Monday, 5 December 2016

Kahwin Dengan Kekasih Lama - [Bab 11]

[sekadar gambar hiasan]

Bab 11

KEMERIAHAN sepanjang majlis persandingan Badrul dan Badrina amatlah terasa, apatah lagi Badrina adalah salah seorang vlogger yang terkenal di dalam Youtube. Berita mengenai perkahwinannya tersebar luas. Tetapi tidaklah ala-ala glamer macam perkahwinan artis tanahair. Ada meriahnya tersendiri.

            Senyuman tidak lengkang dari bibir kedua-dua pengantin untuk para tetamu. Macam-macam jenis ragam kawan-kawan Badrul dan Badrina asal sahaja mereka mengambil gambar beramai-ramai. Macam-macam gaya, macam-macam inspirasi. Rasanya di dalam dewan itu, kawasan pelaminlah yang paling meriah, cukup dengan riuh-rendah diselitkan dengan gelak ketawa daripada rakan-rakan kedua pengantin yang hadir.

            Ketika itu, kedua pengantin diarahkan untuk makan di tempat yang disediakan khas. Dalam masa yang sama juga untuk merehatkan diri mereka berdua sebelum mereka boleh menyambung melayan para tetamu yang hadir.

            “Are you happy now sayang?” soal Badrul. Biarlah orang kata dia mengungkit mengenai hal tadi, tetapi dia mahu memastikan isterinya ini dalam keadaan yang baik-baik sahaja dari segi fizikal dan juga rohani.

            “Indeed! Saya amat berpuas hati dengan dekorasi yang Nina buat ini. Memang sebiji seperti apa yang saya gambarkan. Cantik sangatlah hun. I am so happy,” balas Badrina dengan nada yang penuh ceria.

            Badrul sudah mampu mempamerkan senyuman bangga dan puas bila melihat isterinya suka. Rata-rata rakan-rakan mereka berdua tadi amat mencemburui dengan dekorasi di dalam dewan. Persis sedang berada di dalam dunia lain.

            Dengan mengunakan tema berwarna putih untuk semua prop memberikan satu kelainan. Untuk menaikkan seri lagi, warna bunga sedikit merah jambu diletakkan di atas meja makan bulat. Di siling juga turut diberikan bunga putih. Sepertinya sedang berada di dalam taman sahaja. Itu baru dekorasi di kawasan para tetamu biasa.

[sekadar gambar hiasan]

            Manakala di kawasan yang berhampiran dengan pelamin pula, bunga-bunganya banyak kepada berwarna biru ungu dan juga coklet cair. Pelamin pula hanya di belakangkan dengan bunga-bunga biru dengan lampu back drop berwarna biru lembut. Sememangnya amat memberikan kelainan daripada yang lain.

[sekadar gambar hiasan]


            “Tapi,” tiba-tiba Badrina bersuara sehingga membuatkan Badrul langsung sahaja menoleh kepada isterinya

“Saya tak akan push awak dengan soalan-soalan tadi,” kali ini badannya terus sahaja menghampiri bahu Badrul, dan bibir milik Badrina terus sahaja menghampiri telinga kiri suaminya lalu berbisik, “I will find it by my own.”

Badrul terus sahaja tergelak tika mendengar misi peribadi isterinya itu. Nampak sangat penuh dengan determination dari segi kata-kata Badrina. “Good luck sayang. Hun akan sentiasa jadi pom-pom awak ya.”

“Cis, benci. Suka sangatlah tu.”

“Mestilah suka. Everything is going to be interesting. Hun tahu honey seorang yang jenis berfikiran terbuka, sebab itu hun amat yakin honey boleh handle mengenai the shady of Azmina.” Wahhh bukan main dramatik lagi Badrul mengayakan part ‘the shady of Azmina’ itu.

The shady of Azminalah sangat. Cepat makan hun. Banyak lagi yang nak ambil que untuk bergambar dengan saya ni.”

“Perasan. Kalau hun takde, tak menjadilah gambar awak tu Puan Badrina sayang. Tunggulah sekejap. Comot pula nanti baju hun ni, hilang macho.” Bibir Badrina bukan main lagi mengherot tatkala mendengar suaminya yang senang hati angkat bakul.

Semasa Badrina sibuk bercerita dengan rakan-rakannya sambil menunggu si suami menambah tenaga, dia sedar minuman bandungnya ditukar oleh seseorang yang dia kenali. Namun, untuk tidak kelihatan melatah, Badrina hanya membiarkan sahaja si pelakunya bersenang hati sambil menghantar langkah si pelaku itu dengan ekor matanya.

[sekadar gambar hiasan]

Tiba-tiba, Badrul mencapai gelas minuman yang ditukar tadi. Dengan satu tindakan yang pantas, Badrina laju menghalang minuman bandung itu masuk ke dalam mulutnya sehingga membuatkan Badrul memandangnya dengan penuh musykil. “Kenapa? Hun nak minum. Minuman hun dah habislah honey.”

“Pergi minta pelayan refill minuman hun. Jangan minum minuman ini.”

“Tak salahkan kalau hun minum sedikit honey punya minuman. Janganlah kedekut sangat.”
“Memang tak salah, tapi jangan minum yang itu. Hun minta pelayan refill saja. Jangan banyak songeh please.”

Sejurus sahaja Badrina berkata begitu, tanpa membuang masa Badrul lantas sahaja memanggil salah seorang pelayan yang bertugas di kawasan meja khas mereka lalu meminta refill minuman bandungnya. Sejenak sahaja minuman bandung mengisi tekak si suami, Badrina terus sahaja menarik nafas lega, akan tetapi gelas minuman yang ditukar tadi masih berada di hadapannya.

Something is wrong honey?” Bila dia melihat dengan tegahan isterinya itu barulah dia boleh terfikirkan sesuatu. Kalau dulu semasa mereka bertunang, berkongsi minuman itu sudah menjadi kebiasaan mereka berdua. Ini mesti ada apa-apa yang sedang disembunyikan oleh isterinya.

Badrina menganggukkan kepalanya tanda mengiyakan soalan daripada Badrul tadi. “Benda itu serius?”

“Hmmm taklah serius sangat. Masih boleh dihandle dengan goyang kaki.”

“Hish, main-main pula dia ni. Cuba cerita pasal kenapa hun tak boleh minum minuman tadi? Ada orang hantar santau ke masuk dalam minuman tu?” ujar Badrul sambil memunjungkan bibir seksinya kepada gelas tadi.

“Mulut Encik Badrul inikan, eeee geram. Buatnya betul-betulan nanti, siapa yang merana. Puan Badrina ini juga yang merana.”

Hun agak sajalah. Habis tu sebab apa pula?” Kali ini Badrina merenung anak mata suaminya yang ketika itu juga bukan main galak memandang anak mata milik Badrina. Tidak lama kemudian, mata Badrina bertukar menjadi nakal diikuti dengan senyuman di bibir yang penuh dengan kenakalan.

It’s all about you to find it out by your own hun.” Sebuah kenyitan nakal dan menggoda sempat dihadiahkan kepada Badrul sebelum dia bangkit dari tempat duduknya lalu membawa gelas minuman yang ditukar tadi dan berjalan ke meja yang sememangnya sudah di target semenjak tadi.

Badrul terkena sebiji. Kali ini dia sendiri juga sudah termasuk dalam permainan Badrina. Badrul hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya melihat kerenah isterinya.

Ke manalah isterinya membawa minuman bandung yang terlebih misteri itu? Bila dia ingin mencari kelibat Badrina, isterinya itu sudah hilang. Hmmmm. Mudah-mudahan semuanya baik-baik belaka. Silap-silap timbul pula panas baran si isteri. Nampak jenis easy-going, tapi bila sudah marah, memang makan dalam. Savage bak kata orang putih.


GELAS minuman yang berisi bandung tanpa ragu-ragu diletakkan di atas meja yang ketika itu dihuni oleh beberapa orang sanak saudara belah ummi Badrul, terutama sekali si pelaku itu juga turut berada di situ dengan mempamerkan muka binggung bila Badrina meletakkan cawan tadi di hadapannya kini.

            “Hai Azmina,” sapa Badrina. Geram juga hatinya bila melihat Azmina sedang menunjukkan wajahnya yang polos itu. Huh! Polos taik!

            “Hai,” balas Azmina.

            “Azmina,” panggil Badrina dengan lembut tapi mampu menarik perhatian gadis itu pula sementelah Badrina kini duduk di sebelahnya. “Banyak orang cakap, kadang-kadang melalui hujung mata boleh melihat banyak benda.”

            “Maksud kau?”

            “Maksud aku, walaupun aku tengah bercakap dengan orang lain, tapi mata aku belum buta.”

            “Memang pun mata kau belum buta, habis tu apa kaitan kau nak bercakap mengenai hal ini dengan aku pula?” tanya Azmina tidak mahu mengalah. Masih ingin berdalih.

            Kedua kening Badrina sudah terangkat naik. Terasa benar dirinya amat dicabar ketika ini, dan ini sudah mampu untuk menaikkan semangatnya mengenakan gadis yang menyukai suaminya ini.

            “Ohh ops sorry, mungkin kata-kata aku tadi itu terlalu berbunga-bunga. Maklumlah, orang macam kau ini tak boleh grab apa yang orang kiaskan,” sikap the sassiness sudah mula timbul menunjukkan taring dalam diri Badrina, dan kini dia ingin mengajar untuk orang yang cuba merosakkan hari perkahwinannya ini. “Macam ini sajalah, apa kata kau minum minuman yang aku bawa ini.”

            “Kenapa pula aku yang minum? Kau yang bawa, kaulah yang minum,” lawan Azmina.

            “Aku bawa khas untuk kau sebagai tanda terima kasih kerana sudi menerima berita pemutusan pertunangan kau dengan laki aku,” ujar Badrina dengan nada yang tidak mahu mengalah. Ketika ini kedua belah tangannya sudah mula menongkat dagunya sambil menunggu reaksi daripada Azmina.

            “Aku ada minuman aku sendirilah.”

            “Minuman yang aku bawa ini lagi sedap. Minumlah sedikit.” Badrina menggangkat gelas minuman tadi lalu dengan pantas menuang sedikit bandung ke dalam gelas minuman Azmina.

[sekadar gambar hiasan]

            “Apa yang kau buat ini?” bentak Azmina dengan tidak berpuas hati.

            “Balas dendam,” balas Badrina pendek.

            “Untuk apa pula kau nak balas dendam? Aku tidak ada buat apa-apa pun dekat kau. Sepatutnya aku yang berhak untuk balas dendam sebab kau sudah rampas Badrul daripada aku.”

            “Macam yang kau buat sebentar tadi kan? Kau tukar minuman aku dengan minuman yang kau bawa semasa aku tengah sibuk melayan kawan-kawan aku. Itu pun balas dendam juga kan?” Badrina semakin kuat untuk menyerang balas.

            “Apa yang kau merepek ni Rina?”

            “Aku tidak merepek. Aku cakap benda yang benar, sebab itu aku cakap mata aku belum buta. Aku nak kau minum sekarang juga.”

            “Kau jangan nak ugut aku Rina. Aku boleh laporkan benda ini kepada nenek,” ucap Azmina dengan nada yang semakin kendur dan takut-takut.

            “Laaaa pergilah lapor. Sebelum kau lapor dekat nenek, aku akan pastikan kau di reman dalam lokap. Aku yakin di dalam dewan ini ada CCTV. Aku akan pastikan mengambil rekod video bahawa kau ada menukar minuman aku dengan minuman yang ini,” ucap Badrina sambil menunjukkan jari telunjuknya kepada gelas tadi.

            Wajah Azmina sudah bertukar menjadi pucat. Hekeleh, baru kena ugut bawa ke balai polis sudah pucat satu badan. Hendak buat jahat tapi otak masih macam tahap tikus memang Badrina akan pijak dengan kuat.

            Bila melihat Azmina hanya diam tidak berkata, Badrina menyambung lagi akan kata-katanya, “Aku bagi kau dua pilihan. Kau minum minuman yang kau tukar ini atau aku bawa perkara ini kepada pihak polis. Macam mana?”

            Tanpa membuang masa, Azmina terus sahaja mencapai gelas tadi lalu laju sahaja dia meneguk segala isi kandungan di dalam gelas tersebut. Setelah selesai menghabiskan minuman yang satu itu, jari telunjuk Badrina sekali lagi menunjuk ke arah gelas di mana Badrina menuang isi minuman tadi ke dalamnya. “Yang ini kau jangan lupa juga minum sampai habis, sebab aku ada buat dekat sini juga. Cepat habiskan.”

            Setelah dua gelas habis di minum oleh Azmina, Badrina langsung sahaja menepuk tangan lembut tanda senang hati. “Wahhh, syabas Azmina. Tak nak beritahu aku ke apa sebenarnya yang kau masukkan dalam minum itu? Ada cicak ke? Ada lipas?”

            Badrina lekas memeriksa kedua-dua gelas. “Tak ada pula cicak atau lipas dalam gelas ini. Tak nak kongsi dengan aku ke?”

            Namun Azmina hanya berdiam diri tanpa membalas sebarang pertanyaan yang diutarakan oleh Badrina.

            Baru sahaja Badrina ingin membuat mulut, tiba-tiba satu suara yang amat dikenalinya menyapa dari belakang. “Dekat sini rupanya honey berada. Merata hun cari pengantin saya ini, rupa-rupanya dia ada berada di sini. Awak buat apa ni?”

            Sebuah senyuman manis dihadiahkan kepada Badrul bila lelaki itu sudah menghampiri dirinya. Azmina pula turut tidak lepas melihat Badrul ketika ini. Huh, dasar gatal!

            “Tidak ada apa-apa. Saja borak-borak kecil dengan Azmina,” justeru selepas Badrina berkata begitu, dia bangkit dari tempat duduknya. “Jom kita pergi dekat pelamin. Dah banyak geng-geng beratur mengambil gambar tu.”

            Baru sahaja beberapa langkah kedua pengantin itu berjalan, Badrina berhenti seketika lalu memusingkan badannya menghadap Azmina, “Jangan lupa beritahu aku ya pasal tadi. Aku nak sangat tahu dia punya keputusan.”

            Ketika dalam perjalanan mereka menuju ke pelamin, Badrul bertanya, “Apa kes pula honey berbaik-baik dengan Azmina? Weirdlah sayang. Hish, meremang bulu romalah pula. Seram betul.”

            “Jangan exaggerate boleh? Hal wanita, orang lelaki mana boleh tahu.”

            “Hah itulah sahaja modal korang ya kalau tak nak lelaki tahu. Hal wanita, orang lelaki mana boleh tahu.”

            “Keep quiet and enjoy the night hun.” Badrina lantas mengucup pipi suaminya lembut sambil menaiki pelamin mereka. Bukan main lagi rakan-rakan mereka semua bersorak. Habis riuh satu dewan dek suara mereka semua.

            Kita tunggulah esok apa jadi dengan budak yang berniat ingin memperdajalkan dia tadi. Kalau benda itu benda yang memudaratkan bagi dirinya, well sorry not sorrylah ya Azmina. Racun makan tuan namanya tu.


====================================
Group FB: 
Naskah dari RD Athan

====================================
HAKCIPTA TERPELIHARA

Tidak dibenarkan mana-mana bahagian dari terbitan / blog ini diterbitkan / dibuat semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau dengan apa jua alat sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak penulis atau daripada pihak bakal penerbit yang asli.


No comments:

Post a Comment