Monday, 16 January 2017

Kahwin Dengan Kekasih Lama - [Bab 17]

[Sekadar gambar hiasan]


Bab 17

BENARLAH kata orang, persengketaan itu boleh jadi ukuran untuk mengukuhkan sebuah hubungan. Namun untuk orang yang baru sahaja beberapa hari berkahwin, malah hanya beberapa bulan bertemu kembali ketika bertunang dahulu, bukanlah satu perkara yang mudah. Apa yang pasti ini adalah benda baru bagi Badrul dan Badrina.

            Seminggu balik dari berbulan madu di Janda Baik, keadaan mereka tidak semesra dulu. Berhubungan pun setakat cukup kerjakan tanggunggjawab sahaja. Ini yang membuatkan Badrul sebagai suami rasa tidak aman. Dia rasa dia yang memulakan situasi begini.

            Jam tangan dilihat dengan sekilas. Dia sepuluh minit awal datang ke restoran yang dipilih. Ingin berjumpa dengan seseorang, yang mungkin boleh menolong dia untuk memulihkan keadaan kembali kepada asal tanpa ada rasa was-was. Ego lelakinya turut dilupakan demi sebuah perkahwinannya.

            “Assalamualaikum,” satu suara garau lelaki menegur dari arah belakang. Pantas sahaja Badrul menoleh. Satu huluran salaman disambut.

            “Walaikumsalam. Duduklah dulu.” Lelaki itu segera sahaja mengambil tempat duduk berdepanan dengan Badrul.

            “Kau apa khabar Fakhrul? Maaf sebab curi masa kau untuk jumpa dengan aku.”

            “Alhamdulillah khabar baik. Kau apa khabar? Tak ada apa-apalah. Apa salahnya kalau ingin berjumpa dengan kawan lama,” satu senyuman yang penuh ikhlas diberikan oleh Fakhrul.

            “Sebelum itu, kita order dululah. Boleh borak-borak nanti.”

            Badrul memanggil pelayan lalu mereka berdua pun membuat pesanan masing-masing. Sementelah sekarang adalah pada waktu tengahari, mereka berdua memesan makanan sedikit berat.

            Selesai sahaja mereka membuat pesanan makanan, Badrul melihat perilaku Fakhrul yang ketika itu sedang sibuk menekan sesuatu di dalam telefon bimbitnya.

            “Aku minta maaf dengan kelakuan aku semasa di Janda Baik masa tu.” Badrul memulakan bicara sementara menunggu makanan mereka sampai.

            Dengan kata-kata itu, Fakhrul terus sahaja mengalihkan perhatiannya kepada Badrul. “Aku akui ada salah sangka mengenai kau dengan Rina.”

            “Salah sangka fasal apa tu?” ujar Fakhrul dengan tenang.

            “Gambar Rina yang kau bagi dekat aku dulu.” Dari raut wajah Fakhrul, lelaki itu ternyata amat terkejut akan kenyataan yang baru sahaja dilontarkan oleh Badrul. Tidak lama kemudian, Fakhrul melepaskan tawa.

            “Wow, benda itu dah lama berlalu Badrul. Belasan tahun dah aku tinggalkan. Kita semakin hari semakin tua Badrul, fikiran pun semakin matang. Dulu-dulu itu kita semua memang sedang berada dalam zaman jahiliyah masing-masing.”

            Badrul mengakui kata-kata Fakhrul. Perkara itu sebenarnya sudah belasan tahun, tetapi dia masih ragu-ragu. “Kau masih ada simpan gambar Rina yang dulu?”

            Kali ini semakin kuat gelakan Fakhrul sehingga beberapa orang pelanggan yang berada di dalam restoran tersebut menoleh ke arah mereka berdua. “Oh my god, this is so unbelieveable Badrul.”

            Sampai terkeluar air mata Fakhrul mengelakkan Badrul yang masih termanggu-manggu memikirkan kenapa pula lelaki itu sedap sahaja tertawa. “Kenapa pula?”

            “Badrul. Benda tu dah lama. Memang aku dah delete pun gambar-gambar semua. Telefon lama pun dah hilang. Sekarang pun aku dah ada family sendiri Badrul. Buat apa aku nak simpan gambar perempuan lain selain isteri dan anak aku.”

            “Kau tidak ada sebar-sebarkan gambar Rina yang dulu kan?”

            Fakhrul menggelengkan kepalanya untuk jawapan soalan yang diberikan oleh Badrul. “Aku tidak sesekali menyebarkan gambar-gambar Rina. Ya, aku akui kami berdua memang nakal dulu. Tapi itu sebelum Rina kenal dengan kau. Dia pun ada gambar nude aku juga sebenarnya. Kalau aku nak perdajalkan dia, dia pun boleh perdajalkan aku balik.”

            Terbuntang terus mata Badrul bila lelaki bekas kenalan isterinya ini memberitahu akan gambar nudenya dahulu. Terkejut. Dia fikir hanya dia sahaja yang bagi gambar macam itu kepada Badrina, rupanya ada yang cantas dahulu. Cemburu lagi. “Rina pun ada juga simpan?”

            “Ya,” balas Fakhrul sepatah.

Bukan main lagi kedengaran dengusan Badrul selepas itu. Fakhrul hanya mampu tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. “Jangan risaulah. Aku yakin Rina dah delete pun gambar aku. Benda lama pun. Buat apa nak simpan-simpan. Bukan ada faedah nak simpan lama-lama. Rina bukan hak aku.”

Kenyataan Fakhrul yang paling hujung itu mempunyai makna yang tersirat. Badrul pun faham. Ya, Rina bukan hak Fakhrul, tetapi hak Badrul. Badrina isterinya.

Dalam masa yang sama, makanan yang mereka pesan tadi sudah pun sampai. Perbualan mereka terhenti sehingga semua makanan mereka selesai diletakkan di hadapan mereka. Tidak lama kemudian, sejurus sahaja pelayan itu mengucapkan terima kasih, dia pun berlalu.

“Maaf sebab aku rasa insecure pasal hal kita dulu.”

“Its okay Badrul, malah aku puji dengan cara kau ini. Kau bawa berbincang. Memang kalau aku ditempat kau pun, aku akan rasa apa yang kau rasa sekarang. Kita sebagai suami memang ada hak untuk menjaga apa yang sudah menjadi amanah buat kita.”

Badrul bersetuju dengan lelaki itu. Dia harus menjaga amanah yang diberikan kepadanya. Itu adalah amanah daripada-Nya. “Jemput makan Fakhrul. Hari ini aku belanja ya.”

“Rina cakap kau dah kahwin. Bila kau kahwin?” tanya Badrul sambil mereka sedang menikmati makanan tengahari hari.

“Dah nak masuk 4 tahun. Lama dah Fakhrul. Isteri aku sekarang tengah mengandungkan anak kedua kami.”

“Wahh, tahniah. Tak sangka ya. Kahwin juga kau. Ingat masih nak ganggu Rina macam dulu.” Sekali lagi Fakhrul tertawa sehingga hampir tersedak dibuatnya.

“Wuishhh aku dah lama tidak kacau Rina tahu. Sejak kamu berdua putus, dia terus off macam itu. Lepas dalam beberapa tahun, kita orang jumpa balik dari Facebook. Tapi dekat Facebook contact macam itu sahaja. Rina tak seberapa nak layan. She was different lepas you guys putus. Unreachable.”

“Aku ingat Rina couple dengan kau lepas tu?” Kali ini Fakhrul menggeleng kuat. Menafikan apa yang Badrul baru sahaja perkatakan.

Nope. Dekat Turbo MSN pun susah nak contact dia balik. Macam mana nak bawa couple.”

“Bila diingat balik tentang kita dahulu, sering kali aku terfikir, kenapalah kita buat benda tidak senonoh dulu ya.” Kedua-dua mereka tergelak bila Badrul berkata begitu.

“A’ahlah kan. Biasalah. Memang sudah realitinya begitu. Tapi zaman sekarang lagi dahsyat. Kalau dulu kita ada LCW. Ebuddy. Turbo MSN. Nak jumpa pun kena ada ala-ala reunion. Reunionlah konon. Sekarang ada Wechat. Lagi terok aku rasa. Dulu-dulu orang lebih selesa cukup di laman sosial, sekarang baru berapa hari dah berani berjumpa. Tipu mak bapak semata-mata nak jumpa chatters.”

Terhangguk-hangguk kepala Badrul. “Betul. Aku setuju. Apatah lagi telefon bimbit sekarang dah terlebih canggih. Tidak macam kita dulu-dulu.”

“Tapi itulah, tidak kurang juga beza sebenarnya. Sekarang orang lebih senang sharekan sesuatu perkara. Kalau dulu-dulu mana ada platform untuk share benda-benda macam ini. Kalau zaman kita dulu dah ada Facebook, memang kita pun sama dua kali lima.” Sekali lagi mereka berdua tergelak.

Lucu pula bila mereka berdua membandingkan perbezaan dulu dan zaman sekarang. Betul juga apa yang Fakhrul katakan. Kalau dulu ada platform untuk viralkan sesuatu perkara seperti sekarang, memang tidak ada kurangnya pun.

Untuk seketika Badrul terfikirkan sesuatu. Bila dia mengenang kembali akan kata-kata Fakhrul mengenai isterinya, Badrina sepertinya juga turut merasa sakit. Badrina yang mereka kenal dulu jenis yang open minded. Mudah bergaul dengan orang baru di laman web popular mereka dahulu. Di mana ada underground media sosial, di situlah dia berada.

Sudah pasti Badrina juga turut sakit. Tak apa sayang, hun akan tebus balik rasa sakit itu dengan kegembiraan.


BARANG-BARANG dapur yang baru sahaja dibeli oleh Badrul kelihatan amat berselerak di atas kabinet di dapur rumahnya. Selepas sahaja perbincangan dengan Fakhrul di restoran tadi, Badrul terus sahaja pergi ke pasaraya yang berdekatan dengan rumah mereka. Dia ingin memasak sesuatu. Istimewa khas buat isterinya.

            Tadi pagi Badrina ada cakap dia ada seminar solekan di Segamat. Perjalanan mungkin mengambil masa dalam tiga jam katanya. Begitulah kerja isterinya. Kadang-kadang dia akan buat seminar solekan di kawasan-kawasan berdekatan di sini. Siap rancang nak sewa rumah sebelah pula untuk dijadikan kelas mengajar solekan. Nasib baik rumah sebelah ini sudah berisi.

            Hmmm nak buat minuman dulu. Lepas itu buat pencuci mulut. Dapat disejukkan lepas itu. Bukan main lagi Badrul terkejar sana terkejar sini, berupaya untuk menyiapkan makan malam khas buat isteri tercinta. Manalah tahu dapat layanan istimewa juga lepas itu, dia juga yang untung. Apa kata orang, give and take.

Sedang Badrul sibuk menyediakan makanan, telefon bimbitnya berbunyi. Itu bunyi khas panggilan daripada isterinya, Badrina. Terus sahaja dia memberhentikan perbuatannya lalu menjawab panggilan tersebut.

“Ya sayang, kenapa?” Takut pula ada apa-apa yang tidak diingini berlaku terhadap isterinya.

Hun, honey baru nak berlepas dari Segamat ni.” Badrul lantas melihat jam yang melekat di dinding ruang dapur itu. Jam sudah menunjukkan pukul tiga setengah petang. Kira-kira isterinya akan sampai dalam pukul enam setengah petang nanti. Masih banyak masa.

Walaupun masih dalam mood kurang mesra, tetapi hati Badrul juga turut senang sebab Badrina tidak lupa untuk memaklumkan aktivitinya di mana dia berada. Masih mementingkan tanggungjawabnya di situ. Tidak lupa untuk meminta izin ketika ingin keluar rumah.

“Okay. Dah solat ke belum ni?” soal Badrul pula.

“Dah.”

“Hati-hati memandu, jangan drive laju-laju,” pesan Badrul lagi.

“Iya tahu. Honey drive dulu. Assalamualaikum.” Nampak sangat masih merajuk. Badrul faham isterinya masih terasa hati.

“Waalaikumsalam.” Panggilan terus sahaja ditutup. Lepas ini hun akan buat honey gembira. I will make it up for you my dear.

Jam sudah menunjukkan lima belas minit ke pukul enam petang. Semua hidangan makanan sudah siap. Laju sahaja Badrul melangkah ke bilik mereka, apatah lagi badannya juga sudah melekit. He wants to look presentable depan isteri.

Siap sahaja Badrul membersihkan dirinya, baju smart casual berwarna maroon dipilih. Ini kerana Badrina suka warna maroon. Rambut juga didandan dengan rapi. Minyak harum yang dipilih khas dari isterinya disembur ke pergelangan tangannya, belakang telinga dan juga sedikit di bahagian badan.

Amat berpuas hati dengan penampilannya, Badrul segera turun ke ruang tamu. Anak matanya melihat kesemua hasil desainnya di bahagian ruang tamu. Cantik. Nasib baik ada pihak yang sudi mengambil tempahan belon-belon dan reben-reben cantik yang sekarang berada di atas siling ruang tamu. Semua berwarna maroon.

Badrul mengambil pemetik api lalu menghidupkan lilin-lilin tebal dan beraroma yang telah dibelinya siang tadi. Ada warna maroon. Ada juga warna putih. Lampu memang sengaja dimatikan, ingin mengambil mood romantik hanya dengan berlampukan lilin.

Kini kakinya melangkah ke ruang makan di rumahnya. Semua pinggan dan seangkatan dengannya berwarna maroon. Ada juga disaluti dengan warna putih. Di dalam ruang makan itu juga ada belon-belon di setiap sudut.

Badrul menilik ke jam tangannya. Jam sudah menunjukkan ke pukul enam setengah. Tidak lama lagi isterinya akan pulang. Namun, tidak lama kemudian, kedengaran engine kereta Badrina masuk ke perkarangan gerej rumah mereka.

Tatkala Badrul mendengar deruan kereta isterinya, terus sahaja dia berlari ke dapur lalu mengambil sebiji kek kecil yang ditempah khas untuk Badrina. Kembali sahaja di ruang tamu, Badrul dengan pantas berdiri di bahagian tengah-tengah ruang tamu sambil memegang kek tadi. Satu lilil dengan perkataan ‘I’m Sorry’ turut terletak di atas kek tersebut dengan api kecil yang menyala.

Pintu utama terus sahaja dibuka daripada luar. Hati Badrul ketika itu sudah kuat berdetak. Takut rancangan tidak menjadi. Harap-harap isterinya dapat melihat hasil usahanya ini.

“Assalamualaikum.” Laung Badrina ketika dia melangkah masuk ke dalam rumah yang begitu gelap.

“Walaikumsalam sayang,” ketika ini raut wajah Badrina sudah menunjukkan reaksi terkejut. Anak matanya liar melihat ke sekeliling yang penuh dengan belon-belon dan juga lilin-lilin sebelum anak matanya mendarat ke arah suaminya.

Badrina hilang kata. Speechless. Suaminyakah yang membuat semua ini?

Oh my…” Kedua tapak tangannya dibawa ke mulut dengan rasa tidak percaya dituruti dengan kakinya yang melangkah menghampiri Badrul. Air matanya juga sudah berlinangan. Terharu.

Hun minta maaf dengan apa yang hun buat ketika honeymoon kita. Hun tahu honey terasa dengan kelakuan hun. Terutama sekali dengan pengakuan hun mengenai kita berdua dahulu. Sepatutnya hun tidak perlu mengungkit mengenai hal itu sayang. I’m so sorry honey.”

Badrina kaku. Dia tidak tahu hendak kata apa. Tangan masih di mulut, namun kini air mata isterinya sudah mula mengalir. Badrul tidak mahu isterinya sedih. Dia mahu isterinya gembira.

“Tiup lilin itu sayang.” Badrina turutkan jua arahan suaminya dengan meniup lilin yang mempunyai perkataan maaf itu.

Bila dia melihat isterinya masih kaku, Badrul meletakkan kek ke atas meja kecil yang berhampiran di situ. Lengan isterinya ditarik lembut lalu membawanya ke ruang makan mereka berdua.

Sekali lagi Badrina tersentak melihat keadaan yang dihias di situ. Amat cantik. Liar mata Badrina menghayati suasana itu.

Kali ini dengan beraninya, Badrul memeluk pinggang isterinya dari belakang. Dagunya diletakkan di atas bahu kanan Badrina. “Hun masak semua kegemaran honey. Not all but some of it only. Tapi hun pastikan semua sedap-sedap sayang kerana ia dimasak penuh dengan kasih sayang seorang suami buat isterinya yang tersayang.”

Mendengar sahaja pengakuan daripada Badrul, Badrina semakin terharu. Dengan itu, Badrina langsung sahaja membalikkan badannya supaya boleh menghadap suaminya, dan tanpa ragu dia memeluk badan lelaki itu dengan erat. Wajahnya terus dihempapkan ke atas dada bidang si suami.

I love you.” Satu perkataan yang ajaib keluar daripada mulut Badrina. Tidak tahan dengan luahan itu, air mata seorang suami juga turut tumpah. Ubun-ubun si isteri dikucup dengan rasa kasih sayang yang amat menebal.

Wajah Badrina dicekup oleh kedua tapak tangan suaminya. Seluruh wajah si isteri dikucup tanpa ada sedikit pun yang terlepas dari bibir Badrul. Biar air mata Badrina hilang dari pipi.

I love you too sayang. Hun akan jaga hubungan kita. Hun akan jaga amanah yang diberikan oleh-Nya. Hun akan jaga dan didik anak-anak kita. Hun akan jaga keluarga kita. Itu janji hun. Hun minta maaf dengan apa yang berlaku. Maafkan hun ya sayang.”

Satu anggukkan diberikan oleh Badrina tanda dia memafkan suaminya sebelum dia kembali mendaratkan wajahnya ke atas dada bidang Badrul.


I love you Nur Badrina. I really really love you so much.”

==========================================

3 comments:

  1. Bagus Bad amik inisiatif untuk jernihkan suasana.

    ReplyDelete
  2. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete