Wednesday, 18 January 2017

Kahwin Dengan Kekasih Lama - [Bab 18]


Bab 18

“ARGHHHH!” Satu jeritan amat kuat kedengaran dari kamar mandi yang terletak di dalam bilik beradu Badrul dan Badrina.

            Bila sahaja jeritan itu terdengar, Badrul langsung sahaja berlari menuju ke kamar mandi mereka kerana dia tahu itu suara isterinya. Memanglah suara Badrina sebab hanya mereka berdua sahaja yang berada di dalam rumah tersebut.

            “Kenapa sayang?” tanya Badrul dengan nafas yang termengah akibat berlari secara mengejut tadi.

            Pemandangan yang dilihatnya kini ialah Badrina sedang berkemban sambil melihat sesuatu di hadapan cermin. Seksi pula bini aku ini. Takut tergendala segala rancangan hari ini. Nak goda suami ke? Tuala bukan main pendek lagi. Cukup-cukup menutup apa yang perlu ditutup sahaja.

            Badrina laju membalikkan badannya menghadap suaminya dengan bercekak pinggang. Muka memang terang-terang seperti orang yang dalam geram. Wajah Badrina juga sudah mula mengeluarkan rona-rona merah. Nampak marah ni.

Hun, cuba awak tengok ni. Ni. Ni. Ni. Apa ni hun?” ucap Badrina sambil menghalakan jari telunjuknya ke batang leher miliknya. Bila Badrul tahu apa setelah dia melihat tempat yang baru sahaja ditunjuk oleh isterinya, hati lelaki itu terus sahaja senang hati.

Lovebite. Takkan honey tak tahu,” jawab Badrul polos lalu mendekatkan langkahnya menghampiri di mana isterinya berada. Anak mata lelaki itu turut liar melihat hasil kerja seninya semalam. Banyak sangat tanda-tanda yang dibuatnya semalam rupanya. Sorry sayang, tidak sedar sebenarnya.

“Ya, saya tahu ini lovebite, tapi kenapa hun buat dekat leher,” bukan main lagi Badrina merenggek di hadapan lelaki itu. Tidak cukup dengan itu, kakinya yang comel itu juga turut terhentak-hentak tidak puas hati.

Badrina melihat kembali keadaan batang lehernya di cermin. Banyak sangat tanda cinta dari suami. Kalau tutup dengan concealer boleh aja, tetapi hari ini dia pakai baju warna putih atas arahan suaminya. Memang tidak ngamlah. Habis nampak dekat kolar baju nanti. “Susahlah nak tepek dengan concealer benda ini hun. Banyak! Malu!”

Badrul tersenyum bila mendengar omelan isterinya. Kalau tadi isterinya mengomel kenapa pilih baju warna putih untuk hari ini, kini isterinya mengomel pasal lovebite pula. Satu sisi yang baru sahaja Badrul pelajari mengenai isterinya.

Dulu semasa mereka mula-mula kenal, Badrina jenis jarang berinteraksi, tetapi bila sudah dia memulakan bicara, semua orang memang akan bising. Namun sekarang lagi banyak cakap rupanya. Apatah lagi dengan kerja isterinya yang memang sering beriteraksi dengan orang ramai.

“Buat apa nak malu? Honey tu kan dah jadi isteri hun. Memang dah sah-sah itu hasil kerja hun kan.”

Hun, benda ini kalau ada yang bangga sangat nak tunjuk dekat orang ramai, memang honey akan pergi ketuk kepala orang itu. Jangan ceritakan hal kelambu dekat orang lain, tapi dengan hanya lovebite, orang memang akan fikir pasal hal kelambu. In other way, we are telling people we just had sex. Dengan sebanyak ini, memang orang akan fikir yang bukan-bukan.”

Sejurus sahaja Badrina berkata begitu, Badrul mengambil langkah untuk memeluk isterinya lalu mengucup dahi Badrina dengan lembut. Harum.

“Macam mana kalau orang lain fikir honey ini belum berkahwin tetapi ada lovebite dekat leher. Dah tentu mereka akan fikir I am an easy woman,” sambung Badrina lagi dengan nada tidak puas hati. Geram sangat dengan Badrul. Rasa nak buat silent treatment.

Bila dia mendengar akan kata-kata Badrina sebentar tadi, dalam hati lelakinya, dia juga turut bersetuju dengan kenyataan itu. Rasa bersalah pula sebab suka sangat letak dekat situ. Nanti-nanti dia akan buat tempat yang tertutuplah.

Sorry honey for not being a thoughtful husband.” Badrina terdiam. Kali ini dia pula yang rasa bersalah.

“Tak apalah. Nak buat macam mana, dah terjadi,” ujar Badrina lembut.

Hun ada satu idea,” kali ini Badrina memanggungkan kepalanya untuk menatap wajah Badrul.

“Idea apa?”

“Pakai shawl to hide it.” Terjongket terus kedua-dua kening Badrina bila mendengar cadangan suaminya.

Honey tak reti pakai shawl.”

Instant shawlkan banyak sayang,” jawab Badrul lagi.

“Terlalu pendek. Tak tutup dada dan kat belakang tetap pendek.” Badrina memberikan satu alasan lagi.

“Dah banyak sekarang sayang instant shawl yang lebar-lebar. Double loop pun dah banyak. Kalau honey nak order, boleh order dekat Marshmallow Scarfs.”

Bukan main berkerut lagi kening Badrina bila mendengar suaminya ini sepertinya amat tahu mengenai jenis-jenis shawl yang trending sekarang. Bukan dia tidak tahu double loop itu macam mana.

“Macam mana hun tahu fasal Marshmallow Scarfs ni?”

“Hmmm, macam tak faham pula isteri hun ini. Adik-adik hun kan banyak perempuan. Diorang tu kalau bercakap fasal shawl, macam buat strategi untuk pergi berperang. Sekarangkan banyak yang boleh beli online, tiap-tiap minggu abang poslaju ketuk pintu rumah sana hantar barang.”

Dari adik perempuannya yang tua sehinggalah yang bungsu, memang tidak habis-habis bergaduh fasal pakaian. Lima orang perempuan, itu belum termasuk lagi dengan Puan Laila masuk forum. Melesap jugalah ribu-ribu berbelanja.

Badrina juga turut sedar akan adik-adik iparnya yang perempuan. Semua tudung-tudung, memang up-to-date habis. Itu belum lagi termasuk dengan skill lilitan shawl yang bermacam-macam gaya. Kalau lima orang adik-adik ipar perempuannya berkumpul, dah macam model shawl. Lain pula dengan dirinya dan adiknya Qistina, lebih cenderung bergaduh mengenai alat solek dan jaga badan. Aktif bersukan. Apatah lagi mereka berdua adalah free hair. Baju pun main pinjam-pinjam. Selalu mix and match sahaja. Baju yang simple boleh jadi ranggi.

“Macam mana nak order kalau nak pakai sekarang hun? Bukannya boleh sampai on-the-spot,” ujar Badrina. Iyalah, dia bukannya ada koleksi shawl yang jenis double loop. Ada pun shawl jenis itu, tinggal dekat rumah papa dan mamanya. Itupun kalau dia ingat dekat mana shawl itu disimpan.

“Hmmm.” Badrul berfikir sejenak manakala Badrina menarik lengan suaminya untuk keluar daripada kamar mandi tersebut. Tidak sedar, sejak dari tadi mereka masih berada di dalam bilik mandi, patutlah Badrina terasa semakin sejuk.

“Hah, baru hun teringat. Dekat bilik tetamu, masih ada barang-barang Afrina dekat situ. Dia punya shawl pun banyak kat situ sayang.”

“Ok.” Badrina juga turut teringat, semasa mereka masih bujang, Badrul ada pernah memaklumkan kadang-kadang semua adik-beradiknya akan tidur dirumahnya. Sebab kenapa? Nak bagi peluang ayah dengan ummi berdua-duaan dekat rumah. Kononnyalah.

Badrul lantas sahaja mengucup pipi isterinya sebelum dia berlalu keluar daripada bilik mereka. Aktivitinya untuk memeriksa kenderaan yang terbantut ketika mendengar jeritan suspen si isteri ingin disambung kerana hari ini mereka akan berjalan jauh. Pergi Johor.

Sebelum dia menutup pintu bilik mereka, Badrul menoleh kepada Badrina yang sedang memakai baju.

“Honey,” panggil Badrul.

“Ya?”

“Rasa-rasa sempat tak kalau kita sambung sekejap aktiviti semalam? Rasa rindulah pula.”

Bila Badrina mendengar kenyataan nakal daripada si suami, dia yang tidak lagi geram akan hal tadi menjadi geram semula. “Eeeeee bencilah. Go go go! Pergi periksa kereta tu lagi baik.”

Bukan main galak lagi tawa Badrul kedengaran mengelakkan isterinya. Suka betul. Dia saja cuba-cuba sebenarnya, manalah tahu ada rezeki. Haha!

PERJALANAN yang jauh tidak menjadi masalah buat Badrul dan Badrina yang baru sahaja berkahwin. Yalah, masih dalam fasa manis-manis. Pertama kali juga mereka berdua berjalan jauh berdua-duaan begini. Lenguh tu memang lenguh, tapi apa boleh buat kalau sudah Tuan Ramlee memang asal orang Johor.

Tapi lain pula dengan Badrina, dari Melaka sampailah Johor, bukan main sedap lagi dia tidur. Itupun sekajap-sekejap sahaja dia bangun. Badrul pula bila melihat Badrina yang melelapkan mata itu tidak mahu menganggu ketenteraman tidur isterinya. Letih sangat tu.

Sampai sahaja mereka di Rumah Kasih Thuraya, barulah Badrina tersedar sepenuhnya. Badrul masih sibuk meluruskan badannya yang terasa lenguh.

“Dah sampai ke hun?” Soalan pertama yang keluar daripada mulut Badrina sambil matanya liar melihat ke sekeliling rumah asuhan itu.

“Dah sampai dah,” balas Badrul. “Wahhh bukan main nyenyak lagi honey tidur ya,” sambungnya lagi dalam nada memerli Badrina yang ketika itu sibuk mengambar sekeliling kawasan tersebut dengan telefon bimbitnya. Nak hupdate dekat Facebooklah tu.

Mendengar perlian daripada suaminya, Badrul hanya mampu mengerotkan bibirnya. Buli oranglah tu. Kalau suaminya cakap dia pakej dengan berdengkur nanti, memang dia akan mogok tak nak cakap. Mogok-mogok manja.

“Ngeeeee. Hun sedap sangat memandu. Very smooth. Sebab itu honey tidur pun tenang.” Badrul tergelak akan balasan Badrina. Tidak mahu mengalah betul isterinya ini. Banyak sangat alasan.

“Cantik juga tempat ini hun. Macam bukan rumah asuhan saja. Ini boleh dijadikan macam sekolah asrama. Besar juga tempat ini honey tengok.”

“Dalam itu memang ada sekolah sayang untuk budak-budak dalam rumah asuhan ini. Kebanyakkan budak-budak yang tinggal sini adalah yang menghidap penyakit AIDS,” terang Badrul.

Terhenti terus perbuatan Badrina bila dia mendengar penerangan pendek daripada suaminya tadi. Terasa tidak percaya pula. “Wow, siapa pengasas rumah asuhan ini hun?”

Bukan dia mengejek, tetapi Badrina kagum dengan sesiapa yang sanggup menyediakan tempat tinggal untuk budak-budak yang menghidap AIDS. Semakin suka pula Badrina. Ini adalah salah satu passionnya.

“Nenda yang jadi pengasas sebab itu kadang-kadang nenda akan adakan satu aktiviti khas untuk bermain dengan semua budak-budak di sini. Objektif utama nenda supaya kami semua cucu-cicit sedar diri. Living with modesty. Itu prinsip hidup nenda.”

Badrina hanya mampu menganggukkan kepalanya tanda faham akan informasi yang baru sahaja diberikan oleh suaminya. “Jom kita masuk dalam. I know you will love it.”

Lebar senyuman mereka berdua ketika keluar dari dalam perut kereta. Badrina pula siap main depang tangan, ingin melepas lenguh-lenguh di badan.

“Pengotor! Pergi jauh-jauh daripada aku!” Satu jeritan menarik perhatian Badrul dan Badrina. Kedua-dua mereka memandang sesama sendiri. Siapa pula tu?

Tanpa membuang masa, mereka berdua bergerak mengikut dari arah mana suara itu berada. Sememangnya bukan depan rumah asuhan tersebut, tetapi dari arah belakang. Tempat sedikit tersembunyi tetapi ada taman permainan di situ.

Baru sahaja mereka sampai ditempat itu, sekali lagi suara itu menjerit. “Dah aku kata jangan dekat! Aku tak nak terjangkit dengan AIDS daripada kamu. Kalau aku dapat AIDS nanti, aku bunuh kamu semua, faham?!”

Bulat mata Badrina ketika dia melihat siapa gerangannya yang menjerit sekaligus menghina beberapa orang kanak-kanak di situ. Malah kanak-kanak itu siap tertunduk-tunduk menahan diri masing-masing untuk tidak mengeluarkan air mata.

Tanpa memperdulikan suaminya di sebelah, Badrina laju melangkah menghampiri si tukang jerit itu. Hatinya ketika itu bermacam-macam rasa. Kasihan dengan kanak-kanak yang baru sahaja dihina oleh orang yang tidak bertanggungjawab ini, tetapi rasa marahnya sudah melepasi had.

“Azmina!” Badrina sudah berada di hadapan gadis itu tanpa menghiraukan keadaan di sekeliling mereka.

Satu tamparan padu dari tapak tangan Badrina mendarat ke pipi kiri Azmina dengan begitu kuat sehingga hidung gadis itu berdarah.


“Ini hadiah daripada kau untuk kata-kata hinaan kau tadi bangsat! Memang dasar tidak tahu diuntung!”


===============================================

1 comment:

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete