Saturday 21 January 2017

Kahwin Dengan Kekasih Lama - [Bab 19]

[sekadar gambar hiasan]

Bab 19

BADRINA bila sudah mengamuk, memang satu taman boleh terdengar. Seperti sekaranglah, kalau Badrul tidak menarik badan isterinya itu untuk menjauhi Azmina yang sudah berdarah hidung, alamat tidak selamatlah Azmina sekarang.

            Tanpa memperdulikan Azmina yang sudah berdarah di hidung diikuti pula dengan esak tangisan daripada gadis tersebut, Badrul membawa Badrina masuk ke rumah asuhan itu dari pintu hadapan.

            “Honey, sabar honey.” Ucap Badrul ketika mereka sudah berada di pintu besar Rumah Kasih Thuraya.

            “Macam mana honey nak bersabar hun kalau sudah hati ini geram sangat tengok dia hina budak-budak macam itu. Honey doakan dia betul-betul dapat AIDS baru tahu.”

            “Aip mulut, jangan macam tu.” Jari Badrul sudah mula bermain di bibir Badrina. Nasib baik pakai lipstik si budak Kylie. Tak perlu risau lipstik comot.

            “Sentap betullah. Suka bikin mood orang swing,” ujar Badrina lagi tidak mahu mengalah. Suaminya hanya mampu mengusap belakang badan Badrina dengan lembut.

            Tanpa membalas kenyataan daripada isterinya, Badrul membawa Badrina masuk secara rasminya ke dalam Rumah Kasih Thuraya. Sejurus sahaja dia masuk, rasa marahnya tiba-tiba sahaja hilang. Apa tidaknya, mata Badrina disambut dengan suasana yang menenangkan.

            Selangkah sahaja tapak kaki mereka masuk, satu kawasan lapang ditengah-tengah yang menempatkan taman pancuran air besar. Banyak meja-meja dan kerusi-kerusi disediakan di sisi kawasan taman tersebut.

            Bunyi air juga amat menenangkan. Ada rasa sejuk-sejuk sementelah banyak pokok-pokok rendang di situ. Rendang tetapi rendah. Dari luar memang tidak nampak taman ini sebab ia berada di tengah-tengah, apatah lagi bangunan rumah kasih itu tiga tingkat.

            “This is so beautiful.” Badrina meluahkan rasa kagumnya dengan nada berbisik.

            “Jom kita pergi ke dining hall.” Lelaki itu terus sahaja mengenggam tangan isterinya erat lalu membawa Badrina ke tempat yang dituju.

            Sepanjang perjalanan mereka ke dewan makan, mata Badrina masih tetap liar melihat ke sekeliling kawasan bangunan utama. Taman pancuran air tadi dikelilingi oleh empat blok bangunan. Nampak seperti kelas-kelas, dan juga seperti pejabat-pejabat sebab tertutup. “Bangunan ini sekolah ke apa hun?”

            Badrul berhenti buat seketika lalu melihat kawasan bangunan tersebut. “Empat blok ini semua pejabat. Banyak department sebenarnya. Nenda buat rumah kasih ini supaya budak-budak yang terbiar ini dijaga dengan rapi. Nenda tak nak ambil mudah.”

            Badrina teramat kagum akan nenda belah ayah Badrul. Kenapalah nenek belah ummi tidak macam ini ya? Senang sikit kepala hotak nak hadap. Ini, nak jenguk rumah dia yang dekat itu pun rasa berat hati. “Honey suka benda-benda macam ini hun. Kenapa hun tak bawa honey dari dulu lagi?”

            Lelaki itu tersenyum. Senang hati Badrul melihat sisi baru isterinya. Rupanya Badrina seperti nendanya, suka buat aktiviti humanitarian support. “Belum ada kesempatan sayang. Nenda pula masa kita bertunang turut sibuk, lagipun belum ada aktiviti. Semua pakat nak buat aktiviti selepas kita berkahwin. Seronok sikit.”

            Belum sempat Badrina berkata apa-apa, tiba-tiba loceng berbunyi dengan begitu nyaring sehingga tersentak sedikit badan Badrina. “Hmmm dah masuk waktu makan tengahari. I think we should go to dining hall.”

            Sampai sahaja ke dewan makan yang dimaksudkan oleh lelaki itu, sekali lagi Badrina merasa kagum. Dewan makan yang begitu luas. Ketika ini masih kosong, tetapi kelihatan orang-orang dapur sibuk buat kerja sedang menyediakan makanan. Namun, yang merosakkan pemandangan ketika itu ialah Azmina yang sedang elok duduk sambil makan.

            “Awal gila dia makan,” kedengaran Badrul bercakap dengan nada yang kecil tetapi masih bisa didengar oleh Badrina. Mungkin sedang bercakap dengan diri sendiri agaknya.

            “Kenapa hun?” sengaja Badrina bertanya.

            “Azmina,” balas suaminya. “Dia buat hal lagi. Tidak hormat dengan peraturan dewan makan dekat sini. Sememangnya ada jadual untuk makan. Sudah menjadi satu prinsip rumah kasih nenda, makan bersama-sama.”

            Terjongket terus kedua kening Badrina tatkala mendengar kenyataan itu. Ertinya budak langau ini selalu buat demikian? Badrina sepertinya sudah mendapat sedikit gambaran akan peribadi yang tidak diingini dari Azmina.

            Badrina masih ingat, semasa mereka berdua datang di Rumah Kasih Thuraya tadi, Azmina tertangkap sedang menjerit sekaligus menghina kanak-kanak yang dipercayai penghidap AIDS. Kini, Azmina sambil lewa sahaja makan tanpa mengikut jadual tanpa menunggu orang lain. Wow, two points there!


            Kaki dibawa berjalan menghampiri Azmina yang leka dengan telefon bimbitnya sambil makan. Manakala Badrul pula sudah hilang dipandangannya. Katanya hendak mengambil sesuatu dan juga urusan dengan sepupu-sepupunya yang baru sahaja datang di tempat letak kereta.

            “Hai Azmina. Sedap nampaknya yang kau makan tu,” sapa Badrina sambil melabuhkan punggungnya berhadapan di mana Azmina sedang duduk sekarang.

            “Kalau nampak sedap, pergi sajalah ambil makanan. Buat apa nak berbasa-basi dengan aku.” Bukan main lagi Azmina membidas, tersenyum sini Badrina dibuatnya.

            Badrina mencari kesan-kesan tamparan yang dihadiahnya tadi, tetapi nampaknya sudah dirawat. Hanya ada kesan sikit sahaja, tapi bila ditepek dengan alat solek, tak nampak sangat. “Hmm yalah. Tetapi setahu aku, prinsip nenda, makan sama-sama. Aku tengok kau bukan main lagi melantak makan sorang-sorang.”

            “Suka hati akulah nak makan sorang-sorang ke tidak. Kalau tidak kerana nak ambil hati nenda, tak ada maknanya aku nak makan dengan budak-budak AIDS ni. Jijik! Baik aku makan sorang-sorang.”

            Hati Badrina tidak dapat menahan rasa marahnya bila mendengar kata-kata daripada Azmina itu. Wow, this is just wow! Tak sangka ya, otak di bawah tapak kaki juga rupanya cucu angkat kesayangan Hajah Sameon ini.

            “Hei Azmina. Aku fikir dengan tamparan aku tadi boleh bagi kau sedar sikit. Baik kau tarik balik apa yang kau cakap tadi itu sebelum aku bagi kau sebiji lagi macam tadi.” Mendengar amaran daripada Badrina, Azmina serta-merta berhenti makan. Kedua-dua mereka berlawan bertentangan mata.

            “Suka hati akulah nak cakap macam mana pun. Mulut aku. Bukan kau yang bayar zakat.” Azmina tidak mahu mengalah.

            “Ini tidak ada kena mengena dengan siapa yang bayar zakat ataupun tidak. Ini soal menghormati perasaan orang lain. Sebelum kau nak judge budak-budak yang tinggal di sini, kau ada buat research ke tidak mengenai penyakit HIV atau AIDS ke hah?” tanya Badrina dengan dadanya sudah mula turun naik menahan sabar. Kalau tidak sabar, bukan setakat kata-kata yang keluar, memang dia akan buat Azmina ini ala-ala Stone Cold merebahkan pihak lawannya.

            “Tak perlu buat research. Memang terang lagi bersuluh AIDS itu satu penyakit yang boleh membawa kematian. Lagi dekat dengan diorang ini, lagi mudah terdedah dengan AIDS. Aku tak mahu ada AIDS. Hish! Kalau tak kerana nenda, malas aku nak datang sini.”

            Kesabaran Badrina sudah mula menipis. Senipis kulit bawang. “Hei pompuan. Lain kali kalau nak buat assumption tu otak jangan letak dekat tapak kaki. Kalau hanya setakat berdiri, berbaring sama-sama, cakap dekat-dekat, tak perlu kau nak risau terjangkit HIV ataupun AIDS. Virus HIV tidak dapat hidup lama bila terdedah dengan udara. Sebab itu kalau nak bercium mulut kongsi-kongsi air liur pun masih boleh lagi.”


Badrina terhenti seketika sambil matanya masih merenung Azmina yang tekun mendengar penjelasannya. Nampak sangat baru belajarlah tu. “Melainkan kau berkongsi jarum dengan si penghidap penyakit, atau transfusion darah dengan orang yang ada HIV, tak kiralah dari masukkan darah atau terhisap darah dari mana-mana punca, atau kau melakukan hubungan seks dengan si pelaku. Itu baru boleh kau nak cakap boleh dijangkiti.”


Terjeling-jeling gadis itu selepas mendengar kata-kata dari Badrina sendiri. “Lagipun Azmina, cubalah kau fikir dengan otak kau sendiri. Mereka semua ini rata-rata kanak-kanak. Mereka tidak meminta dijangkiti penyakit sebegini. Kau ada terfikir dari mana punca semua ini? Ada? Kalau dalam bahasa kasar, ibu bapa mereka sememangnya kurang berpengetahuan mengenai potensi dijangkiti HIV atau AIDS. Seks bebas salah satunya.”

Azmina sudah berdehem tanda tidak senang dengan ceramah berbisa daripada Badrina. “Boleh kau diam tak? Malas aku nak dengar benda-benda ini semua.”

Terlepas terus gelakan dari bibir Badrina ketika itu. Dia malas nak dengar benda-benda pasal HIV dan AIDS? Rasa nak tarik saja tudung labuh si Azmina ini. Biar!

“Wow, cantik betul bahasa kau ya sekarang. Mentang-mentanglah hanya aku sahaja ada di sini. Kau nak kekwat lebih ya. Orang-orang macam kau inilah yang tidak patut wujud dimuka bumi ini tahu. Sebagai belia dan muslimah yang sejati, kononnyalah. Sebarkan pengetahuan mengenai penyakit HIV dan AIDS ini kepada orang ramai. Kalau bukan kita yang muda-muda ini, siapa lagi. Tolong prevent. Sekurang-kurangnya boleh mengurangkan nilai yang menghidap penyakit HIV dan AIDS.”

Selesai sahaja Badrina menghabiskan kata-katanya, tanpa pamit, Azmina terus bangkit dari tempat duduknya dan berlalu daripada situ dengan tempat makanannya tadi. Badrina hanya mampu menggelengkan kepalanya tanda tidak percaya. Sombong gila. Totally plastic!

Mengenangkan perkara itu membuatkan Badrina terfikir sejenak. Patutlah sepupu-sepupu suaminya yang muda-muda tidak seberapa suka akan Azmina. Baik belah Tuan Ramlee dan juga Puan Laila. Asal sahaja nama Azmina naik, mesti semua macam malas nak hadap sahaja sebaris nama itu.

Tiba-tiba Badrina mengukir sebuah senyuman yang manis seorang diri. Terkenangkan suaminya yang pernah bertunang dengan Azmina. Boleh pula dia tersenyum ya. Bukan apa, nasib baik dia dapat Badrul, bukannya Azmina. Kalau mereka berdua benar-benar kahwin, wuish tak dapat dia bayangkan. Confirm si Azmina ini menggedik macam ulat bulu. Menggeletis. Mesti merayu-rayu tak nak datang rumah asuhan ini.

Aunty…” Badrina langsung sahaja menoleh ke belakang apabila kedengaran suara sekumpulan kanak-kanak menegurnya. Sebaris senyuman terbentuk di bibir Badrina tatkala melihat wajah kanak-kanak tersebut.

“Hai,” sapa  Badrina  sambil menggosok kepala salah seorang kanak-kanak yang berada di hadapannya kini.

“Aunty,” ucap salah seorang daripada mereka.

“Ya, kenapa sayang?” tanya Badrina dengan lembut. Entah kenapa dia sudah mula jatuh sayang di tempat ini apatah lagi apabila dia melihat wajah-wajah mereka yang polos. Hatinya yang geram sangat dekat Azmina pun terus sahaja hilang ketika melihat wajah mereka semua.

“Terima kasih aunty sebab tolong kami tadi,” ucapnya salah seorang kanak-kanak perempuan yang dalam lingkungan berumur tujuh tahun.

Badrina amat faham akan maksud terima kasih itu. Ini kerana lima orang kanak-kanak yang terdiri daripada tiga lelaki dan dua perempuan berdiri di hadapannya ini adalah mereka yang telah dihina oleh Azmina. Sungguh Badrina kasihan bila dia mengenangkan apa yang telah menimpa kepada mereka semua.

“Hmmm tak perlu terima kasih sebab itu sudah menjadi tanggungjawab aunty untuk jaga kamu semua. Kalau kamu kena herdik lagi macam itu, jangan lupa beritahu aunty cepat-cepat ya. Aunty akan herdik lagi balik, macam tadi,” ujar Badrina dengan agak nakal dan tidak lupa juga menyelitkan sedikit nasihat untuk mereka.

Terpamer senyuman di bibir munggil mereka masing-masing apabila Badrina berkata begitu. Ini membuatkan hati Badrina menjadi senang. Kalau menolong orang dengan hati yang ikhlas, memang hati juga turut merasa tenang.

“Hey, kenapa berdiri depan aunty begini. Cepat duduk situ. Kita cerita-cerita sebelum waktu makan.” Melihat keadaan mereka yang berdiri itu, Badrina terus memaksa mereka untuk duduk di atas kerusi yang memang tersedia di hadapannya.

Sesudah mereka semua duduk akur dengan arahan Badrina, terus sahaja dia bertanya soalan. “Kamu semua belum kenalkan nama masing-masing. Aunty nak berkenalan.”

Aunty nak berkenalan dengan kami?” tanya salah seorang daripada kanak-kanak perempuan di dalam kumpulan itu.

“Ya,” jawab Badrina sepatah. Melihat keterujaan mereka semua membuatkan hati Badrina sekali lagi tertanya-tanya. “Kenapa tanya macam itu?”

Aunty Az cakap kami semua tidak layak untuk berkenalan dengan semua orang, sebab itu kena kurung dekat sini sahaja.”

“Siapa aunty Az?”

Aunty yang herdik kami tadi.” Membulat terus bibir Badrina bila dia tahu akan panggilan buat Azmina untuk budak-budak di rumah asuhan ini. Aunty Az. Bukan main glamour nama kau.

“Satu sahaja aunty nak tanya. Betul ke kamu semua rasa terkurung di sini?” Namun, gelenggan kepala mereka semua membuatkan hati Badrina sekali lagi merasa lega. Manalah tahu rumah asuhan ini dari luaran sahaja nampak bahagia.

“Nenda baik. Selalu bawa kami semua jalan-jalan pakai bas besar,” kali ini suara dari budak lelaki pula yang memberikan respon. Wahh, kalau fasal berjalan, bukan main semangat. Ceria sangat dari suara mereka semua.

“Okay, aunty lupa pula. Nama aunty ialah aunty Rina. Nama kamu pula?”

“Nama saya Maya,” sambil angkat tangan lagi si budak Maya ini.

Selepas itu, rakan di sebelahnya pula memperkenalkan diri. “Nama saya Afiah.”

Apa yang Badrina perhatikan, Maya dan Afiah jenis banyak cakap. Lain pula yang hak lelaki, ketiga-tiganya pendiam. “Yang ini pula siapa namanya?”

“Nama saya Alim,” dengan malu-malunya dia memperkenalkan diri. Siap pekej tunduk kepala lagi, membuatkan Badrina tertawa kecil.

“Saya Irsyad.” Oooo si montel ini namanya Irsyad. Sejak dari tadi sebenarnya mata Badrina asyik sangat melihat kemontelan budak Irsyad ini. Rasa nak menggomol pipi tembam dia pun ada.

“Nama saya Badrul aunty. Macam uncle Badrul. Hensem pun macam uncle Badrul. Macho bergaya pun macam uncle Badrul juga.” Kali ini tawa Badrina terlepas dengan begitu mudah. Kawan-kawannya yang lain sudah mula mengejek budak kecil yang bernama Badrul ini. Tahulah dia uncle Badrul yang dimaksudkannya itu adalah siapa. Sudah tentulah suaminya sendiri. Tang hensem macho bergaya tu yang membuatkan Badrina tidak menahan sebenarnya. Hadoi, betul-betul boleh jadi stress reliever.

“Wah, bukan main suka lagi mereka ini ya,” satu suara wanita kedengaran menegur mereka pula kali ini.

“Nenda!” panggil budak-budak semua dengan serentak. Tahulah Badrina bahawa yang menegur itu adalah nenda suaminya. Badrina mengalihkan tempat duduknya kali ini supaya boleg berhadapan dengan nenda.

“Pergi makan ya. Dah nak masuk waktu makan ni. Nenda nak bercakap dengan aunty Rina kamu.” Mereka semua akur dengan arahan daripada nenda. Terus sahaja bangkit dari tempat duduk lalu berlari ke satu tempat untuk mencuci tangan.

“Nenda kagum dengan Rina.” Nenda atau dengan nama lainnya ialah Dato Seri Rafeah, sudah memulakan bicara. “Memang tidak sia-sia nenda suruh Badrul putuskan pertunangannya dengan Azmina.”

Badrina terkejut. Sungguh terkejut. “Hah?”


I am so glad, Badrul finally found his angel.”

============================================

1 comment:

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete