Tuesday 24 January 2017

Kahwin Dengan Kekasih Lama - [Bab 20]


Bab 20

GIRL’S DAY OUT. Satu hari khas bagi Badrina dan juga sepupu-sepupunya untuk keluar bersama-sama. Hari ini mereka memilih hanya untuk melepak sahaja di salah satu restoran yang santai.

            Bergelak ketawa sakan itu adalah perkara biasa bagi mereka semua. Termasuk Badrina, kesemua sekali ada enam orang. Tidak banyak sepupu-sepupu perempuan belah Badrina. Badrina dan adiknya, lepas itu empat orang yang lain. Semua sepupu belah mama Badrina. Kalau papanya memang tidak ada harapanlah nak bersepupu sebab Tuan Haji Qamarul adalah anak tunggal. Belah Badrina memang tidak banyak saudara, tetapi sememangnya mereka semua teramatlah rapat.

            “Apa cerita kau Rina? Kongsilah dekat kita orang. Macam mana rasanya goback dengan ex-boyfriend lepas itu tiba-tiba jadi tunang. Months after that, boom dah ada wedding,” ujar Fadlina, salah seorang sepupu Badrina memulakan pertanyaan untuk dijadikan salah satu borak-borak kosong mereka pada petang itu.

“Setakat ini Alhamdulillah semua baik-baik sahaja. Belah ayah Badrul semua cool. Memang sebulu terutama dengan nenda Badrul. She is the best woman.” Puji Badrina. Terkenang pula akan berita yang dia terima daripada nenda Badrul. Terkejut pun ada. Bangga pun ada juga.

“Lepas kau beritahu fasal rumah asuhan itu kan, aku terus sahaja buat research. Memang Dato Seri Rafeah itu bukan calang-calang. Tetapi dia jenis tidak suka publisiti. Habis-habis pun dia akan jadikan anak-anak atau cucu-cucu dia sebagai wakil.” Kali ini Qistina, iaitu adik kepada Badrina pula yang bersuara.

Badrina bersetuju akan kenyataan daripada adiknya itu. “Indeed. Ni yang aku nak cerita dekat kamu semua.”

Semua mata sudah mula tertumpu kepada Badrina. Menunggu cerita daripada wanita itu. “Kata nenda Badrul, dia yang menyuruh memutuskan pertunangan di antara Badrul dan Azmina.”

Bukan main lagi mereka melopong sejurus sahaja mendengar berita yang baru didengar. “Wow. Kenapa pula?”

Masing-masing sudah menegakkan tubuh mereka semua sebelum meneruskan untuk mendengar cerita dengan lebih lanjut. “Apa yang aku tahu, Azmina ini plastik!”

“Hmmm memang plastik pun. Dah boleh tengok masa kak Rina bertunang hari tu,” ucap Qistina.

“Hey ini plastik bukan sebarang plastik ya. Masa dekat rumah asuhan, aku nampak dan aku dengar dengan telinga aku sendiri dia boleh herdik budak-budak dekat situ.”

“Bukan rumah asuhan itu kebanyakkannya budak-budak yang menghidap HIV ke Rina?” Kali ini sepupu mereka yang bernama Juliana pula bersuara.

Badrina dan Qistina menganggukkan kepala mereka serentak. “Kejinya sanggup herdik anak-anak syurga macam itu,” sambung Juliana lagi.

“Badrul sering kali cakap dekat aku, aku kena cari sendiri kenapa dia dengan Azmina putus tunang. Mula-mula aku cari perangai-perangai negative side si Azmina ini, which is memang dah jumpa pun. Tetapi bila dapat tahu nendanya menjadi datang pemutusan mereka dahulu, terkejut pula aku.” Terang Badrina dengan nada serius.

“Kau tak tanya lagi ke dekat nenda suami kau lepas tu?” tanya Fadlina. Kali ini Badrina menggelengkan kepalanya untuk pertanyaan daripada sepupunya itu.

“Baru nak tanya, budak-budak semua dah masuk dewan makan. Nenda pula terus sahaja beredar dari situ layan budak-budak. Sepupu-sepupu Badrul juga semua dah datang. Memang tergantung macam itu sahaja.” Jelas Badrina menceritakan sedikit sebanyak mengenai Dato Seri Rafeah.

“Aku rasa nenda Badrul tu memang dah tahu perangai si Azmina ini, sebab itu dia suruh putuskan pertunangan.” Satu suara baru lagi kali ini menyampuk perbualan mereka.

“Ada juga betulnya apa yang kak Marina cakap tu,” setuju Qistina sambil mengiyakan telahan sepupu mereka.

“Kau ada tanya dekat laki kau pasal ini ke Rina?” Kali ini seorang lagi sepupu mereka bertanya. Sama umur dengan Badrina, sama kepala dan juga sama perangai. Dari tadi diam sahaja sebab sibuk bersolek sebenarnya. Diam tetapi mendengar.

Badrina menggelengkan kepalanya. “Nope. Badrul suruh aku cari sendiri punca dia Irdina.”

“Wahhh, boleh pula dia nak jadikan game fasal benda ini ya.” Irdina sekali lagi berkata. Ialah, sudah selesai main alat-alat solek, mulut pun baru sahaja hendak warm up.

“Seronok sebenarnya. Macam puzzle. Suka buat aku teka-teki. Well, in a bright side, aku suka apa yang Badrul buat. Dia tahu sifat aku sebenarnya. Lagi aku curious, lagi aku seronok nak korek-korek lagi sampai dapat.” Jelas Badrina mengenai suaminya di hadapan geng-geng girl’s day out.

“Aku baru dapat dua points dan satu info besar fasal putus tunang ini. Tapi aku dapat rasa benda ini akan lagi banyak terbongkar terutama perangai sebenar Azmina dan juga nenda,” sambung Badrina lagi.

“Kalau kau nak minta tolong jangan lupa helo-helo saja dalam grup fasal ini,” ucap Mariana. Grup yang dia maksudkan itu ialah sudah semestinya grup di dalam Whatsapp. Grup yang hanya mereka berenam sahaja ada di situ.

Tanpa berkata apa-apa, Badrina hanya menaikkan ibu jarinya lalu menunjukkan seperti tanda okay kepada sepupu-sepupu dan adiknya. Badrina mencapai minumannya lalu menyandarkan tubuhnya sambil meliarkan matanya ke sekeliling luar restoran.

Baru sahaja Badrina hendak menghirup, tiba-tiba matanya terlihat sesuatu yang amat menarik anak matanya. “Guys, speak of the devil. She is here.”

Kesemua anak mata terus sahaja melihat di mana mata Badrina melihat.

“Oh, itu Azmina ke?” tanya Irdina.

“Yap, itulah Azmina. Masa aku kahwin kau kan masih dekat Beijing, sebab itu tak pernah tengok. Tapi, ya terimalah kenyataan ya,” balas Badrina.

Persis macam mode stalker dah mereka berenam ketika ralit memerhatikan gerak-geri Azmina. Nasib baik mata masing-masing terang, jauh pun boleh nampak.

“Rina, kau ada mention tak budak Azmina ini kerja apa?” tanya Irdina.

“Aku pun tak tahu dia kerja apa, malas nak ambil tahu,” balas Badrina pendek namun mata mereka semua masih melekat. Tidak mahu melepaskan momen-momen yang mungkin boleh dijadikan sebagai points, bak kata Badrina.

“Masalahnya aku tahu lelaki yang bersama dengan dia sekarang,” ucap Irdina lagi. Ini kerana, Azmina sekarang sedang duduk bersama dengan seorang lelaki yang berbadan tegap, memakai jaket kulit berwarna hitam diikuti dengan kacamata hitam siap. Badan pun bukan main segak lagi. “Dia itu Farok.”

“Siapa Farok?” tanya mereka semua melainkan Irdina dengan serentak.

“Itu salah seorang wanted list yang disyaki aktif dalam sex grooming.”

What? Sex grooming?!”



TIDAK sabar untuk menyampai dengan apa yang baru sahaja dia lihat sebentar tadi, Badrina terus sahaja memandu keretanya menghala di mana suaminya berkerja. Baginya informasi dan penjelasan daripada Irdina tadi sedikit sebanyak membimbangkan dirinya. Sejahat-jahat dirinya, dia tahu apa makna sex grooming itu.

Sempat dia bertanya tadi sebelum ke pejabat Badrul adakah suaminya itu sedang bermesyuarat ataupun tidak. Sebaik sahaja Badrul berkata hari itu dia tidak mempunyai sebarang mensyuarat untuk dihadiri, terus Badrina memandu ke tempat yang di tuju.

Badrul ada memberikan alamat tempat dia berkerja tapi Badrina saja yang jual mahal, tak nak pergi ke pejabat lelaki itu. Malas katanya. Tapi sekarang, gara-gara hal ini, terpaksa dia mencemar duli ke pejabat suaminya. Walaupun hal itu macam hal kecil, tetapi bagi Badrina ia adalah satu perkara yang serius.

Tak dapat jumpa tempat letak kereta yang sesuai, Badrina hentam sahaja letak keretanya di sisi kereta Badrul. Block kereta sahaja yang mampu. Memang depan-depan pintu masuk. Besar juga tempat kerja suaminya ini. Bos ke? Tempat letak kereta pun tempat khas.

Kaki Badrina terus sahaja melangkah masuk ke kotak lif sebab dia tahu tingkat berapa Badrul berapa. Iaitu tingkat lapan. Laju sahaja jari Badrina menekan butang nombor lapan.

Setelah kotak lif sampai di tingkat lapan dan pintu lif terbuka, laju sahaja Badrina melangkah keluar dari kotak lif tersebut. Anak mata Badrina tiba-tiba terpaku akan suasana pejabat Badrul. Sungguh elegan dan nampak classy. Di tingkat ini ada juga penyambut tetamu, tanpa membuang masa terus sahaja Badrina bertanyakan Badrul.

“Assalamualaikum, boleh saya berjumpa dengan Encik Badrul Ilham?” tanya Badrina kepada penyambut tetamu yang bershawl cantik dengan lilit berwarna kuning cair itu. Nampak sopan, make up pun cantik. Guna contouring. Pandai dia guna.

[sekadar gambar hiasan]

“Waalaikumsalam. Sekejap ya, saya sambungkan kepada setiausaha Encik Ilham.” Badrina menunggu sahaja penyambut tetamu itu sedang bercakap bersama seseorang dengan telefon. Mungkin itulah setiausaha suaminya.

Selepas sahaja telefon di tutup, penyambut tetamu itu mengalihkan pandangannya memandang Badrina. “Cik…”

“Puan Badrina,” tegur Badrina dengan lembut. Susah tau nak dapatkan pangkat Puan tu. Kena kahwin baru dapat.

“Maaf Puan Badrina. Puan Badrina boleh duduk dulu, setiausaha Encik Ilham akan menjemput Puan di sini.”

Mendengar sahaja penjelasan daripada si penyambut tetamu itu, Badrina terus sahaja melabuhkan punggungnya di atas salah satu sofa yang telah disediakan di lobi itu. Tidak lama kemudian, bunyi tumit kasut tinggi kedengaran menghala di mana kaunter penyambut tetamu. Kelihatan seorang wanita dalam yang lingkungan umur 30-an berdiri di situ.

“Tina, mana dia yang ingin berjumpa dengan Encik Ilham?” tanya wanita tersebut.

Penyambut tetamu yang bernama Tina it uterus sahaja menunjuk di mana Badrina berada. Laju sahaja wanita itu membalikkan badannya. “Eh, Puan Badrina. What a surprise.”

Badrina tersenyum. Dia kenal wanita ini. Pernah datang ke majlis perkahwinannya. Tidak tahu pula dia adalah setiausaha Badrul. “Hai,” sapa Badrina.

“Lupa nak perkenalkan diri I, nama I Michelle, setiausaha Encik Ilham. Datang sini mesti nak jumpa Encik Ilham kan?” tanpa membuang masa Michelle berjalan beriringan dengan Badrina untuk membawa di mana bilik Badrul berada.

Well of course.”

Sekejap sahaja mereka sampai. Michelle menunjukkan di mana bilik Badrul berada. Badrina melihat tanda nama yang terpampang di tepi pintu bilik pejabat suaminya. Chief Information System Officer. Ohhhh kerja CISO rupanya. Eeee nerd!

[sekadar gambar hiasan]

Tanpa membuang masa, Badrina mengetuk pintu bilik pejabat si suami. Tatkala sahaja kedengaran suara Badrul mengizinkan masuk, Badrina terus sahaja membuka pintu dan masuk ke dalam pejabat Badrul dengan julung-julung kalinya. “Hun!

Badrul yang terkejut akan kedatagan isterinya itu terus bangkit dari tempat duduknya lalu melangkah menghampiri di mana isterinya berada. Badan wanita itu dipeluk dengan kejap sebelum bibirnya laju sahaja mengucup seluruh wajah Badrina berkali-kali sehingga membuatkan wanita itu lemas.

Hun cukup hun. Hancur make up honey nanti.” Badrul berhenti tetapi tidak melepaskan pelukannya.

“Apa mimpi honey datang pejabat hun ini?” tanya Badrul sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa lalu membawa Badrina duduk di atas pahanya.

Badrina memeluk leher suaminya selepas dia selesa duduk di atas paha si suami sebelum dia memulakan bicaranya. “Tadikan masa honey lepak dengan the girls, honey terjumpa Azmina.”

“Uhuh, okay. Lepas itu?” tanya Badrul.

“Hun tahu Irdina kan?” tanya Badrina. Kali ini lelaki itu hanya menganggukkan kepalanya.

“Azmina tadi ada jumpa dengan seorang lelaki. Mula-mula honey tidak kisah sangat, tetapi bila Irdina cakap dia termasuk dalam wanted list, honey jadi terkejut.” Mengenangkan kerja Irdina adalah salah seorang polis penyiasat dalam kes jenayah seksual, Badrina yang mulanya tidak kisah akan lelaki itu serta-merta sahaja bertukar menjadi kisah.

“Lelaki itu masuk dalam wanted list fasal kenapa?”

“Irdina cakap, lelaki itu disyaki aktif dalam aktiviti sex grooming.”

“Apa? Sex grooming? Lelaki itu aktif dalam sex grooming?” Badrina mengangguk kuat untuk memberikan jawapan kepada suaminya. “Azmina ini dah desperate ke apa? Irdina ada cakap apa-apa lagi tak? Mengenai lelaki itu dengan Azmina?”

“Tak adalah pula, sebab Irdina ada cakap selalunya target Farok ini budak-budak remaja yang baru nak up.” Jelas Badrina kepada suaminya.

“Farok ya namanya?”

“Ya. Macam mana ni hun? Sex grooming ini bahaya.”

Indeed, it is dangerous. Memang kebanyakkan target sex grooming ini budak-budak remaja, tetapi untuk umur Azmina ini boleh jadi juga sebab kalau orang yang baru nak berjinak-jinak dengan sosial media, memang mudah tertipu.” Badrina hanya mampu mengeluh bila mendengar penjelasan daripada suaminya.

Betul kata suaminya, yang baru nak berjinak-jinak dengan sosial media ini mudah tertipu. Jangan ikutkan mereka yang sudah terlebih makan garam ini. Echecheh!

“Tak apa honey. Kita stay low sahaja dulu tetapi dalam masa yang sama kita terus perhatikan perubahan Azmina.”

“Okay,” setuju Badrina. “So, honey ada upah tak sebab beritahu hun fasal ini?”

Kedua-dua mereka sudah mempamerkan senyuman nakal, memberikan makna yang hanya mereka berdua sahaja yang faham. Badrul memicit hidung isterinya lembut sambil mengucup pipi gebu Badrina. Pelukan di pinggang juga semakin diketatkan.


Tonight ya.”


 =====================================

PENGGUMUMAN DARIPADA RD ATHAN.

KDKL BAB 20 ADALAH BAB TERAKHIR YANG RD SIMPAN DI BLOG. SELEBIHNYA HANYA AKAN DIKONGSI DI DALAM GROUP FACEBOOK RD SEHINGGA MSS SIAP. INSYA ALLAH.

FB GROUP: Naskah dari RD Athan



1 comment:

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete