Wednesday, 4 January 2017

Kahwin Dengan Kekasih Lama - [Bab 15]

[Sekadar gambar hiasan]

Bab 15

SUNYI. Itulah situasi di antara Badrul dan Badrina di dalam kereta sekarang. Hendak memulakan bicara untuk memecahkan kesunyian di antara mereka berdua pun Badrina rasa ragu-ragu. Tiba-tiba pula angin bertukar.

            Sampai sahaja tempat honeymoon mereka berdua, Badrul masih lagi diam tanpa kata. Hanya pergerakan sahaja. Ini yang Badrina tidak suka sebenarnya. Bikin rosak mood sahaja. Dirinya sendiri bukannya baik sangat. Habis-habis dia pun ikut sama melenting pula nanti.

            Badrina harus melakukan sesuatu. Sebelum lelaki itu keluar dari perut kereta mereka, Badrina lantas menahan lengan suaminya erat. Serta-merta sahaja Badrul menoleh ke arahnya dengan tona wajah yang sedikit terkejut.

            “Kenapa?” satu patah soalan disuakan kepada Badrul.

            “Kenapa apa?” tanya suaminya kembali.

            “What’s wrong with this changing emotion?

            Mendengar soalan Badrina, Badrul menghela nafas. “Nothing.

            Jawapan daripada Badrul itu membuatkan ketawa Badrina lepas, disaluti dengan tawa yang begitu sinis dipendengaran Badrul. “Nothing?

            “Ya, nothing.”

            “Hun, awak mesti tahu satu perkara. Dalam kamus perempuan, istilah nothing itu sebenarnya everything is wrong!” Tang ‘everything is wrong’ itu Badrina melontarkan suaranya dengan nada geram hati. Biar suaminya rasa. Belum sampai setengah jam suaminya dapat angin monsoon, dia pun turut terkena tempiasnya.

            “Cepat beritahu sekarang kenapa muka masam?” Tetapi Badrul masih dengan wajah muramnya. Nampak gayanya Badrina kena gunakan taktik lain.

            Badannya dikemaskan supaya berdepanan dengan Badrul. Lantas sahaja kedua tapak tangannya mencempung wajah suami. Pipi diusap lembut dengan ibu jari. Suka sebenarnya Badrina memegang rahang si suami.

Honey sedar, semua ini mesti gara-gara kehadiran Fakhrul tadi kan?” Badrina berkata dengan nada sebijik macam memujuk budak-budak yang baru sahaja lepas bergaduh.

Badrul anggukkan kepalanya. Manja!

“Kenapa?” tanya Badrina. Sesungguhnya dia hanya ingin tahu apa puncanya. Suaminya ini seorang yang berfikiran matang. Kalau hal dulu-dulu zaman mereka masih muda atau remaja itu menjadi salah satu puncanya, ini bermakna Badrul masih belum berfikiran ke arah itu.

Badrina masih ingat lagi, Badrul dengan Fakhrul ini persis anjing dengan kucing. Tidak dapat bertemu. Masing-masing sering sahaja tidak puas hati. Isu seteru mereka semakin menjadi-jadi apabila mereka mengisyhtiharkan kepada rakan-rakan sosial media bahawa dia dengan Badrul dalam hubungan. Banyak yang cemburu, malah semua orang cemburu. Iyalah, siapa tidak kenal dengan nama Dr. Cinta dan Avril di dalam roomchat dahulu, terutama sekali di Live Chat World.

Berbalik dengan soalan daripada Badrina tadi, lelaki itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak mahu menjelaskan. Apa lagi dia harus buat kalau suaminya masih terus berahsia. Biarlah. Lambat laun rahsia itu akan terbuka juga. Tetapi buat masa sekarang, Badrina haruslah mengembalikan keceriaan suaminya ini. Manja macam budak-budak. Geram sungguh!

Satu senyuman yang paling manis terbentuk di bibir Badrina. Tanpa membuang masa, bibir itu mengucup hidung si suami. Tak mahu kucup bibir, nampak sangat gatal.

Tatkala bibir si isteri sedap mendarat di hujung hidung Badrul, lelaki itu ada memberikan riak sedikit. Riak suka dan gatal. Macamlah Badrina tidak tahu. Sekali lagi Badrina buat seperti tadi. Semakin mengeletas pula suaminya ketika ini.

“Marah lagi? Atau susah hati?” Bukan main suka lagi Badrul menganggukkan kepalanya dengan kuat. Wahhh. Dari raut wajah sebenarnya sudah kembali seperti biasa, tapi masih mengiyakan dia masih dalam mood tadi. Tahulah dia, mahu kena kucup lagilah tu.

Untuk tidak menghampakan suami, Badrina beri lagi satu kucupan padu. Kali ini bukan setakat hidung, tetapi pakej dari dahi, lepas itu turun ke kening sekali dengan mata lalu baru mendarat di hidung kucupan diberikan. Sampai tersengih-sengih Badrul bila isterinya buat begitu kepadanya.

“Bibir?” satu soalan dan juga perkataan julung-julung kalinya keluar selepas mogok tidak mahu bersuara. Boleh dia request nak bibir pula.

Badrina menggelengkan kepalanya. “Tak nak.”

“Kenapa pula?” Badrul tidak puas hati. Dahi sudah. Kening sudah. Mata juga sudah. Hidung lagi untung tiga kali. Bibir pula belum dapat hadiah.

Save the best for the last dear.”

Mendengar saja akan kata-kata Badrina tadi, semakin lebar pula sengihan suaminya. Tanda sudah terlebih suka. “Gatal. Jom cepat. Nak solat lagi.”

“Okay honey. Hun akan tuntut betul-betullan lepas ini yang the best itu. Tak mahu dalih-dalih yaa,” ujar Badrul sambil membuka pintu kereta mereka lalu mengambil bagasi mereka di belakang kereta.

Badrina yang ketika itu juga sudah berada di luar kereta sempat mendengar kata-kata daripada suaminya itu. Habislah aku lepas ini.

Tangannya digenggam oleh Badrul selepas sahaja dia mengunci keretanya, lalu dengan beriringan mereka berdua berjalan menuju ke lobi chalet. Badrul sudah ceria, Badrina turut senang hati.


ANGIN sepoi-sepoi bahasa menampar di pipi Badrina dengan halus dan lembut. Tangannya didepangkan di mana tempat suaminya tidur, tetapi kosong. Apabila tempat itu kosong, celik terus mata Badrina. Dengan matanya yang masih baru bangun tidur, dia cuba mencari kelibat sang suami.

            “Hun,” panggil Badrina.

            “Ya?” suara lelaki itu ada tetapi orangnya masih tidak kelihatan. Mana pula lakinya ini? Takut pula dia kalau yang menyahut tadi bukan suaminya. Tetapi itu sudah pasti suara Badrul. Dia kenal sangat.

            “Tengok atas sayang,” bila mendengar arahan itu, terus sahaja Badrina tengok ke atas.

            Wow. Bukan main indah lagi pemandangannya di pagi hari. Suaminya hanya pakai seluar pendek. Dahlah badan ketak-ketak macam tu. Rambut pula ala-ala rambut baru bangun tidur. Tak tertelan terus air liur dibuatnya. Kenapa segak sangat laki aku ni. Belum mandi pun masih segak.

            “Awak buat apa dekat atas tu?”

            “Tengok keindahan yang diberikan untuk hun dari atas. Fullview. Semua hun dapat tengok,” sebuah kenyitan nakal diberikan oleh Badrul. Nakal.

            Apabila Badrina melihat dirinya sekarang, terus sahaja dia malu. Faham sangat akan maksud lelaki itu. Eeeee gatal! Dengan rasa malu, Badrina menarik selimut yang sebenarnya sudah terjatuh dari katil mereka dan masuk ke dalam selimut tersebut. Kenapalah dia tidak sedar akan perkara itu. Patutlah dia rasa sejuk sahaja.

            Bila mengenangkan akan kenangan mereka berdua semalam, Badrina terus sahaja tersenyum di sebalik selimut. Sungguh dia bangga kerana dapat memberikan sesuatu yang amat berharga kepada suami sendiri. Sesuatu yang khas hanya diberikan kepada seorang lelaki yang bergelar suami.

            Selepas sahaja mereka check-in, dia dan Badrul dibawa ke Chalet Danau Daun III. Masuk sahaja ke chalet tersebut, Badrina sudah terjatuh cinta dengan kawasan tersebut. Chalet itu ada dua tingkat di dalamnya, tetapi tingkat bawah yang paling Badrina suka. Ada private pool! Bila chalet mereka dikelilingi dengan suasana hutan yang amat mendamaikan, lagilah Badrina suka. Walaupun Badrul cakap ini adalah pre-honeymoon mereka, tetapi bagi Badrina sendiri, ini sudah cukup memuaskan untuk para pengantin baru yang ingin berbulan madu tetapi dalam masa yang sama ingin berjimat.

[Sekadar gambar hiasan]

            “Hun, tunggu kejap ya. Honey nak rakam chalet ini. Sekejap saja ya.” Badrina sudah mula mengambil GoPronya di dalam beg tangannya. Nasib baiklah benda itu kecil sahaja. Senang Badrina nak bawa ke mana-mana nanti.

            Badrul yang melihat perlakuan isterinya pada petang itu hanya mampu menggelengkan kepalanya sebelum dia menapak ke tingkat atas di dalam chalet tersebut. Ada ruang di situ. Tidak mahu menganggu sesi rakaman isterinya dan juga dia tidak mahu masuk di dalam rakaman tersebut. Perkara ini dia sudah bincangkan dengan Badrina sudah awal, kerana dia tahu isterinya itu amat terkenal dalam Youtube. Artis Youtubelah katakan.

[Sekadar gambar hiasan]

            “Hun, dah siap rakam.” GoPro diletakkan di atas meja di ruang tamu kecil yang terdapat di dalam chalet tersebut.

            “Jom, kita sembahyang Zohor sama-sama. Nanti tak sempat pula, takut terbabas.” Badrina terus senang hati. Buat kali pertama dia menjadi makmum kepada suaminya, Badrul Ilham. Tapi tang terbabas itu Badrina malas nak cakap. Terbabas sebab lalai. Apatah lagi sekarang mereka berdua-duaan, lagilah akan terlalai.

            Selesai sahaja mereka berjemaah bersama-sama, kini Badrul dan Badrina hanya berbaring di atas katil sahaja. Berpelukan sesama sendiri. Belum rasmi lagi, ini baru sesi pillow talk bak kata orang putih. Pillow talk di siang hari.

[Sekadar gambar hiasan]

            “Bila hun berhenti merokok?” salah satu pertanyaan daripada Badrina ketika itu.

            “Selepas jumpa honey,” jawab Badrul sepatah.

            “Sorry sebab buat hun mula merokok dulu.” Badrina masih ingat akan alasan Badrul mula merokok dulu. Stress sebab mereka putus.

Selepas mereka berdua putus, adalah juga mereka contact sebenarnya tetapi sekejap sahaja. Mereka bertemu di sosial media tempat lain pula. Mig33. Sebabnya masing-masing dah ada kehidupan sendiri. Kononnyalah. Apatah lagi Badrul ketika itu ada pengganti baru. Dia pun sama juga ada pengganti baru.

“Salah hun juga sebab tak boleh move on nak lupakan honey masa dulu. Lama-lama dah menjadi kebiasaan.”

Badrina mengalihkan badannya lalu menghempapkan badannya ke atas dada suaminya. Dua pasang anak mata bertentangan, menghantar bahasa isyarat yang sarat dengan penuh pengertian.

I love you Nur Badrina binti Haji Qamarul. Cerita kita mungkin tidak masuk akal. Berjumpa di Live Chat World, menjalinkan hubungan di alam maya dan putus di pertengahan jalan. Tetapi, hati hun, otak hun sentiasa mengenangkan honey selalu.” Badrina menghantarkan sebuah senyuman kepada suaminya. Sungguh dia juga turut merasakan apa yang Badrul rasa.

I love you too Badrul Ilham bin Ramlee. Honey akui kita berdua dulu banyak kekhilafan dahulu. Apabila honey terkenang kembali apa yang kita telah buat dahulu, honey jadi malu.”

“Kita masih remaja ketika itu honey. Memang darah muda selalu sahaja naik,” ucap Badrul. “Tapi sekarang pun rasanya naik juga ni honey. Bukan setakat darah, semua benda naik.”

Badrina terkejut sedikit bila mendengar akan kata-kata daripada suaminya. Bila melihat kedua kening Badrul sudah terkenyit-kenyit nakal, dia sudah mula faham. Hendak menuntutlah tu.


Dua hati yang sudah lama berbenih tetapi tidak disirami dengan baja cinta untuk sentiasa mekar. Namun kini, baja cinta itu sudah ada. Malah ia semakin berkembang. Kembang dengan rasa cinta dan kasih sayang yang tidak putus-putus hadir buat mereka berdua.

==============================================
HAKCIPTA TERPELIHARA

Tidak dibenarkan mana-mana bahagian dari terbitan / blog ini diterbitkan / dibuat semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau dengan apa jua alat sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak penulis atau daripada pihak bakal penerbit yang asli.

No comments:

Post a Comment