Bab 20
GIRL’S DAY OUT. Satu hari khas bagi Badrina dan juga
sepupu-sepupunya untuk keluar bersama-sama. Hari ini mereka memilih hanya untuk
melepak sahaja di salah satu restoran yang santai.
Bergelak
ketawa sakan itu adalah perkara biasa bagi mereka semua. Termasuk Badrina,
kesemua sekali ada enam orang. Tidak banyak sepupu-sepupu perempuan belah
Badrina. Badrina dan adiknya, lepas itu empat orang yang lain. Semua sepupu
belah mama Badrina. Kalau papanya memang tidak ada harapanlah nak bersepupu
sebab Tuan Haji Qamarul adalah anak tunggal. Belah Badrina memang tidak banyak
saudara, tetapi sememangnya mereka semua teramatlah rapat.
“Apa
cerita kau Rina? Kongsilah dekat kita orang. Macam mana rasanya goback dengan ex-boyfriend lepas itu tiba-tiba jadi tunang. Months after that, boom dah ada wedding,”
ujar Fadlina, salah seorang sepupu Badrina memulakan pertanyaan untuk dijadikan
salah satu borak-borak kosong mereka pada petang itu.
“Setakat ini Alhamdulillah semua baik-baik sahaja.
Belah ayah Badrul semua cool. Memang sebulu terutama dengan nenda Badrul. She is the best woman.” Puji Badrina.
Terkenang pula akan berita yang dia terima daripada nenda Badrul. Terkejut pun
ada. Bangga pun ada juga.
“Lepas kau beritahu fasal rumah asuhan itu kan, aku
terus sahaja buat research. Memang
Dato Seri Rafeah itu bukan calang-calang. Tetapi dia jenis tidak suka
publisiti. Habis-habis pun dia akan jadikan anak-anak atau cucu-cucu dia
sebagai wakil.” Kali ini Qistina, iaitu adik kepada Badrina pula yang bersuara.
Badrina bersetuju akan kenyataan daripada adiknya
itu. “Indeed. Ni yang aku nak cerita
dekat kamu semua.”
Semua mata sudah mula tertumpu kepada Badrina.
Menunggu cerita daripada wanita itu. “Kata nenda Badrul, dia yang menyuruh
memutuskan pertunangan di antara Badrul dan Azmina.”
Bukan main lagi mereka melopong sejurus sahaja
mendengar berita yang baru didengar. “Wow. Kenapa pula?”
Masing-masing sudah menegakkan tubuh mereka semua
sebelum meneruskan untuk mendengar cerita dengan lebih lanjut. “Apa yang aku
tahu, Azmina ini plastik!”
“Hmmm memang plastik pun. Dah boleh tengok masa kak
Rina bertunang hari tu,” ucap Qistina.
“Hey ini plastik bukan sebarang plastik ya. Masa
dekat rumah asuhan, aku nampak dan aku dengar dengan telinga aku sendiri dia
boleh herdik budak-budak dekat situ.”
“Bukan rumah asuhan itu kebanyakkannya budak-budak
yang menghidap HIV ke Rina?” Kali ini sepupu mereka yang bernama Juliana pula
bersuara.
Badrina dan Qistina menganggukkan kepala mereka
serentak. “Kejinya sanggup herdik anak-anak syurga macam itu,” sambung Juliana
lagi.
“Badrul sering kali cakap dekat aku, aku kena cari
sendiri kenapa dia dengan Azmina putus tunang. Mula-mula aku cari perangai-perangai
negative side si Azmina ini, which is memang dah jumpa pun. Tetapi bila dapat
tahu nendanya menjadi datang pemutusan mereka dahulu, terkejut pula aku.”
Terang Badrina dengan nada serius.
“Kau tak tanya lagi ke dekat nenda suami kau lepas
tu?” tanya Fadlina. Kali ini Badrina menggelengkan kepalanya untuk pertanyaan
daripada sepupunya itu.
“Baru nak tanya, budak-budak semua dah masuk dewan
makan. Nenda pula terus sahaja beredar dari situ layan budak-budak. Sepupu-sepupu
Badrul juga semua dah datang. Memang tergantung macam itu sahaja.” Jelas
Badrina menceritakan sedikit sebanyak mengenai Dato Seri Rafeah.
“Aku rasa nenda Badrul tu memang dah tahu perangai
si Azmina ini, sebab itu dia suruh putuskan pertunangan.” Satu suara baru lagi
kali ini menyampuk perbualan mereka.
“Ada juga betulnya apa yang kak Marina cakap tu,”
setuju Qistina sambil mengiyakan telahan sepupu mereka.
“Kau ada tanya dekat laki kau pasal ini ke Rina?”
Kali ini seorang lagi sepupu mereka bertanya. Sama umur dengan Badrina, sama
kepala dan juga sama perangai. Dari tadi diam sahaja sebab sibuk bersolek
sebenarnya. Diam tetapi mendengar.
Badrina menggelengkan kepalanya. “Nope. Badrul suruh aku cari sendiri
punca dia Irdina.”
“Wahhh, boleh pula dia nak jadikan game fasal benda ini ya.” Irdina sekali
lagi berkata. Ialah, sudah selesai main alat-alat solek, mulut pun baru sahaja
hendak warm up.
“Seronok sebenarnya. Macam puzzle. Suka buat aku teka-teki. Well, in a bright side, aku suka apa yang Badrul buat. Dia tahu
sifat aku sebenarnya. Lagi aku curious,
lagi aku seronok nak korek-korek lagi sampai dapat.” Jelas Badrina mengenai
suaminya di hadapan geng-geng girl’s day
out.
“Aku baru dapat dua points dan satu info besar fasal putus tunang ini. Tapi aku dapat
rasa benda ini akan lagi banyak terbongkar terutama perangai sebenar Azmina dan
juga nenda,” sambung Badrina lagi.
“Kalau kau nak minta tolong jangan lupa helo-helo
saja dalam grup fasal ini,” ucap Mariana. Grup yang dia maksudkan itu ialah
sudah semestinya grup di dalam Whatsapp. Grup yang hanya mereka berenam sahaja ada
di situ.
Tanpa berkata apa-apa, Badrina hanya menaikkan ibu
jarinya lalu menunjukkan seperti tanda okay kepada sepupu-sepupu dan adiknya. Badrina
mencapai minumannya lalu menyandarkan tubuhnya sambil meliarkan matanya ke
sekeliling luar restoran.
Baru sahaja Badrina hendak menghirup, tiba-tiba
matanya terlihat sesuatu yang amat menarik anak matanya. “Guys, speak of the devil. She is here.”
Kesemua anak mata terus sahaja melihat di mana mata
Badrina melihat.
“Oh, itu Azmina ke?” tanya Irdina.
“Yap, itulah Azmina. Masa aku kahwin kau kan masih
dekat Beijing, sebab itu tak pernah tengok. Tapi, ya terimalah kenyataan ya,”
balas Badrina.
Persis macam mode
stalker dah mereka berenam ketika ralit memerhatikan gerak-geri Azmina.
Nasib baik mata masing-masing terang, jauh pun boleh nampak.
“Rina, kau ada mention
tak budak Azmina ini kerja apa?” tanya Irdina.
“Aku pun tak tahu dia kerja apa, malas nak ambil
tahu,” balas Badrina pendek namun mata mereka semua masih melekat. Tidak mahu
melepaskan momen-momen yang mungkin boleh dijadikan sebagai points, bak kata Badrina.
“Masalahnya aku tahu lelaki yang bersama dengan dia
sekarang,” ucap Irdina lagi. Ini kerana, Azmina sekarang sedang duduk bersama
dengan seorang lelaki yang berbadan tegap, memakai jaket kulit berwarna hitam diikuti
dengan kacamata hitam siap. Badan pun bukan main segak lagi. “Dia itu Farok.”
“Siapa Farok?” tanya mereka semua melainkan Irdina
dengan serentak.
“Itu salah seorang wanted list yang disyaki aktif dalam sex grooming.”
“What? Sex
grooming?!”
TIDAK sabar untuk menyampai dengan apa yang baru sahaja
dia lihat sebentar tadi, Badrina terus sahaja memandu keretanya menghala di
mana suaminya berkerja. Baginya informasi dan penjelasan daripada Irdina tadi
sedikit sebanyak membimbangkan dirinya. Sejahat-jahat dirinya, dia tahu apa
makna sex grooming itu.
Sempat dia bertanya tadi sebelum ke pejabat Badrul
adakah suaminya itu sedang bermesyuarat ataupun tidak. Sebaik sahaja Badrul berkata
hari itu dia tidak mempunyai sebarang mensyuarat untuk dihadiri, terus Badrina
memandu ke tempat yang di tuju.
Badrul ada memberikan alamat tempat dia berkerja
tapi Badrina saja yang jual mahal, tak nak pergi ke pejabat lelaki itu. Malas katanya.
Tapi sekarang, gara-gara hal ini, terpaksa dia mencemar duli ke pejabat
suaminya. Walaupun hal itu macam hal kecil, tetapi bagi Badrina ia adalah satu
perkara yang serius.
Tak dapat jumpa tempat letak kereta yang sesuai,
Badrina hentam sahaja letak keretanya di sisi kereta Badrul. Block kereta sahaja yang mampu. Memang
depan-depan pintu masuk. Besar juga tempat kerja suaminya ini. Bos ke? Tempat
letak kereta pun tempat khas.
Kaki Badrina terus sahaja melangkah masuk ke kotak
lif sebab dia tahu tingkat berapa Badrul berapa. Iaitu tingkat lapan. Laju
sahaja jari Badrina menekan butang nombor lapan.
Setelah kotak lif sampai di tingkat lapan dan pintu
lif terbuka, laju sahaja Badrina melangkah keluar dari kotak lif tersebut. Anak
mata Badrina tiba-tiba terpaku akan suasana pejabat Badrul. Sungguh elegan dan
nampak classy. Di tingkat ini ada
juga penyambut tetamu, tanpa membuang masa terus sahaja Badrina bertanyakan
Badrul.
“Assalamualaikum, boleh saya berjumpa dengan Encik Badrul
Ilham?” tanya Badrina kepada penyambut tetamu yang bershawl cantik dengan lilit
berwarna kuning cair itu. Nampak sopan, make
up pun cantik. Guna contouring.
Pandai dia guna.
[sekadar gambar hiasan]
“Waalaikumsalam. Sekejap ya, saya sambungkan kepada
setiausaha Encik Ilham.” Badrina menunggu sahaja penyambut tetamu itu sedang
bercakap bersama seseorang dengan telefon. Mungkin itulah setiausaha suaminya.
Selepas sahaja telefon di tutup, penyambut tetamu
itu mengalihkan pandangannya memandang Badrina. “Cik…”
“Puan Badrina,” tegur Badrina dengan lembut. Susah
tau nak dapatkan pangkat Puan tu. Kena kahwin baru dapat.
“Maaf Puan Badrina. Puan Badrina boleh duduk dulu,
setiausaha Encik Ilham akan menjemput Puan di sini.”
Mendengar sahaja penjelasan daripada si penyambut
tetamu itu, Badrina terus sahaja melabuhkan punggungnya di atas salah satu sofa
yang telah disediakan di lobi itu. Tidak lama kemudian, bunyi tumit kasut
tinggi kedengaran menghala di mana kaunter penyambut tetamu. Kelihatan seorang
wanita dalam yang lingkungan umur 30-an berdiri di situ.
“Tina, mana dia yang ingin berjumpa dengan Encik
Ilham?” tanya wanita tersebut.
Penyambut tetamu yang bernama Tina it uterus sahaja
menunjuk di mana Badrina berada. Laju sahaja wanita itu membalikkan badannya. “Eh,
Puan Badrina. What a surprise.”
Badrina tersenyum. Dia kenal wanita ini. Pernah datang
ke majlis perkahwinannya. Tidak tahu pula dia adalah setiausaha Badrul. “Hai,”
sapa Badrina.
“Lupa nak perkenalkan diri I, nama I Michelle,
setiausaha Encik Ilham. Datang sini mesti nak jumpa Encik Ilham kan?” tanpa
membuang masa Michelle berjalan beriringan dengan Badrina untuk membawa di mana
bilik Badrul berada.
“Well of
course.”
Sekejap sahaja mereka sampai. Michelle menunjukkan
di mana bilik Badrul berada. Badrina melihat tanda nama yang terpampang di tepi
pintu bilik pejabat suaminya. Chief
Information System Officer. Ohhhh kerja CISO rupanya. Eeee nerd!
[sekadar gambar hiasan]
Tanpa membuang masa, Badrina mengetuk pintu bilik
pejabat si suami. Tatkala sahaja kedengaran suara Badrul mengizinkan masuk, Badrina
terus sahaja membuka pintu dan masuk ke dalam pejabat Badrul dengan
julung-julung kalinya. “Hun!”
Badrul yang terkejut akan kedatagan isterinya itu
terus bangkit dari tempat duduknya lalu melangkah menghampiri di mana isterinya
berada. Badan wanita itu dipeluk dengan kejap sebelum bibirnya laju sahaja
mengucup seluruh wajah Badrina berkali-kali sehingga membuatkan wanita itu
lemas.
“Hun cukup
hun. Hancur make up honey nanti.” Badrul berhenti tetapi tidak melepaskan
pelukannya.
“Apa mimpi honey
datang pejabat hun ini?” tanya Badrul
sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa lalu membawa Badrina duduk di atas
pahanya.
Badrina memeluk leher suaminya selepas dia selesa
duduk di atas paha si suami sebelum dia memulakan bicaranya. “Tadikan masa honey lepak dengan the girls, honey terjumpa Azmina.”
“Uhuh, okay. Lepas itu?” tanya Badrul.
“Hun tahu Irdina kan?” tanya Badrina. Kali ini
lelaki itu hanya menganggukkan kepalanya.
“Azmina tadi ada jumpa dengan seorang lelaki.
Mula-mula honey tidak kisah sangat,
tetapi bila Irdina cakap dia termasuk dalam wanted
list, honey jadi terkejut.” Mengenangkan kerja Irdina adalah salah seorang polis
penyiasat dalam kes jenayah seksual, Badrina yang mulanya tidak kisah akan lelaki
itu serta-merta sahaja bertukar menjadi kisah.
“Lelaki itu masuk dalam wanted list fasal kenapa?”
“Irdina cakap, lelaki itu disyaki aktif dalam
aktiviti sex grooming.”
“Apa? Sex
grooming? Lelaki itu aktif dalam sex
grooming?” Badrina mengangguk kuat untuk memberikan jawapan kepada
suaminya. “Azmina ini dah desperate ke
apa? Irdina ada cakap apa-apa lagi tak? Mengenai lelaki itu dengan Azmina?”
“Tak adalah pula, sebab Irdina ada cakap selalunya target Farok ini budak-budak remaja yang
baru nak up.” Jelas Badrina kepada
suaminya.
“Farok ya namanya?”
“Ya. Macam mana ni hun? Sex grooming ini bahaya.”
“Indeed, it is
dangerous. Memang kebanyakkan target sex
grooming ini budak-budak remaja, tetapi untuk umur Azmina ini boleh jadi
juga sebab kalau orang yang baru nak berjinak-jinak dengan sosial media, memang
mudah tertipu.” Badrina hanya mampu mengeluh bila mendengar penjelasan daripada
suaminya.
Betul kata suaminya, yang baru nak berjinak-jinak
dengan sosial media ini mudah tertipu. Jangan ikutkan mereka yang sudah terlebih
makan garam ini. Echecheh!
“Tak apa honey.
Kita stay low sahaja dulu tetapi
dalam masa yang sama kita terus perhatikan perubahan Azmina.”
“Okay,” setuju Badrina. “So, honey ada upah tak sebab beritahu hun fasal ini?”
Kedua-dua mereka sudah mempamerkan senyuman nakal,
memberikan makna yang hanya mereka berdua sahaja yang faham. Badrul memicit
hidung isterinya lembut sambil mengucup pipi gebu Badrina. Pelukan di pinggang
juga semakin diketatkan.
“Tonight
ya.”
=====================================
PENGGUMUMAN DARIPADA RD ATHAN.
KDKL BAB 20 ADALAH BAB TERAKHIR YANG RD SIMPAN DI BLOG. SELEBIHNYA HANYA AKAN DIKONGSI DI DALAM GROUP FACEBOOK RD SEHINGGA MSS SIAP. INSYA ALLAH.
FB GROUP: Naskah dari RD Athan