[sekadar gambar hiasan]
Bab 12
PANGGILAN daripada nenek Hajah Sameon mengejutkan semua
keluarga belah ummi Badrul sehingga membuatkan semua orang panik buat seketika.
Macam manalah mereka semua tidak panik bila nenek Hajah Sameon siap terpekik
terlolong semasa menelefon Tuan Ramlee untuk meminta tolong sementelah mereka
semua sanak saudara membuat keputusan untuk tidur berkumpul di rumah keluarga
Badrul.
“Ramlee,
tolong Ramlee. Azmina pengsan ni,” jerit Hajah Sameon. Tuan Ramlee pula ketika
itu memang sengaja memasang loudspeaker
supaya mereka yang sedang melepak di ruang tamu itu turut kedengaran.
Ini
kerana Hajah Sameon tidak mahu ikut mereka pulang ke Mutiara Damansara,
berkeras ingin pulang ke rumahnya, atas alasan Azmina pening-pening kepala.
Bagi mereka semua, alasan pening-pening kepala daripada Azmina itu adalah satu
alasan, sebab memang begitulah alasan mereka berdua kalau malas hendak
bergotong-royong.
“Macam
mana boleh pengsan mak? Dah telefon ambulan?” soal Tuan Ramlee.
“Kamu
ambillah kami dekat sini. Buat apa nak telefon ambulan? Kamu hantar pergi
hospital terus kan senang,” arah Hajah Sameon dengan nada kasar. Tuan Ramlee
dan semua adik-beradik isterinya di situ, begitu juga dengan menantu-menantu
dan cucu-cucu hanya mampu mendengus kesal. Ini namanya sudah menyusahkan mereka
semua.
“Kalau
pakai ambulan lagi senang mak, on the
spot terus masuk emergency,” ucap
Tuan Ramlee.
“Korang
inikan, memang suka menyusahkan mak!” sebelum Hajah Sameon menyambung
perkataannya yang nampak tidak munasabah ketika ini, Tuan Ramlee terus sahaja
memutuskan panggilannya.
“Cepat
tinggalkan apa yang patut. Nenek kamu sudah mula meroyan. Acap, kamu pergi
ambil nenek dengan Azmina dekat rumah nenek. Echah, pergi temankan Acap,”
sejurus sahaja keluar daripada arahan Tuan Ramlee, semua sekali yang berada di
ruang tamu itu segera bongkar dari tempat duduk masing-masing.
“Macam-macamlah
mak ni,” kali ini kedengaran Pak Long Kahar mula merungut. “Nasib baik mak tak
telefon aku,” sambungnya lagi.
Mereka
semua sudah tergelak mengenangkan hal itu. Kalau Pak Long Kahar yang kena
telefon, memang senanglah nenek ugut, sebab Azmina itukan anak angkat pak long.
“Macam
mana mak tak dapat telefon bang long pula kali ini?” tanya Puan Laila.
“Telefon
aku bateri kong. Tengah charging kat
atas,” jawan Tuan Kahar pula.
“Mak
inikan, amit pun tak fahamlah. Aku dah cakap berkumpul dulu dekat rumah Kak
Laila, degil tak mahu ikut,” kali ini Puan Diza pula yang bersuara. Anak kedua
bungsu Hajah Sameon.
Mereka
semua amat faham akan kerenah Hajah Sameon, mak mereka sendiri. Suka sangat spoil acara mereka.
Lain
pula halnya dengan Badrina. Hatinya begitu senang bila mendengar Azmina pengsan
ketika mereka menerima panggilan daripada Hajah Sameon tadi. Itu sudah pasti
adalah kesan daripada benda yang dimasukkan ke dalam minuman bandungnya. Apa
yang menyebabkan dia sampai pengsan inilah hati Badrina menjadi penasaran.
Ketika
Badrina sedang bersiap-siap untuk keluar, tiba-tiba sepasang tangan kekar milik
suaminya sudah mula memeluk dari belakang. Kini belakang badan Badrina sudah
bertemu rapat dengan badan Badrul. Desahan nafas juga mula kedengaran
sementelah bibir suaminya begitu dekat dengan telinga kanannya. “Pengantin baru
boleh tak stay dekat sini saja
sayang. Malaslah nak pergi hospital. Kita stay
sahajalah ya.”
Ala,
laki aku sudah berhajat, tapi aku nak tahu keadaan Azmina macam mana. Apa
alasan yang patut aku bentangkan ketika ini. Think Rina think!
Lantas
sahaja Badrina memalingkan badannya menghadap Badrul. Dada suaminya yang kekar
itu diusap lembut sambil anak matanya menatap anak mata Badrul. “Untuk malam
ini kita postpone ya dear. Azmina dah masuk hospital ni, kita
kena prihatin. Dia kan sepupu awak juga.”
“Biarlah
dia masuk hospital. Bukan hal kita pun.” Badrul masih tidak mahu mengalah.
“Aip,
bising tujuh keturunan karang kalau kita berdua tak timbul lawat Azmina dekat
hospital,” dalih Badrina.
Badan
Badrina dipeluk erat. Wajahnya terus sahaja melekap di leher isterinya. “Biarlah
bising tujuh keturunan sayang. Nenek bising, honey tutup sahaja telinga.”
“Honey tak kisah kalau nenek bising, saya
boleh tepis dengan jayanya, tapi sepupu-sepupu hun tu kalau bab menyakat, bukan main lagi. Suka sangat nak
membahan. Apatah lagi awak tu yang jadi mahaguru diorang, lagilah mereka suka.”
“Biarlah
mereka membahan.” Badrina sudah habis akal untuk mencari alasan supaya mereka
pergi ke hospital. Ini kalau salah gaya memang dia tidak akan dapat membahan
Azmina. Perangkap sudah makan tuan tu. Mahu juga dia mengejek Azmina dengan
jayanya.
“Boleh
ya kita stay?” masih dalam nada
memujuk Badrina supaya tidak mengikuti saudara-maranya yang lain pergi ke
hospital melawat Azmina.
“Janganlah.
Jomlah kita pergi lawat Azmina. Dah sampai pengsan tu mesti teruk,” pujuk
Badrina lagi.
Sejurus
sahaja mendengar kata-kata daripada Badrina, laju sahaja Badrul menegakkan
badannya lalu menatap wajah wanita yang disayanginya ini. Hairan dia rasa,
tiba-tiba pula isterinya ini terlebih prihatin terhadap Azmina. “Kenapa hun rasa awal tiba-tiba terlebih caring malam ini ya?”
Terbuntang
sekejap mata Badrina bila suaminya bertanya begitu. Kalau tersilap langkah, confirm Badrul akan dapat meneka akan
kejadian tadi. “Mestilah caring, kan
Azmina itu sudah menjadi ahli keluarga saya. Kenalah prihatin.”
Makin
berkerut pula kedua belah kening si suami. Macam tidak percaya sahaja akan
kenyataan daripada si isteri.
“Something is wrong here,” ucap Badrul
dengan nada tidak percaya.
“Kenapa
pula?” tanya Badrina. Dah main siasat-siasat pula. Ini yang susah nih. Bilalah
masanya mereka hendak pergi hospital.
“Awak
ada salah makan ke tadi?”
“Hish,
apa pula salah makan. Saya makan sama dengan apa yang awak makan. Kenapa pula?”
Badrina tidak mahu mengalah. Tiba-tiba pula timbul isu salah makan. Macam
tahu-tahu sahaja si mangsa itu mungkin keracunan makanan.
Keracunan
makanan? Adakah minuman bandung tadi telah pun diletakkan sesuatu? TING! Jadinya,
memang ada benda yang tidak eloklah di dalam minuman bandung yang Azmina minum
tadi? Hish, ini tidak boleh jadi ni, aku kena pergi hospital untuk pengesahan.
“Setahu
hun, awak tu memang jenis tidak kisah
dengan hal Azmina. Itu yang hun
hairan tiba-tiba sahaja terlebih prihatin. Kalau hun, memang tidak kisah pun dia nak pengsan atau apa dekat rumah
nenek itu. Memang selalu macam itu pun.”
“Macam
attention seeker pula bunyi dia.”
“Memang
attention seeker pun. Tak perlulah
pergi hospital sayang. Kita stay sini sahajalah ya,” pujuk Badrul sekali lagi.
Dalam hati, Badrina sudah mula mengeluh. Kalau macam
ini gayanya, tidak adalah harapan untuk mengejek si Azmina ini depan-depan. Terpaksalah
dia layan hajat si suami. Bukan main aktif lagi tangan Badrul sudah mula buat
kerja sedari tadi. Nakal. Malam pertama berdua-duaan sudah ada drama. “Okaylah
kita stay.”
Walaupun
ketika ini Badrina tidak dapat menatap wajah suaminya, tetapi dia amat tahu
suaminya kini sudah mula menghadiahkan senyuman kemenangan di sebalik pangkal
lehernya sebelum lelaki itu mengangkat badan Badrina. Kaki lantas sahaja laju
mengarahkan langkahnya menuju ke katil yang kini sudah milik mereka berdua.
Belum
pun sempat memulakan agenda mereka berdua, pintu bilik sudah diketuk kuat dari
luar. Badrul merengus kasar. Habis segala rancangan yang diatur dari siang tadi
hancur begitu sahaja. Badrina pula hanya mampu tergelak kecil, mengetawakan
wajah hampa sang suami.
“Along.
Rina. Cepat pergi hospital sekarang. Nenek dah mula bising,” kedengaran suara
laungan daripada Puan Laila dari luar.
Apabila
Badrul tahu itu adalah arahan daripada seorang ibu, Badrul hanya mampu memeluk
badan Badrina. Tidak mahu melepaskan. Berat rasa hati hendak pergi ke hospital
ketika itu. “Ummi dah beri arahan. Hun
jangan nak escape pula.”
“Postpone dulu first night korang berdua itu. Ummi tak nak dengar nenek meleter 24
jam seminggu gara-gara kamu berdua. Cepat jalan. Ummi tunggu dekat hospital.”
Badrina sudah tergelak besar bila dari jauh masih kedengaran laungan Puan Laila
ketika itu. Masih ada rupanya. Ingatkan kalau mereka tidak bersuara, mereka
boleh lepas. Faham sangat nampaknya dengan kerenah si anak.
Badrul
sudah mula membebel memarahi Azmina yang sudah dianggap perosak rancangan.
Badrina hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat kerenah si suami.
Kau
tunggu ya Azmina. Nasib baik aku punya instinct kuat dan mata aku tajam. Kalau
tidak, memang akulah yang menjadi mangsa dibawa ke hospital sekarang.
JAM sudah menunjukkan pukul satu setengah pagi. Semua
cucu-cucu sudah mula merungut. Apa barang hendak tunggu Azmina sedar sehingga
pukul satu pagi begini. Macamlah hebat sangat. Tetapi, dengan arahan nenek
Hajah Sameon, mereka terpaksa mengalah. Dengan itu, masing-masing sudah mula
menunjukkan tanda protes.
[sekadar gambar hiasan]
Apa
lagi, bukan main lagi sesi mission
impossible para-para sepupu dalam grup Whatsapp.
Ketuanya tidak lain tidak bukan, Badrul Ilham.
Badrul: Tolong coverkan
aku weh. Nak malam pertama nih. Nenek kacau daun.
Bila
Badrina baca text si suami begitu, rasa nak cubit-cubit sahaja lelaki itu
sekarang. Bukan main lagi ya. Nasib baik jauh.
Acap: Pi lah tanya nenek.
Ecah: Helppp!
Tak sanggup dah. Orang nak tidur.
Qila: Kenapa lama sangat si Minah ini pengsan. Doktor
cakap keracunan makanan aja pun.
Ya,
semasa mereka semua mula-mula sibuk hendak mengetahui keadaan Azmina, doktor
sudah mengesahkan bahawa Azmina keracunan makanan yang amat kritikal. Semua
orang hairan sebab mereka juga makan makanan yang sama seperti Azmina, tetapi
mereka semua baik-baik sahaja. Sebab itu, Badrina yakin, ada sesuatu yang telah
dimasukkan oleh Azmina di dalam minuman bandung tadi.
Iyop: Entahlah. Kau macam tidak tahu aja kakak angkat kau
ini Qila orangnya macam mana. Nak manja-manjalah tu.
Qila: Meluat pula aku dengar Yop. Dia dah puas manja
dengan nenek, nak buat apa pula lagi. Dasar attention
seeker.
Acap: Dia nak attention
seeker dengan Abang Ilhamlah tu. Takkan tak faham pula.
Badrul: Hoi, bini aku ada dalam grup ini. Melepas first night aku kang.
Ecah: Mentang-mentanglah dah kawin.
Insyirah: Along memang sejak azali lagi gatal.
Amalia: Cepat long, fikirkan idea macam mana nak lepas
daripada nenek. Stress!
Dina: Guna kereta Acap ajalah.
Kerol: Tak boleh. Tu nenek dah cop untuk dia balik rumah.
Ilia: Habis tu? Kereta Uncle Ramlee pun tak boleh. Untuk
semua the elders.
Fash: Guna kereta Abang Ilham ajalah. Kan senang.
Badrul: Abang guna FT86. Jangan nak mengada-ngada. Tak
muat!
Insyirah: KEDEKUT!
Apabila
geng-geng sepupu sudah mula mogok hendak mahu pulang, Badrul terus sahaja
mengangkat punggungnya lalu menghampiri di mana Badrina berada.
“Sayang, bagi hun
idea macam mana nak escape daripada
sini,” tangan lelaki itu tanpa rasa ragu-ragu memeluk bahu Badrina.
Badrina berfikir sejenak. Kereta Acap tadi digunakan
untuk mengambil nenek Hajah Sameon. Itu memang tidak boleh pergi. Geng sepupu
semua turun dalam kira-kira sepuluh orang juga ni termasuk adik-beradik Badrul.
Acap. Ecah. Qila. Iyop. Insyirah. Amalia. Kerol. Fash. Ilia. Dina. Termasuk
Badrul dan Badrina, sudah menjadi dua belas orang yang sepertinya hanya
membuang masa kerana kononnya begitu rajin melayan kerenah si nenek.
[sekadar gambar hiasan]
“Macam inilah, terpaksa korbankan FT86 nampak
gayanya kalau macam ini,” cadang Badrina.
“FT86 hun
jangan kacau ya,” ujar Badrul pula. Badrina sudah sebal dengan keadaan ini.
“Hun,
sekarang masa darurat. Korbankan sajalah FT86 hun itu.”
“12 orang, mana muat kalau masuk FT86 honey,” tidak mahu mengalah. Masih tetap
tidak mahu mengorbankan salah satu kereta kesayangan FT86.
“Boleh aja dua kali trip hantar ke rumah. Tidak menjadi masalah. Apasal kedekut sangat
ni. Semua orang letih, perlukan rehat. Kita pun perlukan rehat. Tak ada pula
cakap kalau angkut orang banyak-banyak dengan FT86 itu boleh bawa kematian.”
Bila Badrina sudah berkata-kata, memang pedas.
Menusuk ke dalam jiwa. Badrul sudah hilang kosa kata untuk membalas kenyataan
isterinya. Mahu tidak mahu, terpaksalah dia korbankan kereta FT86nya itu,
sementelah dia sendiri juga merasa letih. Biarlah orang-orang tuanya yang
menolong menjaga dengan nenek mereka.
“Ok jom, honey
pergi balik dulu ya.” Badrina sekadar menganggukkan kepalanya tanda setuju.
Selepas itu, Badrul laju sahaja menaip rancangan mereka di dalam grup Whatsapp.
Bukan main lagi mereka semua beralasan untuk
memulakan rancangan escape daripada
cengkaman nenek mereka semua. Para lelaki bagi alasan hendak vaping kerana bosan. nasib baik ada yang
bawa alat vape mereka, boleh tunjuk
dekat nenek Hajah Sameon sebagai bukti. Apatah lagi nenek mereka memang tidak
suka melihat cucu-cucunya vaping di
hadapannya.
Manakala para kaum perempuan pula cari alasan pergi
cari makanan dekat kantin. Lapar katanya. Siap ambil pesanan lagi untuk nenek
dan juga the elders. Eksyen bagi
tunjuk yang mereka akan balik lagi ke situ selepas makan di kantin. Semua
makanan-makanan dihantar oleh Badrina sendiri di mana orang-orang tua mereka
berkumpul. Memberikan alasan mereka masih makan di kantin, sebab itu Badrina
hantar makanan pesanan mereka awal, sudah pastinya orang-orang tua mereka juga
lapar. Ialah, jam sudah menunjukkan pukul 2 subuh kot.
“Act macam
biasa. Nanti nenek perasan pula,” ucap Badrul sebelum dia mengambil keretanya
dari tempat letak kereta. Nasib baik dia parking
jauh. Senang sikit hendak celok sana sini.
Untuk trip pertama,
Badrul menghantar Badrina, Ecah, Qila, Amalia, Ilia dan Dina. Orang-orang yang
duduk belakang memang kena tahan sempitlah sebab ruang kereta FT86 memang
sempit. Manakala trip escape kedua
pula ialah Insyirah, Acap, Iyop, Kerol dan Fash.
Sampai sahaja di rumah selepas trip kedua, masing-masing sudah mula tidur bergelimpangan. Nampak
benar mereka semua letih.
Badrul terus sahaja melangkah masuk ke dalam
biliknya. Mungkin isterinya menunggunya. Ada harapan untuk memulakan malam
pertama mereka.Yippi!
Ketika dia masuk ke dalam biliknya, suasana sudah
kelam. Hanya lampu tidur sahaja yang menerangi beberapa kawasan di dalam bilik
tersebut. Selesai sahaja mengunci pintu bilik mereka, Badrul melangkah ke tempat
tidur mereka berdua. Sebaris senyuman terbit dari bibirnya.
Isterinya yang begitu cantik tidur dengan keadaan
yang polos di atas katil mereka berdua. Dengan penuh berhati-hati tanpa
menganggu tidur isterinya, Badrul berlalu ke almari pakaiannya, laju sahaja dia
menukar ke baju tidur. Selepas itu, dengan perlahan dia naik ke atas katil
sebelum dia berbaring di sebelah Badrina.
Puas menatap wajah Badrina, Badrul mengemaskan
tempat tidurnya lalu memeluk pinggang Badrina dengan begitu erat sekali. Dengkuran
kecil si isteri kedengaran. Apabila terasa dirinya dipeluk, Badrina tersedar
dari tidurnya dengan keadaan mamai. “Sorry
hun, honey tertidur pula.”
“It’s okey.
Sambunglah tidur.” Badrina laju sahaja menutup matanya seusai suaminya berkata
begitu. Pelukan suaminya dibalas dengan erat.
“Good night
hun. Honey minta maaf sebab keluarkan kata-kata pedas tadi.” Badrul terus
tergelak kecil bila mendengar kenyataan daripada isterinya itu.
“Well, hun
akan denda awak pasal itu nanti. Honey
bersiap-siagalah ya.”
“Ngee… Gatal.” Badrina amat maklum akan disebalik
kata-kata suaminya itu. Tidak lain tidak bukan denda sebenar khas dalam hidup suami-isteri.
“Esok, sebelum nenek balik sini, kita pergi
jauh-jauh. Phone off. Hun nak buat pre-honeymoon dulu sebelum hun
bawa honey ke honeymoon yang sebenar.”
Tanpa membalas kata-kata suaminya, Badrina terus
sahaja terlelap. Dia teramat letih sehingga tidak mampu mencerna informasi dari
suaminya dengan baik. Biarlah esok dia akan memikirkan semula.
Azmina pula? Selepas dia baik dari keracunan boleh
saja dia attack.
======================================
HAKCIPTA
TERPELIHARA
Tidak
dibenarkan mana-mana bahagian dari terbitan / blog ini diterbitkan / dibuat
semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau
dengan apa jua alat sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak penulis
atau daripada pihak bakal penerbit yang asli.
Group FB:
Naskah dari RD Athan
Senjata makan tuan! Padan muka azmina! Mende yg dia letak ek?
ReplyDeletececair yang boleh membuatkan orang keracunan makanan dear. akan dimention nanti dalam bab ketika badrina attack azmina
Delete