Wednesday 20 May 2015

His Independent Girl - [Bab 20]



Bab 20


SEORANG PESALAH memang akan tetap menjadi seorang pesalah. Itulah yang dilalui oleh gadis yang bernama Najwa bila dia mula dikelilingi oleh para senior-senior. Teman sebiliknya juga ada, Adira turut serta dalam perkumpulan di rumah sewa Tengku Iffat.
            “Shasha mana Isha?” soal Tengku Iffat bila dia baru sedar akan ketiadaan Shasha di ruang tamu.
            “Dalam dapur. Tengah menenangkan diri dengan makan ais krim. Kau memang dah sediakan awal ke ais krim dalam peti ais kau tu?” jawab Aisha sambil setia memeluk tubuhnya dengan merenung tajam kepada Najwa yang hanya tunduk.
            Tengku Iffat tergelak mendengar telahan Aisha. Fuh, nasib baiklah ada ais krim. Getus hati Tengku Iffat.
            “Adira, pergi ambil first aid kit dekat tepi pintu dapur,” arah Tengku Iffat. Tanpa membuang masa, Adira akur dengan arahan Tengku Iffat.
            Naik kesihan dia melihat keadaan Najwa yang penuh dengan lebam di wajahnya. Hendak dimarah Shasha, memang Shasha akan mempertahankan alasannya dengan lebih kukuh. Itu nasib baik lagi Najwa tidak sampai ke tahap pengsan tidak sedar diri.
            Tidak lama kemudian, Adira datang dengan membawa first aid kit yang dimaksudkan ke ruang tamu. “Awak rawatlah Najwa tu apa yang patut Adira.”
            Mimi dan Aisha mendengus perlahan bila mendengar arahan daripada Tengku Iffat. Baik hati sungguh. Lantas sahaja mereka berdua mengambil iPad mereka di dalam beg.
            “Mana Rizal?” tanya Tengku Iffat kepada Saiful. Sedari tadi hanya Rizal sahaja yang tidak kelihatan.
            “Pergi jus vape,” tiba-tiba Aisha menyampuk walaupun pandangannya masih melihat iPad.
            Mimi memandang Aisha dengan hairan. “Kau ada hubungan dengan Rizal ke Isha?” Satu pertanyaan yang tidak puas hati.
            Aisha berdecit mendengar soalan itu. “Kenapa pula kau fikir macam itu?”
“Saja tanya. Itu pun tidak boleh.”
“Sibuk sajalah kau ni.”
            Tengku Iffat hanya menggeleng-gelengkan kepalanya bila Mimi dan Aisha bermain tarik tali. Tanpa membuang masa, dia berlalu dari situ. Melangkahkan kakinya ke dapur, di mana gadis pujaan hatinya berada.
            Saiful sudah hilang ke beranda rumah sewa bersama dengan Firdaus. Tidak lain tidak bukan, kalau tidak merokok. Adira pula hanya membebel sejak dia mula merawat wajah Najwa, malah gadis itu hanya duduk diam.
            “Hai,” sapa Tengku Iffat bila dia sudah masuk ke ruang dapur lalu menghampiri Shasha yang ketika itu sedang menghayati ais krim di dalam mulutnya.
            “Hai,” balas Shasha sambil di hadapannya satu mangkuk ais krim namun matanya masih setia melihat skrin iPadnya.
            “Puas makan ais krim?” soal Tengku Iffat yang sudah duduk berhadapan dengan Shasha.
            Shasha mengerling Tengku Iffat yang sudah duduk di hadapannya. Dengan renungan yang redup, senyuman yang manis mudah sahaja membuatkan hati Shasha yang panas menjadi sejuk dan cair.
            Melihat Shasha hanya diam walaupun ada gerak bahasa tubuh yang dipamerkan, Tengku Iffat hanya tersenyum.
            “She is really beautiful,” gumam Tengku Iffat.
            “Apa kau cakap?” Tengku Iffat menggeleng-gelengkan kepalanya. Harap-harap dia tidak terdengar apa yang terbit di mulutnya tadi.
Shasha mencebirkan bibirnya bila melihat reaksi  dari Tengku Iffat. Tangannya sambung menyuap ais krim ke dalam mulutnya dengan mukanya yang sedikit tunduk. Tanpa sedar, Shasha sedaya upaya untuk tidak senyum di hadapan Tengku Iffat. Bibirnya dikemam. Macamlah aku tak dengar apa yang kau cakap tadi wahai Tengku Iffat.
“Ehem ehem.” Shasha berdeham supaya rasa senyumannya itu hilang. Raut wajahnya ditahan supaya tidak mempamerkan sebarang senyuman.
“Macam mana kau tahu kami ada dekat tandas tu?” Shasha menyuakan soalan kepada lelaki yang sedang duduk santai di hadapannya ini. Dia juga hairan bagaimana Tengku Iffat mengetahui kedudukan mereka di situ.
Kening Tengku Iffat ternaik bila Shasha bertanyakan soalan mengenai hal tadi. Takut pula mood Shasha akan mendung balik. Sungguh dia cuba untuk tidak membuatkan Shasha dalam keadaan mood yang tidak baik.
“Jason beri tahu dekat aku masa aku on the way cari kau tadi.”
“Siapa Jason? Macam mana dia tahu aku?”
“Laaa lelaki yang kau suruh jangan flush lepas kencing, dialah tu. Kau ni pun, dah tua ke apa? Faktor umur,” mulut kau Tengku Iffat. Baru sahaja kau berniat tak nak buat mood Shasha mendung, tapi kau buat juga. Dah menjadi rutin harian keapa?
Geram mendengar jawapan Tengku Iffat, cepat sahaja kaki Shasha menendang kaki Tengku Iffat di bawah meja makan dengan kuat. Bukan main menjerit lagi Tengku Iffat, sehingga orang di luar boleh menjerit, “Oii orang dalam dapur tu, sudah-sudahlah berasmaradana. Syaitan ada di mana-mana oiii.”
Berkerut muka Tengku Iffat menahan sakit akibat tendangan padu dari Shasha. Di usap-usap kakinya yang sakit. “Sakitlah.”
“Wuekkk.” Shasha menjelirkan lidahnya dengan mencebirkan bibirnya. Baru tahu. Cakap lagi yang bukan-bukan.
“Siapa suruh merepek? Macamlah aku tahu nama dia Jason,” sambung Shasha.
“Yelah yelah, dia tu kawan aku.”
Shasha berfikir sejenak. Cuba untuk mengingatkan raut muka lelaki yang dijumpainya di tandas tadi tapi masih tidak berjaya mengenangkan siapa lelaki Jason mana yang dimaksudkan oleh Tengku Iffat. “Jason mana ni?”
            “Jason. Masa kita mula-mula masuk uni, dia yang handle pendaftaran semasa orentasi.” Shasha terdiam sejenak. Mula memerahkan memori otaknya yang tidak seberapa nak ingat.
            “Hish, aku tak ingatlah dia siapa.”
            “Kau ni kan. Kau buat apa masa orentasi kalau kau tak ingat senior kita.”
            ‘Aku usha kau lah wahai Tengku Iffat, saja aku nak jual mahal. Nyahahahha!’ getus hati Shasha. Bila difikirkan, gedik sungguh dia ketika ditahun pertama dulu. Hobi kegemaran bila terlihat lelaki yang sedap dipandang. Tapi sayang, bila mengetahui sifatnya yang satu itu, iaitu terlalu senang menjalinkan hubungan dengan perempuan yang ada mengingatkan kembali tentang bekas tunangnya dahulu. Namun, semakin dia cuba menjauhi lelaki itu dari dulu, semakin dekat dia rasakan. Apatah lagi mereka berdua menjadi Presiden dan Naib Presiden bagi MPP mereka.
            “Banyak kot kita punya senior. Mana mampu nak ingat semua.” Shasha tidak mahu mengalah. Sungguh dia tidak ingat langsung. Jason yang mana satu? Banyak lelaki yang bernama Jason yang dia kenal selama tiga tahun dia berada di universiti.
            “Tak payah. Aku nak explain pun kau bukannya nak ingat pun.” Shasha mendengus bila Tengku Iffat berkata begitu. Tak membantu langsung. Tadi ia-ia sangat nak refresh balik siapa orangnya. Buang masa betul. Hanya jelingan sahaja Shasha balas.
            Tengku Iffat meminta izin untuk berlalu dari situ. Hendak melihat keadaan di luar. Mungkin juga ingin menghubungi Rizal yang mengambil ibunya daripada lapangan terbang.
            Shasha hanya diam duduk di dalam dapur. Cuba untuk tidak bertentang mata dengan Najwa buat sementara waktu. Tengku Iffat membawa dia ke sini hanya untuk menyelesaikan perkara ini dengan cara yang molek buat sesama mereka. Shasha tidak setuju dengan tindakan itu, hajat di hati, mahu sahaja dia laporkan ke balai polis. Tapi moto sifat kepimpinan Tengku Iffat pula yang menghalang. ‘Jaga nama baik negara kita apabila berada di negeri orang.’
            Mata Shasha kembali tertumpu di hadapan skrin iPadnya. Ada game baru dimuat turun. Nampak seronok pula dia main. Teruja pula Shasha jadinya bila game ini menjadi bertambah seronok. Game pasal perang. Memang kena dengan sifat Shasha.
            “Hai Kak Shasha.” Shasha mendongakkan kepalanya melihat siapa yang menyapanya.
            “Oh, kau Dira. So how is she?
            “Lebam saja dekat muka dia banyak. Abang Iffat sekarang tengah bercakap dengan dia. Pasal jaket. Tu yang sekarang tengah menangis merayu-rayu jangan bawa perkara ni ke pihak pengadilan,” ujar Adira sambil tangannya menyimpan kembali first aid kit ke tempat asalnya.
            “Kalau ikutkan hati aku, memang akak nak bawa pun.”
            “Tapi abang Iffat tak suruh kan?” Shasha menganggukkan kepalanya.
            “Banyak barang rosak habis dia kerjakan. MPP kena ganti balik bayaran peruntukan untuk komputer-komputer yang rosak.”
            “Tulah, Daus pun ada mengadu jugak, kena buat laporan kawangan lagi untuk peruntukan ganti kerugian,” jelas Adira. Shasha memang amat maklum dengan perkara itu. Sungguh, dengan kejadian tersebut, masa mereka semua ahli-ahli MPP amatlah terbuang. Nasib baik kesemua ahli-ahli MPP yang terpilih membuat kerja yang amat cekap dan memberikan sepenuh komitmen dalam menyelesaikan perkara ganti rugi dan juga projek terakhir mereka bagi semester ini.
            Shasha lantas bangkit dari tempat duduknya. Bekas mangkuk yang digunakan untuk makan ais krim dibawa ke sinki. Nanti sajalah dia basuh, letak sini dulu. Dah buat macam rumah sendiri. Hahahaha!
            “Eh, akak nak ke mana?” tanya Adira. Dia baru sahaja hendak mengambil ais krim di dalam peti sejuk, join sekaki makan dengan Shasha. Ke mana pula kak Shasha ni?
            “Nak keluar,” ujar Shasha sambil mencuci tangannya.
            “Keluar? Ke mana?”
            “Laaa budak ni. Ruang tamulah.”
            “Eh, jangan kak. Najwa kan masih ada.”
            “Hish tak apalah. Sekejap saja. Nak jenguk dia.”
            “Yalah, jangan pula nak mengamuk.” Shasha tergelak kecil mendengar pasanan khas daripada Adira. Haih tunang si Firdaus ni, bercakap memang amat straight forward.
            Baru sahaja Shasha hendak memulas tombol pintu dapur, tiba-tiba pintu dapur sudah dirempuh dari luar dengan kuat. Daun pintu dapur memang sudah terhempas di sisi muka Shasha sehingga membuatkan gadis itu berundur ke belakang. Menahan sakit akibat rempuhan tadi.

‘Siapa pula yang terlebih bertauliah ini.’




==============================================


HAKCIPTA TERPELIHARA

Tidak dibenarkan mana-mana bahagian dari terbitan / blog ini diterbitkan / dibuat semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau dengan apa jua alat sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak penulis atau daripada pihak bakal penerbit yang asli.

His Independent Girl - [Bab 19]



Bab 19


“TOLONG! TOLONG!” teriak Najwa bila dia diheret oleh Shasha dengan kasar. Bukan setakat badan, malah dari rambut yang ditutupi oleh selendang dicekup dengan kuat. Tidak memberi peluang kepada Najwa langsung.
            “Jangan harap kau nak minta tolong lepas ni,” gumam Shasha sepanjang dia mengheret Najwa.
            “Sakit kak Shasha.” Najwa sudah teresak-esak menahan kesakitan yang dialaminya sekarang. Dia tidak tahu ke mana arah tuju Shasha mengheret dirinya.
            Shasha menghiraukan rayuan Najwa. Tiba-tiba Shasha berhenti disatu bangunan. Najwa mendonggakkan kepalanya untuk melihat bangunan apa yang membuatkan Shasha berhenti dengan tiba-tiba.
            “Kak. Akak nak buat apa dekat sini?” bulat mata gadis itu bila mengetahui bangunan di mana dia diheret.
            “Kau diam!”
            “Jangan kak Sha. Tolong kak Sha. Najwa merayu,” tangisan Najwa sudah kedengaran, namun di telinga Shasha, itu hanyalah lakonan.
            Tanpa membuang masa, Shasha mengheret lagi sekali memasuki ke dalam bangunan tersebut. Tapi Najwa melawan. Ini yang membuatkan Shasha semakin panas hati. Bila dia melihat Najwa melawan dengan gerakan bahasa tubuhnya, Shasha menolak badan Najwa ke hadapan dengan kuat sehingga membuatkan Najwa tersembab. Di depan pintu Shasha sudah mula mengamuk.
            Najwa yang tertiarap akibat tolakan daripada Shasha tidak mampu berbuat apa-apa bila Shasha menarik rambutnya yang masih terselindung ke belakang. Kuat sehingga membuatkan Najwa mengerang kesakitan. Hanya raungan dan esakan Najwa kedengaran di telinga Shasha.
            “Kau buat apa dekat aku Najwa? Cuba kau beritahu dekat aku sekarang,” tanya Shasha sambil tangannya masih menarik rambut Najwa.
            “Najwa tak tahu kak. Najwa tak tahu.”
            “Kau masih tak tahu atau buat-buat tak tahu?” Shasha sudah berteriak. Bahu Najwa terangkat akibat tengkingan daripada kakak angkatnya.
            “Mari aku bagi kau tahu apa yang kau dah buat dekat aku,” Shasha menarik rambut gadis itu supaya Najwa berdiri. Kelihatan dagu Najwa ada sedikit berdarah. Mungkin akibat geseran dari tolakan Shasha.
            “Tolong kak Sha. Sakit,” rintih Najwa. Bila Shasha mendengar rintihan dari Najwa, dia hanya tergelak kecil.
            “Tolong? Ya, aku boleh tolong kau. Sekejap lagi.” Shasha memaksa Najwa masuk ke dalam bangunan yang dia berkeras tidak mahu masuk. Tapi Najwa tidak berdaya, kerana tenaga Shasha semakin kuat dan Najwa tidak mahu sakit lagi. Sekarang sudah dia merasa sakit, apatah lagi kalau dia semakin melawan.
Adakah ini sisi kakak angkatnya yang sebenar? Walaupun dia pernah melihat Shasha menghentam Nadia dahulu, tapi dia tidak terfikir sakitnya lagi sakit daripada dibuli oleh Nadia.
“Kau masuk dalam aku kata!”
“Najwa tak mahu kak. Malu,” rayu Najwa lagi. Sungguh dia tidak mahu memasuki bagunan itu.
“Kalau setakat tandas ni kau takut, buat apa? Cepat masuk!” tangan Shasha masih setia mencekak rambut Najwa. Selendangnya kelihatan sudah huru-hara.
“Ini tandas lelaki kak. Lepas kak, Najwa sakit.”
“Aku peduli apa ini tandas lelaki. Kau tak nak masuk, aku paksa kau masuk!” Shasha menolak badan Najwa untuk masuk ke tandas awam lelaki. Siap merayu-rayu tanpa henti bila mereka sudah masuk ke dalam tandas lelaki.
Woah girls, both of you got the wrong place,” ujar seorang lelaki yang sedang berdiri di hadapan tandas berdiri sambil berkencing. Nampak terkejut tetapi masih boleh berlagak seperti biasa.
Just ignore us.”
Bila Shasha melihat lelaki tersebut sudah selesai membuang hajatnya, “Don’t flush!
Lelaki itu menoleh ke arah mereka berdua. Hairan bila seorang lagi gadis yang bertudung sedang menangis teresak-esak menahan kesakitan. Seperti faham. “What are going to do with the little girl?
Shut up. Go away,” lelaki tadi mengangkat tangannya tanda patuh akan arahan daripada Shasha. Tanda tidak mahu masuk campur.
Help me sir,” kecil suara Najwa meminta tolong kerana sedari tadi kepalanya sudah sakit kerana kerap kali ditarik dengan kuat.
“Kau diam,” gertak Shasha kepada Najwa.
Lelaki itu hanya menggeleng-gelengkan kepalanya bila dia melintasi mereka berdua. Selepas mencuci tangan, tanpa membuang masa dia meninggalkan mereka berdua. Bila Shasha melihat kawasan tandas sudah kosong, dia membalikkan Najwa menghadap dirinya. Ditolaknya Najwa berhampiran dengan mangkuk tandas berdiri yang digunakan oleh lelaki sebentar tadi dengan kuat sehingga kepalanya terhentak di atas permukaan dinding. Najwa sudah tidak berdaya hendak buat apa-apa.
“Tolong kak. Jangan buat macam ini,” rayu Najwa lagi. Tiba-tiba Shasha menampar pipi Najwa dengan kuat. Makin kuat lagi raungan Najwa bila pipinya sakit. Pedih.
Shasha merenung Najwa dengan renungan tajam sambil memeluk tubuhnya. Najwa hanya tunduk, tidak berani melihat anak mata kakak angkatnya. Sungguh dia gerun.
Sakit hati Shasha bila melihat Najwa yang sering kali merayu kepada dirinya. Dasar tidak tahu diuntung. Kau boleh lagi cakap tidak tahu apa-apa dengan apa yang kau sudah buat dekat aku. Huh!
“Sekarang aku nak kau cakap apa yang kau buat dekat aku.” Shasha sudah bertindak menghimpit badan Najwa dengan badannya sendiri sambil mencekak rahang dagu Najwa dengan kuat. Desahan nafas Shasha yang kuat juga kedengaran. Lemah lutut Najwa. Ketakutan.
“Najwa tak tahu kak,” sekali lagi Najwa ditampar dengan kuat. Kau masih tak nak mengaku ya.
“Kau ingat balik apa yang kau buat dekat pejabat MPP,” mendengar kata-kata itu daripada Shasha, kuat Najwa menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Tak tahu,” tamparan dihadiahkan lagi sekali. Darah sudah mengalir sedikit dari hidung Najwa.
“Cepat cakap sebelum aku buat kau lagi berdarah di sini,” tangannya sudah bersedia untuk menghadiahkan tamparan kepada Najwa lagi sekali. Bibirnya sudah dikemam menahan geram bila adik angkatnya yang tidak tahu diuntung ini tidak mahu mengaku.
“Ya. Ya. Ya. Najwa yang buat. Najwa yang buat,” satu lagi tamparan singgah di pipi Najwa dengan kuat. Makin kuat tangisan Najwa. Darah yang mengalir disapu. Shasha menghadapkan wajah Najwa menatap wajahnya.
“Kenapa kau buat macam tu? Hah!”
“Najwa minta maaf. Najwa minta maaf,” terketar-ketar bibir Najwa bila mula disoal siasat oleh Shasha.
“Aku nak tahu pasal kenapa kau buat macam tu bodoh! Bukannya aku nak dengar kau minta maaf.”
“Najwa cemburu abang Iffat layan kak Shasha dengan baik.” Shasha merengus kasar. Bodoh punya alasan.
“Abang Iffat kau tu layan semua perempuan, yang kau nak cemburu dia layan aku dengan baik buat apa,” bentak Shasha lagi. Sungguh dia tidak berpuas hati dengan alasan yang keluar dari mulut Najwa.
“Tapi dia lebih pentingkan kak Shasha daripada Najwa. Najwa sudah buat bermacam-macam cara untuk pikat hati abang Iffat, tapi dia buat tidak tahu dengan Najwa,” panas hati Shasha bila mendengar alasan yang panjang lebar.
“Kau memang menyusahkan aku,” cengkaman dilepaskan. Najwa tergelungsur ke bawah. Sungguh dia tidak bertenaga ketika itu.
“Najwa nakkan abang Iffat. Najwa suka dia.”
“Bodoh punya perempuan!”
Gara-gara dia, Shasha bersengkang mata untuk merombak proposal yang siap teratur dengan yang baru. Memang masanya amat terbuang. Ahli-ahli MPP yang lain juga turut turun padang untuk menyelesaikan apa yang hilang dan juga mengemas kembali pejabat mereka yang diporak perandakan.
“Kuat juga kau ni ya, boleh buat seorang,” apa yang dimaksudkannya adalah gadis tersebut mampu menjadi ‘hulk’ yang amatur dalam memporak perandakan pejabat mereka.
Najwa diam. Dia tidak mahu membalas apa-apa. Takut disakiti lagi oleh Shasha. Apalah sangat kalau hanya melontarkan barang-barang besar ke satu tempat. Tarik sahaja cable, lepas tu lontarkan ke bawah.
Tiba-tiba, baru Shasha teringat sesuatu. “Jadinya, kaulah juga yang membuat rancangan dengan lelaki yang cengak leher aku tu.”
Bulat mata Najwa bila Shasha mengutarakan soalan itu. Kepalanya digeleng laju. Kalau Shasha tahu, dia akan mati. Mati ditangan Shasha.
Shasha faham dengan gelengan kepala Najwa. Itu gelengan tidak mahu mengaku!
“Bukan Najwa. Bukan Najwa.” Shasha menarik lagi rambut Najwa supaya dia berdiri. Bukan main kuat lagi raungan Najwa. Bagai nak tercabut rambut dengan isi kepalanya. Sakit!
“Siapa nama lelaki tu?”
“Bukan Najwa,” belakang kepalanya sudah dihentakkan ke dinding. Masih selamat sebab Najwa memakai span senggol rambut di belakang.
“Baik kau mengaku cepat. Selain daripada Mimi dengan Aisha, kau sahaja seorang yang ada kunci rumah tu.”
“Bukan… Bukan…” sekali lagi, pipinya dihadiahkan tamparan yang entah keberapa kali daripada Shasha. Di hujung bibirnya sudah mula pecah. Lebam juga mula kelihatan.
“Kau memang ada niat nak bunuh aku kan?” Najwa menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Memang tak tahu diuntung. Sudah terang lagi bersuluh, kau masih tak mahu mengaku! Kau nak tengok lagi aku mengamuk ke hah!” kepala Najwa ditekan lagi ke dinding. Hidungnya juga sudah mula kelihatan darah mengalir.
“Siapa nama lelaki tu aku tanya!” tinggi oktaf suara Shasha menjerit di hadapan Najwa. Benci dia melihat bila gadis di hadapannya ini tidak mahu mengaku. Memang nak makan kaki!
“Stev… Steven.”
“Memang aku dah agak. Nak masuk dalam penjara agaknya.”
“Jangan kak. Tolong kak. Najwa minta maaf. Najwa hanya nak perhatian daripada abang Iffat,” sejurus sahaja Najwa berkata begitu, badan gadis itu ditarik supaya bangkit, lalu dengan kasar, kepala dan wajah Najwa ditolak ke mangkuk tandas berdiri bekas lelaki tadi. Walaupun tandas berdiri, tapi memang ada flush. Untuk kebersihan. Namun masih ada sisa-sisa kencing dari lelaki tadi.
Najwa meraung. Najwa meminta tolong. Najwa merayu. Mual. Muntah. Semua menjadi satu bila wajahnya sudah berada di mangkuk tandas. “Tolong… Tolong.. Uhuk uhuk uhuk.. Wuek!”
Tangan Shasha masih menahan kepala Najwa yang sedaya upaya mengalih daripada hampir mencecah bekas sisa-sisa kencing yang masih ada dipermukaan dinding tandas. Baunya memang hanyir. Makin gadis itu mengelak, makin Shasha tekan ke dalam.
