Sunday 18 September 2016

Kahwin Dengan Kekasih Lama - [Bab 9]

[Sekadar gambar hiasan]


Bab 9

BADRINA membuat keputusan untuk masuk ke biliknya selepas sahaja dia dan Badrul makan di ruang dapur. Baru sahaja makan selepas sakan bergambar. Saudara mara mereka semua ada yang sudah pulang. Pihak katering juga sudah mula mengemas bekas-bekas makanan di khemah.

            “Awak, saya naik atas dulu ya. Nak ganti baju. Rimas. Melekit,” ucap Badrina ketika dia bangkit dari tempat duduknya.

            “Honey, hun ikut pergi bilik ya.” Badrina hanya melirikkan matanya sebelum dia menganggukkan kepalanya tanda setuju. Iyalah, dah namanya suami. Bilik dia sekarang bukan untuk dia seorang, bilik mereka bersama. Tetapi, hairan pula Badrina sebenarnya, suaminya ini tidur di sini atau balik ke rumah keluarganya?

            Badrina sudah mendahului di hadapan untuk naik ke tingkat atas. Badrul pula, baru sahaja kaki menginjak di tangga pertama, tiba-tiba satu suara garau lelaki memanggil namanya dari belakang.

            “Badrul,” terus sahaja lelaki itu menoleh, ingin mengetahui milik siapakah suara tersebut.

            “Ya Badri, kenapa?” janggal sebenarnya kalau dia memanggil Badri dengan panggilan abang sementelah umur mereka sebaya.

            “Duduklah sini dulu, lepak-lepak dekat luar,” panggil Badri yang ketika itu sudah duduk di luar rumah sambil sibuk vaping bersama sepupu-sepupu lelaki isterinya.

            Badrul memanggungkan kepalanya melihat di atas tangga. Kelihatan isterinya sudah bercekak pinggang sambil terjongket-jongket keningnya nakal diikuti dengan senyuman yang penuh kemenangan tatkala mendengar ajakan daripada Badri, abangnya sendiri. Memang potong line betullah abang iparnya ini.

            “Honey tidak kunci pintu okeh,” sebuah kenyitan yang cukup menggoda dihadiahkan kepada Badrul sambil memberikan flying kiss khas kepada suaminya. Tidak cukup dengan flying kiss, bibir merah si isteri pula bukan main lagi memuncung ke arahnya. Nakal. Tunggulah nanti. Memang seratus peratus akan diclaim.

            Apabila tubuh Badrina hilang dari pandangannya, Badrul terus sahaja melangkah di mana panggilan pulau berada. Lupa pula dia bawa alat-alat vaping sebelum ke sini tahu. Kalau dia bawa, boleh juga dia turut vaping.

            “Apa perasaan sudah selamat jadi suami ni?” tanya Badri ketika Badrul sudah duduk di salah satu kerusi yang tersedia di situ.

            “Alhamdulillah, hilang rasa beban yang ada.”

            “Jaga Rina baik-baik ya Badrul. Aku tahu Rina macam mana. Dia memang jenis yang susah hendak diikat apatah lagi dalam sebuah perkahwinan. Aku harap kau dapat jaga Rina sebagaimana aku dengan papa jaga dia,” panjang lebar pesanan khas daripada seorang abang kepada Badrul sendiri.

            Hanya anggukkan dari kepalanya sahaja yang mampu bergerak bila mendengar pesanan tersebut. Sungguh dalam sebenarnya. Tetapi pesanan dari papa Badrina lagi dalam daripada ini. “Insya Allah, aku akan jaga Rina sebaik-baiknya.”

            Tepukan teguh dibahu Badrul memberikan seribu satu makna. Mungkin inilah akan dia rasa nanti bila adik-adik perempuannya menjadi suami orang.


TIKA Badrina masuk ke dalam biliknya, senyuman yang tersimpul masih setia terbentuk di bibirnya. Suka betul dia mempermainkan niat di hati si suami. Macamlah dia tidak faham akan kata-kata bermakna daripada Badrul tadi.

            Dengan penuh berhati-hati, Badrina membuka gandi berserta tudung yang terletak di atas kepalanya sejak petang tadi. Bukan main banyak jarum peniti. Usai sahaja tudung di letakkan di atas meja kecil yang terletak di ruang rehat di dalam biliknya itu, Badrina terus sahaja menghilangkan semua solekan di wajahnya. Oleh kerana waterproof, Badrina harus memakai make up remover yang khas untuk waterproof. Bukan main tebal lagi dia punya solekan.

            Siap sahaja dia menghilangkan solekan di wajahnya, baju nikahnya terus sahaja dibuka. Berat rupanya baju nikahnya ini. Terlalu banyak manik-manik, tetapi cantik. Dia amat puas hati dengan hasil teman baik suaminya ini walaupun pada mulanya banyak juga dia bertekak dengan tukang desain.

            “You, I nak baju nikah baru. Khas untuk I sahaja. I nak simpan baju nikah I sampai bila-bila,” masih lagi teringat apa yang dikatakannya kepada Badrul ketika mereka di Butik Nina’s Bridal.

            “Kalau buat baju nikah yang bukan ready made, harga dia mahal,” tambah Nina, teman baik Badrul sekaligus si tuan pemilik Butik Nina’s Bridal.

            Badrina langsung sahaja meminta reaksi daripada Badrul mengenai perkara itu. “Aku tidak kisah kalau harga dia mahal Nina, yang penting bakal isteri aku suka.”

            Bukan main bertepuk suka lagi Badrina bila Badrul bersetuju dengan permintaannya. Nina juga memberikan sebuah senyuman. Suka benar dia melihat tunang Badrul kali ini, tidak nampak skema sangat. All out.

            “Dia tahu tak kisah bekas tunang kau yang dulu?” tanya Nina kepada Badrul. Dia tanya juga soalan begitu walaupun Badrina juga turut berada di situ. Baru direct. Tidak main sembunyi-sembunyi.

            Terkejut juga Badrina bila soalan itu timbul dari persoalan teman baik Badrul, namun dia bertindak untuk memerhati dan mendengar sahaja. “A’ah, dia tahu.”

            Terjongket kening Nina bila mendengar kenyataan daripada Badrul lalu terus sahaja mengalihkan pandangannya kepada Badrina. “Macam mana you handle bila dapat tahu Badrul pernah bertunang?”

            “I trust him when he proposed me, walaupun sebenarnya ingin juga I tahu atas asbab apa dia putuskan pertunangan mereka berdua. I tengok Azmina itu baik aja. Penampilan pun I mengaku dia lagi tip-top daripada I. Stok menantu pilihan.”

            Saat sahaja Badrina berkata begitu, bukan main lagi Nina tergelak ketawa dengan begitu kuat. “Wuish, janganlah terlalu galak sangat. Rina tidak tahu cerita sebenar.”

            Sisa ketawa masih ada tetapi tidak sekuat seperti tadi. “Oh my god, kenapa kau tidak cerita sahaja kepada Rina?”

            “Cerita apa pula ini?” tanya Badrina penasaran.

            “Cerita bagaimana dia boleh putuskan Azmina dulu. Technically, hanya kami dan ummi Badrul sahaja tau atas asbab kenapa. Bila kami kenang, rasa marah geram dan lucu itu memang ada.”

            “You will know soon honey, tapi I tak nak cerita dekat you ya. You akan tahu dengan sendirinya nanti. Eventually.”

            Atas sebab itu, Badrina ingin mengetahui atas asbab kenapa suaminya dan Azmina putus. Badrina tidak mahu mendesak. Bagus juga permainan hide and seek Badrul. Berkerja terus otak mindanya berfikir. Sambil dia terkenangkan hal itu, Badrina terus sahaja membersihkan dirinya. Ingin menghadap suami buat pertama kali di dalam bilik sendiri.

            Bukan main lama Badrina mandi, siap shaving lagi. Badan pun sudah wangi. Langkah kaki di tuju ke almari pakaiannya. Tangan mencapai satu baju tidur yang dia sudah sediakan untuk Badrul. Gaun tidur paras atas paha berwarna hitam tetapi berkain shiffon sahaja. Memang kalau Badrul nampak ni, serratus peratus kena terkam.

            “Apa salahnya goda suami sendiri. I think this is the best for tonight,” gumam Badrina sambil memakai gaun tersebut. Ralit dia mengayakan gaun yang seksi tersarung di tubuhnya itu di hadapan cermin besar.

            Badrina melirik ke jam dinding yang terletak di atas pintu bilik mandi. Jam sudah menunjukkan sembilan suku, tetapi belum ada tanda-tanda suaminya masuk ke dalam bilik. Menggenangkan perkara itu, Badrina menjenguk suaminya di jendela. Bila melihat suaminya yang seronok bergelak ketawa bersama abang Badri dan sepupu-sepupunya, memang Badrul akan terlajak.

            Kalau macam ini gayanya, lebih baik dia tidur dahulu. Badrina langsung sahaja naik ke atas katilnya. Sebelum dia melelapkan matanya, sempat juga dia memuat naik gambar-gambar pernikahannya tadi ke laman sosialnya di Facebook dan Instagram. Banyak juga saudara maranya tag gambar-gambarnya kahwin. Setelah selesai membalas komen-komen, Badrina terus sahaja masuk tidur.



BUKAN main lama lagi mereka semua yang melepak di beranda rumah berborak sakan sehingga tidak sedar bahawa jam sudah menunjukkan ke angka sepuluh.

            “Sebelum jauh malam, aku rasa lebih baik aku naik atas bilik. Risau pula hati aku tinggalkan Rina seorang diri di atas. Dah lama sangat dia tunggu agaknya,” ujar Badrul sebelum dia beredar dari situ. Melihat sahaja senyuman sinis yang penuh makna daripada mereka semua, Badrul hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya.

            “Jangan sampai terdengar ke bilik sebelah menyebelah pula. Haru nanti. Bilik Qistina sebelah bilik Rina tu. Aku takut demam pula adik aku yang bungsu tu. Hahahahahaha!” bukan main gelak lagi para kaum lelaki, sehingga Badrul juga turut tergelak.

            Tanpa menghiraukan jolokan nakal daripada mereka semua, Badrul langsung sahaja naik ke tingkat atas. Badri ada cakap tadi, bilik Badrina yang berwarna putih. Laju sahaja anak mata Badrul mencari pintu yang berwarna putih. Macam mencari bilik hotel sahaja gayanya. Bila langkah kakinya sudah tiba di hujung, ada dua pintu, sebelah kanan pintu berwarna coklet lembut, sebelah kiri pula berwarna putih. Terus sahaja bibir Badrul terbentuk.

            Pintu tombol dibuka dengan perlahan sementelah isterinya tadi berpesan dia tidak mengunci pintu. Masuk sahaja ke dalam bilik milik Badrina, matanya liar melihat ke sekeliling bilik tersebut. Di tengah-tengah ada dinding membahagikan ruang tidur dengan ruang rehatnya. Besar juga bilik isterinya ini.

            Badrul menutup dan mengunci pintu dengan perlahan. Dia yakin isterinya mungkin sudah masuk tidur kerana suasana di dalam bilik itu sudah kelam. Hanya ditemani lampu tidur yang suram sahaja. Kaki melangkah di ruang rehat. Apabila anak matanya melihat baju nikah yang dipakai oleh Badrina petang tadi sudah tersadai di atas sofa, bibirnya sudah tersengih nakal.

            Setelah mencapai tuala putih yang kering dan bersih di atas cabinet di sisi bilik mandi, Badrul terus sahaja membersihkan dirinya sebelum masuk tidur. Ye ke masuk tidur? Huhu. Nasib baik dia ada bawa baju lebih. Memang sengaja dia bawa baju lebih.

            Selesai sahaja Badrul membersihkan diri, lelaki itu terus sahaja mengambil boxernya di dalam beg persalinannya. Boxer sahaja. Nama pun nak tidur. Langkah di atur di ruang tidur isterinya. Sesusuk tubuh Badrina yang amat menggoda hati lelakinya terpampang di hadapannya kini.

            Seksi.

            Dengan penuh berhati-hati, Badrul naik ke atas katil supaya tidak menganggu tidur si isteri yang nampak polos dan keletihan. Tidur berpelukan setelah menjadi suami isteri pun boleh saja. Dia tidak mahu Badrina terlalu letih, apatah lagi esok malam mereka mengadakan majlis persandingan untuk mereka berdua. Tentunya memerlukan rehat yang cukup.

            Baru sahaja Badrul memeluk pinggang Badrina dari belakang, tiba-tiba Badrina terus sahaja tersedar. “Emmmm hun, baru nak tidur?” ucap Badrina dengan nada orang yang baru tersedar dari tidur. Anak matanya melihat jam yang terletak di bahu katil.

            Bahu Badrina yang terdedah itu dikucup lembut sebelum melepaskan kucupan ke leher jinjang si isteri. “A’ah, baru nak masuk tidur. Honey tidurlah. Esok majlis perkahwinan kita, hun tidak mahu honey letih.”

            Sejurus sahaja Badrul berkata begitu, Badrina mengalihkan badannya untuk berdepanan dengan suaminya. Sekelip mata sahaja mata mereka berdua kini bertentangan diikuti dengan rangkulan leher daripada Badrina. Pandangan mata yang penuh makna bermain di antara mereka berdua. Degupan jantung masing-masing juga semakin kuat berdetak mengikut rentak yang ingin di tuju.

            “Assalamualaikum.” Badrul membuka kata.

            Faham akan maksud salam daripada suaminya, Badrina tersenyum senang lalu membalas, “Waalaikumsalam.”

            “Dengan menyebut nama Allah, ya Allah, jauhkanlah kami dari campur tangan syaitan dan jauhkan pula syaitan dari apa-apa yang Engkau kurniakan kepada kami.”


            Rangkulan diperketatkan sebelum mereka hanyut ke dunia mereka berdua. Dunia di mana hanya ada Badrul dan Badrina sahaja. Dunia di mana mereka menyatu kasih.

            Tetapi…

            Ring! Ring! Ring!

            Badrina tersentak, tetapi si suami pula tidak menghiraukan akan deringan panggilan itu. “Hun, telefon hun berbunyi tu.”

            “Biarkan telefon itu berbunyi honey. Tonight is our night,” ucap Badrul sambil menyambung tugasnya, tetapi tidak pada Badrina, kerana dia tahu nada deringan itu adalah nada deringan khas bagi ummi Badrul, ummi mertuanya.

            “Jawablah telefon tu hun, ummi call tu.”

            Badrul sudah main merungut bila dia harus menjawab panggilan daripada umminya. Telefon bimbit yang terletak di bahu katil terus sahaja dicapai dan menjawab panggilan daripada Puan Laila. Tidak lupa juga dia memasang loudspeaker, sebab senang dia menyambung tugasnya yang tergendala tadi.

            “Hello ummi,” jawab Badrul sambil memandang Badrina dengan penuh kasih sayang.

            “Hello along, kamu mana ini? Belum balik rumah lagi?”

            “Along dekat rumah isteri alonglah. Tidur sini. Kenapa ummi?”

            “Ehhhhh,” jerit Puan Laila. “Along pulang sekarang. Jangan tidur dekat situ. Balik sekarang balik.”

            “Kenapa pula ummi?” Badrul sudah main merenggek lagi. Habis terbantut malam pertama bila mendengar arahan daripada umminya.

            “Ummi memang tidak percaya dengan kamu itu. Ummi tak nak Rina letih esok semasa bersanding. Cepat balik sekarang. Ummi tunggu kamu di bilik tamu sampai kamu balik. Jangan kamu hendak culas ya along.”

            Badrina tergelak kecil bila melihat wajah suaminya yang bertukar menjadi keruh. “Yelah yelah along balik.”

            “Okay, jangan tak balik pula. Ummi tunggu,” usai sahaja Puan Laila bercakap begitu, wanita itu terus sahaja menutup panggilannya.

            “Tak nak baliklah honey,” gumam Badrul yang setia meletakkan wajahnya di leher jinjang Badrina tanpa berbuat apa-apa. Kesal.

            “Pergilah balik. Jangan buat ummi tunggu-tunggu. Syurga hun masih dekat ummi tahu. Tidak berkat nanti,” ucap Badrina. Dia pun sebenarnya turut kesal, tetapi apa boleh buat, dia tahu arahan daripada Puan Laila adalah untuk kebaikan dirinya. Mungkin dia tahu, Badrina tidak boleh terlalu letih.

            Sejurus sahaja Badrina berkata begitu, Badrul bangkit dari tempat pembaringannya. Apabila anak matanya melihat dengan jelas akan gaun yang tersarung di tubuh isterinya, Badrul sudah merungut.

            “Macam mana nak lepas kalau honey goda hun macam ini?”

            “Esok masih ada. Pergi balik, ummi tengah buat spotcheck tu.”

            Tak apa, esok selepas mereka bersanding, Badrul akan culik Badrina selepas majlis persandingan mereka berdua. Buat perhitungan yang terjejas pada malam ini.


            Oh ummi, such a joy killer.


=================================
opppssss. hahahahahhah!

Thursday 15 September 2016

Kahwin Dengan Kekasih Lama - [Bab 8]

[Sekadar gambar hiasan]


Bab 8

ACARA PERNIKAHAN di rumah kediaman Badrina sekejap sahaja lagi berlangsung. Para tetamu berpusu-pusu datang memenuhi khemah yang disediakan. Badrina dan Badrul membuat keputusan untuk bernikah pada hari Juma’at, selepas solat Juma’at.

Pada mulanya memang ada yang bantah, tetapi Badrina tidak peduli. Siapa nak datang, dipersilakan, tidak ada halangan. Asalkan syarat-syarat untuk akad nikah cukup. Lagi menjengkelkan si tukang bantah itu ialah nenek Hajah Sameon yang turut masuk campur dalam segala urusan. Memang kadang-kadang naik angin juga Badrina.

“Kenapa mesti nikah hari Juma’at? Semua orang sekolahlah. Budak-budak pun sekolah. Menyusahkan orang betullah,” masih terkenang akan kata-kata bantahan daripada Hajah Sameon apabila mereka berbincang masa yang sesuai untuk melangsungkan tarikh pernikahan. Apa yang Badrina tekankan, hari pernikahannya mestilah pada hari Juma’at. Ingin mengambil sukut.

“Ada masalah ke nikah hari Juma’at?” tanya Badrina.

“Yalah. Itulah masalah dia. Hari Juma’at orang kerja, budak-budak sekolah. Tak banyak yang datang tu nanti,” ujar Hajah Sameon lagi.

“Syarat-syarat untuk akad nikah ni ada lima Rina rasa, pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, dua orang saksi lelaki dan ijab kabul. Rina rasa tak ada pula syarat yang menyatakan kena banyak tetamu datang sesama acara pernikahan.”

Itu dia apabila Badrina berkata-kata, memang bisa membuatkan semua orang terkedu.

“Hish, kenapalah dia ini kan, suka sangat melawan kata-kata orang tua. Macam mana kau nak sangat dia ini jadi menantu kau Laila. Geram betul hati aku ni,” bukan main lagi raut muka Hajah Sameon berkerut menahan geram apabila kata-katanya dibantah oleh Badrina.

“Sudah-sudahlah tu.” Tuan Ramlee bertindak untuk merungkaikan perdebatan yang baru sahaja bermula. Kalau dipanjangkan, akan menjadi melarat.

Badrul pula siap memberi isyarat untuk tidak meneruskan menyerang neneknya lagi.

Tuan Haji Qamarul, papa Badrina pula hanya mampu mengelengkan kepalanya bila melihat hubungan ‘terlebih mesra’ di antara Hajah Sameon dan Badrina. Dia sebagai ayah kepada anaknya itu amat faham dengan kerenah Badrina. Sikap Badrina, bila rancangannya dicanggah dipertengahan jalan memang akan meruap. Mesti bentangkan sampai akhir, baru boleh bincang. Memang cara keluarga mereka begitu, dengar dulu baru bincang.

“Seperti yang dibincangkan di antara Badrul dan Badrina, mereka membuat rancangan untuk melangsungkan pernikahan mereka pada 16 September ini nanti. Kebetulan pada hari Juma’at. Semua orang cuti sebab Hari Malaysia. Public holiday.” Tuan Haji Qamarul sudah memulakan hujahnya.

Mendengar sahaja penerangan daripada papa Badrina, mereka yang hadir pada perbincangan tersebut terus sahaja menganggukkan kepala mereka tanda setuju. Ada yang cakap cadangan yang bagus. Kebetulan pula saudara-mara mereka tidak ada yang bercadang bercuti keluar negeri pada minggu tersebut.

Hajah Sameon terus sahaja diam. Tidak mampu berkata apa-apa. Ternyata dia memang suda kalah kerana bantahannya tidak dipersetujui. Itu yang Badrina sebenarnya mahu. Dia tidak suka ada yang cuba menjadi penghalang setiap gerak gerinya sebelum dan sesudah dia dan Badrul membina masjid nanti.

Tetapi, pada petang Juma’at ini, bila Badrina melihat ke kawasan khemah, ramai juga yang sudi datang. Jam sudah menunjukkan pukul tiga petang. Menurut dalam jadual, bila-bila masa sahaja pihak pengantin lelaki akan datang. Ini yang membuatkan hati Badrina semakin berdebar.

Betulkah akan keputusannya untuk berkahwin dengan Badrul? Selepas sahaja dia sembahyang istikharah, hatinya semakin kuat menyatakan Badrul adalah jodohnya. Mungkin dia sudah move on, tetapi ada secebis rasa yang masih berakar di hujung lubuk hatinya bahawa dia masih menyayangi Badrul. Sebab itu dia sanggup jadi stalker. Stalker Facebook Afrina sebenarnya.

Tok! Tok! Tok!

Qistina sudah masuk ke dalam bilik Badrina sejurus sahaja dia mengetuk pintu biliknya tadi. “Pengantin lelaki dah sampai.”

Bukan main kalut lagi Badrina rasa ketika itu bila adiknya memaklumkan mengenai kedatangan keluarga Badrul. Hish, ini yang malas ni. Badrul dari semalam sampai sekarang tidak ada memberikan pesanan ringkas kepadanya. Entah apa dia punya angin tiba-tiba sunyi sahaja memanjang.

“Ya Allah, nervous nervous nervous!”

Qistina siap tergelak bila melihat kekalutan daripada kakaknya itu. “Nervous kenapa pula?”

Nervouslah!” makin galak lagi tawa daripada Qistina yang ketika itu sibuk menilik dirinya di hadapan cermin besar yang terletak di sisi pintu.

“Apa barang main nervous-nervous ni kak Rina. Selalu tiap-tiap hujung minggu bukan main lagi berkepit jalan pergi dating. Kalau akak balik dari outstation, abang Badrul juga yang tukang jemput. Sebelum balik rumah pergi jalan dating dulu,” ujar Qistina sambil mempamerkan sengihan nakal kepada Badrina.

“Mulut awak ini kan dik, memang akak rasa nak gasa dengan berus dawai betullah. Adik tunggulah nanti bila adik kahwin. Akak akan buli adik kaw-kaw punya. Biar adik rasa!”

Tiba-tiba pintu bilik Badrina dibuka dari luar. Puan Katrina terus sahaja masuk ke dalam bilik anak perempuannya itu. “Kak Rina dipanggil ke bawah ya sayang. Acara nikah dah nak mula.”

Dengan arahan itu, Badrina terus sahaja memakai kasut tinggi dan bunganya. Selepas itu, Puan Katrina dan Qistina memimpin Badrina turun ke bawah di ruang tamu, di mana Badrul dan semua ahli keluarganya berkumpul. Badrina ditempatkan tidak jauh di belakang Badrul di mana belakang badan lelaki itu menghadapnya kini.



                                                                             [Sekadar gambar hiasan]

Sepanjang acara pernikahan tersebut, suasana di kawasan rumah mereka redup sahaja. Kelihatan begitu tenang. Para tok kadi, wali iaitu Tuan Haji Qamarul dan juga saksi-saksi begitu sibuk di hadapan mereka.

“Badrul Ilham bin Ramlee.”

“Saya.”

“Saya nikahkan kepadamu anak kandung saya Nur Badrina binti Haji Qamarul dengan mas kahwinnya RM 500 tunai.”

Suara Tuan Haji Qamarul begitu lantang dan jelas dipendengaran masing-masing. Ijab dilafazkan oleh Tuan Haji Qamarul, hati Badrina menjadi rapuh. Air matanya pada hari ini lancar sahaja keluar dari tubir matanya. Apatah lagi dia amat manja dan rapat dengan papanya sendiri. Nasib baik semua make-up yang dia pakai adalah kalis air. Qistina pula sibuk mengeluarkan air mata sambil menyuakan tisu kepada Badrina. Puan Katrina pula kelihatan kental di sisi Badrina.

“Saya terima nikahnya Nur Badrina binti Haji Qamarul dengan mas kahwinnya RM 500 tunai.”

Apabila kedua-dua saksi menganggukkan kepala mereka masing-masing, “Alhamdulillah.”
       
     Semakin mengalir lagi air mata Badrina sehingga Puan Katrina dan Qistina terpaksa menenangkan Badrina ketika itu juga. Dengan lafaz itu, syurganya bertukar daripada seorang ayah kepada seorang suami. Dengan lafaz itu, statusnya yang bujang bertukar menjadi seorang isteri. Isteri kepada Badrul Ilham.
    
        Dari hujung mata Badrina juga, dia boleh melihat Tuan Haji Qamarul turun mengalirkan air mata tetapi dapat ditahan. Badri pula setia berada di samping papanya. Terlepas tanggungjawab yang dipikul selama 25 tahun begitu berat hati seorang ayah rasakan. Kalau boleh dia mahu mengalas tanggungjawab tersebut sampai bila-bila. Tetapi dalam masa yang sama juga dia amat bersyukur apabila tanggungjawab itu diberikan kepada lelaki yang baru sahaja menjadi suami kepada puteri sulungnya.

            “Assalamualaikum sayang,” bisik Badrul ketika acara membatalkan air sembahyang.

            Mata Badrina yang sembab semakin mencantikkan lagi wajah pengantin perempuan ketika itu. Hidung merah. Pipi merah. Badrul menjadi semakin terpikat. Hati Badrina juga turut terdetak tika melihat penampilan Badrul yang bertambah segak hari ini. Handsomelah pula dia tengok. Rambut bukan main smart.

            “Waalaikumsalam,” balas Badrina juga dengan bisikan yang hanya mereka berdua sahaja mampu mendengar.

            “Kenapa menangis ni?” tanya Badrul. Main bisik-bisiklah pula pasangan pengantin ini.

            “Sedih dan happy.”

            “Dengan nama Allah, saya janji akan jaga sayang sampai akhir hayat saya.”

            “Terima kasih. Saya janji akan jaga awak sepertimana seorang isteri melayan seorang suami.”

            Lebar senyuman Badrul bila mendengar panggilan Badrina kepadanya. Sudah bertukar. Dahulu main I-you. Sekarang saya-awak pula.

            “Sudah-sudahlah tu main bisik-bisik wahai pengantin. Kami dah lama tunggu korang masukkan cincin ni. Main tentang-tentang matalah pula diorang berdua ini,” satu suara besar menegur dari belakang membuatkan semua para tetamu ketawa dengan kenyataan itu.

[Sekadar gambar hiasan]


            Badrul tahu akan suara itu. Suara sahabat baiknya, si Ariffin yang mulut tidak ada insuran langsung. Nanti kau ya.

            Cincin sudah cantik tersarung di jari manis Badrina, begitu juga dengan Badrul. “Lembutnya tangan sayang.”

            “Gatal.”

            “Alah, gatal dengan isteri sendiri, tak salah kan,” senyuman nakal sudah mula terbit di bibir Badrul.

            Setelah semua saudara maranya puas bergambar dengan pasangan yang baru sahaja bernikah, mereka terus sahaja ke khemah untuk menikmati jamuan yang disediakan oleh pihak pengantin. Kini hanya tinggal Badrul dan Badrina sahaja duduk di atas pelamin kecil mereka.

            “Kenapa tak Whatsapp saya dari semalam?” tanya Badrina.

            “Nak tumpukan perhatian lebih.”

            “Kenapa pula?”

            “Saya kena praktis untuk lancarkan akad nikah. Malulah nanti kalau buat dua tiga kali,” mengherot terus bibir Badrina tatkala mendengar alasan daripada suaminya. Suami? Janggal rasanya tetapi dia harus biasakan.

            “Exaggerated saja lebih dia ini kan,” tangan Badrul mula merangkul pinggang Badrina. Bukan main tersentak lagi si pengantin perempuan bila suaminya tiba-tiba sahaja buat begitu tanpa amaran. Namun, reaksi terkejut itu terus sahaja bertukar dengan raut wajah yang penuh dengan kasih sayang. Lama mereka bertentangan mata sehingga tidak menyedari photographer mereka sudah kembali ke ruang tamu selepas menjamu selera tadi.

            Klik!

            “Cantik moment tadi. Ok Encik Badrul dan Puan Badrina, bersedia untuk beraksi,” ucap si tukang gambar yang diupah oleh mereka berdua.

            Sepanjang hari itu jenuh juga melayan segala permintaan daripada si tukang gambar. Selepas itu rakannya yang ditugaskan untuk mengambil video juga membuat kerjanya. Badrul dan Badrina pun apa lagi, kalau sudah dua-dua pun otak sporting, habis segala gaya mereka buat.




TANGISAN daripada gadis yang duduk di sebelah Hajah Sameon kini masin belum berhenti. Puas wanita tua itu memujuk, tapi semakin dipujuk, semakin kuat pula cucu perempuannya ini meraung, meratapi nasib dirinya.

            “Azmina, jangan menangis lagi ya sayang. Terimalah Adul bukan jodoh dengan Azmina. Nanti nenek carikan lelaki yang sesuai dengan Azmina ya.”

            Selepas sahaja mereka menikmati jamuan yang dihidang oleh para tetamu, Hajah Sameon dan Azmina langsung sahaja meminta izin untuk pulang. Dengan alasan yang dibuat-buat pening untuk ke klinik, Hajah Sameon dan Azmina pergi balik terus ke rumah Hajah Sameon.

            Azmina yang memandu kereta miliknya itu, masuk sahaja ke dalam kereta dari sampai ke perkarangan rumah, gadis itu tidak berhenti menangis.

“Tapi Azmina sayangkan abang Badrul nek. Azmina cintakan dia. Hati Azmina sakit nek. Sampai hati abang Badrul putuskan pertunangan kami hanya kerana isteri dia sekarang.”

Hajah Sameon mengeluh kesal. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa cucu sulungnya itu bertindak untuk memutuskan pertunangan di antara mereka berdua. Dahulu ketika dia menyuruh Badrul bertunang dengan Azmina, mula-mula memang kena bantah, tetapi dengan kuasanya yang ada di dalam keluarga mereka, Badrul akur dengan keputusannya.

Tetapi sekarang, entahlah. Apatah lagi dengan adanya Badrina yang bijak sahaja berkata-kata menghalang semua bantahannya, dia rasa dia kalah.

Melihat tangisan Azmina yang belum berhenti, hatinya kuat ingin menemukan Badrul dan Azmina semula. Manalah tahu mungkin ada jodoh di antara mereka berdua. Badrul pula dari segi kawangan memang mampu untuk berkahwin empat. Kalau tidak dapat Badrul juga, dia akan cari lelaki yang lebih layak daripada Badrul. Biar mereka semua berputih mata.

“Apa kurang Azmina ini nenek?”

“Azmina tidak ada yang kurang. Adul itu sahaja yang buta tidak reti menilai kebaikan Azmina sendiri.”

Tak apa, dia akan tengok, di mana kehebatan Badrina itu sebenarnya. Tunggulah nanti.



=============================================
Selamat Hari Malaysia~~~