Thursday, 22 December 2016

Kahwin Dengan Kekasih Lama - [Bab 13]

[Sekadar gambar hiasan]

Bab 13

BANGUN saja dari tidur, tangan kekar Badrul masih erat memeluk pinggangnya. Posisi tidur ada sedikit bertukar dari semalam seingatnya, tetapi tangan si suami masih setia terletak di situ. Bukan bermakna Badrina tidak suka akan keadaan begini, malah dia teramat suka. Sungguh damai bila dipeluk oleh seseorang yang sudah halal buat dirinya, sebab itu selepas bangun, Badrina hanya bermalas-malasan di dalam pelukan Badrul.

            Apabila sedap sahaja berada di dalam pelukan suami, Badrina mudah terlelap kembali menyambung sisa mengantuk dan keletihan yang masih terasa sepanjang mereka memeriahkan acara persandingan mereka.

            Tidak lama kemudian, tiba-tiba telefon bimbit Badrul berbunyi nyaring sehingga membuatkan kedua-dua pasangan pengantin baru itu bergerak dari posisi mereka. Terganggu dengan deringan tersebut.

            Badrina mengeliatkan badannya, manakala Badrul pula mencapai telefon bimbitnya yang terletak di sebelah meja tidurnya. Dengan mata yang masih tertutup, Badrul menjawab panggilan tersebut. Tidak perlu periksa siapa pemanggilnya, kerana dari nada dering sudah mereka tahu siapa gerangannya.

            “Hello ummi. Assalamualaikum,” bukan main lagi terserlah suara baru bangun Badrul. Serak-serak basah gitu. Seksi meksi.

            “Baguslah kalau dia dah keluar, buat apa kita semua pula nak kecoh. Tambah air saja pun. Over bukan main,” ucap Badrul lagi sekali. Badrina yang turut mendengar sudah mengagak apa yang sedang berlaku. Ini mungkin ibu mertuanya memaklumkan mengenai keadaan Azmina sekarang.

            Malas hendak menganggu Badrul yang sedang bercakap dalam telefon, dan terkenangkan hari ini adalah tugas pertamanya sebagai isteri, dia harus membuat sarapan untuk suaminya yang terchenta. Aisehmen!

            Baru sahaja dia ingin bangkit daripada katil mereka, tangan kekar Badrul langsung memeluk pinggangnya sehingga membuatkan Badrina terduduk semula di atas katil mereka. Bukan main berkerut lagi kedua kening Badrina. Tanpa membuang masa, Badrina hanya turuti makna pelukan suaminya itu dengan berbaring di sisi Badrul sambil mengusap-usap dadanya sementelah lelaki itu masih melayan umminya di corong telefon.

            “Along malaslah nak layan nenek. Suka sangat kacau rancangan orang. Biar sajalah orang lain yang hantar pergi rumah,” mendengar sahaja kata-kata suaminya itu, dalam diam Badrina juga mengakui nenek Hajah Sameon mereka ini seorang yang suka merosakkan rancangan mereka semua.

            “Boleh saja pinjam driver Mama Muna untuk sementara waktu. Tak payahlah asyik nak kaitkan dengan Along kalau Azmina itu sakit ke apa.” Wah, Badrul sudah nampak marah dari gaya percakapannya. Badrina hanya mampu diam sahaja sambil menikmati usapan di belakang kepalanya. Aman.

            “Tidak apa ummi, Along malas nak layan sangat. Biarlah nenek tu. Nanti lama-lama faham juga nenek tu nanti. Ummi, Along nak pergi honeymoon sekejap kat Janda Baik,” sejurus sahaja Badrul berkata begitu, Badrina memanggungkan wajah untuk menatap suaminya dengan reaksi yang sedikit terkejut.

            Dia dah decide dekat mana nak honeymoon, ini tidak boleh jadi. Terus sahaja Badrina kerutkan muka tanda marah tapi ala-ala manja gitu. Bibir pun sudah mula muncung. Kelakuan itu membuatkan Badrul tertawa ketika dia masih bercakap dengan Puan Laila.

            “Hahaha, bukan Along ketawakan ummi pula. Ada seorang bidadari ni suka sangat buat suami dia tertawa pagi-pagi.” Cis! Bukan main langgar lagi si suami berkata begitu kepada umminya. Malu!

            Bibir Badrina sudah mengherot. Dada suaminya dicubit-cubit manja. Badrul pula semakin besar gelak tawanya. Gelak macam orang tidak ada hutang seumur hidup. Gelak orang senang hati.

            “Oklah ummi. Jangan layan sangat permintaan nenek tu. Nanti ummi pula yang letih. Azmina tu keracunan makanan sahaja ummi. Macam yang doktor cakap, nanti petang boleh saja balik. Driver Mama Muna kan ada.”

            Mungkin Puan Laila ada berpesan sesuatu kepada Badrul selepas itu sebelum dia menutup panggilannya. “Okay, Insya Allah ummi. Waalaikumsalam.”

            “Kenapa dengan Azmina?” tanya Badrina laju. Dia ingin tahu dari mulut suaminya sendiri.

            “Dia dah boleh keluar petang ini, tapi nenek mahu hun yang pergi ambil dia dan Azmina di hospital.”

            “Dalam banyak-banyak orang, kenapa hun pula yang jadi tukang ambil?” Badrul terus sahaja mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

            “Nenek masih berharapan supaya hun balik semula dengan Azminalah tu. Macamlah orang tidak tahu trick nenek dia,” sambung Azmina lagi.

            “Tak perlu risaulah akan rancangan nenek dengan Azmina itu. I have lots of strong reasons for not to accept her as my wife,” ucapan daripada Badrul itu terus sahaja Badrina terkenangkan sesuatu.

            “A’alah, honey ada mission pasal itu. Ok ok. I trust you. Thank you tau sebab ingatkan saya pasal mission bagaimana suami boleh putus dengan bekas tunang.”

            “Suka dia ya bila terkenangkan pasal mission tu,” badan Badrul sudah mula mengiring dengan menompangkan tangan kirinya.

            “Sudah semestinya. Cabaran untuk honey. Awal tak nak sarapan ke hun? Dahlah nak pergi honeymoon ke Janda Baik tak beritahu orang dulu,” bukan main lagi Badrina menjeling bila perkara itu dibangkit.

            “Sorry sayang, bukan hun tidak mahu beritahu. Spontaneous event. Semalam masa asyik belek-belek Facebook, nampak dekat news feed pasal Danau Daun Chalet ni. Dari gambar cantik sangat. Sesuai untuk kita berdua.”

[Sekadar gambar hiasan]

            Badrina menganggukkan kepalanya lembut sambil menghadam informasi yang diberikan oleh suaminya. Terkenangkan jarak jauh dari Mutiara Damansara dan Janda Baik, terus sahaja Badrina bangkit dari tempat pembaringannya.

            “Jom cepat. Nanti nenek terchenta hun datang serang sini, habis terbantut pre-honeymoon kita berdua. Belum mandi lagi. Aghhhh belum packing lagi. Kita belum sarapan lagi. Macam mana ni mana mana? Ohmaigosh!”

            “Sayang pergi mandi, biar hun saja yang packing,” usul Badrul. Tanpa berkata apa-apa, Badrina terus sahaja bersetuju dengan cadangan suaminya.

            Sejurus sahaja Badrina masuk ke bilik mandi yang terletak di hujung bilik, Badrul dengan senang hati mengemas baju-baju dan keperluan untuk mereka berdua cukup sepanjang penginapan di Janda Baik nanti. Kalau tidak cukup, mereka bisa saja membeli di sana. Bukannya susah pun. Sedang dia mengemas baju-baju untuk mereka berdua, dengan minda yang agak nakal, Badrul sekaligus memasukkan baju khas buat isterinya. Khas untuk mereka berdua sahaja. Badrina tidak tahu dia ada belikan baju tidur yang teramat seksi. Thanks to Facebook.

Seronok juga shopping online ini sekali-sekala. Tidak perlu masuk butik wanita. Tidak perlu menebalkan muka. Hehehe! Di Facebook, macam-macam jenis dan corak ada, pembeli hanya tahu pilih sahaja. Ini dia baru belikan dua jenis, pada masa akan datang, dia akan belikan Badrina banyak lagi.

Cukup satu bagasi Badrul siap mengemas, Badrina sudah selesai mandi dengan keluar dalam keadaan yang berkemban. Anak mata Badrul terus sahaja melekat. Seksi giler bini aku. Dahlah belum rasmi lagi ni. Si isteri pula macam nak menggoda sahaja kerjanya pagi-pagi begini.

“Seksi,” komen Badrul ketika Badrina sedang mencari pakaian di dalam almari.

Mendengar teguran daripada si suami dari arah belakangnya, langsung sahaja Badrina menoleh di mana suaminya berada. Dengan senyuman nakal, sebuah kenyitan mata menggoda dihadiahkan kepada sang suami. “Jangan sayang, nanti cancel pula plan ke Janda Baik.”

Bukan main munjung lagi bibir Badrina tatkala lelaki di hadapannya kini berkata begitu. Tak apa, nanti di Janda Baik dia boleh sambung sesi goda-menggodanya. “Yelah. Pergilah mandi. Honey sediakan baju untuk awak.”

“Bak sini tuala hun,” laju sahaja Badrina mencapai tuala biru gelap milik Badrul kepada tuannya. “Sayang sediakan sarapan untuk kita berdua ya. Bekalan dalam perjalanan. Kita bekal saja ya.”

Badrina menganggukkan kepalanya. Selepas dia siap berpakaian dan puas hati dengan penampilannya, Badrina terus sahaja mencari baju yang sesuai untuk Badrul. Sama warna dengan dirinya. Barulah nampak macam pengantin baru pasangan sejoli.

Setelah selesai dengan sesi pemilihan baju untuk suaminya, Badrina keluar melangkah menuju ke ruang dapur. Sampai sahaja ke tingkat bawah, suasana ruang tamu begitu sunyi. Mana pula sepupu-sepupu suaminya sekarang? Ayah dengan ummi Badrul memang tidak ada di rumah sebab sekarang mereka berada di hospital ataupun di rumah nenek Hajah Sameon.

Tanpa memikirkan keadaan sunyi itu dengan lebih lanjut, Badrina terus sahaja menyediakan untuk bekalan mereka berdua. Nanti dia sendiri akan bertanya kemana sepupu-sepupunya menghilang dipagi hari.

“Hmmmm, buat neslo sajalah untuk minum pagi. Untuk aku pula, aku nak minum green tea.” Dengan senang hati, Badrina menyediakan dua tomas minuman untuk mereka berdua sementelah dia tahu perut mereka berdua masing kosong.

Siap sahaja dia membuat minuman, kali ini Badrina menyediakan sandwich pula. Nasib baik barang-barang untuk menyediakan sandwich masih banyak di dalam peti sejuk rumah mentuanya ini. Senang sikit kerja Badrina. Tidak perlu banyak rasanya sebab hanya mereka berdua sahaja yang makan nanti.

“Sayang,” kedengaran suara suaminya memanggil.

“Ya. Sekajap lagi nak siap.” Minyak harum suaminya sudah mula menghampiri dirinya, ini bermakna Badrul ada berada di belakangnya. Belum pun sempat Badrina buat apa-apa, Badrul sudah memeluknya dari belakang.

Pipi gebu si isteri dicium berkali-kali sehingga membuatkan pekerjaan Badrina tergendala buat seketika. “Hun, orang nak buat kerjalah. Janganlah kacau. Pergi masukkan luggage dalam kereta.”

“Kacau sikit pun tak boleh,” ujar Badrul sebelum dia melepaskan pelukannya.

“Cheh.” Badrina malas hendak komen banyak. Takut karang kalau dia komen banyak, nampak sangat dia sebenarnya ingin berada di dalam pelukan si suami malah kalau boleh merasmikan mereka berdua sebagai suami isteri pada ketika itu juga. Gatal sangat. Well, memang mereka berdua ini sama sahaja gatalnya. Masa berkenalan dulu pun memang terserlah kegatalan masing-masing. Dah dua-dua pun sebenarnya otak biru.

Badrina siap mengemaskan bekalan mereka berdua lalu melangkah ke ruang tamu. Selepas meletakkan bekalan di salah satu meja di sana, Badrina berlari anak menuju ke tingkat atas di mana bilik mereka berada untuk mengambil beg tangannya. Tidak lupa juga dengan alat GoPronya. Dia tidak boleh melupakan gadjetnya yang satu itu sebab awal-awal lagi sudah suaminya melarang untuk tidak membawa sebarang laptop dan kamera Canonnya yang sering digunakan untuk merakam video.

Honey, cepat. Dah siap ke belum?” laungan si suami begitu lantang terdengar dari aras bawah rumah mentuanya. Hish, baru saja dia hilang sekejap.

“Sekejaplah,” balas Badrina sambil berlari anak turun semula ke ruang tamu.

Apabila Badrul melihat benda yang dibawa oleh isterinya, lelaki itu hanya mampu menggelengkan kepalanya. “Tak boleh bawa semua, GoPro pun boleh jadi.”

“Hey, this is my savior okay. Honey nak rakam semua kenangan kita semasa pre-honeymoon.”

“Lepas itu boleh showoff ke seluruh dunia?”

Sharing session. Bukan showoff.” Badrina tidak mahu mengalah.

Up to you sayang, tapi nasihat hun kalau boleh jangan riak ya dengan honeymoon kita. Banyak pasangan yang sudah berkahwin tidak mampu untuk membawa isterinya berjalan-jalan seperti kita berdua sekarang.”

Mendengar sahaja pesanan khas daripada suaminya itu membuatkan Badrina terdiam buat seketika sebelum dia memberikan sebuah senyuman kepada lelaki itu. “Insya Allah, I will.”

Senang hatinya bila Badrina tidak melawan akan tegurannya yang tadi. Risau juga kalau isterinya itu melenting, persis macam semasa mereka bercinta dahulu. Badrina yang sekarang nampak lebih matang daripada Badrina yang dahulu ketika mereka remaja.

“Oh, lupa nak tanya. Mana pergi semua orang ya hun? Sunyi semacam sahaja honey tengok. Bibik pun saya tak nampak,” tanya Badrina ketika mereka sudah berada di luar pintu utama. Badrul pula ketika itu sibuk mengunci pintu di hadapannya.

“Ummi ada Whatsapp, bibik semua dikerahkan ke rumah nenek untuk jaga Azmina. Yang lain lari ke rumah Acik Diza, sebab mereka semua tahu rumah Acik Diza adalah rumah paling selamat buat masa sekarang.”

Bila mendengar nama salah seorang mak cik Badrul itu, tercetus terus gelak ketawa Badrina. Sememangnya mereka semua amat tahu, Acik Diza adalah anak yang paling leser. Bak kata orang, Azmina memang takut dengan Acik Diza. Sebab itu Badrina memang suka sangat dengan Acik Diza, sebab mereka geng. Semasa Azmina dimaklumkan bertahan di hospital dan selepas tahu hanya keracunan makanan, Acik Diza siap komen pedas lagi, selagi belum disahkan Azmina itu meninggal, malas dia nak menjengguk.

Jahat memang jahat, tapi Badrina lagi tergelak suka bila dia membaca text Acik Diza dalam grup Whatsapp terbesar keluarga belah Puan Laila.

Badrul mengenggam tangan isterinya selepas dia memastikan pintu rumah orang tuanya berkunci. “Jom kita pergi Danau Daun Chalet. Cherish our first memories together as a married couple.”


“Janda Baik, here we go!”

==============================
HAKCIPTA TERPELIHARA

Tidak dibenarkan mana-mana bahagian dari terbitan / blog ini diterbitkan / dibuat semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau dengan apa jua alat sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak penulis atau daripada pihak bakal penerbit yang asli.

====================================

Group FB : Naskah dari RD Athan

2 comments:

  1. Tersuka pulak dekat acik Diza. Kikikiki
    Selamat berhanimun kat pengantin baru....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik Diza paling sempoi tapi tak banyak keluar.

      Delete