Wednesday, 7 September 2016

Kahwin Dengan Kekasih Lama - [Bab 5]

[sekadar gambar hiasan]


Bab 5

LIMA BELAS MINIT. Bukan main sekejap sahaja perjalanan dari rumahnya di Sri Hartamas ke rumah ibu bapa Badrul di Mutiara Damansara. Dalam lima belas minit itu juga Badrina berupaya menahan ulat bulu naik daun versi Badrul. Memang ulat bulu betul. Habis tangan Badrina dia nak pegang. Kalau tak dapat tangan, setakat jari-jemari Badrina pun dia nak genggam. Begitu dekat tempat tinggal mereka. Belum pun panas punggung Badrina duduk di atas kerusi kereta milik lelaki itu.

            Kereta Evoque yang dipandu oleh Badrul masuk ke dalam perkarangan rumah ibu bapanya. Rumah banglo dua tingkat itu dilihat dengan penuh tarikan. Cantik sangat pada pandangan Badrina.

            “Cantik rumah you,” puji Badrina ketika mereka bersedia untuk keluar daripada perut kereta. Macam biasa, Badrina menilik penampilannya sebelum keluar.

            “Bukan rumah I, rumah ummi dengan ayah. Ini rumah keluarga I,” ucap Badrul.

            “Habis tu you nak cakap ini bukan rumah you?”

            “Ya, I dah ada rumah sendiri pun dekat Damansara Height. Lagi dekat dengan rumah you. You tak tahu ke?” Badrina sudah terkedu dengan informasi yang baru sahaja dia terima seraya dia menggelengkan kepalanya untuk jawapan bagi soalan yang diajukan oleh tunangnya itu.

            “Kenapa I rasa rumah you lagi dekat dengan rumah I daripada rumah ini ya?” tanya Badrina sambil membuang rasa resah dan dengupan jantung yang masih bermain di dadanya. Iyalah, dah si tunang ini bukan main lagi merenung. Apa makna dia nak beritahu dia sudah mempunyai rumah sendiri kepada tunangnya? Sudah tentulah dia sudah bersedia untuk berumah tangga. Tu yang Badrina tiba-tiba menjadi bertambah seram.

            “I nak stalk you dua puluh empat jam,” kedua belah kening Badrul sudah dijongket dengan nakal.

            “Hish, kenapa gatal sangat ni!” tukas Badrina dengan nada yang geram. Kena buli lagi.

            “Dah lama tak gatal-gatal dengan you honey, rasa rindulah pula,” sebuah kenyitan nakal dihadiahkan terus kepada Badrina sehingga membuatkan gadis itu rasa geram dan malu. Geram kerana sering sahaja dibuli oleh lelaki tersebut, malu kerana Badrul masih ingat apa yang mereka lakukan semasa bercinta. Sungguh perbuatan dulu itu amat memalukan bila difikirkan sekarang.

            “You tak rasa malu ke dengan apa yang kita pernah buat dulu?” kali ini serta-merta Badrul terdiam. Raut wajahnya juga mula berubah apabila faham dengan maksud tersirat akan pertanyaan daripada Badrina.

            “Sebab itu I nak halalkan hubungan kita. Banyak sebab sebenarnya kenapa I pilih you menjadi suri hidup I, tetapi biarlah masa yang menentukan bila I terbuka hati untuk menceritakan kepada you. Tetapi, I yakin, I tidak silap memilih you sebagai isteri dan juga ibu kepada anak-anak I suatu hari nanti,” panjang berjela penjelasan Badrul kepada Badrina. Tangan Badrina sekali lagi dicapai lalu digenggam dengan erat. Pertama kali dia memegang tangan tunangnya, dia semakin ketagih. Mungkin inilah salah satu hasutan orang ketiga, memegang yang bukan muhrim itu nampak seronok, sebab itu hati Badrul semakin kuat untuk menghalalkan hubungan mereka berdua.

            Badrina menghela nafas berat. “Tetapi ini terlalu tiba-tiba Badrul, you tak rasa macam itu?”

            “Ya, I tahu pertunangan ini amat mengejutkan buat you, but please trust me honey, I mungkin move on, tetapi hati I belum move on sebenarnya. Secebis perasaan di dalam hati I masih ada tertinggal di situ.”

            “Macam mana you tahu I tinggal di mana? Macam mana you tahu dengan status I yang masih single? Kalau I ada boyfriend sekarang ini, apa you nak buat?” kali ini Badrina mengajukan soalan cempu emas kepada Badrul. Banyak sebenarnya benda musykil yang ingin dia tanyakan kepada tunangnya ini, tetapi Badrina ingin mengambil langkah satu-persatu. Perkara ini bukan boleh ditekankan sebenarnya. Kena berfikiran secara rasional.

            Kali ini bibir Badrul sudah terbentuk dengan riak yang nakal sehingga membuatkan Badrina terpanar buat seketika. Dah kenapa pula tiba-tiba senyum macam kerang tak laku dia ini?

            “I tahu dari Facebook Afrina,” balas Badrina dengan satu patah perkataan.

            Badrina terus sahaja terdiam. Bibir Badrul semakin nakal.

            “I hairanlah honey, Afrina buat Facebook baru pun you gigih add friend dia. Kenapa ya sayang?”

            Badrina resah. Anak matanya juga sudah mula melarikan dari memandang anak mata Badrul. Dia punya soalan memang head-shot terus! “Tak… Tak adalah, I saja nak tambah kawan dekat Facebook.”

            “Ye ke sekadar nak tambah kawan? Afrina cakap dekat I, korang berdua bercakap dekat Facebook pun tak pernah, komen status tak pernah, like gambar pun jarang, asal Afrina upload gambar-gambar yang ada muka I, mesti nama you ada timbul bagi like, apa maknanya tu sayang?”

            Tidak tentu arah Badrina dibuat oleh Badrul sendiri. Sebelum dia termasuk ke dalam perangkap tunangnya ini dengan lebih dalam lagi, lebih baik dia melarikan diri. “Hish, merepek!”

            Badrul ketawa kuat melihat respon daripada Badrina. Suka dia melihat wajah merah padam daripada gadis itu. Comel sahaja dia tengok. Kalau sudah halal, memang pipi gebus Badrina menjadi mangsa kucupannya.

            Gadis itu lantas membuka pintu untuk keluar dari kereta Badrul. “Cepatlah masuk dalam. Nak tolong ummi awak ni. Buang masa I nak dengar you merepek tak habis-habis.”

            Tanpa membuang masa, Badrul juga keluar daripada keretanya dengan sisa-sisa gelakkan sebentar tadi. Nampak seperti tidak mahu, tapi sebenarnya mahu. Harapan untuk memikat hati Badrina semula nampaknya semakin tinggi.

            Dengan senyuman yang paling manis dan lebar dilontarkan oleh Badrul, lelaki itu memegang lengan Badrina sambil membawa masuk tunangnya itu ke dalam rumah milik keluarganya.

            Pintu utama dibuka dari luar. Tak perlu ketuk pintu, dah rumah sendirikan, sebab itu Badrul terus sahaja masuk. Tetapi apabila masuk sahaja ke ruang tamu, Badrul sudah mula buat aksi macam tarzan. Habis bingit telinga dengan hati yang terkejut tatkala mendengar Badrul melontarkan suaranya ke seluruh pelusuk rumah. “Assalamualaikum orang rumah! Along bawa tunang along ni! Ummi!”

            Geram rasa hati dengan jeritan padu daripada Badrul, terus sahaja dia menepuk bahu tunangnya itu dengan kuat. Selepas sahaja ditepuk, lantas Badrul menoleh ke sisinya di mana Badrina berada. “Janganlah jerit kuat-kuat. Terkejut I tahu.”

            Laju sahaja jari Badrul memicit hidung mancung Badrina. Bukan main lagi Badrina menghempuk tangan tunangnya itu dengan rasa geram. Apasal nakal sangat ni? Ulut bulu naik daun betullah. “Eeeeee, kenapa gatal sangat ni?”

            “Tak sabar rasanya nak kahwin dengan you honey. Cuba you bayangkan, I balik rumah dari tempat kerja lepas tu I jerit macam tadi, lepas tu kan honey, you pula sambut I balik, you dari dapur sebab tengah memasak,” belum pun sempat Badrul meneruskan kata-katanya, kali ini jari Badrina sudah selamat hinggap di atas perut lelaki itu.

            “Jauhnya angan-angan you Encik Badrul Ilham. Hish, makin lama makin keluar sifat semula jadi dia ya.”

            “Rindu kenangan kita yang dulu-dulu sayang,” ucap Badrul dengan penuh makna.

            Walaupun mereka hanya bercinta di alam maya selama sepuluh bulan, tetapi mereka berdua ini jenis yang mengongsikan cerita masing-masing. Memandangkan hari ini adalah buat pertama kali mereka meluangkan masa bersama-sama selain daripada acara betunang tempoh hari, memang segala cerita-cerita lama serta-merta sahaja keluar.

            “Jangan nak rindu-rindu. Ada sebahagian kenangan yang tidak elok dikenang,” tegur Badrina.

            “Tetapi ada juga sebahagian kenangan yang manis untuk dikenang honey.” Badrul bagai tidak mahu mengalah untuk membalas kenyataan daripada Badrina sendiri.

            Belum pun sempat Badrina membalas kata-kata daripada lelaki itu, terdengar suara wanita menegur daripada ruang atas. Lantas sahaja Badrul dan Badrina memanggung kepala mereka berdua ke arah di mana suara itu berada. Apabila anak mata mereka sudah mengetahui akan pemilik suara itu, kedua-duanya sudah melontarkan senyuman.

            “Kenapa jerit-jerit ni along? Tak malu dekat Badrina ke?” dalam masa yang sama, Badrina lantas sahaja mencapai tangan wanita itu lalu mencium tangan ummi kepada tunangnya ini.

