ACARA PERNIKAHAN diantara Dinah dengan Syed Akhbar sungguh meriah di
rumah keluarga Syed Akhbar sendiri. Memandangkan Dinah yang hidup sebatang kara
dibumi Malaysia ini, hidup bersama keluarga Syed Akhbar sudah seperti
keluarganya sendiri. Dinah mula mengenali keluarga Syed Akhbar melalui teman
baiknya iaitu Syed Akid. Sungguh rapat sehingga banyak orang fikir Dinah dan
Syed Akid akan menjadi suami isteri suatu hari nanti sehinggalah Syed Akid
memutuskan untuk melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis yang berasal
dari Melaka, Anis. Hasil dari perkahwinan daripada Syed Akid dengan Anis,
mereka di kurniakan seorang bayi anak lelaki yang terlebih comel mengikut
papanya. 100% copy paste.
Hari
ini adalah hari pernikahan di antara Dinah dan Syed Akhbar, iaitu along kepada
Syed Akid. Dinah ditempatkan di bilik bahagian barat villa keluarga Syed Abdul
Wali, atok kepada Syed Akhbar dan Syed Akid. Sudah menjadi tradisi keluarga
Syed Abdul Wali, setiap bahagian villa adalah kepunyaan anak-anak tertentu.
Yang penting mereka masih di dalam satu kawasan. Manakala bilik Syed Akhbar
pula ditempatkan dibahagian utara villa keluarga mereka.
Riuh-rendah.
Itulah suasana yang dapat digambarkan pada masa sekarang. Sepupu sepapat sudah
berlari ke sana ke sini untuk menghias diri mereka sendiri. Itu belum termasuk
cucu-cucu yang kebanyakkannya masih kecil. Nasib baik villa Syed Abdul Wali ini
teramatlah besar. Namun meriahnya tetap terasa.
“Dinah,
kamu sudah siap?” Puan Norani masuk ke bilik persalinan Dinah. Dia yang ketika
itu sedang melayan perasaannya sedikit tersentak mendengar teguran daripada ibu
angkatnya. Terus sahaja ibu kepada Syed Akid duduk di kerusi kecil yang
terletak di sisi katil kepunyaan Dinah.
Segaris
senyuman dihadiahkan kepada Puan Norani. “Sudah siap ibu. Ayden mana ibu?”
“Ayden
ada dekat papanya. Si Akid tu pun satu, asyik nak berkurung di dalam bilik dia
sahaja kerjanya dari tadi. Dipanggil-panggil tidak mahu menyahut. Bilik siap dikunci
dari dalam lagi.” Mendengar nama Syed Akid, di lubuk hati Dinah ada sedikit
merasa sakit. Entah kenapa. Sakitnya begitu mencengkam, sama seperti sakitnya
ketika lelaki itu memberitahu keputusan untuk berkahwin dengan Anis.
“Biarlah
dia dulu ibu, nanti Dinah ambil Ayden dekat Akid.”
“Dinah.”
Sahut Puan Norani. Wajah cantik mulus gadis itu ditatap. Anak gadis yang tidak
banyak kerenah. Terlalu manja tetapi ada masa dia menjadi pendiam bila
melibatkan hati dan perasaannya. Anak gadis itu lebih mengutamakan perasaan
orang lain daripada dirinya sendiri. “Everything
is okay?”
Dinah
hanya menganggukkan kepalanya tanda mengiyakan soalan daripada Puan Norani itu.
Melihat respon daripada Dinah, Puan Norani menghela nafas kecil sebelum dia
keluar dari bilik Dinah. Sememangnya dia amat mengharapkan sesuatu tindakan
daripada gadis itu. Tapi seperti biasa, gadis yang bernama Dinah akan sentiasa
menjadi Dinah yang mereka kenali.
“Semua
sekali, get ready to go to masjid!!”
Suara Syed Abdul Warith, bakal menjadi bapa mertua Dinah sudah kedengaran dari
arah bawah villa mereka. Suara jantan Syed Abdul Warith memang amat digeruni
dengan kelantanggan suaranya. Seisi villa boleh kedengaran.
Tergesa-gesa
Dinah juga turut keluar dari biliknya. Tidak lupa juga iPhone 6 nya di capai.
Laju sahaja ibu jarinya menekan pad kekunci telefon lalu membuka aplikasi
Facebook. Tidak ada sebarang update
daripada teman baiknya, Syed Akid. Malah sejak keluarga Syed Abdul Warith
memutuskan untuk meminang Dinah dahulu, Syed Akid sudah mula menjauhkan diri
daripada Dinah.
Keluar
sahaja dari pintu biliknya, dalam masa yang sama juga Syed Akid keluar dari
pintu biliknya sambil mendokong Ayden yang baru sahaja berusia dua tahun. Buat
seketika mereka berdua memandang sesama sendiri sehinggalah Syed Akid
dikejutkan oleh Ayden.
“Mama…”
Ayden sudah mendepangkan tangannya ke arah Dinah bila melihat kehadirannya di
situ.
Mendengar
suara Ayden yang lunak dan manja, laju sahaja Dinah berjalan menuju Syed Akid
dan Ayden. Dalam sekelip mata Ayden sudah beralih tempat. Tanpa menyapa Syed
Akid yang masih merenungnya, Dinah berjalan menuju ke aras bawah. Dia amat
tidak sanggup bila mata yang redup itu merenung dirinya. Hatinya menjadi tidak
keruan.
“Ayden,
jom pergi bawah. Berat betul anak mama ini ek, makan apa ni?” Dinah sudah
menggeletek perut Ayden sehingga membuatkan anak itu ketawa terkekek-kekek.
Begitu lunak sekali ketawanya di dengar.
Belum
pun sempat Dinah berjalan, lengannya tiba-tiba di tarik oleh Syed Akid menghalang
dia supaya bergerak dari situ. “Dinah.”
Dinah
menunggu kata-kata seterusnya dari lelaki itu kerana Ayden sudah mula merenggek
hendak turun ke bawah. “Tak ada apalah.”
“Aku
jalan dulu Akid.” Syed Akid hanya menganggukkan kepalanya tanda melepaskan
gadis bersama anak terunanya pergi ke aras bawah.
Syed
Akid membawa anak matanya sehingga Dinah hilang dari pandangannya. Apabila dia
mendengar Dinah bersetuju untuk dikahwinkan dengan alongnya, dia menjadi nanar
seketika. Sungguh dia tidak percaya gadis yang mula mendapat tempat dihatinya
menjadi milik alongnya. Adakah dia sudah tersilap langkah?
Dengan
pelbagai rasa yang hadir di dalam dirinya, tanpa sedar Syed Akid menumbuk
permukaan dinding yang berdekatan dengannya berkali-kali. Melepaskan geram yang
masih berbuku malah perasaan itu semakin menjadi-jadi. Tanpa sedar air mata
juga turut keluar. Air mata kesakitan. Sakit yang sudah tidak dapat di tahan
oleh sekeping hati lelakinya.
“Akid.”
Satu suara memanggil Syed Akid dari tangga. Laju sahaja Syed Akid menyapu air
mata yang galak keluar dari matanya lalu mengalihkan badannya di mana suara itu
berada.
“Ya
ibu.” Satu senyuman cuba diterbitkan supaya ibunya tidak perasaan. Buku limanya
juga di sembunyikan disebalik baju cara melayunya. Ada darah akibat tumbukan
didinding tadi.
Puan
Norani berjalan menghampiri anak bungsunya. Dia sempat melihat apa yang anaknya
itu buat dengan dinding yang menjadi mangsa amukannya. Ini mesti kes Dinah.
Hmmm! “Kenapa mata kamu merah-merah ini Akid? Kamu menangis ke?”
“Takdelah
ibu, mata masuk habuk.” Huh, itu alasan yang terlalu lama untuk menipu hati
seorang ibu. Telahan dan naluri seorang yang bergelar ibu selalunya benar.
Melihat dari gerak geri anak-anaknya juga dia sudah masak. Orang yang ego
memang selalunya rugi. Contohnya macam inilah. Akibat tidak mahu meluahkan
perasaan masing-masing, akhirnya dua-dua makan hati ulam jantung, putih mata.
“Dah
pergi masuk dalam bilik. Dinah ada bagi baju cara melayu untuk kamu tak?” Syed
Akid berkerut dahi. Sejak bila pula gadis itu ada memberinya baju cara melayu?
Namun Syed Akid hanya menggeleng-gelengkan kepalanya tanda jawapan bagi soalan
daripada Puan Norani.
“Kamu
pergi cek almari baju kamu Akid. Dinah ada cakap dia sudah letak elok-elok
dalam almari pakaian kamu.” Tanpa membuang masa, Syed Akid berjalan menuju ke
almari pakaiannya yang menempatkan bahagian khas untuk baju cara melayu. Hanya
Dinah sahaja yang tahu pe-el lelaki
yang bernama Syed Akid. Cerewet dengan susunan yang teratur memang sudah sebati
dengan dirinya.
Anak
matanya terlekat kepada sepasang baju cara melayu berwarna cream. Nampak smart macam
blazer. Seluar juga seluar potong.
Puan Norani yang melihat gelagat anaknya hanya mampu menggeleng-gelengkan
kepalanya. Kalau dia tidak menyuruh lelaki itu mencari baju melayu, nampak
gayanya anaknya itu hanya memakai pakaian biasa semasa menghadiri alongnya
nikah nanti.
“Hah,
pakai tu Akid. Sinjangnya pun ada dekat situ kata Dinah.” Ujar Puan Norani dari
muka pintu.
“Kenapa
warna cream ibu?” macam nak nikah
sahaja gayanya. Namun kata-kata itu hanya bermain didalam hatinya.
“Laaaa
kamu tidak sedar ke? Warna tema untuk pernikahan Dinah tu warna cream. Kami semua pakai warna cream. Kamu tahulah Dinah tu memang suka
warna cream.”
Lelaki
itu sudah menghela nafasnya kasar. Pernikahan Dinah lagi. Tidak ada benda lain
ke nak di sebut.
“Pergi
tukar baju, kami tunggu bawah. Kamu bawa Dinah dengan Ayden pergi masjid. Kami
semua bergerak awal.” Baru sahaja Puan Norani hendak berlalu dari situ,
tiba-tiba dia bersuara.
“Kenapa
Akid pula yang kena bawa Dinah dengan Ayden pergi masjid? Pak Lurah kan ada.
Kalau tidak ada Pak Lurah, suruh saja along yang bawa. Kan senang. Mereka
berdua kan nak jadi suami isteri tak lama lagi.” Memberontak! Itu sahaja yang
Syed Akid tahu buat masa sekarang. Bagaimana dia hendak melepaskan gadis itu
kepada alongnya kalau dia akan berjumpa lagi dengan Dinah. Dia sudah berusaha
untuk tidak mendekati Dinah. Takut-takut hatinya tidak mahu melepasi Dinah
malah merampas gadis itu daripada alongnya. Nanti kalau alongnya tahu bahawa
dia juga mahu menyunting Dinah sebagai isterinya, bagaimana? Along memang sudah
bersedia untuk kahwin sedari dahulu lagi namun tidak mempunyai kekasih atau
calon isteri untuk diperkenalkan kepada ibunya. Dalam masa yang sama dia tidak
mahu melukai hati alongnya.
“Jangan
banyak cakap Akid. Dah, kami nak pergi ni. Along kamu ikut kami. Kamu bawa
Dinah dengan Ayden. Ayden tak mahu berenggang dengan Dinah dari tadi.”
“Yelah…”
Lemah sahaja Syed Akid memberi kata putus kepada ibunya. Tanpa balasan, Puan
Norani sudah berlalu dari situ sejurus sahaja dia menutup muka pintu bilik Syed
Akid.
Mengenangkan
arahan ibunya, hatinya menjadi semakin tidak keruan. Syed Akid berlalu ke bilik
mandinya. Tangan yang berdarah di cuci. Sakit yang hadir akibat luka itu tidak
dapat melawan kesakitan di dalam hatinya. Kalau boleh dia mahu pergi ke luar
negeri pada masa itu juga. Dengan hati yang berbelah bahagi, Syed Akid terus
mandi tanpa menghiraukan Dinah dan Ayden menunggu kehadirannya di bawah. Biar
mereka menunggu! Lagi lama lagi baik. Cancel
nikah terus!
Setengah
jam kemudian, Syed Akid sudah selesai mandi. Tanpa membuang masa, dia memakai
baju cara melayu yang sudah di sediakan. Dengan berhias ala kadar, dia turun ke
bawah. Di situ dia ternampak Dinah sedang menepuk-nepuk punggung anaknya lembut
sambil berjalan ke hulu ke hilir menidurkan Ayden. Sungguh cantik dan amat
mempesonakan gadis itu dalam pakaian nikahnya. Nikah? Arrrrrghhhhh!
Dinah
ternampak kelibat Syed Akid yang siap melenggang kangkung semasa hendak turun
tangga. Sesudah lelaki itu hampir mendekati mereka, Dinah membuka kata,
“Lamanya kau bersiap Akid. Naik lenguh aku menunggu.”
Gadis
itu cuba beriak biasa. Cara percakapan juga masih dikekalkan seperti mereka di
zaman universiti. Walaupun gementar, tapi perasaan itu cuba di buang jauh-jauh.
Suasana di dalam villa juga sudah semakin sunyi kerana semua sekali sudah
bertolak menuju ke masjid di mana pernikahannya dengan Syed Akhbar dijalankan.
Akid, kalaulah kau tahu dengan isi hatiku sekarang ini.
“Kenapa?
Dah tak sabar nak jadi isteri along ke?” begitu sinis kata-kata Syed Akid di
pendengaran Dinah. Sindiran itu menandakan Syed Akid sedang menahan marahnya.
Tapi kenapa lelaki itu tiba-tiba hendak marah?
“A’ah
memang tak sabar nak kau panggil aku kak long pulak.” Dinah juga tidak mahu
kalah. Sebal. Satu jelingan tajam sempat dihadiahkan kepada Syed Akid. Dinah
sudah berura-ura untuk berlalu dari situ. Tempat yang ditujunya adalah tempat
menyimpan kasut-kasut kerana dia ada menyimpan kasut nikahnya di situ.
Matanya
liar mencari kasut nikahnya sambil mendokong Ayden yang sudah terlelap.
“Kau
cari apa?” ujar Syed Akid dari belakang. Dinah sedikit terkejut namun dia cuba
untuk buat seperti biasa. Tidak mahu melihatkan kegugupan hatinya yang sudah
melanda dengan kuat. Apatah lagi hanya mereka berdua sahaja di dalam bilik
menyimpan kasut itu.
“Kasut
nikah akulah.” Matanya masih setia mencari kasut yang dimaksudkan sehingga dia
mencari ke ruang kasut Syed Akid. Sememangnya di dalam bilik menyimpan kasut
itu, setiap orang mempunyai tempat rak kasut mereka tersendiri.
Dinah
ternampak kasut nikah, tapi… kenapa kasutnya ini berada di dalam rak kasut Syed
Akid? “Akid, macam mana kasut nikah aku ada dalam rak kasut kau ni?”
“Manalah
aku tahu. Kau tu jangan buat tak tahu pula. Rak kasut aku tu dah jadi macam rak
kasut kau.” Dinah hanya menjeling. Benci! Itu pun dia nak ungkit. Nanti kalau
aku dah kahwin dengan Syed Akhbar, aku pindah semua kasut-kasut aku dekat rak
Syed Akhbar. Biar semak dekat situ. Huh!
Tanpa
berkata apa-apa, kasut nikahnya dicapai lalu meletakkan kasut itu di atas
lantai. Terkial-kial gadis itu semasa hendak memasang kasut. “Akid, tolong
pegang Ayden sekejap.”
Syed
Akid menghulurkan tangannya untuk mengambil Ayden yang sedang nyenyak tidur.
Baru sahaja badan anak lelaki itu beralih tempat, rangkulan Ayden di leher
Dinah dikuatkan. Tidak mahu melepaskan pelukannya dileher Dinah. Sedar dirinya
mahu di ambil, Ayden sudah merengek. Untuk menghalang dari Ayden bertambah
mengamuk, Dinah menepuk-nepuk punggung Ayden supaya budak kecil itu kembali
tidur. Seperti yang disangka, sekejap sahaja Ayden tidur dipelukan Dinah.
“Akid,
tolong bawa kasut aku. Kita pergi masjid sekarang. Mereka dah lama menunggu.”
Syed
Akid hanya menurut arahan Dinah. Kasut putih yang penuh manik di ambil di mana
ia diletakkan tadi. Tanpa menunggu Dinah, Syed Akid berjalan menonong menuju ke
keretanya yang sudah disediakan di hadapan pintu utama villa mereka. Pintu
untuk Dinah dibuka. Dengan penuh berhati-hati Dinah masuk ke dalam perut kereta
Syed Akid tanpa menganggu tidur Ayden yang mula nyenyak. Selepas Dinah masuk,
Syed Akid berlari anak ke pintu sebelah lalu masuk ke dalam sambil menghidupkan
engine kereta.
Sepanjang
perjalanan mereka berdua hanya berdiam diri. Kedua-duanya tidak mahu memulakan
satu perbualan yang boleh mengisi masa kosong mereka semasa menuju ke masjid.
Kalau dulu-dulu, merekalah radio bergerak. Tidak dapat bertemu, kedua-duanya
ada sahaja cerita hendak di kongsikan. Namun suasana itu semakin berkurangan
semenjak Syed Akid berkahwin dengan Anis.
Sampai
sahaja diperkarangan masjid, semua sudah menunggu kehadiran mereka berdua
terutama pengantin perempuannya. Melihat Ayden masih di pangkuan Dinah, Puan
Norani berjalan menuju ke arah Dinah, hendak mengambil Ayden. Lagi sekali Ayden
membuat perkara yang sama. Malah semasa badan anak kecil itu sudah berjaya
beralih tempat, anak mata Ayden terbuka luas sambil menangis melalak mencari
Dinah.
“Mama! Mama!” Teriak Ayden dengan lantang. Dinah
mahu mengambil Ayden kembali tetapi dihalang oleh ibu angkatnya. Puan Norani
laju sahaja membawa Ayden ke dalam masjid namun tangisannya semakin galak
kedengaran. Bukan main jauh lagi Puan Norani menenangkan cucunya. Berupaya
untuk tidak menganggu suasana upacara pernikahan yang akan berlangsung sebentar
lagi.
Dengan hati yang berat, Dinah perlahan-lahan masuk
ke dalam masjid. Kerap kali dia mengambil nafas yang panjang supaya dapat
meredakan hatinya yang semakin bergetar terutama sekali bila mengenangkan dia
akan bakal bernikah dengan Syed Akhbar, along kepada Syed Akid, Akid yang diidamkan
sejak mereka berada zaman universiti lagi. Ya Allah, tolonglah hamba-Mu ini ya
Allah. Sesungguhnya sejak dia melakukan sembahyang istikharah, imbasan Syed
Akid dan Ayden kerap kali bermain di dalam mimpinya.
Tangisan Ayden semakin kuat bergema. Dinah yang
sudah duduk ditempat khas untuk pengantin perempuan sedikit risau mendengar
suara Ayden. Puan Norani terus mendapatkan Dinah lalu memberi Ayden kepadanya. Terus
sahaja Dinah memeluk anak kecil itu sambil menepuk manja punggung Ayden. Bagai
tidak mahu melepaskan, pelukan dileher bertambah erat. Sekejap sahaja Dinah
memujuk, tangisan Ayden sudah berhenti tapi tidak mahu tidur kembali. Matanya
bertambah luas melihat ke sekeliling masjid.
Syed Akid yang melihat kerenah anaknya itu hanya
tersenyum nakal. Bagus Ayden. Kalau boleh buat sampai tidak jadi nikah. Biar
Ayden merekat terus dengan mama Dinah. Pandangannya dilontarkan ke seluruh
kawasan tempat nikah yang bakal berlangsung. Semua orang sudah bersedia, namun
tidak ada tanda-tanda kelibat alongnya di situ. Barulah Syed Akid sedar bahawa
alongnya masih tidak ada di situ. Belum sempat Syed Akid ingin bertanyakan
mengenai perkara itu, tok kadi sudah masuk ke dalam masjid.
“Siapa Syed Akid bin Syed Abdul Warith?” semua mata
tertumpu kepada Syed Akid. Tuan punya badan sudah siap dengan muka benggang.
Kenapa pula tiba-tiba namanya dipanggil oleh tok kadi?
“Itu nama saya tok kadi.”
Tok kadi tersebut hanya menganggukkan kepalanya.
Tapi Syed Akid masih tidak bergerak dari tempat duduknya.
“Eh kenapa tidak ke sini duduk depan tok? Tak nak
nikah ke?”
“Ehhhh?” Bahunya ditepuk oleh pak udanya yang duduk
disebelah. Dengan hati yang berbelah bahagi, Syed Akid turutkan jua.
Syed Akid sudah duduk di hadapan tok kadi. Hatinya
semakin gementar, lebih gementar daripada dia mengangkat nikah bersama Anis
dahulu.
“Betul nama kamu Syed Akid bin Syed Abdul Warith?”
tanya tok kadi lagi sekali sambil menunjukkan borang yang ada di hadapannya.
“Ya betul ini nama saya tok.” Tok kadi mengangguk
puas dengan jawapan yang diberikan. Selepas itu dia membawa borang-borang itu
kepada Dinah yang masih memangku Ayden. Melihat ada seseorang menghampiri
Dinah, Ayden semakin ligat memeluk dirinya dengan kuat.
“Nama kamu Siti Dinah binti Duming?” Dinah
mengiyakan soalan itu.
“Kamu baca borang ini. Betul bakal suami kamu
namanya Syed Akid bin Syed Abdul Warith?” Kedua kening sudah bertaut.
Pandangannya dialihkan kepada Puan Norani. Ingin meminta penjelasan. Kenapa
Syed Akid pula yang jadi pengantin lelaki? Namun dengan anggukkan Puan Norani,
Dinah hanya turut akur dengan permintaan itu.
“Ya betul.” Sesudah acara menandatangani borang
selesai semuanya, tok kadi kembali ke tempat duduknya tadi, di mana Syed Akid
berada sekarang.
“Syed Akid, boleh kita mulakan sekarang.”
SYED AKID mencari Syed Akhbar di dalam villa mereka setelah
upacara pernikahan selesai. Dia menginginkan penjelasan yang lebih lanjut.
Apabila ditanya kepada ibu dan ayahnya, kedua-duanya berpakat tidak mahu menjawab.
Mereka hanya menjawab, ‘Alhamdulillah sudah menjadi jodoh kamu dengan Dinah.’
Kakinya
berjalan laju menuju ke bilik Syed Akhbar. Tombol pintu bilik alongnya dibuka
dengan kasar. Dia tahu lelaki itu berada di situ kerana kereta terletak elok di
dalam letak kereta khas mereka. Ini yang membuatkan dia semakin panas. Masuk
sahaja ke dalam bilik Syed Akhbar, anak matanya terus terpanah gerak tubuh
alongnya yang bersedia untuk keluar dengan pakaian kasual. Dengan hati yang
membungkam, satu tumbukan padu singgah dipipi Syed Akhbar. Tidak cukup dengan
itu bahagian tubuh yang lain juga turut menjadi habuan tumbukan sulung Syed
Akid. Bila Syed Akhbar ada peluang, tanpa ragu-ragu satu tumbukan juga sempat
singgah kepada Syed Akid.
“Ya
Allah, kenapa kamu berdua ini hah?! Berhenti! Berhenti ibu cakap!!” Hati tuanya
sedia bila melihat kedua-dua anak lelakinya siap bertumbukan sesama sendiri
bagai tidak ingat dunia. Laju sahaja dia berlari menerpa mereka berdua.
Bila
Puan Norani dekat dengan mereka, barulah mereka berhenti. Itupun dengan
dengusan yang kasar keluar dari mulut mereka. Dada mereka berombak kasar. Darah
juga sudah siap mengalir dari rongga hidung, tidak lupa juga bibir
masing-masing yang sudah pecah lebam-lebam.
“Kenapa
along tak jadi nikah dengan Dinah? Kenapa?!” teriak Syed Akid sambil jari
telunjuknya menunding ke arah Syed Akhbar yang siap tersenyum sinis.
Syed
Akhbar menyapu sisa darah yang keluar dari hidungnya. “Itu adalah hadiah
kejutan untuk kau yang terlalu ego.”
Syed
Akid terkedu. “Merepek!”
“Sudah-sudah.
Akid, ibu fikir kamu suka bernikah dengan Dinah. Tapi dengan tindakan kamu ini,
macam tidak suka sahaja kamu bernikah dengan Dinah.” Kali ini Puan Norani pula
yang bersuara. Syed Akhbar sudah terbaring di atas katilnya. Biarlah ibunya
yang berbicara dengan adiknya itu. Dia malas mahu masuk campur.
“Akid
tak mahu macam ini ibu. Perasaan Dinah macam mana. Akid manalah tahu dia suka
Akid atau tidak.” Suaranya sudah bertukar kendur dengan menghela nafas yang
lelah akibat bergelut dengan alongnya tadi.
“She loves you Akid. She really loves you.”
Suara dari orang yang terbaring di atas katil kedengaran ditelinga Syed Akid.
“Macam
mana along tahu?”
“Sudah.
Jangan tanya lagi. Pergi ke bilik kamu. Dinah sedang tidurkan Ayden agaknya.
Dia pun masih dalam keadaan terkejut tapi ibu dah terangkan kepadanya satu-satu
tadi. Pergi jenguk isteri kamu itu.” Arah Puan Norani.
Dengan
wajah yang lebam-lebam, Syed Akid berjalan menuju ke biliknya. Sudahlah
biliknya jauh daripada bilik alongnya. Terpaksa meredah ruang tamu utama lagi.
Bukan dia tidak sedar semasa dia melintas ruang tamu utama tadi, semua
saudara-maranya melihat Syed Akid dengan wajah yang hairan.
Sampai
sahaja di luar biliknya, penuh berhati-hati Syed Akid memulas tombol pintu
biliknya. Kepalanya dijengulkan ke dalam. Manalah tahu kot-kot Dinah buka baju
ke apa. Kawan baiknya itu walaupun seorang yang free-spirit tapi malunya tetap ada. Kawan baik? Dah boleh bertukar
jadi isteri kot.
Bila
dia tidak terlihat kelibat isterinya, dia masuk ke dalam biliknya. Anak
kecilnya begitu nyenyak tidur di tengah-tengah katilnya. Bukan main lagi
terlentang. Tadi siap merekat tidak mahu melepaskan mama Dinahnya. Sampai
hendak memasukkan cincin pun bukan main susah bila Ayden mula mengagau mahu
memegang apa yang papanya pegang. Sempat pula dia marahkan papanya kerana
menghalang apa yang dia mahu pegang. Hailah Ayden anak papa. Lepas ni memang
akan berebutlah kita berdua ek.
Bunyi
pintu tandas kedengaran di buka. Tidak lain tidak bukan Dinah yang baru sahaja
keluar dari situ. Dinah memegang baju nikahnya lalu meletakkan bajunya itu ke
dalam almari pakaian. Tidak menghiraukan kehadiran Syed Akid di situ. Sesudah
dia memasukkan baju nikahnya, dia berjalan menghampiri Syed Akid. Dengan penuh
berhati-hati dia duduk di hujung katil sambil melihat lebam-lebam Syed Akid.
Dengan
penuh berhati-hati, Dinah menarik tangan Syed Akid supaya berdiri. Baju cara
melayunya di buka satu persatu. Ada darah sudah terpalit di atas bajunya yang
berwarna cream. Dinah mengeluh perlahan.
Syed Akid yang terkaku dengan perlakuan Dinah kepadanya. Dibiarkan sahaja Dinah
mengambil peranan membuka bajunya.
Sesudah
bajunya berjaya di buka, Dinah hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala. Hairan
kenapa isterinya itu menggeleng-gelengkan kepala, dia melihat keadaan badannya
dengan pantulan cermin besar yang terletak di sisi dinding. Penuh dengan lebam!
Badannya yang putih melepak memang mudah kelihatan bila ada lebam-lebam. Amboi
along, bukan main lagi alongnya itu menghadiahkan tumbukan padu. Habis lebam.
“Duduk.”
Ujar Dinah lalu mengarahkan Syed Akid duduk di atas sofa yang ada terletak di
situ. Syed Akid hanya akur tanpa bersuara.
Dinah
mengambil first aid kitnya lalu mula
melakukan operasi merawat luka-luka yang ada. Begitu dekat sehingga boleh
kedengaran desahan nafas masing-masing. Syed Akid mengambil peluang ini untuk
merenung wajah Dinah dengan lebih dekat. Dari rambut yang sudah di ikat, dahi
yang putih licin tanpa jerawat kecuali kesan jahitan di bahagian dahi belah
kanan, hidung yang mancung elok, wajah yang bujur sirih, bibir yang berlekuk
seksi dan dagu yang runcing. Amat mempesonakan. Matanya terus beralih ke
lehernya yang jinjang. Leher itu terlalu mengiurkan dan sudah berjaya menggoda
naluri lelaki Syed Akid. Astagafirullah Akid. Wake up!
“Kau
suka dengan pernikahan ini?” tanya Syed Akid.
“Sudah
tertulis kau adalah jodoh aku, Akid.”
“Bukan
itu yang aku nak dengar dari kau Dinah.” Keras suara Syed Akid. Perlakuan Dinah
serta-merta berhenti. “Ini berkenaan dengan perasaan kau. Hati kau sendiri.”
Dinah
menyambung kerjanya kembali. Syed Akid yang menyingga kepedihan tidak
dipedulikan sama sekali. “Bagaimana dengan perasaan kau pula? Adakah ia sama
dengan Anis?”
“Dinah.”
Isterinya terus berhenti mengubati luka-lukanya. Bila nama Anis sudah menjadi
topik perbincangan, Syed Akid menjadi sebu. Dia amat berharap Dinah tidak
menimbulkan nama itu lagi.
Syed
Akid hanya memandang Dinah keluar dari bilik. Badannya yang lemah dan lesu
dibaringkan di sisi anaknya yang sedap tidur tanpa menghiraukan keadaan
sekeliling. Belakang tangan kanannya di letakkan di atas dahinya lalu menutup
mata. Ingin merehatkan mindanya buat seketika. Apa yang baru sahaja terjadi
amat mengejutkan dirinya sendiri. Sungguh dia tidak bersedia walaupun dia sedar
dia mencintai Dinah dengan sepenuh hati.
Dinah
yang sudah selesai mandi dan menukar bajunya kepada baju biasa hanya
menggeleng-gelengkan kepalanya bila melihat kedua-dua insan yang di sayanginya
sedang sedap tidur. Dinah menghampiri Ayden, lalu membanguni anak kecil itu.
Tidak susah dia membanguni Ayden kerana anak itu sudah cukup tidurnya.
“Bangunkan
papa sayang.” Dinah meletakkan Ayden di atas dada bidang Syed Akid. Berat badan
Ayden yang menghempap di atas dada Syed Akid membuatkan lelaki itu sedikit
tersentak namun belum ada tanda-tanda mahu bangun. Ayden mengacau wajah papanya
dengan nakal terutama di bahagian lebam. Hairan kenapa wajah papanya ada warna
biru-biru. Kawasan itu yang di picit-picitnya sehingga Syed Akid terjerit
kesakitan.
Dinah
sudah ketawa terkekek-kekek bila melihat Syed Akid begitu. Bila dia sedar
anaknya di atas dadanya, di gomolnya anak itu dengan geram. Bukan main menjerit
lagi Ayden bila tempat sensitifnya digeletek oleh papanya. “Okay sudah sudah.”
“Ayden,
nenek tunggu luar tu. Pergi bilik mama ya.” Laju sahaja anak itu melompat turun
ke bawah katil lalu berlari terkedek-kedek menuju ke tempat yang di arahkan.
Dinah juga menurut dari belakang tetapi dihalang oleh Syed Akid.
Bukan
main terkejut lagi Dinah bila pinggangnya di peluk dari belakang oleh suaminya
itu. Dinah hanya berdiri statik. Syed Akid mengetatkan pelukannya sebelum dia
mengunci pintu biliknya. Sesudah pintu terkunci, Syed Akid membalikkan badan
isterinya untuk menghadapnya. Ewah, bukan main pucat lagi Puan Dinah ni ya. Ini
baru kena peluk.
“Kita
cakap pasal kita sekarang.” Syed Akid sudah mengunci pelukan dipinggangnya
dengan ketat. Ya Allah, sama sepisis dengan Ayden! Dengupan jantung sudah lari
rentak bila Syed Akid dekat begini dengannya.
“Untuk
apa?” Hatinya sudah tidak keruan bila Syed Akid menolak badan mereka ke
dinding. Secara teknikal, memang Dinah sudah terperangkap.
“Untuk
masa depan.” Syed Akid tidak dapat menahan gelora yang mula timbul. Matanya
nakal merenung seluruh wajah Dinah dan akhir sekali leher jinjang yang putih
mulus kepunyaan isterinya itu.
Dahi
isterinya dikucup lembut, kucupan berlari ke pipi Dinah, tidak lupa juga
bibirnya yang seksi. Lama kucupan itu berkampung di situ. Bila Dinah membalas
kucupan itu, pelukan Syed Akid semakin kemas, tangan Dinah pula merangkul leher
Syed Akid. Bila Syed Akid ingin meletakkan bibirnya ke leher Dinah, dia mula
sedar. Dengan kasar, Dinah menolak Syed Akid dengan kuat. Dia hampir terleka
dengan belaian daripada Syed Akid!
“Please no Akid.”
“Why?!”
“Sebab
kau cintakan Anis! Aku tahu kau masih cintakan Anis.” Dinah sudah menangis
teresak-esak sehingga tubuhnya terlorot duduk ke atas lantai. Kedua lututnya di
peluk, dagunya diletakkan di tengah-tengah tautan lututnya.
Syed
Akid mengeluh. Dia juga turut duduk mencangkung di hadapan Dinah.
Jari-jemarinya ingin menyapu air mata isterinya namun ditepis lembut. “Kau
tahukan kisah aku dengan Anis macam-mana. Kenapa pula kau boleh fikir yang aku
masih cintakan dia.”
“Walaupun
kau dengan Anis sudah bercerai Akid, tapi kau tidak akan mengahwininya kalau
kau tidak mencintai dia Akid.”
Syed
Akid melepaskan keluhan untuk kesekian kalinya. Tanpa meminta izin, Syed Akid
mencempung isterinya lalu membawa dia ke atas katil. Jeritan daripada isterinya
tidak dilayan. Sesudah sampai, dia meletakkan Dinah ke atas katil dengan
perlahan. Terkejut lagi dengan tindakan Syed Akid, Dinah hanya diam kaku.
Lelaki
itu kelihatan hanya duduk berdepanan dengan Dinah. Tangan gadis itu dicapai
lalu di usap perlahan. “Berkahwin dengan Anis mungkin adalah satu kesilapan
besar yang pernah aku buat dalam hidup aku Dinah.”
“Kenapa?
Dah keluar Ayden boleh pula kau nak cakap satu kesilapan besar. Itu nama dia
habis madu sepah di buang.”
Anak
mata Dinah di renung dalam. “Kau happy
semasa aku kahwin dengan Anis?”
“Kenapa
pula aku tidak happy. Kau kawan baik
aku, kalau kau happy, aku pun kenalah
happy.” Kepalanya ditundukkan. Tidak
mahu Syed Akid merenung matanya yang sudah mula bergenang. Bila-bila masa
sahaja boleh air matanya mengalir.
Pegangannya
dikemaskan lagi. “Jawab aku dengan jujur. Adakah kau happy masa aku kahwin dengan Anis?”
Dinah
sudah menangis teresak-esak bila didesak oleh Syed Akid. Gelengan kepalanya
hanya mampu dibuat. Melihat reaksi Dinah, terus Syed Akid memeluk isterinya.
Kepalanya di usap-usap. “Menangislah kalau itu boleh buat kau lega.”
Bukan
main lagi Dinah menangis melepaskan perasaannya yang terbuku disimpan semenjak
Syed Akid membuat keputusan untuk mengahwini Anis. Hatinya yang sedih di
luahkan pada malam itu juga dengan tangisan yang tidak putus-putus. Bila Syed
Akid sedar tangisan Dinah sudah semakin reda, dia merenggangkan pelukannya. Air
mata gadis itu di sapu lembut.
“Abang
minta maaf.” Kepala isterinya terdonggak bila mendengar perkataan abang. Bukan
main instant lagi menukar gelaran.
“Kenapa?”
“Mungkin
awak tidak sedar bahawa abang juga mencintai Dinah dari dulu lagi.” Dinah
merenung Syed Akid supaya meneruskan penjelasan.
“Sepanjang
abang berkahwin dengan Anis dahulu, secara tidak sedar abang selalu bercerita
mengenai sayang kepada Anis. Cerita itu secara automatik akan timbul. Itu yang
membuatkan Anis semakin marah kepada abang. Dinah itu. Dinah ini. Dinah dapat
itu. Dinah dapat ini. Isteri mana yang tak sakit hati kalau suaminya sendiri
bercakap pasal perempuan lain. Apatah lagi abang tidak mahu pindah bilik. Mesti
bilik ini juga kerana bilik ini dekat dengan bilik sayang.”
“Tapi…”
Syed Akid faham dengan kerenah Dinah. Gadis ini memang sukar untuk meraih kepercayaannya.
Salah langkah, selama-lamanya dirinya tidak akan dipercayai.
“Anis
semakin marah bila dia mengandung sebab sayang selalu bagi tips-tips yang
berguna untuk dia. Entahlah. Bagi abang kalau dia bertolak ansur, dia tidak
perlu marah-marah. Abang tahu niat sayang hendak menjaga sebenarnya.”
“Perempuan
mana yang tidak marah kalau suaminya sendiri sering kali bercakap pasal
perempuan lain. Aku pun marah kalau kau buat macam tu.” Sebuah kucupan dihadiahkan
dibibir selepas dia berkata begitu.
“Panggil
abang.”
“Ish
gelilah.”
“Panggil…”
“Hmm
abang…” Pelukan dikemaskan lagi.
“Sebab
itu abang menyesal. Barulah abang tahu bahawa di dalam hati ini sudah tertulis
dengan nama Dinah dari dahulu lagi. Mungkin abang salah percaturan semasa
memilih Anis. Dia juga sudah tidak tahan dengan kerenah abang ni agaknya sebab
itu dia sendiri yang memfailkan penceraian.”
Dinah
masih ingat semasa Anis meminta penceraian, semua orang seperti menuduh Dinah
adalah punca penceraian mereka berdua walaupun tidak disuarakan tapi dari segi
pandangan saudara mara semua, Dinah amat mengerti dengan sindiran mata mereka.
“Abang
minta maaf lagi sekali pasal kami berdua sayang dituduh bukan-bukan. Sekarang
Anis pun sudah ada suami baru, mereka tidak akan dapat cakap apa-apa lagi.” Hanya
anggukkan sahaja yang ada sebagai balasan. Ini tanda Dinah sudah mula
mempercayainya. Syed Akid tersenyum senang.
“Kenapa
tak cakap dekat abang yang sayang tuuu…” pelukan di renggangkan. Dia ingin
menatap wajah isterinya. Merah-merah kerana bekas menangis. “yang awak tu
cintakan abang sebenarnya.”
Dinah
tersentak. “Macam mana tahu?”
“Along
cakap.”
“Nasib
baik pernikahan ini menjadi sayang. Sebenarnya kejutan untuk kita berdua yang
sememangnya nampak ego tapi hati masing-masing sudah berbunga. Ditambah lagi
dengan kehadiran Ayden dalam hidup kita berdua. Awak sanggup menjaga Ayden
sejak dia masih merah lagi sedangkan Anis tidak sudi menjaga Ayden. Terima
kasih sayang.”
“Hmmm.”
Jawab Dinah. Dia sudah tidak tahu hendak berkata apa lagi.
Memang
dulu dia marah kerana Anis meninggalkan Ayden selepas sebulan lebih Ayden
dilahirkan ke bumi. Habis sahaja pantang, terus lari. Walaupun ketika itu
mereka sudah bercerai, atas arahan daripada Puan Norani, Anis mesti
menghabiskan pantang di villa. Anis yang sememangnya amat takut dengan Puan
Norani hanya menurut sahaja arahan ibu mertuanya.
Hubungan
Puan Norani dengan Anis pula tidak pernah baik semenjak mereka berkahwin, tapi
atas pilihan anak, Puan Norani tidak pula membantah. Bila habis pantang, Anis
meninggalkan villa sekali dengan anak kandungnya sendiri. Sampailah sekarang,
Anis tidak pernah menjenguk Ayden.
Tiba-tiba
Syed Akid mencapai telefon bimbitnya yang elok terletek di meja kecil. Selepas
lelak itu leka menaip-naip sesuatu sambil tersenyum-senyum, lelaki itu menutup
telefon bimbitnya lalu diletakkan tempat tadi. Dinah hairan melihat kelakuan
suaminya itu. Dah tersengih-sengih macam kera busuk ni kenapa pula laki aku ni.
“Sayang.
Jom sambung acara yang terbantut tadi. Abang nak tambah adik-adik untuk Ayden.”
“Hah?”
Assalamualaikum.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku!
Jauhilah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari apa yang Engkau
kurniakan kepada kamu. Sekrianya perhubungan kelamin itu ditakdirkan mendapat
seorang anak. Anak itu tidak akan diganggu oleh syaitan untuk selamanya. Amin.
*************
APLIKASI
WHATSAPP dibuka oleh Puan
Norani bila ada mesej baru diterima. Mesej
daripada anaknya, Syed Akid.
-
Akid : Ibu, tolong jagakan Ayden untuk malam ini boleh? Please. Hehe.
Mesej itu baru sahaja dibukanya kerana dia tadi
sibuk menidurkan Ayden yang bukan main lagi meragamnya. Nasib baik malam ini
tidak sampai menangis melalak seperti kejadian di masjid siang tadi.
-
Suamiku Warith: Astagafirullah budak bertuah!
-
Along : Phewwiiittttt! Advanced giler!!!!!
-
Lina : Ya Allah adik, tak malu ke? Akak pulak yang malu
ni. Tak reti nak private ibu ke apa
budak cengeng ni?!
Masaalahnya anaknya itu siap buat pengumuman dekat group Whatsapp khas untuk keluarga Syed
Abdul Warith. Hailah anak aku yang seorang ini. Tidak menyempat betul sampai
lupa yang dia menghantar mesej dekat group. Itu nasib baik dekat group ahli keluarga mereka sahaja, kalau
group yang satu lagi, memang sakit
kepala sepupu sepapat respon. Ada yang sampai ke pagi buta buka mata dengan
kerja membuli. Kepalanya hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya.
Alhamdulillah semua yang dirancang teratur sudah pun berjaya dibuat.
Perancangan di antara mereka sekeluarga. Kejutan untuk Syed Akid dan Dinah.
Semoga mereka berdua bahagia sehingga akhir hayat. Amin.
===================================
FB Group : Rosedynah Athan Mindblown KEBOOM!
Website : http://rd-athan-mindblown.blogspot.com/
RD cerpen yang menarik. Best!
ReplyDeleteThank you Kim.
DeleteConfession : Cerita ini diilhamkan dari mimpi saya yang terlebih gatal. jalan cerita 70% sama dalam mimpi sehingga Dinah mencari kasut. cerita selepas itu barulah rekaan untuk perisa.
Nanti akan cuba upload cerpen lagi. nak baca sambungan novel, boleh masuk FB group yee.
Astaghfirullah* betulkan ejaan :)
ReplyDelete