“Hanya sebab kau nak minta perhatian daripada abang Iffat kau, kau buat kerja gila dekat aku ya Najwa. Kau jangan nak buat aku gila. Kau buat aku jadi gila, memang aku akan jadi gila! Semua orang tahu. Kau yang sengaja mencari nahas dekat aku,” ujar Shasha sambil tangannya masih menekan kepala Najwa. Malah wajah Najwa sudah melekat di dinding tandas itu.
Kedengaran Najwa muntah. Mual dengan bau yang sudah melekat di hidungnya. Tersedak gadis yang dari tadi menangis merayu apabila dia muntah. Shasha berdecit. Bodoh punya perempuan. Dengan tanpa belas kasihan, Shasha menekan flush yang ada di atas tandas itu. Habis seluruh muka Najwa tersembur dengan air tandas begitu juga sisa muntahnya.
Shasha melepaskan cengkaman. Dengan peluang yang ada, Najwa melarikan wajahnya dari tandas itu. Terduduk di atas lantai kerana lemas akibat air tandas tadi.
“Apa yang kau buat ni Sha?” mendengar namanya diseru dari belakang, Shasha menoleh. Tengku Iffat. Macam mana dia tahu? Dia berlari anak menuju di mana mereka berada.
“Abang Iffat. Tolong,” rayu Najwa bila melihat kelibat Tengku Iffat.
Astagafirullah. Sungguh kesihan dia melihat keadaan Najwa. “Kenapa mesti kau buat macam ini Sha?”
“Dia yang mulakan dulu,” mendengar suara Tengku Iffat yang lembut membuatkan Shasha menjadi kendur. Kemarahannya sedikit kurang. Dia fikir dia akan dimarahi oleh lelaki yang menjadi pujaan Najwa.
Tengku Iffat bertindak untuk memeluk Shasha lalu mengusap belakang kepalanya. Boleh pulak buat adegan peluk-memeluk di dalam tandas awam, malah di hadapan Najwa pula tu.
“Pergi keluar sekarang. Biar aku handle Najwa.” Shasha merengus kasar. Tengku Iffat dijeling tajam.
Aik? Marah?
“Tunggu dekat rumah aku. Aku panggil semua orang berkumpul dekat sana,” dengan hentakan kaki tidak puas hati, Shasha menjeling lagi sebelum berlalu dari situ.
Tengku Iffat melihat keadaan Najwa. Jaket kulit yang tersalut ditubuhnya dibuka lalu diberikan kepada gadis yang sudah habis dikerjakan oleh Shasha. Penuh luka. Bibir lebam dan berdarah. Hidung juga menitiskan darah. Matanya sembab. Pipi juga sembab. Selendang basah dan kotor.
“Ikut abang.”
“Najwa takut.”
“Kenapa dulu masa buat tak berfikir dua kali? Sekarang baru nak takut?” kali ini Tengku Iffat juga ikut berang. Kau jangan fikir aku akan tolong kau. Ini pun sebab mereka berada tempat yang tidak sesuai. Silap-silap ada yang merakam adegan tadi, siapa yang malu. Mereka juga yang malu.
Najwa tersentak bila Tengku Iffat sudah naik suara. Nampaknya lelaki pujaannya juga sudah mengetahui apa yang telah dia buat terhadap Shasha.
“Ikut abang lepas ni. Selesaikan perkara ini secara elok. Berdiri cepat!” laju sahaja Najwa berdiri walaupun dalam keadaan terhoyong-hayang. Sungguh kepalanya amat pening dan berat akibat hentakan tamparan yang diterima daripada Shasha.
Mereka berdua keluar dari tandas. Nasib baik Jason ada menelefon memberitahu akan perihal ini. Kalau tidak, entahlah. Takut juga gadis ini terlantar di hospital.
Telefon bimbit dikeluarkan dari poket. Lalu menelefon Saiful, sahabatnya yang mungkin sekarang tengah tidur di rumah sewanya. Tidak lama kemudian, panggilannya dijawab.
Inform diorang semua, Shasha sekarang on the way ke rumah. Panggil semua berkumpul dengan segera. Aku bawa Najwa.”

“Ok.”


==========================================


HAKCIPTA TERPELIHARA

Tidak dibenarkan mana-mana bahagian dari terbitan / blog ini diterbitkan / dibuat semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau dengan apa jua alat sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak penulis atau daripada pihak bakal penerbit yang asli.