[Sekadar gambar hiasan]
Bab 10
GRAND BALLROOM di The Club Bukit Utama menjadi pilihan untuk
majlis persandingan di antara Badrul dan Badrina. Luas, tidak banyak
tiang-tiang besar yang menghalang. Berdekatan dengan apartment. Keluarga-keluarga Badrul dari Johor sudah disediakan
bilik khas untuk mereka. Begitu juga dengan keluarga-keluarga belah Badrina
yang jauh.
Hendak mencari dewan-dewan yang berdekatan dengan
tempat tinggal mereka memang susah. Apatah lagi mereka mencari dewan dalam
jangka masa berapa bulan sahaja sebelum acara berlangsung. Nasib baik PR di The
Club Bukit Utama ini jenis yang friendly
dan senang untuk dihubungi, sebab itu Badrina bercadang untuk mengadakan majlis
persandingan di situ sahaja. Malas dia mahu fikir banyak-banyak.
Di dalam bilik persalinan Badrina, banyak juga
rakan-rakan yang datang menghadiri majlis persandingannya pada malam itu. Acara
akan bermula pada pukul lapan setengah malam. Sekarang jam sudah menunjukkan
lima belas minit lagi ke pukul lapan malam. Tetamu-tetamu berpusu-pusu masuk ke
dalam dewan.
Pintu diketuk dari luar sebelum tombol pintu dibuka.
Badrina yang ralit mengemas baju pengantinnya hanya melirik sahaja siapakan
gerangannya yang masuk ke dalam bilik persalinan tersebut, apatah lagi dia
hanya keseorang di dalam bilik tersebut.
“Assalamualaikum isteri hun.” Badrul rupanya. Dengan senyuman yang penuh menawan, lelaki
itu menapak menghampiri isterinya.
“Waalaikumsalam, berani pula hun escape. Siapa dekat bilik sebelah?” tanya Badrina. Ini kerana,
pihak dewan ada menyediakan dua bilik persalinan, satu untuk pengantin lelaki
dan satu lagi untuk pengantin perempuan.
“Bosanlah. Semua orang conquer bilik tu untuk bersolek. Macam bukan hun pula yang pengantin. Lebih baik hun dengan honey di sini,
tak ada yang ganggu.”
Badrul menarik tangan isterinya lembut sebelum
punggungnya dilabuhkan di atas sofa yang terletak di dalam bilik persalinan. Badrina
pula turut melabuhkan duduknya di sisi Badrul, dan tangan suaminya pula
mengangkat kaki Badrina supaya terletak di atas paha Badrul.
“Kenapa mereka semua tidak bersolek sahaja dekat apartment?”
“Keluarga dari Johor memang sudah bersiap, yang ini
keluarga belah ummi. Memang selalu macam ini.”
Tangan Badrul sudah mula bermain mengenggam
jari-jemari runcing Badrina. Mereka berdua hanya menunggu masa juruacara majlis
memanggil untuk bersedia. Mereka berdua perlu berhati-hati supaya baju mereka
tidak kemek.
“You are so beautiful honey,” ujar Badrul
sambil menatap wajah isterinya dengan tenang. Sungguh dia tidak menyangka,
bekas kekasihnya dahulu ini sudah menjadi isterinya. Nasib baik dia dengan
Azmina tidak ada jodoh. Mahunya ada jodoh, haru biru jadinya. Hish, malas dia
nak fikir balik pasal benda itu. Fikir untuk nanti malam lagi baik.
“Are you ready
for tonight sayang?” tanya Badrul tiba-tiba ingin menukar topik bicara
mereka disertakan dengan anak mata yang merenung Badrina penuh kasih sayang
tetapi turut disaluti dengan kenakalan.
“Yes. Tak
sabar rasanya nak habiskan acara majlis persandingan kita berdua. Letih,” balas
Badrina polos yang membuatkan lelaki itu tergelak sakan. “Kenapa?”
Apa kes pula suaminya ini tiba-tiba sahaja ketawa?
Dia tidak ada rasa letih ke?
“Bukan itulah sayang,” ujar Badrul sebelum dia
mendekatkan bibirnya di sisi telinga kiri Badrina. “Our first night honey.”
“Eeeeeeeeee kenapa mesti itu yang hun selalu fikir? Gatal. Gatal. Tak ada
benda lain ke nak fikir?”
“Kena fikir honey,
sebab aktiviti semalam tidak berjalan dengan lancar,” permukaan telapak tangan
si isteri yang lembut itu dikucup berkali-kali. Bila Badrina rasa suaminya itu
cukup puas mengucup telapak tangannya, laju saja jarinya mencubit manja dagu
Badrul. Macam-macam.
“Dah lama hun
tunggu saat ini sayang. Sepanjang sembilan tahun kita berpisah, hidup I rasa kosong. Hun tak dapat cari yang dapat gantikan you di dalam hati I,
walau Azmina sekalipun tidak mampu menandingi kedudukan you.”
Mendengar sahaja pengakuan ikhlas daripada suaminya
itu Badrina terus terdiam tanpa kata. Hendak membalas juga dia tidak tahu.
Sembilan tahun adalah jangka masa yang panjang bagi mereka berdua. Macam-macam
perkara boleh sahaja terjadi sepanjang sembilan tahun tersebut.
Kalau mengikut pengalaman mereka ketika sedang
bercinta dahulu, Badrul ini bukan main banyak peminat. Badrina masih teringat
ketika mereka sibuk bermain permainan atas talian yang famous ketika itu, TibiaME. Dulu-dulu guna telefon bimbit
jenama Nokia pun bisa saja main permainan itu. Dalam permainan ini juga Badrul
dikirakan sebagai pemain hot stuff.
Salah seorang pemain handal, perempuan mana yang tidak minat. Badrul pula, bila
tak dapat dijadikan kekasih, terus sahaja angkat jadi adik angkat, sebab itu
dahulu Badrul ini dia punya adik angkat bukan main banyak, keliling pinggang.
Takut pula terangkat. Kalau sudah ada sesi angkat ini, secara automatik Badrul
sebenarnya berchatting dengan orang
lain.
[Sekadar gambar hiasan]
Ironinya, Badrina juga konon kekasih kepada si abang
angkat, terus naik pangkat jadi kakak angkat. Haish, memang zaman
terangkat-angkat sampai kadang-kadang Badrina juga turut pasal abang angkat.
Mana boleh kalah!
Bila terkenang akan topik bekas tunang si suami,
tiba-tiba hati Badrina sering sahaja terfikirkan sesuatu. “Azmina pun ada
sekali ke dalam bilik persalinan you
tadi?”
Kedua kening Badrul terus sahaja bertaut. “Kenapa
tiba-tiba tanya pasal dia pula ni?”
“Hmmm saja. Manalah tahu nak jadi langau juga,” ujar
Badrina sambil menatap wajah suami di hadapannya ini. Bersih. Potongan rambut
juga tampak teratur dan semestinya Badrina amat suka akan penampilan suaminya
begini. Bukan main tebal lagi bau pomade.
Boleh tercium tapi Badrina suka dengan bau itu.
Sejenak Badrina melihat raut wajah suaminya kini.
Semakin tidak banyak perubahan, muka Badrul tampak lebih matang berbanding dulu.
Badan pun bukan main lagi ketak-ketak.
“Malaslah nak cakap pasal dia.”
“Honey
masih curious.”
“Curious
pasal kenapa pula?”
“Hunlah,
tak nak kongsi sebab kenapa you
dengan Azmina putus tunang. Material wife
kot dia tu,” ucap Badrina tidak mahu mengalah.
“Macam yang hun
cakap dulu, lambat-laun honey akan
tahu juga nanti. Hanya hint ini
sahaja yang dapat hun bagi,
kawan-kawan baik I dan umi sahaja
yang tahu perkara ini.”
Badrina mendengus geram. Dia tahu, dia tidak akan
dapat punca sebenar hatta dari kawan-kawan baiknya. Salah seorang kawan baik
Badrul adalah Nina. Sepanjang mereka sibuk menguruskan baju perkahwinan mereka,
banyak kali juga Badrina cuba merisik, tapi tidak sangka pula masing-masing
berhati kebal. Sesungguhnya aku curious!
“Biarlah dia honey.
Hun pun malas nak fikir.”
“Hun
sebenarnya sedarkan, di mana hun ada,
di situlah dia akan berada. Masih belum move
on nampaknya dia itu.” Badrul menghela nafas lembut. Dia sebenarnya juga
turut sedar akan keadaan itu. Di mana dia berada, ada juga batang hidungnya
turut menempel. Senang aja cara dia hendak buat begitu, menempel sahaja dengan
Hajah Sameon.
Namun Badrul hanya membiarkan kenyataan daripada
isterinya itu tergantung begitu sahaja. “Honey
akan siasat sampai ke lubang cacing kenapa you
putuskan tunang dengan dia. I akan
pastikan.”
Sekali lagi Badrul melepaskan tawa senang tika
mendengar impian Badrina ingin menyiasat atas kenapa terjadinya boleh terputus
pertunangan dirinya dengan Azmina. “Kenapa gelak?”
“Tidak pernah berubah seperti dulu. Selagi dia tak
dapat benda itu, selagi itulah orang tu akan cuba sampai dapat.” Badrina hanya
membalas kenyataan itu dengan jelingan manja. Tahu siapa orang yang suaminya
maksudkan sebentar tadi, sudah tentulah dia sendiri.
“Tapi kenapa you
yang minta putus dulu Badrul?” satu pertanyaan daripada Badrina. Apabila
Badrina sudah menyebut dengan nama, perkara itu seharusnya perkara serius.
Ketika ini anak mata mereka berdua bertentangan. Sepasang mata menagih jawapan,
sepasang mata pula mencari jawapan yang sesuai.
“Tak perlulah kita bangkitkan pasal itu honey,” dalih Badrul.
Namun, Badrina masih tidak berpuas hati. “Sebab I layan lelaki lain? Sebab I chatting dengan lelaki lain dekat Turbo MSN? Bila you spotcheck I punya Turbo
MSN, banyak lelaki menagih perhatian I?
Sebab I mungkir janji kerana masih
melayan lelaki-lelaki lain terutamanya abang-abang angkat I?”
Suasana yang tadinya penuh dengan perasaan
bunga-bunga terus sahaja bertukar menjadi beku bila perkara punca mereka
berpisah dibangkitkan.
“Sepanjang kita bercinta dulu itu bermakna you punya kepercayaan kepada I memang tidak ada or apa?” sekali lagi Badrina bertanya soalan kepada suaminya yang
hanya membuat keputusan untuk tidak mengulas pertanyaan tersebut dengan lebih
lanjut lagi. Bila diulas, takut ia akan merosakkan mood Badrina, contohnya seperti sekarang inilah.
“Jangan bangkitkan lagi pasal ini please,” mohon lelaki itu kepada
Badrina. “Jangan macam ini sayang, tak lama lagi kita nak bersanding.”
Hatinya masih tidak puas hati bila Badrul asyik
sahaja mengelak apabila pertanyaan punca mereka putus diutarakan. Sepertinya
Badrul ada menyembunyikan sesuatu daripadanya. Sudahlah mengenai Azmina dia
tidak mahu beritahu, perkara penting ini juga dia tidak mahu berkongsi. Habis
dia ini apa? Wife trophy?
Belum pun sempat Badrina melontarkan suaranya, pintu
bilik persalinan mereka diketuk dari luar. Serta-merta sahaja perbuatan mereka
berdua terhenti namun posisi duduk mereka masih dalam kedudukan yang sama
seperti tadi.
Di
sebalik pintu itu, terjegul kepala adik bungsu Badrul, Iman Yusra sedang
melilaukan pandangannya ke sekeliling bilik persalinan Badrina. Persis sedang
mencari sesuatu.
“Cari apa Iman?” tanya Badrina kepada Iman Yusra. Di
dalam hati Badrul sebenarnya sudah memanjat syukur bila adik bungsunya ini
sepertinya satu rahmat buat dirinya ketika dia menjengulkan kepalanya di situ.
“Iman cari kak Azmina. Tadi dia ada cakap nak bagi something dekat Iman, tapi sekarang Iman
cari-cari kak Azmina dah hilang,” berkerut kedua-dua kening pasangan pengantin.
Cuba untuk menghadamkan informasi yang baru sahaja diberikan oleh Iman.
“Cuba Iman cari nenek. Manalah tahu kak Azmina ada
dengan nenek,” ujar Badrul memberikan cadangan.
“Dah cari. Nenek pun tidak tahu dia di mana, sebab
itu Iman cari dekat sini, manalah tahu kak Azmina ada dengan along. Kak Azmina
kan suka dekat-dekat dengan along.”
Bukan main lagi Iman Yusra lancang berkata-kata
tanpa memperdulikan reaksi along dan kakak iparnya kini. Badrina sudah
menunjukkan muka meluat. Statement di
mana ada radar Badrul, di situlah
Azmina akan berada.
Bila Iman Yusra hilang dari pandangan mereka berdua,
Badrul sedar ada sedikit kekeruhan terbit daripada wajah isteri kesayangannya
itu. “Sayang, look here.”
Sebelum mood
isterinya ini semakin jauh ke laut, adalah lebih baik dia sauh mood itu ke jalan yang asal. Dagu
runcing isterinya dipaut lembut. Kini mata mereka bertentangan di antara satu
dengan yang lain.
“Kita buka lembaran baru untuk hubungan kita ini ya
sayang, hun mohon dan jangan risau dengan Azmina ya. Dulu darah masih muda, belum
matang dalam membuat keputusan,” sejurus sahaja Badrul berkata begitu, dahi
Badrina dikucup lembut.
Mata Badrina terpejam ketika bibir suaminya itu
mendarat ke atas dahinya dengan lembut. Hati Badrina yang was-was sebentar tadi
laju sahaja bertukar menjadi tenang. Ya, Badrina akan cuba buka lembaran yang
baru, itu sudah pasti, tetapi untuk mencorak lembaran baru itu Badrina
sebenarnya memerlukan sejarah.
Sejarah di mana jikalau ada kekurangan, Badrina
ingin memperbaiki kekurangan itu. Sebab itu dia masih insist atas asbab kenapa Badrul diputuskan, kerana seingatnya
dahulu, Badrul mengantung hubungan mereka selama sebulan sebelum Badrul membuat
keputusan untuk mengakhiri hubungan mereka.
Kalau hanya sekadar alasan masih chatting dengan lelaki lain walaupun
hanya sekadar atas alasan kawan tapi mesra, itu adalah normal sebab Badrul juga
berbuat begitu. Hal ini juga Badrina akan siasat.
Sekali-sekala jadi stalker apa salahnya. Let the
missions begin.
========================================
HAKCIPTA
TERPELIHARA
Tidak
dibenarkan mana-mana bahagian dari terbitan / blog ini diterbitkan / dibuat
semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau
dengan apa jua alat sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak penulis
atau daripada pihak bakal penerbit yang asli.
Group FB:
Naskah dari RD Athan
No comments:
Post a Comment