Bab 3
LEBAR senyuman di bibir Badrul sepanjang pengambaran
acara mereka bertunang. Tidaklah lama, hanya untuk beberapa minit sahaja, sebab
tidak boleh berlebih-lebih. Nanti kalau sudah sah nikah, baru boleh peluk
lebih-lebih.
“Hai
Gorgeous,” sapa Badrul ketika mereka
berdua berehat selepas pengambaran. Ketika itu mereka berdua berada di ruang
dapur untuk melepaskan dahaga masing-masing.
“Hmmm,”
itu sahaja respon daripada si tunang. Ini yang membuatkan Badrul nanar, kerana
sepanjang pengambaran mereka, asal sahaja Badrul hendak memulakan bicara,
Badrina begitu berat mulut untuk membalas kata-katanya. Ini mesti kes marahlah
ni.
“You
marah dekat I?” terjongket kedua-dua kening Badrina bila Badrul mengutarakan
soalan itu kepadanya.
Sejurus
selepas itu, raut wajah si tunang mula bertukar dengan raut yang penuh sinis,
“Tak adalah marah, lagilah I suka. Suka sangat.”
Sebuah
jelingan dihadiahkan kepada Badrul sebelum dia bangkit dari tempat duduknya
untuk mengambil makanan di dalam peti sejuk. Tetapi, baru sahaja dia mengalihkan
badannya, tiba-tiba lengannya dipegang kejap dan ditarik oleh Badrul. Bukan
main lagi Badrina terkejut bila tunangnya berbuat begitu sehingga membuatkan
dia terduduk semula di kerusi tadi.
“Kenapa
ni?”
“Let’s talk about this,” nada suara
Badrul sudah mula bertukar menjadi serius. Dia tahu tunangnya ini dalam keadaan
marah. Dia ingin berbincang, tidak mahu Badrina marah-marah. Mungkin ini juga
salahnya sebab menghantar tanda pertunangan dalam keadaan mengejut.
Apa
yang dia tahu, Badrina adalah seorang yang berhati bebas. Dia suka freedom. Salah satu punca mereka putus
dahulu adalah Badrina tidak suka dikontrol oleh dirinya. Sebelum keadaan
menjadi parah, lebih baik dia bawa berbincang.
Kedengaran
Badrina menghela nafas panjang. Pegangan di lengan Badrina dilepaskan.
Tiba-tiba, belum pun sempat Badrul berbuat apa-apa, jadi Badrina sudah
memulakan kerjanya.
“Aww
awwww aw sayang, sakitlah sakit!” apa tidaknya sakit bila jari si tunang sudah
mula mengetip perut Badrul dengan kuat. Bukan setakat ketip, habis sekali
dengan pakej dipulas dengan penuh rasa geram.
“Eeeeeee
I geram tahu apa yang you buat ini. Nah rasakan cubitan I yang berbisa ini. Nah
nah. I geram I geram.”
Tangan
Badrul sudah mendarat ke atas tangan Badrina untuk cuba melepaskan cubitan padu
itu daripada perutnya tetapi tidak dapat. Kuat sangat sampai terangkat-angkat
punggung Badrul menahan rasa sakit. Merah padam muka lelaki itu menahan
kesakitan.
“Sayang
tolong sayang, sakit. Honey honey please
please lepaskan,” terus sahaja Badrina lepaskan. Tetapi bila dia melepaskan
itu bukan main sakit juga sebab dia menarik segala isi-isi cubitan tersebut.
“Banyak
pula lemak you dekat perut itu ya,” ucap Badrina dengan senyuman yang penuh
sinis.
“Ai
honey, lemak lemak ini jangan sebut
ya. Sensitif tahu. I tahulah I dah lama tak workout,”
balas Badrul dengan nada merajuk. Namun di dalam hati bukan main suka bila
mendengar kata-kata Badrina yang sudah panjang daripada tadi. Kalau tadi, gadis
itu hanya setakat membalas kata-katanya dengan emmm, ya, ahhh, ohhh, dan paling
koman balas dengan sedikit angukkan.
Panggilan
mereka suatu ketika dahulu sudah mula keluar. Lagi menyenangkan hati Badrul
bila tunangnya ini tidak kisah sahaja akan panggilan tersebut.
“You
nak minum apa? Milo atau neslo?”
Mendengar
sahaja pertanyaan daripada Badrina, senyuman di bibir semakin lebar. “You masih
ingat minuman kegemaran I?”
“Ughhhhhhh
bosan bosan! Cepatlah jawab, nak milo ke nak neslo?” pandangan yang penuh
dengan rasa geram dilontarkan kepada Badrul. Siap tersengih persis bujang
senang lagi lelaki itu ya.
“Milo
saja. Nak milo kaw-kaw. Tabur atas juga ya honey.”
Badrina hanya mampu menggelengkan kepalanya sebelum dia mengambil cawan saiz
besar berwarna biru lalu membuatkan minuman milo kesukaan Badrul.
Macam
manalah dia masih ingat dengan minuman kegemaran Badrul, acap kali mereka chat di Turbo MSN, Badrul selalu
beritahu kepada Badrina bahawa dia sedang pekena milo kaw-kaw. Kalau dia tengah
belajar, dia siap eksyen buat milo campur nescafe, jadi neslo. Yelah, itu
perkara normal, semua perkara harus diberitahu melalui chatting mereka. Hendak mandi pun boleh saja jalan. Kadang-kadang
kalau datang kedua-dua merenyam, habis gambar topless dikongsikan.
Selesai
sahaja Badrina membancuh milo permintaan tunangnya dan juga minuman untuk
dirinya, dengan penuh berhati-hati dia menyuakan cawan besar berisi milo itu
kepada Badrul sebelum dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi bersebelahan
dengan Badrul.
“Emmmm,
sedapnya air tangan tunang tersayang. Pertama kali I merasa minuman milo yang you
buat ini bisa jadi I ketagihan nanti,” hampir separuh milo sudah selamat
mendarat ke dalam perut Badrul membuatkan Badrina hanya mampu terpaku melihat
reaksi daripada lelaki tersebut.
“Cepatlah
bincang pasal kita,” ucap Badrina tanpa mempedulikan pujian yang terbit
daripada bibir Badrul.
Terjongket
kening belah kanan Badrul bila gadis pujaannya ini sudah ingin memulakan
perbincangan. Matanya dilontarkan untuk melihat ke sekeliling ruang dapur itu,
ternyata hanya mereka berdua sahaja berada di situ. Mungkin yang lain masih
sibuk di ruang tamu. Almaklumlah, pelamin kecil yang terletak gah di ruang tamu
itu amatlah cantik walaupun kecil dan simple
sahaja.
“Ehem,”
deheman diluahkan sebelum memulakan bicara. “You tahu tak kita bertunang berapa
lama ni?”
Badrina
hairan. Kenapa pula tiba-tiba bertanyakan berapa lama mereka bertunang.
Selalunya kalau ahli keluarga mereka yang lain, terutama keluarga belah
papanya, paling sekejap bertunang pun dalam setahun diberikan tempoh. Sebab itu
Badrina nampak tidak kisah dengan tempoh mereka bertunang, sebab kalau dalam
masa setahun itu, apa sahaja boleh terjadi. Tetapi, untuk jawapan bagi
pertanyaan Badrul, gadis itu hanya mengelengkan kepalanya tanda tidak tahu.
“Tiga
bulan,” ucap Badrul sambil menaikkan tiga jari ditunjukkan kepada Badrina.
Badrina
yang amat terkejut akan kenyataan yang baru sahaja dihadamnya ini, dia yang
ketika itu sedang menyisip minuman daripada cawannya terus sahaja tersedak
dengan begitu kuat. “Apa? Are you
serious?”
“Ya
I serius, kita bertunang selama tiga bulan, lepas itu majlis perkahwinan kita.”
Badrina
sudah berang. Geram kerana tidak berbincang dengan dia dahulu mengenai perkara
ini. “Siapa punya cadangan tiga bulan bertunang ini?”
“I,”
balas Badrul sambil tunjuk diri sendiri.
Nafas
ditarik sedalam-dalamnya, ingin menghadam segala informasi mengenai hal
pertunangan mereka dengan lebih lanjut. Sebelum dia bertanya dengan lebih
lanjut, Badrina harus menenangkan diri sendiri. Kena berfikiran secara
rasional. Sungguh dia terasa amat tidak dihargai ketika ini. She cannot say no, and that is totally not
her personality.
“Wahai
Encik Badrul Ilham, sebelum I bertanya dengan lebih lanjut dan perkara ini
merebak, kenapa tidak ada angin tidak ada ribut, tiba-tiba pinang I jadi isteri
buat apa?” tanya Badrina disertakan dengan renungan tajam kepada lelaki yang
duduk di sebelahnya ini.
“Hanya
you seorang sahaja yang kenal dengan perangai I,” perangai apa pula maksud
Badrul ini. Penting sangatkah?
“Itu
I tak mahu tahu Badrul. I dah move on.
Dah begitu lama dah. Dah belasan tahun pun kita putus. Itu cinta monyet belaka.
In fact, you yang minta putus.”
Badrina tidak mahu mengalah. Mungkin ada harapan tidak jadi kahwin dalam masa
tiga bulan ini.
“I don’t care. By hook or by crook, I
akan jadikan you isteri I yang sah,” tegas Badrul kepada Badrina yang sudah
merona merah di setiap raut wajahnya yang halus itu.
‘Ughhhhhh
benci!’
========================================
FULL VERSION: RD Mind-blown Area [Group Facebook]
Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny