Monday, 12 December 2016

Kahwin Dengan Kekasih Lama - [Bab 12]

[sekadar gambar hiasan]


Bab 12

PANGGILAN daripada nenek Hajah Sameon mengejutkan semua keluarga belah ummi Badrul sehingga membuatkan semua orang panik buat seketika. Macam manalah mereka semua tidak panik bila nenek Hajah Sameon siap terpekik terlolong semasa menelefon Tuan Ramlee untuk meminta tolong sementelah mereka semua sanak saudara membuat keputusan untuk tidur berkumpul di rumah keluarga Badrul.

            “Ramlee, tolong Ramlee. Azmina pengsan ni,” jerit Hajah Sameon. Tuan Ramlee pula ketika itu memang sengaja memasang loudspeaker supaya mereka yang sedang melepak di ruang tamu itu turut kedengaran.
        
    Ini kerana Hajah Sameon tidak mahu ikut mereka pulang ke Mutiara Damansara, berkeras ingin pulang ke rumahnya, atas alasan Azmina pening-pening kepala. Bagi mereka semua, alasan pening-pening kepala daripada Azmina itu adalah satu alasan, sebab memang begitulah alasan mereka berdua kalau malas hendak bergotong-royong.

            “Macam mana boleh pengsan mak? Dah telefon ambulan?” soal Tuan Ramlee.

            “Kamu ambillah kami dekat sini. Buat apa nak telefon ambulan? Kamu hantar pergi hospital terus kan senang,” arah Hajah Sameon dengan nada kasar. Tuan Ramlee dan semua adik-beradik isterinya di situ, begitu juga dengan menantu-menantu dan cucu-cucu hanya mampu mendengus kesal. Ini namanya sudah menyusahkan mereka semua.

            “Kalau pakai ambulan lagi senang mak, on the spot terus masuk emergency,” ucap Tuan Ramlee.

            “Korang inikan, memang suka menyusahkan mak!” sebelum Hajah Sameon menyambung perkataannya yang nampak tidak munasabah ketika ini, Tuan Ramlee terus sahaja memutuskan panggilannya.

            “Cepat tinggalkan apa yang patut. Nenek kamu sudah mula meroyan. Acap, kamu pergi ambil nenek dengan Azmina dekat rumah nenek. Echah, pergi temankan Acap,” sejurus sahaja keluar daripada arahan Tuan Ramlee, semua sekali yang berada di ruang tamu itu segera bongkar dari tempat duduk masing-masing.
      
      “Macam-macamlah mak ni,” kali ini kedengaran Pak Long Kahar mula merungut. “Nasib baik mak tak telefon aku,” sambungnya lagi.

            Mereka semua sudah tergelak mengenangkan hal itu. Kalau Pak Long Kahar yang kena telefon, memang senanglah nenek ugut, sebab Azmina itukan anak angkat pak long.

            “Macam mana mak tak dapat telefon bang long pula kali ini?” tanya Puan Laila.

            “Telefon aku bateri kong. Tengah charging kat atas,” jawan Tuan Kahar pula.

            “Mak inikan, amit pun tak fahamlah. Aku dah cakap berkumpul dulu dekat rumah Kak Laila, degil tak mahu ikut,” kali ini Puan Diza pula yang bersuara. Anak kedua bungsu Hajah Sameon.

            Mereka semua amat faham akan kerenah Hajah Sameon, mak mereka sendiri. Suka sangat spoil acara mereka.

            Lain pula halnya dengan Badrina. Hatinya begitu senang bila mendengar Azmina pengsan ketika mereka menerima panggilan daripada Hajah Sameon tadi. Itu sudah pasti adalah kesan daripada benda yang dimasukkan ke dalam minuman bandungnya. Apa yang menyebabkan dia sampai pengsan inilah hati Badrina menjadi penasaran.

            Ketika Badrina sedang bersiap-siap untuk keluar, tiba-tiba sepasang tangan kekar milik suaminya sudah mula memeluk dari belakang. Kini belakang badan Badrina sudah bertemu rapat dengan badan Badrul. Desahan nafas juga mula kedengaran sementelah bibir suaminya begitu dekat dengan telinga kanannya. “Pengantin baru boleh tak stay dekat sini saja sayang. Malaslah nak pergi hospital. Kita stay sahajalah ya.”

            Ala, laki aku sudah berhajat, tapi aku nak tahu keadaan Azmina macam mana. Apa alasan yang patut aku bentangkan ketika ini. Think Rina think!

            Lantas sahaja Badrina memalingkan badannya menghadap Badrul. Dada suaminya yang kekar itu diusap lembut sambil anak matanya menatap anak mata Badrul. “Untuk malam ini kita postpone ya dear. Azmina dah masuk hospital ni, kita kena prihatin. Dia kan sepupu awak juga.”

            “Biarlah dia masuk hospital. Bukan hal kita pun.” Badrul masih tidak mahu mengalah.

            “Aip, bising tujuh keturunan karang kalau kita berdua tak timbul lawat Azmina dekat hospital,” dalih Badrina.

            Badan Badrina dipeluk erat. Wajahnya terus sahaja melekap di leher isterinya. “Biarlah bising tujuh keturunan sayang. Nenek bising, honey tutup sahaja telinga.”

            “Honey tak kisah kalau nenek bising, saya boleh tepis dengan jayanya, tapi sepupu-sepupu hun tu kalau bab menyakat, bukan main lagi. Suka sangat nak membahan. Apatah lagi awak tu yang jadi mahaguru diorang, lagilah mereka suka.”

            “Biarlah mereka membahan.” Badrina sudah habis akal untuk mencari alasan supaya mereka pergi ke hospital. Ini kalau salah gaya memang dia tidak akan dapat membahan Azmina. Perangkap sudah makan tuan tu. Mahu juga dia mengejek Azmina dengan jayanya.

            “Boleh ya kita stay?” masih dalam nada memujuk Badrina supaya tidak mengikuti saudara-maranya yang lain pergi ke hospital melawat Azmina.

            “Janganlah. Jomlah kita pergi lawat Azmina. Dah sampai pengsan tu mesti teruk,” pujuk Badrina lagi.

            Sejurus sahaja mendengar kata-kata daripada Badrina, laju sahaja Badrul menegakkan badannya lalu menatap wajah wanita yang disayanginya ini. Hairan dia rasa, tiba-tiba pula isterinya ini terlebih prihatin terhadap Azmina. “Kenapa hun rasa awal tiba-tiba terlebih caring malam ini ya?”

            Terbuntang sekejap mata Badrina bila suaminya bertanya begitu. Kalau tersilap langkah, confirm Badrul akan dapat meneka akan kejadian tadi. “Mestilah caring, kan Azmina itu sudah menjadi ahli keluarga saya. Kenalah prihatin.”

            Makin berkerut pula kedua belah kening si suami. Macam tidak percaya sahaja akan kenyataan daripada si isteri.

            “Something is wrong here,” ucap Badrul dengan nada tidak percaya.

            “Kenapa pula?” tanya Badrina. Dah main siasat-siasat pula. Ini yang susah nih. Bilalah masanya mereka hendak pergi hospital.

            “Awak ada salah makan ke tadi?”

            “Hish, apa pula salah makan. Saya makan sama dengan apa yang awak makan. Kenapa pula?” Badrina tidak mahu mengalah. Tiba-tiba pula timbul isu salah makan. Macam tahu-tahu sahaja si mangsa itu mungkin keracunan makanan.

            Keracunan makanan? Adakah minuman bandung tadi telah pun diletakkan sesuatu? TING! Jadinya, memang ada benda yang tidak eloklah di dalam minuman bandung yang Azmina minum tadi? Hish, ini tidak boleh jadi ni, aku kena pergi hospital untuk pengesahan.

            “Setahu hun, awak tu memang jenis tidak kisah dengan hal Azmina. Itu yang hun hairan tiba-tiba sahaja terlebih prihatin. Kalau hun, memang tidak kisah pun dia nak pengsan atau apa dekat rumah nenek itu. Memang selalu macam itu pun.”

            “Macam attention seeker pula bunyi dia.”

            “Memang attention seeker pun. Tak perlulah pergi hospital sayang. Kita stay sini sahajalah ya,” pujuk Badrul sekali lagi.

Dalam hati, Badrina sudah mula mengeluh. Kalau macam ini gayanya, tidak adalah harapan untuk mengejek si Azmina ini depan-depan. Terpaksalah dia layan hajat si suami. Bukan main aktif lagi tangan Badrul sudah mula buat kerja sedari tadi. Nakal. Malam pertama berdua-duaan sudah ada drama. “Okaylah kita stay.”

            Walaupun ketika ini Badrina tidak dapat menatap wajah suaminya, tetapi dia amat tahu suaminya kini sudah mula menghadiahkan senyuman kemenangan di sebalik pangkal lehernya sebelum lelaki itu mengangkat badan Badrina. Kaki lantas sahaja laju mengarahkan langkahnya menuju ke katil yang kini sudah milik mereka berdua.

            Belum pun sempat memulakan agenda mereka berdua, pintu bilik sudah diketuk kuat dari luar. Badrul merengus kasar. Habis segala rancangan yang diatur dari siang tadi hancur begitu sahaja. Badrina pula hanya mampu tergelak kecil, mengetawakan wajah hampa sang suami.

            “Along. Rina. Cepat pergi hospital sekarang. Nenek dah mula bising,” kedengaran suara laungan daripada Puan Laila dari luar.

            Apabila Badrul tahu itu adalah arahan daripada seorang ibu, Badrul hanya mampu memeluk badan Badrina. Tidak mahu melepaskan. Berat rasa hati hendak pergi ke hospital ketika itu. “Ummi dah beri arahan. Hun jangan nak escape pula.”

            “Postpone dulu first night korang berdua itu. Ummi tak nak dengar nenek meleter 24 jam seminggu gara-gara kamu berdua. Cepat jalan. Ummi tunggu dekat hospital.” Badrina sudah tergelak besar bila dari jauh masih kedengaran laungan Puan Laila ketika itu. Masih ada rupanya. Ingatkan kalau mereka tidak bersuara, mereka boleh lepas. Faham sangat nampaknya dengan kerenah si anak.

            Badrul sudah mula membebel memarahi Azmina yang sudah dianggap perosak rancangan. Badrina hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat kerenah si suami.

            Kau tunggu ya Azmina. Nasib baik aku punya instinct kuat dan mata aku tajam. Kalau tidak, memang akulah yang menjadi mangsa dibawa ke hospital sekarang.


JAM sudah menunjukkan pukul satu setengah pagi. Semua cucu-cucu sudah mula merungut. Apa barang hendak tunggu Azmina sedar sehingga pukul satu pagi begini. Macamlah hebat sangat. Tetapi, dengan arahan nenek Hajah Sameon, mereka terpaksa mengalah. Dengan itu, masing-masing sudah mula menunjukkan tanda protes.

[sekadar gambar hiasan]

            Apa lagi, bukan main lagi sesi mission impossible para-para sepupu dalam grup Whatsapp. Ketuanya tidak lain tidak bukan, Badrul Ilham.

Badrul: Tolong coverkan aku weh. Nak malam pertama nih. Nenek kacau daun.

            Bila Badrina baca text si suami begitu, rasa nak cubit-cubit sahaja lelaki itu sekarang. Bukan main lagi ya. Nasib baik jauh.

Acap: Pi lah tanya nenek.

Ecah: Helppp! Tak sanggup dah. Orang nak tidur.

Qila: Kenapa lama sangat si Minah ini pengsan. Doktor cakap keracunan makanan aja pun.

            Ya, semasa mereka semua mula-mula sibuk hendak mengetahui keadaan Azmina, doktor sudah mengesahkan bahawa Azmina keracunan makanan yang amat kritikal. Semua orang hairan sebab mereka juga makan makanan yang sama seperti Azmina, tetapi mereka semua baik-baik sahaja. Sebab itu, Badrina yakin, ada sesuatu yang telah dimasukkan oleh Azmina di dalam minuman bandung tadi.

Iyop: Entahlah. Kau macam tidak tahu aja kakak angkat kau ini Qila orangnya macam mana. Nak manja-manjalah tu.

Qila: Meluat pula aku dengar Yop. Dia dah puas manja dengan nenek, nak buat apa pula lagi. Dasar attention seeker.

Acap: Dia nak attention seeker dengan Abang Ilhamlah tu. Takkan tak faham pula.

Badrul: Hoi, bini aku ada dalam grup ini. Melepas first night aku kang.

Ecah: Mentang-mentanglah dah kawin.

Insyirah: Along memang sejak azali lagi gatal.

Amalia: Cepat long, fikirkan idea macam mana nak lepas daripada nenek. Stress!

Dina: Guna kereta Acap ajalah.

Kerol: Tak boleh. Tu nenek dah cop untuk dia balik rumah.

Ilia: Habis tu? Kereta Uncle Ramlee pun tak boleh. Untuk semua the elders.

Fash: Guna kereta Abang Ilham ajalah. Kan senang.

Badrul: Abang guna FT86. Jangan nak mengada-ngada. Tak muat!

Insyirah: KEDEKUT!

            Apabila geng-geng sepupu sudah mula mogok hendak mahu pulang, Badrul terus sahaja mengangkat punggungnya lalu menghampiri di mana Badrina berada.

“Sayang, bagi hun idea macam mana nak escape daripada sini,” tangan lelaki itu tanpa rasa ragu-ragu memeluk bahu Badrina.

Badrina berfikir sejenak. Kereta Acap tadi digunakan untuk mengambil nenek Hajah Sameon. Itu memang tidak boleh pergi. Geng sepupu semua turun dalam kira-kira sepuluh orang juga ni termasuk adik-beradik Badrul. Acap. Ecah. Qila. Iyop. Insyirah. Amalia. Kerol. Fash. Ilia. Dina. Termasuk Badrul dan Badrina, sudah menjadi dua belas orang yang sepertinya hanya membuang masa kerana kononnya begitu rajin melayan kerenah si nenek.

[sekadar gambar hiasan]

“Macam inilah, terpaksa korbankan FT86 nampak gayanya kalau macam ini,” cadang Badrina.

“FT86 hun jangan kacau ya,” ujar Badrul pula. Badrina sudah sebal dengan keadaan ini.

Hun, sekarang masa darurat. Korbankan sajalah FT86 hun itu.”

“12 orang, mana muat kalau masuk FT86 honey,” tidak mahu mengalah. Masih tetap tidak mahu mengorbankan salah satu kereta kesayangan FT86.

“Boleh aja dua kali trip hantar ke rumah. Tidak menjadi masalah. Apasal kedekut sangat ni. Semua orang letih, perlukan rehat. Kita pun perlukan rehat. Tak ada pula cakap kalau angkut orang banyak-banyak dengan FT86 itu boleh bawa kematian.”

Bila Badrina sudah berkata-kata, memang pedas. Menusuk ke dalam jiwa. Badrul sudah hilang kosa kata untuk membalas kenyataan isterinya. Mahu tidak mahu, terpaksalah dia korbankan kereta FT86nya itu, sementelah dia sendiri juga merasa letih. Biarlah orang-orang tuanya yang menolong menjaga dengan nenek mereka.

“Ok jom, honey pergi balik dulu ya.” Badrina sekadar menganggukkan kepalanya tanda setuju. Selepas itu, Badrul laju sahaja menaip rancangan mereka di dalam grup Whatsapp.

Bukan main lagi mereka semua beralasan untuk memulakan rancangan escape daripada cengkaman nenek mereka semua. Para lelaki bagi alasan hendak vaping kerana bosan. nasib baik ada yang bawa alat vape mereka, boleh tunjuk dekat nenek Hajah Sameon sebagai bukti. Apatah lagi nenek mereka memang tidak suka melihat cucu-cucunya vaping di hadapannya.

Manakala para kaum perempuan pula cari alasan pergi cari makanan dekat kantin. Lapar katanya. Siap ambil pesanan lagi untuk nenek dan juga the elders. Eksyen bagi tunjuk yang mereka akan balik lagi ke situ selepas makan di kantin. Semua makanan-makanan dihantar oleh Badrina sendiri di mana orang-orang tua mereka berkumpul. Memberikan alasan mereka masih makan di kantin, sebab itu Badrina hantar makanan pesanan mereka awal, sudah pastinya orang-orang tua mereka juga lapar. Ialah, jam sudah menunjukkan pukul 2 subuh kot.

Act macam biasa. Nanti nenek perasan pula,” ucap Badrul sebelum dia mengambil keretanya dari tempat letak kereta. Nasib baik dia parking jauh. Senang sikit hendak celok sana sini.

Untuk trip pertama, Badrul menghantar Badrina, Ecah, Qila, Amalia, Ilia dan Dina. Orang-orang yang duduk belakang memang kena tahan sempitlah sebab ruang kereta FT86 memang sempit. Manakala trip escape kedua pula ialah Insyirah, Acap, Iyop, Kerol dan Fash.

Sampai sahaja di rumah selepas trip kedua, masing-masing sudah mula tidur bergelimpangan. Nampak benar mereka semua letih.

Badrul terus sahaja melangkah masuk ke dalam biliknya. Mungkin isterinya menunggunya. Ada harapan untuk memulakan malam pertama mereka.Yippi!

Ketika dia masuk ke dalam biliknya, suasana sudah kelam. Hanya lampu tidur sahaja yang menerangi beberapa kawasan di dalam bilik tersebut. Selesai sahaja mengunci pintu bilik mereka, Badrul melangkah ke tempat tidur mereka berdua. Sebaris senyuman terbit dari bibirnya.

Isterinya yang begitu cantik tidur dengan keadaan yang polos di atas katil mereka berdua. Dengan penuh berhati-hati tanpa menganggu tidur isterinya, Badrul berlalu ke almari pakaiannya, laju sahaja dia menukar ke baju tidur. Selepas itu, dengan perlahan dia naik ke atas katil sebelum dia berbaring di sebelah Badrina.

Puas menatap wajah Badrina, Badrul mengemaskan tempat tidurnya lalu memeluk pinggang Badrina dengan begitu erat sekali. Dengkuran kecil si isteri kedengaran. Apabila terasa dirinya dipeluk, Badrina tersedar dari tidurnya dengan keadaan mamai. “Sorry hun, honey tertidur pula.”

It’s okey. Sambunglah tidur.” Badrina laju sahaja menutup matanya seusai suaminya berkata begitu. Pelukan suaminya dibalas dengan erat.

Good night hun. Honey minta maaf sebab keluarkan kata-kata pedas tadi.” Badrul terus tergelak kecil bila mendengar kenyataan daripada isterinya itu.

“Well, hun akan denda awak pasal itu nanti. Honey bersiap-siagalah ya.”

“Ngee… Gatal.” Badrina amat maklum akan disebalik kata-kata suaminya itu. Tidak lain tidak bukan denda sebenar khas dalam hidup suami-isteri.

“Esok, sebelum nenek balik sini, kita pergi jauh-jauh. Phone off. Hun nak buat pre-honeymoon dulu sebelum hun bawa honey ke honeymoon yang sebenar.”

Tanpa membalas kata-kata suaminya, Badrina terus sahaja terlelap. Dia teramat letih sehingga tidak mampu mencerna informasi dari suaminya dengan baik. Biarlah esok dia akan memikirkan semula.


Azmina pula? Selepas dia baik dari keracunan boleh saja dia attack.


======================================
HAKCIPTA TERPELIHARA

Tidak dibenarkan mana-mana bahagian dari terbitan / blog ini diterbitkan / dibuat semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau dengan apa jua alat sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak penulis atau daripada pihak bakal penerbit yang asli.
 ===========================================
Group FB: 
Naskah dari RD Athan

2 comments:

  1. Senjata makan tuan! Padan muka azmina! Mende yg dia letak ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cecair yang boleh membuatkan orang keracunan makanan dear. akan dimention nanti dalam bab ketika badrina attack azmina

      Delete