[Sekadar gambar hiasan]
Bab 6
SEPANJANG acara BBQ pada malam itu, Badrina bertindak untuk
berdiam diri sahaja. Mulut mungkin diam tetapi mata masih setia membuat
kerjanya. Kerja melihat gelagat dan menilik segala perilaku gadis yang bernama
Azmina.
Banyak
juga saudara mara sebelah ummi Badrul. Dari informasi yang dia terima daripada
Puan Laila sendiri, acara BBQ ini adalah acara bulanan dalam keluarga belah
Puan Laila sendiri. Adik beradik Puan Laila ada lapan orang semuanya, sebab itu
meriah terus rumah mereka dan yang menarik minat Badrina adalah status Azmina
dalam keluarga Puan Laila. Azmina adalah anak angkat kepada Tuan Kahar, pak
long kepada Badrul dan juga dalam erti kata lain cucu perempuan sulung bagi
Hajah Sameon, nenek tunangnya.
“Honey,” tiba-tiba kelibat Badrul di sisi
Badrina yang ketika itu sedang duduk di bawah khemah kecil sambil menikmati
makanan yang baru sahaja dia ambil tadi.
Apabila
melihat akan kehadiran Badrul di situ, gadis itu sambung menikmati rezeki di
hadapannya. Reaksi begini amat merisaukan Badrul sekaligus dia ingin meleraikan
kemusykilan yang bermain di mindanya. “I tengok you diam sahaja dari tadi. You
okay tak honey?”
“Okay
saja,” balas Badrina pendek.
Badrul
melabuhkan punggungkan di atas kerusi yang berdekatan di situ. Pinggan yang
berisi makanan juga diletakkan di atas meja di hadapan mereka berdua kini.
“Tapi hun nampak macam tidak okay,
ada apa-apa yang telah berlaku?”
“Tak
ada apa-apa yang berlaku sebenarnya,” kata Badrina sambil menghela nafas berat.
“I nak tanya you something.”
“Apa
dia?”
“Tadi
petang I ada terdengar dari ayah you, something
about you tinggalkan Azmina,” anak mata Badrina tekun melihat reaksi Badrul
yang masih kelihatan tenang merenung dirinya. “You dengan Azmina yang
dimaksudkan oleh ayah itu ada apa-apa hubungan sebelum ini ke? Betul ke Azmina
yang tadi kita jumpa di dapur itu?”
“Please don’t let this thing ruined your
night sayang,” ucap Badrul. Nampak sangat lelaki ini sepertinya ingin
mengelak dari menjawab soalan-soalan yang diutarakan oleh Badrina sebentar
tadi.
“Sebab
itulah I tanya terus kepada you mengenai hal ini and I need to trust you on this matter.”
Badrul
menghela nafas kesal sebelum dia menjawab soalan daripada Badrina. Baru sahaja
dia ingin bersuara, kedengaran sorakan kuat dari bahagian depan. Konsentrasi di
antara mereka berdua amat terganggu dengan sorakan yang kuat itu. “Kenapa tu?”
“Ini
mesti nenek dah datang,” balas Badrul.
“Nenek?
Masa kita bertunang tempoh hari, I tak nampak pun nenek belah ummi you.”
“Dia
ada sebenarnya,” ucap Badrul. Kali ini anak mata mereka terus sahaja menangkap
sesusuk tubuh gempal dengan langkah yang ligat masuk ke kawasan di mana mereka
mengadakan BBQ.
Badrul
dan Badrina terus sahaja bangkit dari tempat duduk mereka lalu melangkahkan
kaki mereka menghampiri di mana semua saudara-mara mereka berkumpul untuk sesi
salam-salaman. Kini sampailah giliran Badrul dan Badrina untuk bersalaman.
“Hey,
barulah nampak cucu sulung nenek ni. Apa khabar sayang?” Hajah Sameon terus
sahaja memeluk cucu sulungnya sambil menepuk bahu Badrul berkali-kali. Selepas
itu pandangannya beralih menuju di mana Badrina berada. Serta-merta sahaja raut
wajahnya bertukar keruh.
“Siapa
ini Adul?” mendengar sahaja nama timangan yang disebut oleh Hajah Sameon kepada
Badrul, hati Badrina sudah tergelak sakan. Klasik giler nama dia, Adul! Tapi
mengenangkan kekeruhan wajah wanita tua itu, hati Badrina sedikit gusar.
“Inilah
tunang Adul nek. Kenalkan ini Badrina, honey,
ini nenek I yang paling awesome,
panggil nenek aja ya, nama famous
Hajah Sameon,” sejurus sahaja Badrul memperkenalkan sesama sendiri, Badrina
menyuakan tangannya untuk bersalam dengan Hajah Sameon.
Dengan
penuh perlahan, barulah tangan Hajah Sameon disuakan untuk bersalam dengan
Badrina. Itupun tangan tuanya segera ditarik sebelum sempat Badrina mencium
tangan itu. Perbuatan ini amat mengejutkan Badrina sendiri, begitu juga dengan
Badrul yang nampak akan perlakuan begitu.
“Adul,
nenek terlupalah pula, nenek ada bawa makanan, tertinggal rasanya dalam kereta
pak long. Kamu pergi ambil ya. Kereta H1 tu pak long bawa tadi,” antara rasa
bersalah, Badrul menghantar isyarat mata kepada Badrina. Harap-haraplah Badrina
baik-baik sahaja ketika menghadapi neneknya. Selepas ini tahulah dia akan
perangai Hajah Sameon.
Hilang
sahaja Badrul daripada pandangan mereka, Hajah Sameon kembali memandang Badrina
dari hujung kepada sehingga hujung kaki. Badrina rasa tidak tahu hendak buat
apa bila direnung begitu. Hendak lari rasa kurang ajarlah pula. “Jadi kaulah
perempuan yang menjadi pilihan Adul ni? Tak adalah hebat sangat sampai sanggup
menolak Azmina.”
Badrina
diam. Mungkin inilah jawapan yang dia hendak cari sepanjang hari ini. “Siapa
Azmina?”
“Kau
tidak kenal dengan Azmina? Seharian dia di sini kau tidak kenal dengan dia?”
“Saya
kenal, tetapi apa kaitan Badrul dengan Azmina sampai sanggup tolak-menolak?
Bukankah mereka hanya sekadar saudara sepupu,” jelas Badrina dengan nada suara
yang lembut. Hendak balas dengan nada sinis dia rasa malas. Harus bermain
dengan psikologi. Jikalau wanita di hadapannya ini berkata dengan kasar dan
penuh sinis, dia balas sahaja dengan penuh kelembutan dan bertindak seperti
biasa.
“Oh,
sepatutnya Adul dan Azmina bernikah bulan lepas. Tetapi entahlah kenapa
tiba-tiba Adul memutuskan pertunangan mereka berdua. Rupa-rupanya Adul
memutuskan untuk kau. Aku tengok biasa-biasa sahaja kau ini. Tak ada pun aku
nampak dari segi mana keistimewaannya.”
Terkejut.
Itu yang Badrina rasa sekarang. Badrul pernah bertunang? Betunang dengan
Azmina? Gadis kekwat yang dari petang tadi asyik terjeling-jeling sahaja
kerjanya. Menjeling kepada dia sahaja. Dengan orang lain macam biasa sahaja dia
tengok. Ini yang membuatkan perangai tersembunyi Badrina ingin keluar.
Si
nenek ini pula bukan main kasar lontaran bahasanya. Siap panggil guna kau-aku
lah pula. Canggung juga Badrina rasa bila orang tua menggunakan panggilan
tersebut. Janggal. Nampak sangat kasar. Selalunya kau-aku ini hanya untuk yang
rapat sahaja, seperti sejenis geng-geng kawan yang rapat.
Dengan
hati yang cuba untuk bersabar terhadap layanan yang baru sahaja dia terima,
Badrina mengorakkan langkahnya menuju di mana tempat makanannya ditinggalkan
sebentar tadi. Kalau di negeri orang lagi dia boleh berdikari sendiri,
dipulaukan oleh seorang nenek macam sekarang ini hanya perkara kecil sahaja
buat dirinya. Apa dia nak hairan, bukan dia yang terhegeh-hegeh, Badrul sendiri
yang menghantar rombongan meminang. Jangan pula ada timbul istilah
rampas-merampas dalam hal ini. Kalau timbul sekalipun, memang mengundang api
kemarahan Badrina namanya. Badrul pula mungkin masih mencari harta karun
neneknya di dalam kereta milik pak long.
Ketika
Badrina sedang menikmati makanannya sambil bermain dengan telefon bimbitnya,
tiba-tiba kerusi yang diduduki oleh tunangnya tadi kini sudah diisi. Lantas
sahaja Badrina memanggungkan kepalanya, ingin melihat siapakah gerangan yang duduk
semeja dengan dirinya itu.
“Kak
long, abang long panggil, dia suruh masuk dalam rumah. Ada benda abang long nak
bagi,” kening Badrina terus sahaja berkerut. Siapa pula budak remaja di
hadapannya ini siap panggil kak long lagi.
“Kamu
ini siapa ya dear?” tanya Badrina.
Mendengar
sahaja pertanyaan Badrina kepada lelaki remaja tadi, terus sahaja lelaki ini
tersengih sambil mengosok belakang rambutnya. Malu mungkin. “Sorry, terlupa pula nak perkenalkan
diri. Nama saya Syafiq. Orang-orang rumah panggil Syafiq juga. Nama penuh
Syafiq Aiman bin Ramlee.”
Adik
kepada tunang sendiri rupanya. “Ooooo, tak apalah Syafiq. Tapi kenapa panggil
kak long pula ni?”
“Laaaaa,
kan akak bertunang dengan abang long kitaorang, bakal kakak ipar kami semua,
sebab itu kena panggil kak long,” jelas Syafiq kepada Badrina.
“Hish,
akak tak biasalah dengan panggilan macam itu. Panggil saja Kak Rina, kan
senang. Kat sini dah banyak yang guna kak long. Specialitiy tu tak ada langsung,” bukan main lagi Syafiq
mengelakkan bakal kakak iparnya ketika ini. Apa yang lucunya? Badrina rasa dia
tidak ada melawak tadi. Dia hanya menyatakan apa yang berada di dalam benak
fikirannya sahaja.
“Awesomelah akak ni. Oklah, nanti Syafiq
beritahu adik-beradik yang lain panggil Kak Rina sahaja. Hah, akak jangan lupa
pesanan abang long tadi,” belum pun sempat Badrina membalas apa-apa, Syafiq
sudah bangkit dari tempat duduknya lalu berjalan menuju di mana kaum lelaki
banyak berkumpul iaitu kawasan BBQ. Senang, lepas daging-daging masak terus
sahaja selamat masuk ke dalam perut.
Tanpa
menunggu apa-apa, Badrina juga turut bangkit dari tempat duduknya, pinggan
makanan juga turut dibawa lalu dibuang ke dalam tong sampah. Pinggan kertas,
idea yang bijak sebab tidak perlu cuci banyak-banyak.
Kaki
dilangkah masuk ke dalam rumah melalui pintu dapur. Masuk sahaja ke ruang
dapur, di situ kelihatan Hajah Sameon sedang menikmati makanan bersama-sama
dengan Azmina, bekas tunang kepada tunangnya sendiri. Terbelitkan? Biar sajalah
dia terbelit.
Apabila
Hajah Sameon dan Azmina sedar akan kehadirannya di situ, bukan main aktif lagi
mereka berdua ini terjeling-jeling. Hak yang berumur sikit nampak sangat reaksi
tidak sukanya kepada Badrina, manakala si Azmina ini pula jeling-jeling curi.
Aku cucuk pula karang anak mata tu terjeling-jeling. Bukan cantik sangat pun.
Tak sakit ke bebola mata itu asyik nak terjeling-jeling sahaja. Heh!
Tetapi
Badrina pun turut menjeling juga. Mana mahu kalah! Badrina sebenarnya hairan,
anak bukan main ramai, tetapi bila Hajah Sameon sudah datang, tadi yang
saudara-mara ramai-ramai melepak di ruang dapur kini terus sahaja berpindah ke
ruang tamu, siap bawa makanan dengan piring masing-masing.
Anak
mata Badrina laju sahaja mencari kelibat si tunang yang teramat bertuah tetapi
tidak nampaklah pula batang hidung lelaki yang dicari ini. Badrina langsung
sahaja melangkah ke ruang dapur, di mana sepupu-sepupu perempuan tunangnya
sedang berkumpul.
“Mira, mana Badrul?” tanya Badrina kepada salah
seorang sepupu Badrul, Amira namanya.
Untuk menjawab pertanyaan Badrina itu, mereka semua
terus sahaja menunjuk jari-jemari mereka ke arah bilik rehat yang satu lagi.
Bilik rehat ini di mana tempat permainan seperti bermain snooker dan dart. Itu
belum termasuk alat-alat muzik. Semakin Badrina menghampiri bilik rehat
tersebut, suara sorakan lelaki mula kedengaran. Bukan main lagi mereka ini
bersorak-sakan.
Masuk sahaja Badrina ke dalam bilik rehat itu, terus
sahaja Badrina ternampak susuk tubuh badan Badrul yang sibuk bermain dengan
iMac. Tanpa membuang masa, Badrina mengambil kerusi roda yang berada tidak jauh
daripada situ, lalu duduk dekat dengan Badrul.
“Kenapa you panggil I?”
“Nak ajak you survey-survey
sikit untuk majlis perkahwinan kita honey,”
jawab Badrul namun matanya masih terpaku ke atas permukaan iMac.
“Awalnya you nak survey,”
tukas Badrina. Badrul pula memandangnya gadis di sisinya ini sekilas.
“Apa pula awal, ini dah memasuki fasa akhir dah. Dua
bulan lebih sahaja lagi. Tutup buka tutup buka mata, memang tidak terasa dah
tiga bulan.”
Badrina diam sejenak. Betul juga apa yang Badrul
jelaskan sebentar tadi. Persiapan untuk kahwin ini bukannya mudah. Apatah lagi,
sekarang ada dua orang juri tidak rasmi sepertinya sedang menghakimi dirinya.
Ini yang dia rasa nak buat satu majlis perkahwinan yang grand.
Tetapi sebelum itu, Badrina memerlukan satu
penjelasan daripada Badrul sendiri.
“You,” panggil Badrina.
“Kenapa?”
“I nak tanya pasal Azmina,” mendengar sahaja nama
Azmina disebut, terus perlakuan Badrul terhenti serta-merta. “You pernah
bertunang dengan dia kan?”
“Macam mana you tahu pasal ini?” kali ini Badrul
mengalihkan kerusinya untuk berhadapan dengan Badrina. Ketika ini, kedua-dua
lutut mereka sudah bertemu. Biar berbincang bertentangan empat mata, sebab
wajah Badrina sudah mula berkeruh. Gadis itu pula terus sahaja memeluk
tubuhnya.
“Dari nenek you,” balas Badrina sepatah.
“Nenek cakap apa dekat you?”
“You dengan Azmina sepatutnya kahwin bulan lepas dan
you sendiri yang putuskan pertunangan kamu berdua,” satu keluhan berat terlepas
dari bibir Badrul.
“Ya sayang, memang kami pernah bertunang. Ada sebab
I putuskan pertunangan kami.”
“Dan sebabnya adalah?”
“Biarlah I dengan ummi sahaja tahu mengenai perkara
ini ya sayang. Keburukkan orang I tidak mahu canangkan. Takut menjadi fitnah. Insya
Allah kalau diizinkan Tuhan, mungkin akan nampak.”
“Ummi tahu juga?” Badrul menganggukkan kepalanya
sebagai jawapan untuk soalan daripada Badrina.
“Hoi, sudah-sudahlah dating tu. Aku takut tiga bulan jadi minggu depan pula korang
dinikahkan,” satu suara daripada sepupu lelaki Badrul bersuara di dalam bilik
rehat itu.
“Wuish kalau minggu depan, lagilah aku suka,” terus
sahaja Badrina menampar paha Badrul bila lelaki itu gelak ketawa bukan main
sakan lagi.
“Pedihlah sayang,” adu Badrul sambil menggosok di
mana pahanya ditampar tadi.
“Siapa suruh gatal sangat. Itulah hadiahnya,”
sepupu-sepapat Badrul yang lain sudah mula mengetawakan Badrul.
Kali ini tangan Badrina sudah mula mengerjakan perut
Badrul. Bukan main lagi Badrul terjerit-jerit dari tempat duduknya sampai terjongket-jongket
badannya ingin mengelak cubitan padu daripada tunang tersayang.
Dalam mereka tidak sedar, anak mata Azmina ralit
melihat perlakuan mesra di antara Badrul dan Badrina. “Apa yang kamu lihat itu
Azmina?”
Hajah Sameon terus sahaja mengalihkan pandangannya
menuju di mana pandangan cucu perempuannya itu berada. “Huh, bukan main mesra
lagi budak berdua ini ya.”
“Abang Badrul nampak bahagia nenek. Kenapa abang
Badrul tidak pernah buat begitu kepada Azmina?”
Tidak ada jawapan terbit daripada Hajah Sameon untuk
pertanyaan daripada Azmina. Dia juga tidak tahu kenapa cucu sulungnya itu bertindak
untuk memutuskan pertunangan mereka berdua.
Dia akan siasat siapa sebenarnya Badrina ini.
Mungkin cucunya ini sudah begitu buta untuk menilai yang mana satu kaca dan
permata.
=============================================================
No comments:
Post a Comment