Thursday, 5 January 2017

Kahwin Dengan Kekasih Lama - [Bab 16]


Bab 16

TIGA HARI DUA MALAM. Masa yang sudah dihabiskan untuk berbulan madu di Danau Daun Chalet. Badrina rasa dia mahu tinggal di situ buat selama-lamanya. Dia mahu mengunci suaminya juga. Biar tidak keluar dari chalet langsung. Lari daripada kehidupan kota raya yang sesak. Berbanding dengan suasana di sini, amat berbeza benar.

            Semasa mereka beriringan ingin menuju ke lobi, tiba-tiba Badrul berkata terlupa sesuatu. “Honey, macam ada terlupa somethinglah dekat chalet. Honey tunggu hun dekat lobi ya.”

            “Okay, jangan lama tau. Nanti honey rindu,” renggek Badrina pula. Lelaki itu tersenyum mendengar rengekkan daripada si isteri lalu satu kucupan singgah di ubun-ubun Badrina sebelum dia berlalu dari situ. Melihat suaminya semakin jauh, Badrina juga turut melangkah menuju ke lobi. Menunggu suaminya.

            Baru sahaja dia melabuhkan punggungnya di atas sofa kecil yang disediakan di ruang lobi itu, satu suara garau menyapa Badrina dari arah belakang. “Hai Rina.”

            Badrina menoleh dari arah suara itu berada. “Oh hai Fakhrul. Awak buat apa dekat sini?”

            “Macam awak, bercuti dengan keluarga. Saya dekat Danau Daun Cottage. Jauh sikit. Saya beli breakfast untuk isteri dan anak.” Tanpa pelawa, Fakhrul terus sahaja melabuhkan punggungnya di atas sofa yang berhadapanan dengan Badrina.

            “Speaking of keluarga, mana isteri awak? Baby boy awak mana? Dengarnya isteri awak sekarang mengandung anak kedua ya. Wahh, bukan main maju lagi tu.”

            “Alhamdulillah rezeki. Tu sebab isteri saya tak dapat nak keluar chalet, dari semalam muntah tak habis-habis. Mabuk mengandung campur sekali dengan mabuk perjalanan,” jelas Fakhrul dengan nada yang ceria.

“Awak pula dengan Badrul nanti beranak-pinaklah tu tidak lama lagi. Jangan nak merancang pula,” sambung lelaki itu lagi. Badrina tersenyum manis mendengar ucapan daripada Fakhrul itu. Selalunya kawan lama macam inilah, berpisah lama tetapi bila sudah berjumpa, persis tahu akan sikap satu persatu.

            “Insya Allah kalau ada rezeki. Malaslah nak rancang-rancang. Umur dah tua ni tak mampu nak rancang-rancang. Nak juga merasa kandung anak sendiri, pegang anak sendiri. Mana tahan tumpang kasih sayang pada anak orang. Nak juga buat akaun IG macam anak-anak retis sekarang.” Sejurus sahaja Badrina menghabiskan ayat itu, terlepas gelak tawa mereka berdua.

            “Siapa dapat lawan Cik Avril kita ini. Memang dari dulu selalu havoc. Orang femeslah katakana.”

            “Wow, awak masih ingat nickname saya dulu Fakhrul. Hahaha,” semakin galak lagi tawa Badrina mengenangkan nicknamenya dahulu itu. Gara-gara minat sangat dengan Avril Lavigne, sebab itu keluar nama Avril. Masa itu dalam tahun 2002 – 2003, memang Avril Lavigne satu nama yang baru naik. Ketika itu pula zaman-zaman punk. Bak kata orang dululah. Hype saja lebih.

Mampu bergelak ketawa macam selalu sahaja berjumpa, padahal kali inilah buat pertama kali mereka berdua berjumpa bertentang mata. Ala, sama juga macam Badrul, berhubung hanya berjumpa di alam maya. Mana ada main jumpa-jumpa. Mengamuk dek Tuan Haji Qamarul nanti, cari nahas namanya tu.

            “Ehem,” satu deheman kasar kali ini kedengaran dari sisi Badrina. Seperti biasa, mereka berdua menoleh untuk mengetahui akan siapa empunya deheman tersebut.

            “Eh hun, baru sampai ke? Dah check-out? Tak sedar pula hun dah sampai.”

            “Macam mana nak sedar kalau sudah asyik bergelak ketawa macam orang tidak ingat dunia.” Badrina mengesan sesuatu dari tona suara suaminya. Nampak sangat dia tidak suka akan kehadiran Fakhrul di situ.

            “Apa khabar Badrul?” Fakhrul menghulurkan tangannya untuk bersalam. Sama macam mereka terserempak di restoran tempoh hari, Badrul hanya menyambut tangan Fakhrul dengan selamba sahaja.

            “Baik,” jawab Badrul sepatah sebelum dia menghadap kepada isterinya semula. “Jom balik. Tak perlu lagi tunggu lama-lama sini. Hun dah check-out.”

            “Ehh eh kejaplah. Tak nak gambar sebelum kita balik ke? Suruh Fakhrul gambarkan untuk kita berdua. Bolehkan Fakhrul?” halang Badrina supaya suaminya itu belum berlalu daripada situ.

            “Boleh aja. Korang nak gambar dekat mana? Dekat situ pun ok juga. Background dia cantik,” cadang Fakhrul sambil menundingkan jari telunjuknya ke satu tempat yang cantik permandangannya.

            Badrul merenggus, tapi Badrina biarkan sahaja. Entah apa masalah dia dengan Fakhrul. Dia tengok Fakhrul itu biasa-biasa sahaja. Bukannya Fakhrul mengurat dirinya pun.

            “Nah guna phone saya Fakhrul.” Badrina menyuakan telefon bimbitnya kepada Fakhrul. Dengan senang hati lelaki itu menyambut telefon bimbit Badrina. Tidak perlu buka kata kunci sebab jenama iPhone dia punya aplikasi kamera boleh saja guna, sebab sudah diletakkan di luar.

            “Ok, satu. Dua.” Klik!

            “Lagi sekali.” Badrina sedaya upaya mengayakan posing yang cantik bersama suaminya, tetapi Badrul kini terlalu kaku! Selalu bukan main macam cacing kepanasan kalau bergambar dengan Badrina. Sebel Badrina jadinya. Frust!

            “Badrul, senyum sikit. Tak cantik gambar korang,” tegur Fakhrul.

            Terdengar lagi rengusan si suami. Dah kenapa laki aku ini? Angin monsoon dia datang balik.

            Kali ini Badrul memberikan senyuman hanya setakat untuk memuaskan hati Badrina. Wanita itu malas hendak memaksa suaminya untuk mengambil gambar kenangan lagi. Malu dengan Fakhrul. Orang tidak buat salah, dia boleh pula buat muka masam macam itu. So rude!

            Dia nak rasa berperang dengan aku agaknya suaminya ini. Tanduk dah mula nak keluar. Bunga-bunga pergaduhan pertama sudah mula menampakkan dirinya.

            “Terima kasih Fakhrul.” Badrina berkata selepas dia mengambil telefon bimbitnya daripada lelaki itu sambil melihat hasil gambar yang diambil oleh Fakhrul. Hmmm, not bad. Tapi yang buruknya muka monsoon si suamilah!

            “Sama-sama. Kalau ada jodoh kita jumpa lagi.” Fakhrul melambaikan tangan dan berlalu daripada situ. Hendak pergi kepada isteri dan anaknya.

            “Wow, kalau ada jodoh ya,” dari nada suara Badrul, suaminya itu persis macam sedang menyindir akan dirinya dan Fakhrul.

            Tanpa berkata apa-apa, Badrul mengambil bagasi mereka lalu keluar daripada lobi chalet. Badrina hanya mampu mengikuti langkah suaminya dengan laju. Hendak menyaingi jalan si suami yang berkaki panjang, langkah pun menjadi lebar.

            “Hun ini dah kenapa? Cuba cakap dengan honey. Tiba-tiba jumpa dengan Fakhrul boleh bad mood mengejut. Dia ada buat salah ke dengan hun.” Badrina sudah tidak tahan lagi. Dia ingin meluahkan apa yang tertanya-tanya di dalam hatinya.

            Bunyi hentakan bonet kereta yang kuat kedengaran ke telinga Badrina sehingga membuatkan dia tersentak. Laki aku nak buat drama sekarang, aku pun boleh buat drama. On-the-spot!

            Badrina berpeluk tubuh di luar pintu kereta di bahagian penumpang. Dia malas hendak masuk. Dia sudah berkira-kira untuk memanggil Uber. Biar dia pergi jalan sendiri balik rumah ibu bapanya di Sri Hartamas.

            Badrul yang sudah di dalam perut kereta turut hairan kenapa isterinya tidak masuk ke kereta. Malah dilihatnya isterinya itu sedang sibuk menekan sesuatu dengan telefon bimbitnya sambil berpeluk tubuh. Badrul menurunkan jendela keretanya.

            “Honey, masuk cepat,” arah Badrul dengan suara keras.

            Tapi Badrina pura-pura tidak mendengar. Masih dengan Ubernya.

            “Nur Badrina, hun cakap masuk sekarang,” sekali lagi Badrul mengarah dengan suara yang lebih keras.

            Badrina buat bolayan. Malah dia sudah berura-ura untuk berlalu daripada situ. Biar dia menunggu di lobi chalet sahaja sementara menunggu Ubernya sampai.

            Badrul sedar akan kerenah isterinya yang sudah berubah dan ingin berlalu daripada kawansan tempat letak keretanya. Terus sahaja dia keluar dari dalam perut keretanya lalu laju menghampiri isterinya. Lengan si isteri di tahan sebelum dia membalikkan badan Badrina supaya menghadap dengan dirinya.

            “Masuk dalam kereta honey. Kita nak balik sekarang,” pujuk Badrul.

            “No. Buat apa hendak masuk dalam kereta hun kalau orang itu yang mulakan perang dingin. Lebih baik naik kereta Uber, daripada ikut hun balik,” bentak Badrina dengan nada tidak puas hati.

            “Please honey, I don’t want to talk about this.”

            “What do you mean ‘about this’? About this tu pasal Fakhrul kan?” Badrul menghela nafas dengan kasar.

            Bukan jawapan dari mulut lelaki itu yang Badrina terima, tetapi Badrul menarik lengan isterinya supaya masuk ke dalam kereta mereka. Suaminya pegang dengan kuat. Sakit lengan Badrina.

“Lepaslah!” tetapi masih tidak diperdulikan oleh Badrul.

Sampai sahaja ke pintu penumpang, Badrul memaksa Badrina masuk ke dalam perut kereta. “Masuk sekarang.”

Honey tak nak masuk. Honey nak berbincang!”

“Masuklah dalam. Kita bincang!” satu jeritan padu keluar dari mulut suaminya sehingga membuatkan Badrina tersentak. Tidak cukup dengan rasa terkejut, hati Badrina mula luluh dengan jeritan daripada Badrul.

Badrina. Luaran nampak ceria, nampak persis seorang wanita yang kuat. Tetapi bila disentak dengan suaminya begitu, hatinya yang kuat serta-merta menjadi rapuh. Hati dia sensitif. Hati sudah mula hendak menangis, tetapi Badrina cuba kuat untuk menahan walaupun mata sudah mula untuk memulakan acara.

Diam seketika setelah mereka berdua sekarang berada di dalam kereta. Badrina tidak mahu memulakan bicara sebab dia sekarang cuba untuk menahan diri untuk tidak menangis di hadapan suaminya.

Hun tidak suka honey berjumpa dengan Fakhrul. Ever. Elakkan berjumpa dengan dia mulai daripada sekarang.”

“Kenapa mesti macam itu? Fakhrul tidak ada buat apa-apa pun dekat honey,” bukan Badrina hendak membela, tetapi dia baru saja berjumpa dengan Fakhrul buat pertama kali. Kalau nak berhubung pun melalui Facebook, itupun dekat Facebook last contact mungkin dalam dua tahun lepas, sebab main game puzzle. Lepas itu berhenti macam itu sahaja.

“So, honey sukalah dapat berjumpa dengan dia?” soal Badrul dengan agak kasar dipendengaran Badrina.

Yes, of course honey suka. Kawan lama dekat LCW, takkan tidak tegur.”

Badrul menghentakkan stereng kereta di hadapannya. “Honey suka?”

“Kenapa kalau honey suka atau tidak? Ada masalah ke? Honey tidak melihat ianya menjadi satu masalah untuk kita berdua.”

“Memang satu masalah.” Badrul tersenyum sinis. “You like him?!” sambungnya lagi dengan tona suara yang tinggi.

Yes! As a friend!” balas Badrina dengan nada yang tinggi juga.

“Mula-mula memang kawan. Lama-lama nanti boleh kawin sama-sama. Dia itu musuh dalam selimut! Hun tak nak gara-gara Fakhrul, hubungan kita akan putus lagi macam dulu. Faham tak?”

Hun cakap apa ni?”

“Sebab dialah kita putus dulu. Kalau bukan pasal dia yang buat onar, kita berdua tidak akan putus. Kalau bukan pasal dia yang buat hal, kita masih bersama hingga sekarang!”

Badrina buat muka benggang. Tidak faham. Kenapa pula Fakhrul yang menjadi puncanya?

“Dia tunjukkan gambar honey tidak berbaju kepada hun dulu. Topless. Memang tak nampak sampai bawah, tapi kalau sudah sampai atas buah dada, memang hun terlebih faham. You guys was exchanging nude pictures!”

Sungguh dia tidak percaya. Anak matanya begitu luas terbuntang. Ya, dahulu dia memang akui, mereka memang jahil. Bagi gambar tidak berbaju itu satu perkara normal. Tetapi sudah berjanji untuk tidak kongsikan kepada sesiapa. Kalau boleh lepas tengok, buang terus. Wow! This is unbelievable. Adakah Fakhrul sebarkan gambar-gambarnya kepada orang lain dulu? Jujur, ini amat membimbangkan Badrina.

“Bagi hun, he is a threat. Until now.”

Badrina diam. Masih tidak percaya. Dia cuba mengorek kembali kenangan mereka putus dahulu. “Wait.”

“Punca utama kita putus dulu sebab gambar itu?” Badrul menganggukkan kepalanya.

“Gambar itu sebelum kita kenal! Honey langsung tidak pernah bagi gambar macam itu selepas kita couple. Kenapa hun tidak bincang?”

Hun tahu gambar itu sebelum kita couple dulu. Tapi bila dia cakap, dia suka tatap gambar itu malam-malam, hun jadi marah.”

“Kalau nak marah fikirlah secara rasional. Hun jangan lupa, kita berdua pun share nude pictures dulu.”

Badrul menghela nafas kesal. Entah, fikirannya sudah kusut. Dia sungguh takut isterinya berhubung kembali dengan Fakhrul. Masih trauma. “Ini bermakna memang hun tidak percaya langsung dekat honey dulu.”

“No. Hun percaya honey dulu!” bantah Badrul.

“Kalau percaya, bukan dengan membuat keputusan melulu. Bincang. Discuss! Salah satu kunci hubungan kekal, kalau ada apa-apa masalah, kita bincang!” Badrina marah, dalam masa yang sama air mata sudah mengalir ke pipi. Disapu dengan kasar oleh belakang tangan wanita itu.

Bila Badrul melihat air mata isterinya, lelaki itu mula tersedar sesuatu. Ya, Badrina memang suka berbincang kalau ada masalah. Sejak dari dulu lagi. Dia sudah membuatkan isterinya menangis. Ya Allah. “Honey.”

Badrina menangis. Lelaki itu lantas sahaja memeluk isterinya dengan erat. Di sebalik dada bidang Badrul, isterinya menangis dengan begitu kuat. Separa meraung. Mungkin melepaskan kesakitan di hati yang terkumpul dari tadi. “Hun minta maaf sayang.”

“Kita semua khilaf dulu hun.”

“Ya, hun tahu. Kita semua memang khilaf.”

“Itu dulu hun. Sekarang sudah lain. Kita semakin matang. Fakhrul dah pun berkahwin sekarang. Ada anak lagi. Bakal dapat anak kedua.” Badrul terkejut tika mendengar penjelasan daripada isterinya.

Serious?” Badrina hanya menganggukkan kepalanya untuk menjawab soalan suaminya itu.

Lelaki itu hanya mampu memejamkan matanya tanda menyesal tidak menyiasat terlebih dahulu. Dia sudah membuatkan hati isterinya sakit. Baru sahaja beberapa hari kahwin, sudah bergaduh.

I’m sorry honey.”

Honk!

Mendengar bunyi hon kereta di hadapan chalet, Badrul dan Badrina menoleh serentak. Itu Uber yang dipesan oleh Badrina tadi.

“Sayang ada panggil Uber ke tadi?” Badrina menganggukkan kepalanya.

Tapak tangan Badrul mencekup wajah isterinya dengan lembut. Ibu jarinya menyapu air mata yang laju mengalir di pipi mulus si isteri. Satu kucupan singgah di atas dahi Badrina. “Maafkan hun ya.”

Badrul keluar dari perut kereta lalu berjalan melangkah menuju ke kereta Uber tersebut. Setelah mereka berdua bercakap sesuatu, Badrul ada memberikan duit kepada pemandu itu lalu balik semula ke kereta mereka.

“Sebelum balik rumah nak singgah mana-mana tak?” tanya Badrul, ingin memujuk isterinya. Dia tahu hati Badrina masih goyah.

Melihat gelengan kepala daripada Badrina, Badrul hanya mampu berdiam sahaja. Tidak mahu menganggu isterinya.

Dia ingin membawa isterinya ke rumah kediaman mereka. Damansara Height. Di sana dia akan cuba menceriakan isterinya semula. Memujuk Badrina supaya isterinya itu melupakan dengan sikap kebudak-budakannya ini.


            Pergaduhan pertama mereka, membuatkan hati lelakinya resah. Dia mesti perbaiki hubungan mereka. Mesti.



=======================================
HAKCIPTA TERPELIHARA

Tidak dibenarkan mana-mana bahagian dari terbitan / blog ini diterbitkan / dibuat semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau dengan apa jua alat sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak penulis atau daripada pihak bakal penerbit yang asli.

2 comments:

  1. Aiyooo.... dah tentu Bad risau. Buatnya fakhrul sebarkan, naya hidup depa. Awat laa bagi gambo camtu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman-zaman jahiliyah wak. sekarang pun masih ada yang buat macam itu.

      Delete