Wednesday 26 August 2015

Cerpen : LOSER


KISAH MARUL

25 TAHUN YANG LALU…

Marul dengan pasangannya sudah lama dibuai gelora nafsu asmara. Mereka sudah tidak menghiraukan keadaan disekeliling mereka. Permainan yang tidak senonoh sudah lama bermain diantara mereka berdua mendapat sorakan yang hebat dari kawan-kawan seperjuangan mereka. Tangan jantannya juga sudah mula memainkan peranan.

Bagi Marul, gadis ini hanyalah tempat dia melempiaskan nafsu serakahnya semata-mata. Gadis yang sedikit masa lagi akan hilang daranya. Gadis yang sedikit masa lagi akan menjadi habuannya malam itu. Gadis yang sudah terkulai layu dengan pujuk rayunya. Gadis yang mudah tertipu dengan paras rupanya juga dengan kebaikannya. Gadis yang mudah tunduk apabila hanya setakat diberikan sedikit kesenangan. Memang gadis seperti inilah yang kerap kali menjadi mangsanya. Tidak pernah ada yang tidak berjaya. Semuanya berjaya!

HUH! Dia berjanji hendak bertanggungjawab dengan semua apa yang telah terjadi? Jangan harap! Itu hanyalah taktik semata-mata bagi mendapatkan apa yang dia mahu daripada gadis itu. Selepas dia puas dan bosan, gadis itu akan ditinggalkan. Dengan rupa paras yang boleh mengetarkan hati gadis-gadis diluar sana juga umurnya yang masih 20 tahun itu, senanglah dia memilih gadis-gadis yang dia mahu sebagai santapannya tiap-tiap malam.

“Hoi Marul, kalau dah tak tahan tu, carilah port lain bro. Kami yang tak berteman ni telan air liur saja dari tadi.” Permainan diantara pasangan itu terus berhenti. Si gadis dengan muka sentapnya, si jejaka dengan muka sengih bangganya.

Sorrylah bro, benda sedap. Fresh. Masih merah-merah ni.” Si gadis yang masih di dalam pelukannya sudah tersipu malu mendengar kata-kata daripada Marul.

Kawan-kawannya yang lain sudah bantai gelak bila mendengar kenyataan daripada Marul. Bukan apa yang mereka gelakkan itu, tetapi mereka tengah sedap menggelakkan si gadis yang sedikit masa lagi akan menjadi bahan buangan Marul selepas digunakan.

“Jom sayang. Pergi rumah abang.” bisik Marul ke telinga gadis itu. Dengan gedik yang ada, gadis itu membalas dengan senyuman dan lirikan yang menggoda. Tanpa membuang masa, mereka berdua berlalu daripada situ diiringi oleh siulan-siulan nakal daripada kawan-kawannya yang ada.

Permainan yang berlangsung beberapa jam sungguh tidak memberi kepuasan untuk Marul. Apa yang dia cari sebenarnya? Jiwanya masih kosong. Hampir setiap hari dia mengauli gadis yang siap bersedia menyerahkan diri kepadanya namun dia masih belum menjumpai apa yang dicarinya selama ini.

Gadis yang sudah hilang perawannya sudah terkulai lemah disebelahnya. Ditatapnya wajah pasangannya ini. Cantik. Seksi. Kulit putih mulus. Rambutnya yang panjang mengurai. Tapi sayang, mudah tertipu dengan kata-kata manis yang secoet. Katanya dia bangga menjadi kekasih kepada Marul. Siapa tidak bangga menjadi kekasihnya. Bagi yang sudah mendapat perhatiannya, sememangnya gadis itu tersangatlah beruntung.
         
   Tiba-tiba anak mata Marul hinggap kepada pisau lipat yang sentiasa dibawanya ke mana-mana. Tujuan utama adalah untuk mempertahankan diri, tapi pula pada malam ini.

            Marul bangkit dari tempat pembaringannya lalu berjalan mencapai pisau lipat itu. Pisau yang tajam direnung tajam. Pasangannya yang tadi juga turut direnung tajam. Kakinya turut melangkah menghampiri gadis itu.

            Gadis yang sedang tidur secara bertiarap itu dibalikkan dengan kasar sehingga mengejutkan gadis itu dari tidurnya. Dengan sekelip mata juga, Marul naik ke atas badan gadis itu sambil menghalakan pisau lipat itu ke ruang lehernya.

            Gadis itu sudah mula ketakutan. Hendak menjerit tapi sebelah tangan Marul sudah menahan dileher gadis itu. Pisau lipat sudah seronok menari-nari diwajahnya.

            “Kalau kau menjerit, aku akan sembelih kau macam ayam kena sembelih.”

            Bila dia rasa gadis itu tidak melawan tindakannya, tangannya yang menahan tadi dialihkan.

            “Esha, kau ni cantik sangat.” Dengan renungan yang tajam, pisau lipat sudah menari di atas buah dadanya yang terdedah. Lama ia bermain disitu sambil mengusik benda yang ada.

            “Orang yang cantik tapi otak yang bodoh memang tidak berguna.” Sekali libas, pisau lipat sudah memulakan kerjanya dengan kejam. Kejam sekejam-kejamnya.

            Ketika itu hati Marul merasa puas. Inilah yang dia cari dari kaum hawa.

SEKARANG…

“Ahmad Iqmarul bin Daud. Awak dibebaskan pada hari ini. Segala apa yang diajar di sini amalkan ia seelok-eloknya untuk kehidupan seharian awak.”

            Marul sudah banyak kali bersyukur dengan pembebasannya hari ini. Hari yang ditunggu-tunggunya sejak dia menjejakkan kaki ke sini lagi.

            Menyesal? Ya dia memang menyesal seumur hidupnya. Pengajaran yang sering diadakan khas bagi banduan-banduan dipenjara memberinya hidayah untuk berjalan menuju ke jalan yang hakiki dan benar iaitu jalan kepada Allah subhanahu wataala. Sepanjang dia mengisi masanya dengan mendalami ajaran agama Islam yang sudah ditinggalkannya suatu masa dulu, hatinya juga beransur tenang. Tidak kosong seperti dulu.

            Marul bertakafur seketika. Mengenang kembali apa yang dilakukannya dahulu. Kejadian yang menyebabkan dia dibuang ke dalam lokap.

            Esha. Ya, itulah nama gadis terakhir yang menjadi santapannya dahulu. Gadis yang menjadi mangsanya. Nasib gadis itu baik kerana semasa dia hanya menoreh buah dada gadis itu dengan pisau lipatnya, pintu bilik sewanya diketuk dengan kuat.

            Bila dia melihat nafas gadis itu sudah mula perlahan, Marul berdengus kuat lalu berjalan menuju ke muka pintu. Dengan kasar, dia membuka pintu biliknya. Terpanar dia seketika melihat lelaki-lelaki sebaya atuknya di kampung dengan memakai pakaian pencegah maksiat.

            Rombongan itu juga terpana bila melihat Marul sedang memegang pisau yang penuh berdarah. Rengekan Esha berjaya menarik perhatian mereka semua. Marul sudah tidak dapat berbuat apa-apa kerana dia sudah ditangkap oleh beberapa orang muda.

            “Astagafirullah al-azim. Telefon ambulan sekarang juga. Cepat telefon ambulan!”

            Setiap kali kejadian itu bermain dimindanya, Marul hanya mampu mengalirkan air matanya. Entah kenapa dia ada perasaan gila sebegitu suatu ketika dahulu. Entah apakah yang sudah merasuk dirinya sehingga sanggup membunuh seorang gadis yang tidak mempunyai apa-apa kesalahan kepadanya.

            Bilik lokap yang dihuninya sepanjang 25 tahun ditatap buat kali terakhir. Biarlah kenangan silam itu berkubur di sini. Di dalam bilik lokap ini. Dipenjara ini. Apabila kakinya melangkah kedunia luar sebentar lagi, dia berjanji akan mengubah jalan hidupnya.

            Tapi adakah orang sanggup menerima dirinya ini? Umurnya sudah mencapai 45 tahun dan hanya mempunyai kelulusan SPM yang cukup-cukup makan.

            Keluarganya? Semenjak dari hari itu lagi, keluarganya sudah membuang dirinya. Hendak meminta jamin, tidak ada seorang dari ahli keluarganya sanggup menolong.

            Dengan ucapan Bismillah berserta memulakan langkah dengan kaki kanan, Marul melangkah keluar dari penjara itu. Senyumannya juga sudah lebar. Udara yang segar dihirup sedalam-dalamnya.

            Alhamdulillah ya Allah, aku masih diberi peluang untuk menghirup udara yang segar ini. Insya Allah aku akan menjadi insan yang lebih baik dengan ajaran-ajaran Islam yang tulus. Hatinya lebih tenang.

            Sekarang, tujuannya hanya adalah satu.  Pusat Pendidikan Al Barakah di Ipoh, Perak.

            Sejak beberapa tahun yang lalu, nama Ustaz Kazim Elias penjadi sumber inspirasinya untuk meneruskan hidup dan mendalami agama Islam. Dia mahu pergi ke pusat pendidikannya untuk belajar lebih lanjut. Kalau hendak menjadi anak muridnya juga dia sanggup. Kalau disuruh mengikuti ia ke mana-mana dia memberi ceramah juga dia sanggup. Kalau disuruh menjadi tukang pembersih dipusat pendidikan tersebut juga dia sanggup.

            Kakinya sudah sampai ke jalan besar. Tidak jauh daripada situ ada perhentian bas telahpun disediakan. Dalam sejam menunggu bas, bas yang ditunggu sudah pun tiba. Bila dia melihat arah tuju bas itu, senyumannya sudah semakin lebar.

            Insya Allah, perjalanan ke Ipoh, Perak akan berjalan dengan lancar. Impiannya untuk menjejaki Ustaz Kazim Elias juga akan tercapai jikalau mereka ada jodoh. Amin.


KISAH IRSYAD

            Mata Irsyad setia melihat sepasang kekasih yang siap berpelukan sambil berjalan tanpa menghiraukan orang ramai. Persis generasi muda yang dilamun cinta saja lagaknya. Orang ramai yang berkunjung di Pavillion sepertinya tidak hairan dengan pasangan itu.

            Hati Irsyad panas bila melihat isterinya sendiri seronok berpelukan bersama lelaki muda. Muda daripada umur mereka berdua. Umur sudah menjejak 40-an, masih gatal bersama lelaki muda. Anak-anak yang merengek rindu dengan ibu mereka seperti tidak dipedulikan lagi. Sudah sebulan isterinya itu tidak pulang ke rumah. Alasannya, kerja syarikatnya yang berlokasi di Indonesia masih belum siap. Masih banyak perkara yang harus  diuruskan. Outstation di Indonesia? Tapi batang hidung ada di Malaysia! Dasar lahanat!

“Harap maaf, nombor yang awda dail sedang sibuk.”

            Nombor telefon bimbit isterinya cuba didail lagi.

            “Harap maaf, nombor yang awda dail tidak dapat dihubungi ketika ini.” Telefonnya sudah ditutup.

            Irsyad merengus kasar. Dasar betina!

            Memang betul apa yang dikatakan oleh sahabat baiknya seminggu yang lalu. Isterinya, Airah sudah ada jantan lain malah bersekedudukan. Dari semalam pasangan ini sudah diperhatikan gerak langkah mereka.

            Dia merasakan dirinya amat dayus. Tidak mampu menjaga isteri sebaiknya. Sungguh dia rasa malu, apatah lagi ramai rakan-rakannya sudah mula tahu.

            Bila mengenangkan Airah, isterinya itu amat cantik. Malah wanita yang cantik pernah dia kenal. Siapa tidak kenal Airah semasa mereka belajar sama-sama di bumi Australia suatu ketika dahulu.

            Malah semasa mereka belajar di Australia juga sudah seperti suami isteri. Hidup dibumi orang, bukan kisah sangat mengenai status kalau hendak duduk dalam satu rumah.

            Banyak rakan-rakannya cemburu bila dia berjaya merebut hati Airah ketika itu. Wanita yang cantik, petah berkata-kata, terlalu anggun dan menjadi rebutan orang ramai. Airah yang tinggi lampai. Airah yang sentiasa seksi. Airah yang suka berpakaian up-to-date.

            Bila Airah bersetuju berkahwin dengannya selepas mereka berdua dapat pekerjaan, Irsyad terlalu gembira. Ini kerana, mereka boleh mengulangi apa yang mereka buat semasa di Australia. Balik ke bumi Malaysia sememangnya membataskan hubungan mereka yang satu itu.

            Patutlah selama ini Airah semakin kerap mengelakkan dirinya untuk berhubung dengannya. Suaminya sendiri. Setiap sahaja hujung minggu, bila dia berniat untuk turun ke Indonesia, isterinya itu tegas menghalang supaya tidak menjejakkan kaki ke Indonesia kerana kerjanya masih banyak. Takut tugasnya tergendala. Namun, Irsyad hanya akur dengan permintaan daripada isterinya itu. baginya, lagi cepat kerja itu siap dikerjakan, lagi cepat isterinya balik ke Malaysia.

            Tapi, apa yang dia dapat? Ditipu hidup-hidup dengan isterinya sendiri.

            Sekarang, pasangan itu sudah memasuki Tony Roma’s, salah satu restoran di Pavillion. Irsyad juga membuat keputusan untuk masuk ke restoran tersebut. Memilih tempat duduk yang tersembunyi namun dapat didengar apa sahaja yang mereka akan bualkan.

            Selesai sahaja mereka buat pesanan, mereka mengambil masa yang terluang untuk berbual sambil tergelak manja. Bergetar jantung Irsyad bila mendengar suara manja isterinya itu. Suara yang sepatutnya untuk dirinya sendiri sudah mula dikongsi kepada lelaki lain yang bukan dipanggil suami.

            “Sayang, nanti malam I nak layanan yang paling best tau.” Airah sudah merengek manja sambil melentokkan kepalanya ke atas bahu si jejaka pasangannya.

            “Of course sayang, tak kan tak tahu lagi macam mana layanan I selama ini. You tak puas ke?” Buat pertama kalinya Irsyad mendengar suara garau kekasih isterinya.

            Bicara yang penuh dengan kata-kata tidak sopan dan makna yang mendalam. Tidak asing lagi selama ini isterinya sudah pun membelakangkan dirinya untuk hidup berzina dengan orang lain. Benda yang tidak elok masih seronok dilakukan. Masih lagi ada sifat-sifat semasa mereka kenal di Australia dahulu.

            “Kalau dengan you, I akan sentiasa puas.”

            “You ada makan pil tak hari ini?”

            “Ada. Wajib tu sayang.” Terdetak lagi hati Irsyad mendengar kata-kata Airah. Isterinya makan pil? Adakah ia pil perancang kehamilan?

            “Kenapa tanya?” tanya Airah.

            “Tak ada apa-apa. Takut nanti ada yang bercambah dalam perut you tu.”

            “What if kalau dia nak bercambah juga dalam tu? Mana tahu benih you tu terlalu kuat sayang. Macam anak-anak I tu. You jangan lupa, dari benih you tu sayang.”

            Berketar-ketar tangan Irsyad bila mendengar perkara yang baru sahaja dia tahu. Anak-anaknya, Iqbal dengan Insyirah, bukan dari benihnya? Betulkah apa yang baru sahaja dia dengar ini? Si kembar yang dijaganya siang malam bukan benihnya? Cilaka punya Airah!

            Ya Allah, dugaan apakah yang kau berikan ini? Kehilangan isteri mungkin dia boleh terima lagi, tetapi kehilangan anak-anaknya, dia boleh menjadi hilang arah.

            Dengan amarah yang ada, Irsyad bangkit dari tempat duduknya. Dia ingin membuat perhitungan daripada isterinya.

            Jarak yang hanya selangkah mempercepatkan lagi penemuan untuk kesekian kalinya kepada Airah.

            “Assalamualaikum Airah.”

            “Abang?” bukan main pucat lagi Airah bila melihat suaminya berada di hadapannya ketika itu dengan wajahnya yang bengis.

            “Wow wow wow. Nice to meet you.” Si jejaka sudah mula bersuara riak bila buat pertama kalinya berjumpa dengan suami kepada kekasihnya.

            “You…” tanpa membuang masa dengan amarah yang semakin membuak-buak, satu tumbukan padu dihadiahkan singgah dipipi lelaki itu.

            Dengan sekelip mata sahaja suasana di dalam restoran itu menjadi kecoh. Terjerit Airah supaya memberhentikan tumbukan suaminya itu kepada kekasihnya. Tumbukan yang tidak mahu berhenti. Lelaki itu pula tidak dapat menahan dirinya daripada menerima tumbukan itu.

            “Muhammad Irsyad! Can you just stop it!!” jerit Airah. Semua pengunjung-pengunjung yang berada di restoran itu hanya menonton drama percuma.

            “I am not going to stop Airah if you tell me who he is!

            “You still don’t get the idea? He is my boyfriend!

            “And I am your husband!!

            Diam dan dengusan nafas yang kasar hanya kedengaran di antara mereka. Si jejaka hanya mampu menahan kesakitan yang ada. Tidak berupaya untuk berdiri ketika itu.

            “You lady, you should go with me.” Tangan isterinya direntap lalu ditarik keluar dari restoran itu tanpa menghiraukan kekasih isterinya yang tidak mampu berdiri.

            Bukan main menjerit lagi Airah bila ditarik dengan kasar begitu. Hal ini berlarutan sehinggalah Irsyad menolak Airah masuk ke dalam keretanya.

            Irsyad hanya diam tanpa menjawab soalan-soalan daripada isterinya. Mendesup laju keretanya keluar dari perkarangan pusat membeli belah itu.

            Bila Airah melihat suaminya hanya berdiam diri, telefon bimbitnya dicapai dari beg tangannya. Dia ingin membuat panggilan kepada kekasihnya.

            “Telefon siapa?”

            “Stupid. Sudah tentulah boyfriend I.” Bila mendengar kata-kata daripada isterinya itu, telefon bimbit isterinya dirampas lalu dibuang keluar kereta mereka.

            “Are you crazy???

            “Yes I am crazy Airah and I am crazy because of you.”

            Belum sempat Airah membalas kata-katanya, mereka sudah sampai tempat yang dituju. Bila Airah melihat ke sekeliling, ia adalah Pejabat Ugama.

            “Kenapa kita ke sini?” Namun Irsyad hanya diam. Mereka berdua keluar dari perut kereta lalu Irsyad berjalan masuk ke pejabat itu.

            “Masuk.” Mendengar arahan suaminya itu, Airah juga memulakan langkahnya masuk ke pejabat itu.

            Masuk sahaja ke pejabat yang dituju, mereka berjumpa dengan pegawai yang bertugas.

            “Nur Umairah binti Umar. Dengan bersaksi kepada pegawai yang bertugas, aku ceraikan engkau dengan talaq tiga.”

            Terkaku seketika bila suaminya selesai melafazkan talaq tadi, namun buat seketika sahaja. Selepas itu satu senyuman terbit di bibir wanita itu. Pegawai yang bertugas hanya mampu mengeleng-gelengkan kepalanya.

            “Bagus. See you in court.” Dengan penuh kesombongan, Airah mencapai beg tangannya lalu keluar dari bilik pejabat itu.

            Irsyad termenung seketika ditemani oleh pegawai tadi.

            “Pergilah tenangkan diri. Dalami agama. Sembahyang sunat taubat.”

            Sesudah meminta izin dari pegawai itu, Irsyad berlalu keluar dari bilik pejabat tadi. Semasa diperjalana hendak ke pintu utama, satu televisyen yang mempamerkan ceramah dari rancangan Astro Oasis dipasang.

            Mendengar isi ceramah itu, Irsyad menjadi pegun. Tenang bila mendengar isi kandungan yang telahpun disampaikan.

            “Nama dia Ustaz Kazim Elias. Bagus orangnya. Pergilah ke Ipoh, Perak. Dia adalah pengasas Pusat Pendidikan Al Barakah. Di sana kamu boleh belajar dengan lebih mendalam lagi apa yang kami ingin pelajari. Setiap kejadian ada hikmahnya Encik Irsyad.”

            Menitis air mata Irsyad bila mendengar pegawai yang tadi berkata-kata.

            Adakah aku kurang didikan agama kepada Airah selama ini? Adakah aku sendiri yang kekurangan pengetahuan pasal agama Islam? Agamaku sendiri.

            Ya Allah, sungguh aku ingin memohon keampunan-Mu. Mungkin inilah natijahnya membawa Airah ke rencah perzinaan ketika mereka di Australia dahulu. Astagafirullah al-azim.


KISAH TUAN IZZ

            Gerak langkah Tuan Izz digeruni oleh semua pekerja-pekerjanya. Wajah yang tidak pernah dihiasi oleh segaris senyuman, cukup membuatkan hubungannya diantara ketua dengan pekerja terbatas.

            Satu kumpulan pekerja dari syarikatnya sibuk bergelak ketawa sesama sendiri tanpa menghiraukan kehadirannya di situ.

            “Hah, nanti tengahari jangan lupa kita makan sama-sama. Lisa, tugas kau yang satu tu jangan lupa pula, booking restoran yang kita cakap dekat Whatsapp semalam.” Suara salah seorang pekerja lelakinya bukan main besar lagi bersuara.

            Bila ada pekerja wanita terlihat kelibat Tuan Izz masuk ke ruang pejabat, wanita itu menyenggol lengan lelaki itu supaya memperlahakan suaranya supaya tidak didengar oleh Tuan Izz sendiri. Tapi Tuan Izz sedar akan keadaan itu.

            Bagai malaikat melintas, suasana di ruang utama pejabat diam bila Tuan Izz masuk ke situ. Ada yang pura-pura buat kerja, ada yang hanya melihat gerak langkah Tuan Izz dan ada juga yang laju berlari dari tangga dan menuju lif yang disediakan. Bos sudah masuk kerja, nanti kena potong gaji kalau asyik mengelat sahaja.

            Namun Tuan Izz hanya diam. Baginya, kalau pekerjanya itu tahu buat kerja, bagus dalam performance kerja mereka masing-masing, Tuan Izz tidak banyak kerenah. Tapi entahlah. Suasana kemesraan di dalam syarikat amat ketara. Terlalu kaku. Yang menceriakan suasana hanyalah pekerja-pekerja bawahannya.

            “Assalamualaikum Tuan Izz.” Angan-angannya tersentak bila setiausahanya, Yaya menegur dirinya.

            “Yes?” Setiausahanya sudah nampak kalut bila dia hanya membalas dengan satu perkataan. Tetapi di dalam hati dia membalas salam daripada setiausahanya itu.

            Yaya berjalan menghampiri mejanya sambil memegang satu fail berwarna hitam. Bila dia sudah sampai, fail itu disuakan kepada Tuan Izz.

            “Ini proposal untuk apa?” ujar Tuan Izz bila dia sudah membaca isi kandungan di dalam fail itu.

            “Ini adalah proposal untuk mengadakan acara hari keluarga bagi syarikat kita Tuan Izz. Sudah lama kami mahu mengadakan acara ini. Kalau Tuan Izz setuju, semua pekerja-pekerja sudah bersedia mahu turun padang membuat persediaan.”

            ‘Acara keluarga’? Ini bermakna dia sebagai bos syarikat hendaklah memberikan satu imej kepada pekerja bawahannya. Tapi, itulah yang dia tidak suka. Hendak bermesra dengan orang lain baginya hanya satu muslihat dunia yang penuh dengan kepura-puraan.

            “Saya tidak akan luluskan. Muktamad.”

            “Tapi Tuan.”

            “Tidak ada tapi-tapi. Keputusan saya adalah muktamad. Take it or leave it.”

            Dengan wajah yang sugul, setiausahanya keluar dari bilik pejabatnya. Sejurus sahaja Yaya hilang dari pandangan matanya, dia memusingkan badannya menghadap cermin belakang yang luas menglihatkan suasana sekitar luar pejabatnya.

            Dia tidak ada kawan, apatah lagi teman sehidup untuk berkongsi kasih. Untuk apa kalau ia hanya untuk disakiti.

            Jam sudah menunjukkan pukul 12 dan seperti biasa Tuan Izz akan keluar untuk makan tengahari. Seperti biasa juga makan bersendirian. Hendak meminta teman? Dia segan.

            Keluar sahaja dari pejabatnya, pekerja-pekerjanya hanya melihat dirinya dengan jelingan yang tidak menyenangkan. Dia mahu berbual dengan pekerja-pekerjanya, ingin bertoleransi dengan mereka semua, tapi entahlah.

            “Yaya.” Seru Tuan Izz bila melihat susuk tubuh setiausahanya di satu kelompok yang terdiri dari pekerja-pekerjanya juga.

            Yaya menoleh bila namanya dipanggil. Bila dia tahu tuan punya suara tadi, terus sahaja kakinya melangkah kepada Tuan Izz. Adalah tu pesanan yang dia mahu sampaikan.

            “Hari ini macam biasa saya tidak masuk kerja petang.”

            “Tapi tuan, tuan ada mesyuarat dengan lembaga pengarah nanti petang.”

            “Cancel it.” Tanpa mempedulikan Yaya, Tuan Izz melangkah keluar untuk sudah berlalu dari situ. Pintu kereta yang sudah dibuka oleh pengawal peribadinya dimasuki dengan tenang. Sesudah dia masuk ke perut keretanya, terus sahaja keretanya dengan kereta pengawal peribadinya di belakang keluar dari perkarangan bangunan pejabat mereka.

            “Otman, tempat biasa.” Tuan Izz memberi arahan kepada pemandunya.

            “Baik tuan.”

            Mereka semua selamat sampai di shopping complex kepunyaan Tuan Izz. Selepas dia menjamu seleranya di salah sebuah restoran terkemuka di shopping complex itu, dia terus sahaja membawa dirinya ke setiap pelusuk kedai-kedai yang terdapat di situ.

            Setiap kedai, ada sahaja barang-barang yang dibelinya. Entah kenapa. Baginya, membeli belah ini boleh membuat hatinya yang sunyi menjadi sedikit terisi walaupun sedikit. Sebab itu semua pengawal peribadinya dikerahkan untuk menjadi tukang bawa barang-barang beliannya. Bukan main banyak. Kalau boleh siap bawa trolley.

            Setelah selesai membeli belah, mereka semua terus pulang ke villa besar Tuan Izz. Semua barang-barang belian dimasukkan ke bilik khas Tuan Izz. Tuan Izz hanya duduk di sofa besar yang terletak di ruang tamu. Matanya melihat semua pengawal-pengawalnya membuat kerja memasukkan barang-barang yang baru sahaja dibelinya.

            “Tuan Izz. Semua barang sudah dimasukkan tempat biasa. Kami semua akan kembali ke markas.” Tuan Izz hanya menganggukkan kepalanya sebelum Otman menutup pintu besar utama.

            Diam. Sunyi. Itu yang dia rasa saat ini.

            Tuan Izz merehatkan kepalanya dengan meletakkan di atas bahu sofa itu sambil menutup kelopak matanya seketika. Bagaimanakah dia mahu mencari secebis kegembiraan di dunia yang penuh dengan tipu muslihat ini? Akan adakah tempat itu?

            Dengan keluhan yang berat, Tuan Izz mengangkat dirinya untuk berjalan ke bilik khas di mana barang-barang belian ditempatkan. Dibukanya satu persatu barang-barang itu.

            Satu skluptur angsa cantik yang dibeli di kedai perhiasan rumah. Sungguh cantik. Tapi… pegangannya tiba-tiba terlepas. Skluptur angsa tadi juga terjatuh ke atas lantai.

            “Aghhhhh! I hate myself!!” Dinding cermin yang hampir dengan dirinya di tumbuk dengan tangannya kuat berkali-kali. Tidak cukup dengan itu, dahinya juga turut di hentakkan di dinding cermin itu. Setelah puas, dia menatap dirinya sendiri dari pantulan cermin di hadapannya kini. Tanpa pamitan, air mata lelaki keluar dari matanya.

            Air mata kesunyian. Dia adalah lelaki yang mempunyai banyak harta, malah masih dapat mengekalkan posisinya di dalam senarai jutawan terkenal di Malaysia. Namun, buat apa banyak harta kalau hati lelakinya sunyi. Teramat sunyi. Tidak ada secebis kegembiraan yang dapat disalurkan kepadanya.

PADA KEESOKAN HARINYA. Seperti biasa, Tuan Izz buat lagi apa yang dilakukannya kemarin petang. Kali ini dia pergi ke shopping complex miliknya di Melaka. Itulah yang selalu dibuat oleh Tuan Izz setiap petang. Semua pekerja-pekerjanya amat maklum dengan jadual pekerjaan bos mereka itu. Sebab itu waktu pagi adalah waktu yang selalu direbuti oleh pekerja-pekerjanya jikalau mereka ingin membuat temu janji.

            Ketika dia keluar dari shopping complex di mana pengawal-pengawalnya sudah bersedia untuk menyambut dirinya, tiba-tiba dia terlihat sekumpulan kanak-kanak dengan memakai jubah putih lalu berdiri di satu tempat tidak jauh daripada pintu depan shopping complex.

            Langkah Tuan Izz terhenti. Matanya dicerlungkan kepada kumpulan itu. Sekumpulan kanak-kanak itu amat menarik perhatiannya terutama ketika telinganya mendengar alunan suara daripada mereka semua.

            Pengawal-pengawalnya sedar dengan tindakan itu, terus sahaja mereka pergi ke kumpulan itu untuk mengusir.

            “Sekejap. Biarkan mereka di situ.” Jerit Tuan Izz kepada pengawalnya.

            Tuan Izz melangkah ke kumpulan itu. Semakin hampir hatinya semakin tenang mendengar alunan yang mereka sedang alunkan. Sesudah dia sampai di hadapan mereka semua, alunan nasyid yang dinyanyikan oleh mereka semua semakin merdu didengar.

            Mata Tuan Izz tertutup ingin menghayati setiap bait-bait yang baru sahaja didengarnya.

            “Berhenti.” Mereka semua berhenti. Anak matanya mendarat ke setiap kanak-kanak itu.

            “Kenapa kamu ke sini?”

            “Kami ingin mencari belanja untuk menampung sekolah kami Tuan.” Ujar salah seorang daripada mereka.

            “Bawa saya ke tempat tinggal kamu.”

            “Kami ke sini dengan berjalan kaki tuan.”

            “Otman, pergi cari bas, bawa mereka semua ini. Saya mahu ikut mereka.”

            Dengan sekelip mata, bas sudah keluar dari perut tempat letak kereta. Kanak-kanak tadi bersorak ketika masuk ke dalam bas itu. Di dahului oleh bas di depan, mereka semua bergerak tempat tinggak kanak-kanak tadi.

            Sampai sahaja di tempat yang di tuju. Bas sudah pun memasuki ke perkarangan Rumah As-Syifa. Rupa-rupanya di situlah mereka berada.

            Bila mendengar suara riuh dari kanak-kanak tadi semasa masuk ke rumah itu, seorang wanita yang berumur 40-an keluar dari rumah.

            Tuan Izz menapakkan dirinya keluar dari perut kereta. Kakinya juga menghampiri ke rumah itu. Wanita yang menutup sebahagian mukanya di sapa.

            “Assalamualaikum. Di jemput masuk tuan.” Sapa wanita itu. Salam dari wanita itu dijawab di dalam hati sahaja. Hati lelakinya hanya menurut jemputan wanita itu. Pengawal-pengawalnya sudah menunggu di luar.

            “Ibu ibu. Tuan ini bawa kami ke sini dengan bas ibu. Seronok ibu. Bas dia sejuk ada TV.” Bukan main petah lagi salah seorang dari kumpulan kanak-kanak tadi berkata-kata.

            “Ibu dah larang, jangan buat macam itu lagi. Macam mana kita nak pergi Perak ni kalau macam inilah gayanya. Nak jumpa Ustaz Kazim Elias ke tidak ni?”

            Bila disebut sebaris nama itu, mereka semua sudah melompat riang.

            “Maaf Tuan, mereka ini teringin benar berjumpa dengan Ustaz Kazim Elias di Perak. Sebab itu mereka sanggup mencari duit untuk perjalanan ke sana.”

            “Boleh saya tahu siapa Ustaz Kazim Elias itu?” Wanita itu terdiam. Hairan benarkah dia kerana dia tidak tahu siapa lelaki itu?

            “Tidak apa. Kalau Tuan mahu ikut, boleh ikut kami.”

            “Tapi macam mana dengan perjalanan mereka ke Perak?” Kedengaran wanita itu mengeluh.

            “Bas yang ditempah masih belum sampai dari tadi. Entah kenapalah mereka lewat. Janji tadi pukul 12. Sampai sekarang pun belum ada.”

            “Tak apa, bas yang tadi boleh digunakan.” Melihat kesorakan kanak-kanak tadi lagi, dia menjadi bertambah gembira. Adakah ini yang dia cari?

            “Alhamdulillah. Terima kasih tuan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa tuan. Sebelum itu nama tuan siapa?”

            “Panggil saja Tuan Izz dan cik?”

            “Nama saya Noresha. Panggil sahaja Esha. Tak perlu panggil saya Cik.” Tuan Izz menganggukkan kepalanya sambil matanya masih setia melihat kegembiraan yang dipamerkan dari raut wajah kanak-kanak tadi.

            Wajah yang polos dan suci begitu gembira bila hanya diberi sedikit kesenangan hanya semata-mata ingin berjumpa dengan seorang ustaz.

            Biarlah ia mencari kegembiraan di sini. Hatinya mungkin lebih tenang. Apatah lagi dia ingin bertemu dengan Ustaz Kazim Elias. Dia semakin ingin mengenali lelaki itu. Adakah lelaki itu juga bisa menemukan dirinya kegembiraan yang baru sahaja dia rasakan walaupun baru sedikit?

            Sungguh aneh. Hanya melihat senyuman yang hadir daripada kanak-kanak semua tadi, hatinya yang keras beku menjadi tenang. Tuhan sahaja yang dapat menentukan segala-galanya.
           

KISAH MUAZ

            Dengusan nafas yang kasar kedengaran diikuti dengan dadanya yang kuat berombak bersilih ganti. Tangan digenggam sekuat hati sebelum melepaskannya ke hadapan. Dia perlu kuat. Kuat untuk menghadapi lelaki-lelaki yang sering membulinya di kawasan perumahannya.

            Hampir setiap hari, dia sering dibuli. Sekumpulan yang sememangnya terkenal dengan sikap yang kurang ajar, suka melepak dan memeras ugut kepada mereka yang tinggal dikawasan tersebut.

            Semuanya bermula pada enam bulan yang lalu. Peristiwa di mana dia telah menyelamatkan seorang gadis dari dibuli. Ketika itu bukanlah ketua geng yang melakukan perkara tersebut, hanya konco-konconya yang masih budak hingusan.

            “Terima kasih menyelamatkan saya.” Ucap gadis itu dengan lembut.

            Kaku. Itu yang dia rasa kini. Raut wajah gadis itu baru jelas kelihatan dari dekat. Wajah yang putih melepak, pipi kemerah-merahan bila dipanah cahaya matahari, bibir yang amat mengoda dengan rambut yang panjang mengurai hitam pekat.

            “Tak tak tak apa.” Muaz sudah berkira untuk berlalu daripada situ. Cukuplah setakat gadis itu sudah selamat daripada diganggu oleh budak-budak tadi. Itu sudah memadai.

            Tiba-tiba lengan Muaz dipegang dari belakang sehingga membuatkan kakinya terhenti. Kepalanya laju sahaja menoleh ke belakang, di mana gadis itu masih berada.

            “Lengan awak berdarah.” Bila disebut berdarah, lengan yang dimaksudkan berdarah itu dilihat. Memang ada darah, tapi tidaklah seteruk yang disangkakan. Dia masih boleh merawat tampal dengan plaster pun sudah cukup.

            “Cik, tak apa, sikit saja ni.” Dia ingin berlalu dari situ. Kalau boleh dia tidak mahu lama-lama.

            Sekali lagi lengannya dipegang, kali ini ditarik pula supaya dekat dengannya. Gadis itu mengeluarkan tuala satin kecil berwarna kucing dari dalam beg tangannya. Terus sahaja tuala satin itu mendarat ke atas luka tadi. Terjerit kecil Muaz bila disapu tanpa dibersihkan luka itu dahulu. Gadis ini pun, kalau nak buat macam dalam cerita-cerita romantik tu, cuculah dulu luka aku ni. Haish!

            “Terima kasih, Cik…”

            “Nora.”

            “Terima kasih Cik Nora. Saya pergi dulu.” Tuala satin tadi disuakan kepada Cik Nora.

            Cik Nora menolak tangannya yang memegang tuala satin itu. “Ambillah tuala ini. Takut darah tu keluar lagi. Nanti ada kuman.”

            “Darah ni tak memudaratkan Cik Nora. Cik ambillah balik tuala ini.”

            “Tak apa, awak ambillah tuala ni. Saya pergi dulu.”

            Belum pun sempat Muaz menahan gadis itu, laju sahaja Cik Nora berlari menuju ke belakang bangunan itu.

            Bila sudah susuk tubuh badan Cik Nora hilang dari pandangan matanya, badannya dikalih untuk memulakan langkah balik ke rumahnya. Baru sahaja kaki melangkah dua tiga tapak, tiba-tiba dia disergah oleh sekumpulan samseng. Matanya tertangkap dua orang lelaki yang cuba menganggu Cik Nora tadi. Kali ini bawa geng lain pula?

            “Wow. Hero kita dah siap menyelamatkan seorang gadis tu.” Perli lelaki yang berada di hadapannya.

            Muaz tahu situasi sekarang sudah menjadi buruk. Sedikit masa lagi dia akan dihentam oleh kumpulan itu. Dengan perlahan dia memasukkan tuala satin tadi ke poketnya. Melihat sengihan nakal dari mereka semua, perut Muaz sudah berlagu ketakutan.

            Bagaimana dia hendak melawan kalau dia hanya seorang lelaki yang biasa-biasa sahaja. Ilmu ketahanan diri langsung dia tidak tahu. Muaz cuba mencari akal untuk melarikan diri daripada mereka semua. Tujuh orang lawan satu, mana adil. Mencari nahas namanya.

            Matanya terlihat satu ruang yang besar di sebelah kumpulan itu. Hendak berlari ke belakang? Dia bukannya tahu selok belok kawasan tersebut. Lagipun dia tahu ia adalah jalan mati. Cik Nora tadi dia lihat masuk ke satu pintu bangunan dekat situ.

            Dengan tekad yang kuat, Muaz membuka langkah melarikan dirinya dari situ. Bila sudah berjaya melepasi mereka semua, terus sahaja Muaz memecutkan lariannya hilang daripada mereka. Bila dia menoleh ke belakang, mereka semua berlari mengejar dirinya. Sedar masih dalam keadaan bahaya, lariannya dilajukan lagi sehinggalah dia sampai ke rumah sewanya. Habis tercunggap-cunggap mengambil oksigen yang berkurangan hasil daripada larian tadi.

            Namun, sejak hari itu, hidup Muaz tidaklah seindah rupa yang disangka. Dia sering diganggu sejak dari hari itu. Malah keretanya juga sudah habis dibakar oleh mereka. Motornya juga tidak terkecuali dibakar. Bila dia mula berjalan kaki untuk ke tempat kerjanya, ketika itulah dia sering dihentam semahu-mahunya.

            Sekarang habis semua badan-badannya penuh dengan lebam. Wajahnya juga habis lebam dengan bibir pecah. Tiap-tiap hari, habis semua badannya tidak mampu bergerak. Setiap kali dia sampai ke pejabat, semua pekerja-pekerjanya bertanyakan keadaannya. Tapi dia bertindak untuk berdiam diri sahaja. Sifatnya yang malas mahu turun naik mahkamah membuatkan dia membiarkan sahaja mereka mempelakukan dirinya begitu.

            Masih dia teringat kata-kata ketua kumpulan itu. “Cik Nora tu adalah gadis yang aku suka bonggok. Aku memang pantang kalau ada yang cuba bercakap dengan dia.”

            Belum sempat dia membalas, mereka sudah menghentam dirinya habis-habisan ibarat tidak ada hari esok.

            Dia rasa dayus kerana tidak pernah melawan. Dia lemah. Dia rasa dialah lelaki yang patut hilang dimuka bumi ini. Malah Cik Nora pernah menyaksikan keadaan dirinya selepas dihentam oleh mereka semua.

            Tuala satin yang terlepas dari poketnya dicapai oleh Cik Nora. Selepas menyapu tuala itu untuk menghilangkan debu-debu tanah, dia duduk mencangkung menghadap Muaz. Dia cuba menolong dirinya untuk duduk di atas tanah itu.

            “Awak tak apa-apa?”

            Buat kesekian kalinya, air mata jantan Muaz keluar di hadapan gadis itu. Malu? Tidak ada lagi perasaan malu bila sudah berhadapan dengan keadaan sebegini rupa. Muaz hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya.

            Tanpa membalas kata-kata, Muaz cuba untuk berdiri dalam keadaannya yang lemah. Bila Muaz hendak rebah, Cik Nora cuba menolong dirinya supaya badannya dapat berdiri dalam keadaan stabil.

            Dia merentap lengannya daripada dipegang oleh Cik Nora. Dia perlu melarikan atau lagi tepat lagi menjauhkan diri daripada gadis ini. Gara-gara dialah, perkara ini terjadi. Bukan mahu mengelak, kalau sudah badannya hari-hari dijadikan punching bag, bagaimana dia mahu bertahan. Apatah lagi klien-kliennya sudah berfikiran serong sekarang terhadapnya.

            “Muaz!” Bila gadis itu menyebut namanya, hati Muaz berdetak. Bagaimana Cik Nora tahu namanya? Sedangkan dia tidak pernah memberitahu namanya kepada gadis itu. namun panggilan itu hanya dibiarkan sepi sahaja.

            Dengan berjalan tempang, Muaz meninggalkan tempat itu. Dia mahu pulang ke rumahnya. Tinggal pula seorang diri, hati mana yang tidak sedih. Kalau ibunya di Johor tahu keadaan dirinya begini, sumpah dia akan dilarang untuk pindah rumah lagi.

            Kini, hatinya sudah tidak tahan lagi. Dia ingin menghadapi mereka semua. Dia ingin memberi pengajaran kepada mereka semua. Hari ini adalah hari minggu. Dia tahu, waktu-waktu begini mereka sering melepak di kaki jalan berhampiran dengan rumahnya.

            Tangannya mencapai kayu yang sudah disediakan untuk menghentam mereka semua. Langkah sudah diatur. Semakin hampir hatinya semakin lagi berdetak. Matanya sudah kenal dengan gerak tubuh langkah mereka.

            Bila sudah hampir, kayu dihayunkan namun terlepas dari genggaman bila tubuh yang dituju berjaya mengelak daripada hayunan itu.

            “Kurang ajar!” Sekali lagi tanpa kayu ditangannya, dia dihentam. Kali ini lagi kuat. Kayunya yang terlepas tadi sudah selamat hinggap ditubuhnya.

            “Hoi!” Kali ini, matanya yang dipejam tadi dibuka ingin melihat siapa yang membuatkan kumpulan itu berhenti dari menghentam mereka semua.

            “Dia yang nak menghentam kami dengan kayu tadi pak cik.” Muaz melihat mereka semua sudah turut dihentam oleh orang-orang yang memakai baju kot berwarna hitam dengan kacamata hitam.

            Mereka semua yang sudah terbaring hanya mampu melihat gerak langkah lelaki itu. “Otman, berhenti.”

            Serta-merta hentaman dari pengawal-pengawal itu berhenti. “Pak cik sepatutnya pukul dia tu, dia yang nak pukul kami dengan kayu tadi.”

            “Encik Muaz.”

            “Tuan Izz.”

            “So sebab inilah muka you selalu lebam-lebam?” Sebaris senyuman yang payah terukir. Sahabat perniagaannya juga sudah melihat dirinya sehina begini. Air mata jantannya sekali lagi merembas keluar.

            “Pak cik, Muaz memang mangsa keadaan.” Kali ini entah dari mana suara Cik Nora pula yang kedengaran.

            “You kenal dia?” tanya Tuan Izz kepada Muaz.

            “I tak kenal dia.” Tuan Izz melihat raut Cik Nora juga bertukar keruh. Wajah Muaz dan Cik Nora ditatap bersilih ganti namun dia berusaha tidak mahu bertanya dengan lebih lanjut. Dia mahu merawat Muaz dengan lebih lanjut.

            “Otman, bawa Encik Muaz ke hospital untuk membuat pemeriksaan dan kamu semua, tunggu pihak mahkamah daripada kami. Kamu tidak tahu dengan siapa kamu bermain api. Dan cik, terima kasih.”

            “Thank you Tuan Izz.” Ujar Muaz ketika mereka semua masuk ke perut kereta Tuan Izz.

            “Siapa gadis tadi tu?”

            “Nobody.” Tuan Izz tersenyum sinis. “Where are we going?

            “I’m going to take you to our clinic first than after that we are going to Ipoh, Perak.”

            “Wuish, jauhnya.”

            “I nak jumpa Ustaz Kazim Elias.”

            Muaz hanya menganggukkan kepalanya. Berjumpa dengan Ustaz Kazim Elias dengan keadaannya begini? Biarlah. Dia memerlukan suasana yang tenang. Mungkin dengan ke Pusat Pendidikan Al Barakah, hatinya semakin tenang tanpa perlu memikirkan keadaannya yang amat parah sekarang. Ya Allah, sesungguhnya dia hanyalah insan yang lemah.


KISAH AYDEN

Ayden lets go to the church. Its Christmas eve, it’s been awhile you didn’t attend to the church.” Puan Mellisa sudah memberi arahan kepada dirinya. Mendengar sahaja arahan daripada ibunya, dia menjadi berat. Sejak neneknya mati, dia sudah berikrar kepada dirinya sendiri untuk tidak menjejaki gereja yang selalu mereka kunjungi setiap hari Ahad.

“Mama, Ayden sibuk.” Bila dilahirkan dibumi Malaysia, dibesarkan ditanah air Malaysia, berkawan dengan orang-orang Malaysia maka bercakap dalam bahasa melayu sudah menjadi perkara biasa.

“Sibuk apanya kalau dah main PS4 asal balik kerja.” Ayden sudah berdecit bila ibunya hendak memulakan acara membebel.

Jam sudah menunjukkan pukul sepuluh malam. Memang jam-jam sebegini, seluruh ahli keluarganya sudah pergi ke gereja yang mereka selalu pergi. St. Michael Angelican Church, nama gereja yang sememangnya sudah menjadi turun-temurun sejak dari datuknya lagi.

“Ayden.” Puan Mellisa berjalan menuju dimana Ayden sedang duduk menghadap PS4nya. Kerusi kosong di sisi anak lelakinya itu diduduki.

Whats wrong with you? Let’s talk about this.”

Just go. You have Christmas eve to attend.” Matanya masih setia menghadap televisyen plasma 40 inci yang siap melekat didinding.

No. Mama nak tanya satu soalan.” Diam seketika diantara mereka berdua tapi Puan Mellisa tahu, anaknya itu sedang mendengar apa yang hendak dikatakan kepadanya.

“Sejak Ayden 10 tahun. Sejak grandma mati, Ayden dah tak mahu lagi menjejaki gereja lagi. Setiap yang hidup pasti akan mati Ayden. Dalam bible kan dah ada cakap.”

Ayden merengus kasar bila perkara itu setiap kali dibangkitkan kepadanya. “Jangan cakap pasal grandma!

Without grandma I feel empty!

Then, apa yang boleh membuatkan Ayden tu supaya tidak ada rasa kosong? Tidak ada pegangan agama, tidak ada hala tuju.”

Ayden menekan punat “pause” lalu meletakkan permainannya di atas meja kecil. Perkara yang mereka bincangkan sekarang sudah bertambah serius. Dia hendak bermain game konsentrasinya terganggu.

“Ayden tak perlu pegangan agama untuk terus hidup mama. Selama 25 tahun Ayden tinggalkan gereja, apa yang Ayden dapat? Hidup Ayden hanya biasa-biasa sahaja. Tidak ada yang kurang. Malah Ayden masih diberi kenikmatan hidup.” Ayden mendepangkan kedua tangannya luas diikuti dengan kata-kata yang sombong.

“Jangan macam itu Ayden. Kenikmatan yang Ayden kecapi sekarang bila-bila masa sahaja boleh ditarik balik oleh Tuhan.”

Ayden hanya ketawa sinis mendengar kenyataan daripada ibunya itu. Ditarik balik? Kenapa tidak tarik sahaja nyawanya sepertimana nyawa grandmanya ditarik dahulu?

“Ayden fikir-fikirkanlah. Kalau ada rasa nak datang ke gereja, pintu gereja sentiasa terbuka untuk Ayden.” Puan Mellisa bangkit dari tempat duduknya lalu berjalan keluar dari bilik khas di mana anak lelakinya itu selalu bermain PS4nya.

Apabila bunyi kereta hilang dari pendengarannya, Ayden kembali menyambung permainannya yang tergendala tadi. Bila karakter gamenya telah mati, Ayden membaling game controlnya. Geram! Habis hilang konsentrasinya bermain PS4.

Ayden merebahkan kepalanya ke atas bahu kerusi. Tiba-tiba dia rasa rindu dengan grandmanya. Dia sememangnya amat rapat dengan grandmanya daripada ahli keluarganya yang lain.

Sejak grandmanya sakit dan koma, Ayden menjadi nanar. Dia tidak kuat tanpa grandma di sisinya. Selama ini, dialah yang akan terselit dicelah ketiak grandmanya. Manja. Ya, dia amat manja hanya dengan grandma.

Tidak ada mood untuk menyambung permainannya, dia segera bangkit untuk membersihkan dirinya. Suasana di dalam rumahnya sunyi. Teramat sunyi. Ini kerana mereka semua sudah berjalan ke gereja.

Esok adalah hari kelepasan awam. Macam biasa, mungkin malam ini banyak anak-anak muda turun padang.

Motor ducatinya dihidupkan. Setelah sudah siap memastikan keadaan rumah selamat, dia pun pergi keluar dari perkarangan rumah mereka. Dia ingin berjalan. Berjalan membawa hatinya yang lara.

Kawan? Mereka semua pakat melawat kelab malam. Ada yang sok-sok alim, datang gereja sama ahli keluarga masing-masing. Lepas pukul dua belas barulah mereka melawat kelab malam.

Hmmm kelab malam? Amat membosankan. Tempat yang sering dikunjungi hujung minggu. Silap-silap keesokan harinya tidur dengan perempuan asing sebelah.

Dengan hati yang tidak tahu hendak dituju, dia bercadang untuk membonceng motornya dan menunggang tanpa arah. Biarlah dia mengikut kata hatinya kerana otaknya sekarang sudah tidak tahu hendak membuat keputusan yang tepat. Hanya kerana dia bosan.

Tanpa dia sedari, dia sudah melepasi dua tiga tol. Hendak mengira, dia tidak sedar. Di mana dia sekarang pun dia kurang pasti. Keadaan juga sudah semakin gelap, renik-renik embun sudah mula kelihatan. Jam tangan dilihat. Pukul tiga pagi! What the? Where am I?

Beg yang disandang sudah dibawa ke hadapan. Dia ingin mencari telefon bimbitnya. Sungguh hairan kerana tidak ada seorang pun yang cuba mencari dirinya. Jam sudah melepasi dua belas tengah malam, sepatutnya ahli keluarganya sudah pulang ke rumah. Bukan mereka tidak tahu, Ayden juga kerap membawa perempuan ke rumah mereka setiap hujung minggu.

Telefon bimbit dicapai. Habis bateri. Logiklah kalau dia tidak menerima sebarang telefon dari ahli keluarganya.

Matanya dibuang pandang ke sekeliling kawasan di mana dia berhenti sekarang. Kosong. Malah dia merasa semakin sejuk sehingga ke tulang.

Bila motornya cuba dihidupkan lagi, tiba-tiba tidak berjaya pula. Ayden rasa marah kerana minyak sudah habis. Ughhhh! Dia tidak tahu di mana dia berada, sekarang motornya pula buat hal! Mana ada stesyen minyak buka waktu-waktu macam ni.

Dalam keadaan terpaksa, Ayden membawa motosikalnya lalu berjalan kaki tanpa tidak tahu ke mana hari dia tuju.

Seram. Itu yang dia rasa sekarang. Perut pula terasa lapar. Sudah lebih sejam dia berjalan. Motor pula besar dan berat. Bertambah satu bebanan.

Seperti apa yang dibuatnya tadi, Ayden hanya membiarkan kakinya bergerak melangkah ke hadapan. Di mana? Dia pun tidak tahu.

“Assalamualaikum.”

Gosh jesus Christ!” Terlompat badan Ayden bila ditegur secara mengejut. Motor yang dipegangnya tadi sudah selamat terjatuh.

“Maaf, saya tidak tahu awak bukan orang Islam.” Ujar lelaki itu.

Ayden merenung lelaki itu tajam. Dari ceruk mana lelaki itu datang, dia pun tidak tahu. Takkan hantu kot? Ish! Dia memang tidak percaya benda-benda karut macam tu. Buang masa saja.

“Tak apa.” Tanpa menghiraukan kehadiran lelaki tersebut, Ayden mencapai motor ducatinya lalu menyambung perjalanannya.

“Encik.” Tegur lelaki itu lagi. Ayden sudah mula hilang sabar.

“Kenapa?!”

“Saya temankan encik, boleh?” Dia melihat seketika kelibat lelaki itu. Sekilas memandang, dia menjeling tajam sebelum meneruskan perjalanannya.

Up to you.” Lelaki tadi tersenyum nipis bila melihat kerenah lelaki tadi. Persis budak-budak macam dirinya suatu ketika dahulu. Darah muda, sememangnya mudah naik angin.

“Nama encik siapa?”

“Ayden.” Walaupun percakapannya penuh dengan nada kesombongan, tapi dilayannya juga soalan yang diajukan itu. “Dan nama encik?”

“Nama saya Ahmad Iqmarul. Panggil saja Marul untuk lebih mesra.” Ayden hanya menganggukkan kepalanya.

Suasana kembali diam sepanjang perjalanan mereka. Ketakutan yang tadi dia rasakan sudah semakin berkurangan dengan adanya kehadiran Marul menemaninya.

“Encik.” Lelaki tadi memecahkan kesunyian.

“Ya?”

“Encik hendak ke mana?” Namun Ayden hanya mengangkat kedua belah bahunya tanda tidak tahu hendak pergi ke mana sebenarnya.

“Encik Marul tahu di sini kawasan mana?” tanya Ayden.

“Sini adalah kawasan Ipoh.” Terbuntang mata Ayden bila mengetahui dia sekarang berada di mana.

Are you serious?

“Ya Encik.” Hati Ayden sudah menyumpah seranah bila dia mengetahui di mana dia berada sekarang.

Ini adalah kerja gila. Sememangnya kerja gila. Tapi sekurang-kurangnya dia tahu di mana dia berada. Senanglah kerjanya sesudah siang menjelma nanti.

“Encik nak ke mana?”

“Saya hendak menemui Ustaz Kazim Elias. Semakin hampir ke pusat yang dia kendalikan. Insya Allah nanti siang boleh ketemu dia kalau ada jodoh.”

Ayden berkerut kening bila mendengar sebaris nama itu. “Siapa tu?”

Lelaki itu hanya senyum. “Ikut saya nanti, encik akan tahu.”

“Okay.”

Tanpa bantahan, mereka berdua menyabung perjalanan ke tempat yang dituju. Sepanjang perjalanan Ayden hanya melayan percakapan dan pertanyaan yang diberikan oleh Marul. Biarlah lelaki itu sahaja yang berbicara, tidaklah dia rasa kesunyian sepanjang perjalanan.

“Allahuakbar Allahuakbar.” Marul serta-merta terhenti diikuti dengan Ayden.

“Kenapa?”

“Ada tugas sedang memanggil.”

“Hah, siapa?”

“Allah. Saya minta diri dulu Encik Ayden. Boleh tunggu di sini sementara menunggu saya selesai sembahyang?”

Ayden hanya sekadar menganggukkan kepalanya sebelum lelaki itu beredar.

Alunan azan didengar dengan begitu teliti. Entah kenapa, mendengar alunan itu membuatkan hatinya bertambah lapang. Matanya ditutup untuk menghayati ayat-ayat itu dengan lebih lanjut.

Dia tahu agama Islam malah dia banyak mempunyai kawan-kawan Islam. Tapi kawan-kawannya itu pun sama juga macam dirinya, kaki kelab malam. Mereka semua Islam hanya pada nama. Begitu juga dengan dirinya, Kristian juga hanya pada nama.

Tapi kini, perasaan yang tidak dapat digambarkan hadir disanubarinya. Kenapa kawan-kawannya tidak pernah memberitahu ada keindahan di dalam ayat-ayat alunan tadi?

Tanpa sedar, air mata jantannya keluar. Tidak tahu kenapa ia mesti keluar. Ia adalah tindakan tanpa arahan. Namun hatinya ingin mengeluarkan rasa sebak didada yang terasa berat. Teresak-esak dia rasakan saat ini.

“Encik Ayden.” Kali ini suara lelaki tadi kedengaran.

“Astagafirullah, kenapa menangis?”

“Adakah yang tadi itu suara azan?”

“Ya Encik Ayden.”

“Begitu indah sekali. Mungkin ini pertama kali saya mendengar dengan begitu dekat dan terang.”

“Alhamdulillah. Jom, kita sambung perjalanan kita. Mungkin bertemu dengan Ustaz Kazim Elias, ia boleh menolong Encik Ayden.”

Ayden menganggukkan kepalanya lalu mereka menyambung perjalanan mereka.

Walaupun dia masih keliru dengan apa yang terjadi kepadanya, akan tetapi mungkin inilah yang dia cari selama ini.


BAHAGIAN TERAKHIR
          
  “Alhamdulillah.” Semua orang yang turut menghadiri upacara pengislaman Ayden rata-rata mengucap syukur menyambut kedatangan ahli saudara baru sesama Islam.

            “Assalamualaikum Muhammad Ayden bin Abdullah.” Marul menyalam tangan Ayden dengan erat. Senang hatinya ketika itu. Baru kenal Ayden dalam beberapa jam, berjumpa dengan Ustaz Kazim Elias, tup-tup masuk Islam.

            “Waalaikumsalam Marul.” Ayden menjawab salam itu. Entah kenapa dia tidak kekok apatah lagi semasa dia diberikan penjelasan oleh Ustaz Kazim Elias tadi. Lama betul mereka berdua berbicara, Alhamdulillah pintu hidayah untuk menerima Islam.

            Sempat juga dia menelefon ibu bapanya dengan menggunakan telefon pejabat, bukan main menangis lagi Puan Mellisa bila dia memberitahu bahawa dia ingin masuk Islam. Upacara pengislaman berjalan dengan lancar, syukur ke hadrat Illahi.

            Sewaktu mereka semua menikmati jamuan tengahari, perkarangan pusat pendidikan didatangi oleh sebuah bas besar diikuti dengan beberapa buah kereta mewah turut masuk ke kawasan itu.

            Kelihatan kanak-kanak begitu cerita keluar dari perut bas itu dengan didahului oleh seorang wanita berniqab.

            Salah seorang pegawai dari pusat pendidikan menyambut kedatangan mereka dengan berbesar hati apatah lagi mereka semua cukup berezeki berjumpa dengan Ustaz Kazim Elias.

            Tanpa membuang masa, wanita yang mengetuai kanak-kanak tadi turut diperkenalkan kepada Marul dan Ayden.

            Anak mata wanita itu terbuka besar bila melihat Marul. Nasib baik dia berniqab, kalau tidak, mungkin orang akan nampak mukanya sudah bertukar menjadi pucat. Bagaimana lelaki ini boleh berada dipusat pendidikan ini? Ya Allah.

            “Nama cik siapa?” tanya Ayden bila mereka sudah duduk di meja panjang yang disediakan khas di situ.

            “Nama saya Noresha.”

            “Nama saya Ayden. Sebelah saya ni Marul.” Esha hanya menganggukkan wajahnya. Dia mahu lari daripada sini. Paling jauh pun, dia mahu duduk bersama dengan anak-anak asuhannya.

            Bila Esha menoleh ke belakang, semua tempat sudah penuh, hanya dimeja mereka sahaja yang kosong. Dengan terpaksa, Esha duduk dimeja itu walaupun hatinya semakin resah bila menyedari mata lelaki yang bernama Marul itu sudah tajam merenung dirinya.

            Tiba-tiba, kelibat Tuan Izz turut hadir ke meja mereka setelah dia berjumpa dengan Ustaz Kazim Elias. Mereka melihat lelaki yang sepertinya berumur 50-an ini, seperti orang yang lepas menangis. Ini kerana matanya kelihatan sembab dengan hidungnya merah.

            Setelah dia selesai memperkenalkan dirinya kepada Ayden, Marul dan Esha, dia turut duduk sebaris dengan Ayden dan Marul. Merah muka Esha kerana dia duduk satu meja dengan ketiga-tiga lelaki di hadapannya kini apatah lagi bila berhadapan dengan Marul. Sungguh hatinya terlalu resah dirasakan. Kalau boleh dia ingin lari sekarang juga.

            “Assalamualaikum.” Keempat-empat mereka melihat di mana arah suara itu.

            “Waalaikumsalam. Lah, dah datang Muaz. Ayden, Marul dan Esha, perkenalkan ini Muaz. Dan Muaz, ini adalah Ayden, Marul dan ini adalah Esha.” Tuan Izz menunjukkan nama dengan tuannya satu persatu untuk perkenalkan kepada Muaz. Muaz menyalam tangan Ayden dan Marul sempena perkenalan dan hanya menganggukkan kepalanya kepada Esha. Esha faham lalu membalas anggukkan itu juga.

            Muaz mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Ayden dan Marul. Masing-masing bercerita sesama sendiri. Bukan main lagi mereka bertanya itu ini mengenai luka-luka yang ada pada Muaz. Sampai ada yang berkeras menyuruh Muaz membawa perkara itu ke pihak polis dan mahkamah. Manakala Esha membuang resahnya melayan salah seorang penuntut dari pusat pendidikan itu.

            Tuan Izz mencapai telefon bimbitnya dari poket seluarnya, lalu membuat panggilan melalui telefon tersebut. “Yaya, saya akan approve proposal yang awak bagi tempoh hari, tapi kali ini saya nak buat dengan Rumah As-Syifa.”

            Esha yang terdengar nama Rumah As-Syifa disebut oleh Tuan Izz mendongakkan kepalanya menatap wajah lelaki itu. “Apa maksud Tuan Izz dengan Rumah As-Syifa?”

            Lelaki itu hanya tergelak kecil bila mendengar pertanyaan daripada Esha. “Pekerja saya ada membuat hari keluarga tapi saya tak izinkan. Sekarang saya mahu buat acara itu dengan Rumah As-Syifa, bolehkan Esha?”

            Esha hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan hati yang lapang bila mendengar cadangan daripada Tuan Izz itu.

            “Cik Esha.” Laju sahaja kepalanya mendongak bila suara Marul memanggil. Hatinya laju berdetak mendengar suara itu. Suara itu. Sehingga sekarang ia masih setia bermain dikepalanya.

            “Ya?”

            Lelaki itu bangkit dari tempat duduknya lalu berjalan menghampiri Esha. Bila sudah mendekat, terus sahaja lelaki itu melutut di hadapan Esha sambil menangis meraung meminta maaf kepada wanita itu. “Maafkan aku Esha. Maafkan aku. Ya Allah ampuni dosa-dosaku ya Allah. Maafkan aku Esha. Maafkan aku. Tolong maafkan aku Esha.”

            Tuan Izz, Ayden dan Muaz terkaku melihat suasana di hadapan mereka itu. Pegawai-pegawai yang lain termasuk Ustaz Kazim Elias laju menghampiri Marul yang meraung sehingga menakutkan penuntut-penuntut yang lain.

            Esha hanya mengalirkan air matanya diikuti dengan esakan kecil bila melihat keadaan Marul yang dulunya seorang lelaki yang mempunyai ego yang paling tinggi sanggup melutut di hadapannya untuk meminta maaf dengan kisah lalu. Ya Allah kuatkan hatiku ya Allah.

            “Saya sudah maafkan apa yang berlaku. Biarlah ia menjadi sejarah dan pengajaran untuk kita bersama Encik Marul.”

            Marul menggeleng-gelengkan kepalanya kuat. Baginya, dosanya itu tidak boleh dimaafkan oleh sesiapa apatah lagi Esha yang mengalami kejadian itu.
    
        Bila sudah melihat Marul begitu, Ustaz Kazim Elias bertindak untuk menarik Marul dari berlutut di situ lalu membawa dia ke tempat lain. Esha yang menangis teresak-esak di bawa juga ke dalam. Mungkin ingin menenangkan wanita itu.

            Tuan Izz, Ayden dan Muaz hanya mampu melihat. Apa yang pasti, dunia ini terlalu kecil. Lari ke mana pun, kalau ada jodoh pasti akan berjumpa.

“Assalamualaikum.” Seorang lelaki tiba-tiba hadir ke meja mereka sambil bersalam dengan Tuan Izz, Ayden dan Muaz. Ketiga-tiga mereka menjawab salam itu dengan serentak.

“Saya Irsyad.” Lelaki itu memperkenalkan dirinya kepada mereka semua. Dia sempat melihat kejadian lelaki meraung tadi. Ingin bertanya tapi dia segan kerana dia baru sahaja datang ke tempat itu.

Mereka berempat bercerita mengenai diri masing-masing. Dari situ mereka sepertinya bertemu satu penyelesaian. Mereka datang berjumpa dengan Ustaz Kazim Elias untuk mendidik mereka mendalami mengenai ajaran Islam.

Dari petang bawa ke malam, barulah masaalah diantara Marul dan Esha selesai. Penyelesaiannya, kedua-duanya selamat diijab kabulkan di pusat pendidikan itu juga. Esha yang hidup sebatang kara mungkin memudahkan lagi acara pernikahan diantara mereka berdua. Walaupun Marul masih dengan wajah yang sugul, namun cahaya kelegaan dan keinsafan terserlah.

Marul tidak melepaskan peluang untuk berkenalan dengan Irsyad yang baru sahaja sampai. Selepas itu, Irsyad mengambil peluang yang ada untuk berjumpa dengan Ustaz Kazim Elias sebelum lelaki itu berjalan keluar daerah untuk membuat ceramah.

Selepas sahaja berjumpa dengan Ustaz Kazim Elias, Irsyad berjalan menuju ke keretanya, ingin mengambil sesuatu. Berjumpa dengan kawan-kawan baru; Tuan Izz, Ayden, Marul dan Muaz memberi peluang untuk dirinya berkongsi pengalaman yang ada. Malah mereka dijemput untuk tidur di situ.

Bila dia ingin melangkah masuk, kedengaran suara lembut seorang gadis kedengaran dari belakang. Bukan main terkejut lagi Irsyad. Dia ingatkan makhluk yang satu itu menegur.

“Kenapa cik?”

“Encik kenal dengan lelaki yang bernama Muaz?”

“Ya, dia ada di dalam. Jemput masuk ke dalam.” Mereka berdua berjalan beriringan. Sesudah tiba ditempat tadi, Irsyad memanggil Muaz.

“Muaz, ada orang nak jumpa.” Muaz terus bangkit dari tempat duduknya bila melihat kehadiran gadis itu. Tuan Izz yang kenal gadis itu hanya memberi senyuman kepada Muaz.

“Pergilah. She likes you. It shows from her eyes.” Muaz menayangkan muka tidak percaya bila mendengar kenyataan itu daripada Tuan Izz namun Tuan Izz hanya memberi senyuman keyakinan kepada Muaz.

Dengan langkah was-was, Muaz menghampiri Cik Nora yang berada dimuka pintu. “Hai.”

“Saya minta maaf kalau semua kejadian ini berpunca dari saya.”

“Tidak apa.” Muaz menjadi kaku untuk berbicara.

“Saya suka awak.”

“Apa?” Muaz tidak sangka Cik Nora meluahkan perasaannya ketika itu. Speechless.

“Saya suka awak.”

“Alhamdulillah.” Esha bersuara dari sisi Cik Nora. Entah dari mana dia boleh timbul, tapi boleh mengejutkan kedua-dua insan itu.

Mereka yang lain hanya tergelak sahaja. Nampak sangat mereka sedang memerhatikan pasangan yang malu-malu itu.

Apabila insan-insan seperti mereka bertemu, dengan mencari keredhaan Allah swt menuju ke jalan yang benar, ia memberi satu keindahan yang tidak ketara di dalam diri masing-masing.

Tuan Izz, Marul, Ayden, Muaz dan Irsyad. Mungkin mereka alpa dengan duniawi tetapi mereka diberikan hidayah untuk kembali mengerjakan apa yang disuruh dan dilarang di dalam agama Islam.




==  TAMAT  ==
          
========================================================================
Song : Loser
Artist : BigBang
Language : Korean

Loser, loner
A coward who pretends to be tough
A mean delinquent
In the mirror, you’re
JUST A LOSER
A loner, a jackass covered in scars
Dirty trash
In the mirror, I’m a
Honestly, I’ve never fit in with the world
I was always alone
It’s been a long time since I’ve forgotten about love
I can’t listen to hopeful love songs anymore
You and me both
We’re just sad clowns, tamed and scripted
I’ve come too far
I’M COMING HOME
I wanna go back
To when I was young
At some point
I started looking at the ground more than the sky
It’s hard even to breathe
I hold out my hand
But no one holds it
I’m a
Loser, loner
A coward who pretends to be tough
A mean delinquent
In the mirror, you’re
JUST A LOSER
A loner, a jackass covered in scars
Dirty trash
In the mirror, I’m a
It’s a cycle of girls and mistakes
Love them for one night
And hate them when morning comes
Can’t own up to it
Because of my selfish pleasure
Everything is being ruined
Can’t stop this dangerous full speed run
Now I have no interest, no fun anymore
I’m standing alone at the edge of a cliff
I’m going home
I wanna go back
To how it was before
At some point
I’ve gotten scared of people’s eyes
I’m sick of crying so I tried smiling
But no one recognizes me
I’m a
Loser, loner
A coward who pretends to be tough
A mean delinquent
In the mirror, you’re
JUST A LOSER
A loner, a jackass covered in scars
Dirty trash
In the mirror, I’m a
I curse the blue skies
Sometimes I wanna lay it all down
I WANT TO SAY GOOD BYE
When I stop wandering at the end of this road
I hope I can close my eyes without regrets
Loser, loner
A coward who pretends to be tough
A mean delinquent
In the mirror, you’re
JUST A LOSER
A loner, a jackass covered in scars
Dirty trash
In the mirror, I’m a
LOSER
I’M A LOSER
I’M A LOSER
I’M A LOSER