Sunday, 18 September 2016

Kahwin Dengan Kekasih Lama - [Bab 9]

[Sekadar gambar hiasan]


Bab 9

BADRINA membuat keputusan untuk masuk ke biliknya selepas sahaja dia dan Badrul makan di ruang dapur. Baru sahaja makan selepas sakan bergambar. Saudara mara mereka semua ada yang sudah pulang. Pihak katering juga sudah mula mengemas bekas-bekas makanan di khemah.

            “Awak, saya naik atas dulu ya. Nak ganti baju. Rimas. Melekit,” ucap Badrina ketika dia bangkit dari tempat duduknya.

            “Honey, hun ikut pergi bilik ya.” Badrina hanya melirikkan matanya sebelum dia menganggukkan kepalanya tanda setuju. Iyalah, dah namanya suami. Bilik dia sekarang bukan untuk dia seorang, bilik mereka bersama. Tetapi, hairan pula Badrina sebenarnya, suaminya ini tidur di sini atau balik ke rumah keluarganya?

            Badrina sudah mendahului di hadapan untuk naik ke tingkat atas. Badrul pula, baru sahaja kaki menginjak di tangga pertama, tiba-tiba satu suara garau lelaki memanggil namanya dari belakang.

            “Badrul,” terus sahaja lelaki itu menoleh, ingin mengetahui milik siapakah suara tersebut.

            “Ya Badri, kenapa?” janggal sebenarnya kalau dia memanggil Badri dengan panggilan abang sementelah umur mereka sebaya.

            “Duduklah sini dulu, lepak-lepak dekat luar,” panggil Badri yang ketika itu sudah duduk di luar rumah sambil sibuk vaping bersama sepupu-sepupu lelaki isterinya.

            Badrul memanggungkan kepalanya melihat di atas tangga. Kelihatan isterinya sudah bercekak pinggang sambil terjongket-jongket keningnya nakal diikuti dengan senyuman yang penuh kemenangan tatkala mendengar ajakan daripada Badri, abangnya sendiri. Memang potong line betullah abang iparnya ini.

            “Honey tidak kunci pintu okeh,” sebuah kenyitan yang cukup menggoda dihadiahkan kepada Badrul sambil memberikan flying kiss khas kepada suaminya. Tidak cukup dengan flying kiss, bibir merah si isteri pula bukan main lagi memuncung ke arahnya. Nakal. Tunggulah nanti. Memang seratus peratus akan diclaim.

            Apabila tubuh Badrina hilang dari pandangannya, Badrul terus sahaja melangkah di mana panggilan pulau berada. Lupa pula dia bawa alat-alat vaping sebelum ke sini tahu. Kalau dia bawa, boleh juga dia turut vaping.

            “Apa perasaan sudah selamat jadi suami ni?” tanya Badri ketika Badrul sudah duduk di salah satu kerusi yang tersedia di situ.

            “Alhamdulillah, hilang rasa beban yang ada.”

            “Jaga Rina baik-baik ya Badrul. Aku tahu Rina macam mana. Dia memang jenis yang susah hendak diikat apatah lagi dalam sebuah perkahwinan. Aku harap kau dapat jaga Rina sebagaimana aku dengan papa jaga dia,” panjang lebar pesanan khas daripada seorang abang kepada Badrul sendiri.

            Hanya anggukkan dari kepalanya sahaja yang mampu bergerak bila mendengar pesanan tersebut. Sungguh dalam sebenarnya. Tetapi pesanan dari papa Badrina lagi dalam daripada ini. “Insya Allah, aku akan jaga Rina sebaik-baiknya.”

            Tepukan teguh dibahu Badrul memberikan seribu satu makna. Mungkin inilah akan dia rasa nanti bila adik-adik perempuannya menjadi suami orang.


TIKA Badrina masuk ke dalam biliknya, senyuman yang tersimpul masih setia terbentuk di bibirnya. Suka betul dia mempermainkan niat di hati si suami. Macamlah dia tidak faham akan kata-kata bermakna daripada Badrul tadi.

            Dengan penuh berhati-hati, Badrina membuka gandi berserta tudung yang terletak di atas kepalanya sejak petang tadi. Bukan main banyak jarum peniti. Usai sahaja tudung di letakkan di atas meja kecil yang terletak di ruang rehat di dalam biliknya itu, Badrina terus sahaja menghilangkan semua solekan di wajahnya. Oleh kerana waterproof, Badrina harus memakai make up remover yang khas untuk waterproof. Bukan main tebal lagi dia punya solekan.

            Siap sahaja dia menghilangkan solekan di wajahnya, baju nikahnya terus sahaja dibuka. Berat rupanya baju nikahnya ini. Terlalu banyak manik-manik, tetapi cantik. Dia amat puas hati dengan hasil teman baik suaminya ini walaupun pada mulanya banyak juga dia bertekak dengan tukang desain.

            “You, I nak baju nikah baru. Khas untuk I sahaja. I nak simpan baju nikah I sampai bila-bila,” masih lagi teringat apa yang dikatakannya kepada Badrul ketika mereka di Butik Nina’s Bridal.

            “Kalau buat baju nikah yang bukan ready made, harga dia mahal,” tambah Nina, teman baik Badrul sekaligus si tuan pemilik Butik Nina’s Bridal.

            Badrina langsung sahaja meminta reaksi daripada Badrul mengenai perkara itu. “Aku tidak kisah kalau harga dia mahal Nina, yang penting bakal isteri aku suka.”

            Bukan main bertepuk suka lagi Badrina bila Badrul bersetuju dengan permintaannya. Nina juga memberikan sebuah senyuman. Suka benar dia melihat tunang Badrul kali ini, tidak nampak skema sangat. All out.

            “Dia tahu tak kisah bekas tunang kau yang dulu?” tanya Nina kepada Badrul. Dia tanya juga soalan begitu walaupun Badrina juga turut berada di situ. Baru direct. Tidak main sembunyi-sembunyi.

            Terkejut juga Badrina bila soalan itu timbul dari persoalan teman baik Badrul, namun dia bertindak untuk memerhati dan mendengar sahaja. “A’ah, dia tahu.”

            Terjongket kening Nina bila mendengar kenyataan daripada Badrul lalu terus sahaja mengalihkan pandangannya kepada Badrina. “Macam mana you handle bila dapat tahu Badrul pernah bertunang?”

            “I trust him when he proposed me, walaupun sebenarnya ingin juga I tahu atas asbab apa dia putuskan pertunangan mereka berdua. I tengok Azmina itu baik aja. Penampilan pun I mengaku dia lagi tip-top daripada I. Stok menantu pilihan.”

            Saat sahaja Badrina berkata begitu, bukan main lagi Nina tergelak ketawa dengan begitu kuat. “Wuish, janganlah terlalu galak sangat. Rina tidak tahu cerita sebenar.”

            Sisa ketawa masih ada tetapi tidak sekuat seperti tadi. “Oh my god, kenapa kau tidak cerita sahaja kepada Rina?”

            “Cerita apa pula ini?” tanya Badrina penasaran.

            “Cerita bagaimana dia boleh putuskan Azmina dulu. Technically, hanya kami dan ummi Badrul sahaja tau atas asbab kenapa. Bila kami kenang, rasa marah geram dan lucu itu memang ada.”

            “You will know soon honey, tapi I tak nak cerita dekat you ya. You akan tahu dengan sendirinya nanti. Eventually.”

            Atas sebab itu, Badrina ingin mengetahui atas asbab kenapa suaminya dan Azmina putus. Badrina tidak mahu mendesak. Bagus juga permainan hide and seek Badrul. Berkerja terus otak mindanya berfikir. Sambil dia terkenangkan hal itu, Badrina terus sahaja membersihkan dirinya. Ingin menghadap suami buat pertama kali di dalam bilik sendiri.

            Bukan main lama Badrina mandi, siap shaving lagi. Badan pun sudah wangi. Langkah kaki di tuju ke almari pakaiannya. Tangan mencapai satu baju tidur yang dia sudah sediakan untuk Badrul. Gaun tidur paras atas paha berwarna hitam tetapi berkain shiffon sahaja. Memang kalau Badrul nampak ni, serratus peratus kena terkam.

            “Apa salahnya goda suami sendiri. I think this is the best for tonight,” gumam Badrina sambil memakai gaun tersebut. Ralit dia mengayakan gaun yang seksi tersarung di tubuhnya itu di hadapan cermin besar.

            Badrina melirik ke jam dinding yang terletak di atas pintu bilik mandi. Jam sudah menunjukkan sembilan suku, tetapi belum ada tanda-tanda suaminya masuk ke dalam bilik. Menggenangkan perkara itu, Badrina menjenguk suaminya di jendela. Bila melihat suaminya yang seronok bergelak ketawa bersama abang Badri dan sepupu-sepupunya, memang Badrul akan terlajak.

            Kalau macam ini gayanya, lebih baik dia tidur dahulu. Badrina langsung sahaja naik ke atas katilnya. Sebelum dia melelapkan matanya, sempat juga dia memuat naik gambar-gambar pernikahannya tadi ke laman sosialnya di Facebook dan Instagram. Banyak juga saudara maranya tag gambar-gambarnya kahwin. Setelah selesai membalas komen-komen, Badrina terus sahaja masuk tidur.



BUKAN main lama lagi mereka semua yang melepak di beranda rumah berborak sakan sehingga tidak sedar bahawa jam sudah menunjukkan ke angka sepuluh.

            “Sebelum jauh malam, aku rasa lebih baik aku naik atas bilik. Risau pula hati aku tinggalkan Rina seorang diri di atas. Dah lama sangat dia tunggu agaknya,” ujar Badrul sebelum dia beredar dari situ. Melihat sahaja senyuman sinis yang penuh makna daripada mereka semua, Badrul hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya.

            “Jangan sampai terdengar ke bilik sebelah menyebelah pula. Haru nanti. Bilik Qistina sebelah bilik Rina tu. Aku takut demam pula adik aku yang bungsu tu. Hahahahahaha!” bukan main gelak lagi para kaum lelaki, sehingga Badrul juga turut tergelak.

            Tanpa menghiraukan jolokan nakal daripada mereka semua, Badrul langsung sahaja naik ke tingkat atas. Badri ada cakap tadi, bilik Badrina yang berwarna putih. Laju sahaja anak mata Badrul mencari pintu yang berwarna putih. Macam mencari bilik hotel sahaja gayanya. Bila langkah kakinya sudah tiba di hujung, ada dua pintu, sebelah kanan pintu berwarna coklet lembut, sebelah kiri pula berwarna putih. Terus sahaja bibir Badrul terbentuk.

            Pintu tombol dibuka dengan perlahan sementelah isterinya tadi berpesan dia tidak mengunci pintu. Masuk sahaja ke dalam bilik milik Badrina, matanya liar melihat ke sekeliling bilik tersebut. Di tengah-tengah ada dinding membahagikan ruang tidur dengan ruang rehatnya. Besar juga bilik isterinya ini.

            Badrul menutup dan mengunci pintu dengan perlahan. Dia yakin isterinya mungkin sudah masuk tidur kerana suasana di dalam bilik itu sudah kelam. Hanya ditemani lampu tidur yang suram sahaja. Kaki melangkah di ruang rehat. Apabila anak matanya melihat baju nikah yang dipakai oleh Badrina petang tadi sudah tersadai di atas sofa, bibirnya sudah tersengih nakal.

            Setelah mencapai tuala putih yang kering dan bersih di atas cabinet di sisi bilik mandi, Badrul terus sahaja membersihkan dirinya sebelum masuk tidur. Ye ke masuk tidur? Huhu. Nasib baik dia ada bawa baju lebih. Memang sengaja dia bawa baju lebih.

            Selesai sahaja Badrul membersihkan diri, lelaki itu terus sahaja mengambil boxernya di dalam beg persalinannya. Boxer sahaja. Nama pun nak tidur. Langkah di atur di ruang tidur isterinya. Sesusuk tubuh Badrina yang amat menggoda hati lelakinya terpampang di hadapannya kini.

            Seksi.

            Dengan penuh berhati-hati, Badrul naik ke atas katil supaya tidak menganggu tidur si isteri yang nampak polos dan keletihan. Tidur berpelukan setelah menjadi suami isteri pun boleh saja. Dia tidak mahu Badrina terlalu letih, apatah lagi esok malam mereka mengadakan majlis persandingan untuk mereka berdua. Tentunya memerlukan rehat yang cukup.

            Baru sahaja Badrul memeluk pinggang Badrina dari belakang, tiba-tiba Badrina terus sahaja tersedar. “Emmmm hun, baru nak tidur?” ucap Badrina dengan nada orang yang baru tersedar dari tidur. Anak matanya melihat jam yang terletak di bahu katil.

            Bahu Badrina yang terdedah itu dikucup lembut sebelum melepaskan kucupan ke leher jinjang si isteri. “A’ah, baru nak masuk tidur. Honey tidurlah. Esok majlis perkahwinan kita, hun tidak mahu honey letih.”

            Sejurus sahaja Badrul berkata begitu, Badrina mengalihkan badannya untuk berdepanan dengan suaminya. Sekelip mata sahaja mata mereka berdua kini bertentangan diikuti dengan rangkulan leher daripada Badrina. Pandangan mata yang penuh makna bermain di antara mereka berdua. Degupan jantung masing-masing juga semakin kuat berdetak mengikut rentak yang ingin di tuju.

            “Assalamualaikum.” Badrul membuka kata.

            Faham akan maksud salam daripada suaminya, Badrina tersenyum senang lalu membalas, “Waalaikumsalam.”

            “Dengan menyebut nama Allah, ya Allah, jauhkanlah kami dari campur tangan syaitan dan jauhkan pula syaitan dari apa-apa yang Engkau kurniakan kepada kami.”


            Rangkulan diperketatkan sebelum mereka hanyut ke dunia mereka berdua. Dunia di mana hanya ada Badrul dan Badrina sahaja. Dunia di mana mereka menyatu kasih.

            Tetapi…

            Ring! Ring! Ring!

            Badrina tersentak, tetapi si suami pula tidak menghiraukan akan deringan panggilan itu. “Hun, telefon hun berbunyi tu.”

            “Biarkan telefon itu berbunyi honey. Tonight is our night,” ucap Badrul sambil menyambung tugasnya, tetapi tidak pada Badrina, kerana dia tahu nada deringan itu adalah nada deringan khas bagi ummi Badrul, ummi mertuanya.

            “Jawablah telefon tu hun, ummi call tu.”

            Badrul sudah main merungut bila dia harus menjawab panggilan daripada umminya. Telefon bimbit yang terletak di bahu katil terus sahaja dicapai dan menjawab panggilan daripada Puan Laila. Tidak lupa juga dia memasang loudspeaker, sebab senang dia menyambung tugasnya yang tergendala tadi.

            “Hello ummi,” jawab Badrul sambil memandang Badrina dengan penuh kasih sayang.

            “Hello along, kamu mana ini? Belum balik rumah lagi?”

            “Along dekat rumah isteri alonglah. Tidur sini. Kenapa ummi?”

            “Ehhhhh,” jerit Puan Laila. “Along pulang sekarang. Jangan tidur dekat situ. Balik sekarang balik.”

            “Kenapa pula ummi?” Badrul sudah main merenggek lagi. Habis terbantut malam pertama bila mendengar arahan daripada umminya.

            “Ummi memang tidak percaya dengan kamu itu. Ummi tak nak Rina letih esok semasa bersanding. Cepat balik sekarang. Ummi tunggu kamu di bilik tamu sampai kamu balik. Jangan kamu hendak culas ya along.”

            Badrina tergelak kecil bila melihat wajah suaminya yang bertukar menjadi keruh. “Yelah yelah along balik.”

            “Okay, jangan tak balik pula. Ummi tunggu,” usai sahaja Puan Laila bercakap begitu, wanita itu terus sahaja menutup panggilannya.

            “Tak nak baliklah honey,” gumam Badrul yang setia meletakkan wajahnya di leher jinjang Badrina tanpa berbuat apa-apa. Kesal.

            “Pergilah balik. Jangan buat ummi tunggu-tunggu. Syurga hun masih dekat ummi tahu. Tidak berkat nanti,” ucap Badrina. Dia pun sebenarnya turut kesal, tetapi apa boleh buat, dia tahu arahan daripada Puan Laila adalah untuk kebaikan dirinya. Mungkin dia tahu, Badrina tidak boleh terlalu letih.

            Sejurus sahaja Badrina berkata begitu, Badrul bangkit dari tempat pembaringannya. Apabila anak matanya melihat dengan jelas akan gaun yang tersarung di tubuh isterinya, Badrul sudah merungut.

            “Macam mana nak lepas kalau honey goda hun macam ini?”

            “Esok masih ada. Pergi balik, ummi tengah buat spotcheck tu.”

            Tak apa, esok selepas mereka bersanding, Badrul akan culik Badrina selepas majlis persandingan mereka berdua. Buat perhitungan yang terjejas pada malam ini.


            Oh ummi, such a joy killer.


=================================
opppssss. hahahahahhah!

No comments:

Post a Comment