukar jadi nasi goreng.”
“Ada
apa-apa lagi hendak ditambah dalam pesanan kak?” Badrina memberikan sebuah
senyuman. Nasib baik dia panggil ‘kak’ tadi, itu ertinya gadis ini tidak
mengedik bila melihat suaminya. Dahulu semasa mereka bertunang, asal sahaja
pelayan perempuan, bila melihat raut wajah Badrul, semua bertukar terus jadi
ulat bulu.
“Emmm,
bagi akak cendol sahajalah ya. Saiz kecil.” Gadis itu menganggukkan kepalanya
sebelum berlalu daripada situ.
[Sekadar gambar hiasan]
Apabila
gadis itu jauh sedikit daripada mereka, anak mata Badrina jatuh kepada anak
mata Badrul yang ketika ini sedang merenung dirinya dengan sebuah senyuman. “Kenapa
tiba-tiba senyum pula ni?”
Terserlah
lekuk pipi yang tajam milik Badrul ketika ini. Macam lesung pipit, tapi bukan. Lebar
pula senyuman dia kali ini. Tadi muram, sekarang ceria. Lelaki pun boleh
terjebak dalam angin monsoon ke kalau gini gayanya?
“Ada orang tu macam senang hati pula tadi,” kata
Badrul memulakan mukadimah.
“Of courselah honey senang hati. Nak makan. Tengah lapar kot.”
“Bukan
itu maksud hun.”
“Habis
tu apa pula maksud hun?”
“Honey suka dengan budak tadi,” jawab
Badrul sepatah. Berkerut kening Badrina, ingin menafsir apa yang ingin
disampaikan oleh suaminya.
“Uhuh?
And then?” tanya Badrina dengan nada
musykil.
“Dia
tak tengok hun tadi masa dia ambil order. Siap fokus dekat honey sahaja. Selalu bukan main cemberut
lagi munjung orang itu setiap kali kita pergi makan ke restoran. Hari ini salam
sejarah ni sayang.”
“Cheh,
perasan.”
Sepanjang
mereka menunggu makanan yang dipesan tadi sampai, ketika itu barulah Badrina
ada masa untuk memeriksa semua pesanan dari Whatsapp. Baru sahaja satu jam
lebih tidak cek telefon bimbit, pesanan sudah melebihi lima ratus. Badrina
periksa satu persatu. Grup dengan teks paling tertinggi adalah grup dari
keluarga bapa mertuanya di Johor. Barulah mereka tahu apa yang heboh sangat di
dalam grup tersebut. Ini adalah grup khas untuk orang-orang muda.
“Rumah
Kasih Thuraya itu dekat mana hun?”
tanya Badrina sambil matanya masih membaca teks-teks dari atas hingga ke bawah
satu persatu.
“Dekat
Johor Bahru. Tak jauh dengan kota raya juga. Nenda dah beri arahan,” terang Badrul.
Lelaki itu juga masih sibuk dengan telefon bimbitnya sambil membalas teks di
dalam grup.
Tiba-tiba
terlepas tawa Badrina apatah lagi ketika itu makanan mereka sudah sampai. Bukan
main liar lagi anak mata Badrina ketika itu. Sibuk dengan telefon bimbit satu
hal. Sibuk dengan kecur air liur juga menjadi satu hal. Lapar punya fasal.
Selesai
mengucapkan terima kasih kepada pelayan yang menghidangkan makanan mereka,
Badrina masih belum move on dengan
benda yang membuatkan dia tertawa tadi.
“Makan
dulu sayang,” tegur Badrul. Lelaki itu sudah mencapai sudu dan garpu selepas
dia selesai mengambil makanan di hadapan mereka kini.
“Kenapa
diorang takut dengan Azmina ni hun?”
tanya Badrina yang masih dengan telefon bimbitnya.
“Sebab
tidak suka Azmina dekat situ,” jawab Badrul pendek.
“Dulu
dia pun ikut serta ke?”
Badrul
sekadar menganggukkan kepalanya.
“Kenapa
semasa kita bertunang, honey tidak pernah tahu pun akan kewujudan Rumah Kasih
Thuraya ini?” Badrina merasa cemburu. Nampak sepertinya sepanjang Badrul dan
bekas tunangnya itu bertunang, mereka berdua berkongsi banyak memori.
“Nenda
belum ada projek masa itu honey.
Lagipun mereka semua di Johor excited hun
kahwin dengan honey, bukan dengan
Azmina. Sebab itu mereka di sana banyak buat persiapan juga. Tolong-tolong umi
dan ayah sikit-sikit.”
“Hish,
kenapa semakin complicated pula
dengan Azmina ini. Kenapa cousin
belah Johor juga tidak suka dengan Azmina ya? Kalau belah umi, mungkin honey faham. Tapi ini boleh lanjut pula
hak Johor.”
Badrina
meletakkan telefon bimbitnya, lalu mengambil sudu dan gerpu untuk makan makanan
yang dipesan tadi.
“Makin
honey fikir, macam Azmina ini perempuan misterilah pula.” Badrina masih ingin
membincangkan perkara itu.
“Makan
sayang,” tegur sang suami sekali lagi.
“Honey curious. Masih belum dapat berhubung
kait ketidaksukaan kedua-dua belah keluarga hun dengan Azmina. Memang nampak
Azmina tidak baik di mata semua orang, tapi puncanya apa ya? I really wanna know.” Badrina tidak mahu
mengalah.
Badrul
hanya mampu menggelengkan kepalanya. Macam-macamlah isterinya ini.
“Ini
kalau dalam novel, mesti pembaca pun tengah curious macam mana semua orang
tidak suka dengan Azmina,” sambung Badrina lagi persis bercakap dengan diri
sendiri.
“Hish
sayang, hadoi jauhnya angan-angan! Over
pula honey ini sampai masuk ke dalam novel. Cepat makan, nanti gastrik. Eat.”
“Yelah,
itupun tidak boleh.”
Mereka
berdua hanya berbual kosong sepanjang mereka menikmati juadah di hadapan
mereka. Ketika ini, mereka sedang menghabiskan cendol sambil bercerita bergelak
ketawa. Bagai dunia ini mereka berdua. Tidak sedar masa juga sudah melebihi
pukul dua petang. Lama betul mereka menikmati juadah.
“Assalamualaikum.”
Satu suara garau lelaki tiba-tiba sahaja mematikan perbualan mereka. Anak mata
mereka berdua laju sahaja melihat siapa gerangan yang menegur dan memberi salam
tadi.
“Waalaikumsalam,”
balas Badrul dan Badrina serentak.
“Hey
Fakhrul! Ohmai. Awak apa khabar? Lama tak dengar cerita. Selalu lintas dekat
Facebook saja,” ceria suara Badrina apabila melihat akan gerangan yang menegur
tadi.
“Alhamdulillah
baik. Awak pula apa khabar? Saya tengok tadi status relation awak dekat Facebook
dah bertukar jadi married ya?”
“Alhamdulillah,
baik juga. Yes yes. Ini, saya
kenalkan Badrul, suami saya. Hun, ini
Fakhrul. Alah, kawan kita dekat Live Chat
World dulu.” Bukan main lagi Badrina teruja sehingga dia tidak sedar akan
perubahan wajah suaminya yang berusaha menahan marah.
“Wow,
sampai juga kamu berdua ke jinjang pelamin ya. Congrats man.” Fakhrul menghulurkan tangan untuk bersalam dengan
Badrul. Badrina tajam sahaja melihat kelakuan suaminya yang berubah itu.
Lambat-lambat Badrul menyambut salaman tangan Fakhrul.
“Thanks,” satu senyuman terpaksa dan
tidak ikhlas diberikan kepada Fakhrul oleh suaminya.
“Honey dah selesai makan? Pihak chalet
dah telefon boleh check-in.” Badrina
sekadar menganggukkan kepalanya. Terang lagi bersuluh Badrul tidak suka akan
kehadiran Fakhrul di situ.
“Oklah
Fakhrul. Kami pergi dulu ya.” Tanpa pamitan, Badrul terus sahaja bangkit dari
tempat duduknya, lalu menonong jalan ke kaunter pembayaran.
Badrina
pula seperti rasa bersalah untuk meninggalkan Fakhrul begitu sahaja. “Hati-hati
bercuti Rina.”
Hanya
setakat lambaian sahaja Badrina mampu sampaikan kepada Fakhrul kerana dengan
sekelip mata sahaja Badrul berada di luar pintu restoran. Amboi, bukan main
sekejap lagi.
Apa
kes pula suaminya ini tiba-tiba sahaja bad
mood bila Fakhrul menegur mereka berdua? Bukankah itu perkara baik. Dahulu
mereka berdua ini rapat juga di dalam laman sosial di mana mereka bertiga mula
kenal.
Hmmm
entahlah. Nantilah Badrina tanya. Kena ceriakan suami dahulu. Wajah dah
cemberut tu.
Harap-harap
janganlah honeymoon kami berdua rosak
hanya kerana Fakhrul. Hopefully.
=============================================
HAKCIPTA
TERPELIHARA
Tidak
dibenarkan mana-mana bahagian dari terbitan / blog ini diterbitkan / dibuat
semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau
dengan apa jua alat sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak penulis
atau daripada pihak bakal penerbit yang asli.
=======================================
Group FB:
Naskah dari RD Athan