Wednesday, 20 May 2015

His Independent Girl - [Bab 20]



Bab 20


SEORANG PESALAH memang akan tetap menjadi seorang pesalah. Itulah yang dilalui oleh gadis yang bernama Najwa bila dia mula dikelilingi oleh para senior-senior. Teman sebiliknya juga ada, Adira turut serta dalam perkumpulan di rumah sewa Tengku Iffat.
            “Shasha mana Isha?” soal Tengku Iffat bila dia baru sedar akan ketiadaan Shasha di ruang tamu.
            “Dalam dapur. Tengah menenangkan diri dengan makan ais krim. Kau memang dah sediakan awal ke ais krim dalam peti ais kau tu?” jawab Aisha sambil setia memeluk tubuhnya dengan merenung tajam kepada Najwa yang hanya tunduk.
            Tengku Iffat tergelak mendengar telahan Aisha. Fuh, nasib baiklah ada ais krim. Getus hati Tengku Iffat.
            “Adira, pergi ambil first aid kit dekat tepi pintu dapur,” arah Tengku Iffat. Tanpa membuang masa, Adira akur dengan arahan Tengku Iffat.
            Naik kesihan dia melihat keadaan Najwa yang penuh dengan lebam di wajahnya. Hendak dimarah Shasha, memang Shasha akan mempertahankan alasannya dengan lebih kukuh. Itu nasib baik lagi Najwa tidak sampai ke tahap pengsan tidak sedar diri.
            Tidak lama kemudian, Adira datang dengan membawa first aid kit yang dimaksudkan ke ruang tamu. “Awak rawatlah Najwa tu apa yang patut Adira.”
            Mimi dan Aisha mendengus perlahan bila mendengar arahan daripada Tengku Iffat. Baik hati sungguh. Lantas sahaja mereka berdua mengambil iPad mereka di dalam beg.
            “Mana Rizal?” tanya Tengku Iffat kepada Saiful. Sedari tadi hanya Rizal sahaja yang tidak kelihatan.
            “Pergi jus vape,” tiba-tiba Aisha menyampuk walaupun pandangannya masih melihat iPad.
            Mimi memandang Aisha dengan hairan. “Kau ada hubungan dengan Rizal ke Isha?” Satu pertanyaan yang tidak puas hati.
            Aisha berdecit mendengar soalan itu. “Kenapa pula kau fikir macam itu?”
“Saja tanya. Itu pun tidak boleh.”
“Sibuk sajalah kau ni.”
            Tengku Iffat hanya menggeleng-gelengkan kepalanya bila Mimi dan Aisha bermain tarik tali. Tanpa membuang masa, dia berlalu dari situ. Melangkahkan kakinya ke dapur, di mana gadis pujaan hatinya berada.
            Saiful sudah hilang ke beranda rumah sewa bersama dengan Firdaus. Tidak lain tidak bukan, kalau tidak merokok. Adira pula hanya membebel sejak dia mula merawat wajah Najwa, malah gadis itu hanya duduk diam.
            “Hai,” sapa Tengku Iffat bila dia sudah masuk ke ruang dapur lalu menghampiri Shasha yang ketika itu sedang menghayati ais krim di dalam mulutnya.
            “Hai,” balas Shasha sambil di hadapannya satu mangkuk ais krim namun matanya masih setia melihat skrin iPadnya.
            “Puas makan ais krim?” soal Tengku Iffat yang sudah duduk berhadapan dengan Shasha.
            Shasha mengerling Tengku Iffat yang sudah duduk di hadapannya. Dengan renungan yang redup, senyuman yang manis mudah sahaja membuatkan hati Shasha yang panas menjadi sejuk dan cair.
            Melihat Shasha hanya diam walaupun ada gerak bahasa tubuh yang dipamerkan, Tengku Iffat hanya tersenyum.
            “She is really beautiful,” gumam Tengku Iffat.
            “Apa kau cakap?” Tengku Iffat menggeleng-gelengkan kepalanya. Harap-harap dia tidak terdengar apa yang terbit di mulutnya tadi.
Shasha mencebirkan bibirnya bila melihat reaksi  dari Tengku Iffat. Tangannya sambung menyuap ais krim ke dalam mulutnya dengan mukanya yang sedikit tunduk. Tanpa sedar, Shasha sedaya upaya untuk tidak senyum di hadapan Tengku Iffat. Bibirnya dikemam. Macamlah aku tak dengar apa yang kau cakap tadi wahai Tengku Iffat.
“Ehem ehem.” Shasha berdeham supaya rasa senyumannya itu hilang. Raut wajahnya ditahan supaya tidak mempamerkan sebarang senyuman.
“Macam mana kau tahu kami ada dekat tandas tu?” Shasha menyuakan soalan kepada lelaki yang sedang duduk santai di hadapannya ini. Dia juga hairan bagaimana Tengku Iffat mengetahui kedudukan mereka di situ.
Kening Tengku Iffat ternaik bila Shasha bertanyakan soalan mengenai hal tadi. Takut pula mood Shasha akan mendung balik. Sungguh dia cuba untuk tidak membuatkan Shasha dalam keadaan mood yang tidak baik.
“Jason beri tahu dekat aku masa aku on the way cari kau tadi.”
“Siapa Jason? Macam mana dia tahu aku?”
“Laaa lelaki yang kau suruh jangan flush lepas kencing, dialah tu. Kau ni pun, dah tua ke apa? Faktor umur,” mulut kau Tengku Iffat. Baru sahaja kau berniat tak nak buat mood Shasha mendung, tapi kau buat juga. Dah menjadi rutin harian keapa?
Geram mendengar jawapan Tengku Iffat, cepat sahaja kaki Shasha menendang kaki Tengku Iffat di bawah meja makan dengan kuat. Bukan main menjerit lagi Tengku Iffat, sehingga orang di luar boleh menjerit, “Oii orang dalam dapur tu, sudah-sudahlah berasmaradana. Syaitan ada di mana-mana oiii.”
Berkerut muka Tengku Iffat menahan sakit akibat tendangan padu dari Shasha. Di usap-usap kakinya yang sakit. “Sakitlah.”
“Wuekkk.” Shasha menjelirkan lidahnya dengan mencebirkan bibirnya. Baru tahu. Cakap lagi yang bukan-bukan.
“Siapa suruh merepek? Macamlah aku tahu nama dia Jason,” sambung Shasha.
“Yelah yelah, dia tu kawan aku.”
Shasha berfikir sejenak. Cuba untuk mengingatkan raut muka lelaki yang dijumpainya di tandas tadi tapi masih tidak berjaya mengenangkan siapa lelaki Jason mana yang dimaksudkan oleh Tengku Iffat. “Jason mana ni?”
            “Jason. Masa kita mula-mula masuk uni, dia yang handle pendaftaran semasa orentasi.” Shasha terdiam sejenak. Mula memerahkan memori otaknya yang tidak seberapa nak ingat.
            “Hish, aku tak ingatlah dia siapa.”
            “Kau ni kan. Kau buat apa masa orentasi kalau kau tak ingat senior kita.”
            ‘Aku usha kau lah wahai Tengku Iffat, saja aku nak jual mahal. Nyahahahha!’ getus hati Shasha. Bila difikirkan, gedik sungguh dia ketika ditahun pertama dulu. Hobi kegemaran bila terlihat lelaki yang sedap dipandang. Tapi sayang, bila mengetahui sifatnya yang satu itu, iaitu terlalu senang menjalinkan hubungan dengan perempuan yang ada mengingatkan kembali tentang bekas tunangnya dahulu. Namun, semakin dia cuba menjauhi lelaki itu dari dulu, semakin dekat dia rasakan. Apatah lagi mereka berdua menjadi Presiden dan Naib Presiden bagi MPP mereka.
            “Banyak kot kita punya senior. Mana mampu nak ingat semua.” Shasha tidak mahu mengalah. Sungguh dia tidak ingat langsung. Jason yang mana satu? Banyak lelaki yang bernama Jason yang dia kenal selama tiga tahun dia berada di universiti.
            “Tak payah. Aku nak explain pun kau bukannya nak ingat pun.” Shasha mendengus bila Tengku Iffat berkata begitu. Tak membantu langsung. Tadi ia-ia sangat nak refresh balik siapa orangnya. Buang masa betul. Hanya jelingan sahaja Shasha balas.
            Tengku Iffat meminta izin untuk berlalu dari situ. Hendak melihat keadaan di luar. Mungkin juga ingin menghubungi Rizal yang mengambil ibunya daripada lapangan terbang.
            Shasha hanya diam duduk di dalam dapur. Cuba untuk tidak bertentang mata dengan Najwa buat sementara waktu. Tengku Iffat membawa dia ke sini hanya untuk menyelesaikan perkara ini dengan cara yang molek buat sesama mereka. Shasha tidak setuju dengan tindakan itu, hajat di hati, mahu sahaja dia laporkan ke balai polis. Tapi moto sifat kepimpinan Tengku Iffat pula yang menghalang. ‘Jaga nama baik negara kita apabila berada di negeri orang.’
            Mata Shasha kembali tertumpu di hadapan skrin iPadnya. Ada game baru dimuat turun. Nampak seronok pula dia main. Teruja pula Shasha jadinya bila game ini menjadi bertambah seronok. Game pasal perang. Memang kena dengan sifat Shasha.
            “Hai Kak Shasha.” Shasha mendongakkan kepalanya melihat siapa yang menyapanya.
            “Oh, kau Dira. So how is she?
            “Lebam saja dekat muka dia banyak. Abang Iffat sekarang tengah bercakap dengan dia. Pasal jaket. Tu yang sekarang tengah menangis merayu-rayu jangan bawa perkara ni ke pihak pengadilan,” ujar Adira sambil tangannya menyimpan kembali first aid kit ke tempat asalnya.
            “Kalau ikutkan hati aku, memang akak nak bawa pun.”
            “Tapi abang Iffat tak suruh kan?” Shasha menganggukkan kepalanya.
            “Banyak barang rosak habis dia kerjakan. MPP kena ganti balik bayaran peruntukan untuk komputer-komputer yang rosak.”
            “Tulah, Daus pun ada mengadu jugak, kena buat laporan kawangan lagi untuk peruntukan ganti kerugian,” jelas Adira. Shasha memang amat maklum dengan perkara itu. Sungguh, dengan kejadian tersebut, masa mereka semua ahli-ahli MPP amatlah terbuang. Nasib baik kesemua ahli-ahli MPP yang terpilih membuat kerja yang amat cekap dan memberikan sepenuh komitmen dalam menyelesaikan perkara ganti rugi dan juga projek terakhir mereka bagi semester ini.
            Shasha lantas bangkit dari tempat duduknya. Bekas mangkuk yang digunakan untuk makan ais krim dibawa ke sinki. Nanti sajalah dia basuh, letak sini dulu. Dah buat macam rumah sendiri. Hahahaha!
            “Eh, akak nak ke mana?” tanya Adira. Dia baru sahaja hendak mengambil ais krim di dalam peti sejuk, join sekaki makan dengan Shasha. Ke mana pula kak Shasha ni?
            “Nak keluar,” ujar Shasha sambil mencuci tangannya.
            “Keluar? Ke mana?”
            “Laaa budak ni. Ruang tamulah.”
            “Eh, jangan kak. Najwa kan masih ada.”
            “Hish tak apalah. Sekejap saja. Nak jenguk dia.”
            “Yalah, jangan pula nak mengamuk.” Shasha tergelak kecil mendengar pasanan khas daripada Adira. Haih tunang si Firdaus ni, bercakap memang amat straight forward.
            Baru sahaja Shasha hendak memulas tombol pintu dapur, tiba-tiba pintu dapur sudah dirempuh dari luar dengan kuat. Daun pintu dapur memang sudah terhempas di sisi muka Shasha sehingga membuatkan gadis itu berundur ke belakang. Menahan sakit akibat rempuhan tadi.

‘Siapa pula yang terlebih bertauliah ini.’




==============================================


HAKCIPTA TERPELIHARA

Tidak dibenarkan mana-mana bahagian dari terbitan / blog ini diterbitkan / dibuat semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau dengan apa jua alat sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak penulis atau daripada pihak bakal penerbit yang asli.

No comments:

Post a Comment