            “Ala, macam tak biasalah pula ummi ini,” selepas sahaja Badrina bersalam dengan umminya, kali ini dia pula yang menyambut tangan umminya untuk bersalam.

            “Jangan kamu layan sangat perangai dia ini ya Badrina. Awal pula kamu datang. Acara BBQ nanti malam sayang,” tutur Puan Laila sambil tersenyum melihat penampilan Badrina di hadapannya kini.

            Penampilan seperti anak-anak zaman sekarang. Baju longgar, tetapi memakai jeans ketat. Wajah si bakal menantu pula penuh dengan solekan tetapi tidak nampak tebal. Nampak manis di mata tuanya. Biarlah anaknya nanti mendidik Badrina mengubah penampilan gadis ini ke arah yang lebih baik.

            “Panggil Rina saja mak cik. Nak tolong mak cik sediakan barang-barang untuk BBQ nanti malam,” ucap Badrina.

            “Ok, panggil Rina sajalah ya. Hah, jangan nak panggil mak cik, panggil ummi ya. Kalau macam itu, jom pergi dapur. Pergi letak beg tangan tu dalam bilik along. Nanti banyak orang, susah nak jaga,” tanpa menunggu balasan apa-apa daripada mereka, wanita itu lantas sahaja mengorakkan langkahnya menuju ke ruang dapur.

            Hilang sahaja badan Puan Laila daripada pandangan mata mereka, terus sahaja Badrina menyuakan beg tangannya kepada Badrul. “Nah, pergi simpan dalam bilik awak.”

            Tetapi Badrul tidak menyambut beg tangan itu, malah bibirnya sudah tersenyum nakal. “Youlah pergi naik atas, letak kat dalam bilik I sendiri.”

            “Hish, jangan nak main-mainlah. Nah, simpan elok-elok ya,” dengan segaris senyuman, Badrul menyambut beg tangan milik Badrina ke tangannya.

            “Yelah sayang. Nanti kalau ada apa-apa, minta saja dekat I ya,” laju sahaja Badrina menganggukkan kepalanya sebelum dia berlalu ke ruang dapur di mana Puan Laila berada.

            Masuk sahaja Badrina ke ruang dapur, kelihatan Puan Laila sudah sibuk mengeluarkan segala perapan ayam dan daging dari dalam peti sejuk. Terus sahaja Badrina menghampiri di mana Puan Laila berada.

            “Rina, nah angkat semua daging-daging ni pergi letakkan atas meja sana. Lepas itu, buat minuman dalam jag besar ya. Manisan-manisan ummi dah sediakan. Rina pandai-pandailah yang buat macam rumah sendiri. Kalau tidak tahu di mana, Rina selongkar sahaja semua isi di dalam dapur ini.” Badrina langsung sahaja membuat seperti yang diarahkan oleh Puan Laila. Nasib baik dia memang sudah mengayakan rambutnya diikat pony tail. Senang sikit dia nak berkerja.

            Tidak lama selepas itu, sesusuk tubuh lelaki yang kurang lebih sama dengan Badrul. “Assalamualaikum,” sapa lelaki itu.

            “Waalaikumsalam, eh abang. Bila abang sampai?” ucap Puan Laila. Kini barulah Badrina tahu, inilah ayah kepada Badrul. Banyak juga kisah yang dia tahu mengenai ayah Badrul melalui Badrul sendiri.

            “Abang baru saja sampai, terus cari awak dekat sini,” kali ini anak mata Tuan Ramlee dialihkan kepadanya. “Ini tunang along kan?”

            “Yelah tunang along,” ucap Puan Laila. “Cantik tak bang?”

            Tersipu-sipu Badrina di tempatnya bila bakal ummi mertua memuji dirinya cantik. Nampak ada penambahan point di situ. Badrina laju sahaja menyambung pekerjaannya yang tergendala tadi.

            “Cantik. Patutlah dia sanggup lepaskan Azmina macam itu saja.”

            Dalam diam dahi Badrina berkerut. Azmina? Siapa Azmina? Tetapi, Badrina cuba untuk bersikap seperti tidak mendengar akan kata-kata daripada Tuan Ramlee tadi, walaupun nada suara lelaki tua itu sebenarnya rendah, tetapi telinga Badrina ini amat tajam sebenarnya. Mudah mendengar dengan lebih jelas dan tajam.

            “Hish, jangan cakap macam itulah. Abang pergi tukar baju bersiap untuk malam karang. Pergi cepat.” Puan Laila terus sahaja menyambung kerjanya apabila suaminya tadi sudah hilang dari pandangannya. Badrina juga cuba untuk tidak membangkitkan mengenai dengan sebaris nama tadi. Nantilah dia tanya Badrul sendiri.

            Sebahagian kerja di dapur sudah hampir selesai. Jam sudah menunjukkan lima belas minit lagi ke pukul tujuh malam. Sudah masanya untuk bersedia sembahyang maghrib dan isyak. Ketika Puan Laila dan Badrina bersedia untuk berhenti sebentar, tiba-tiba kali ini Badrul pula masuk ke ruang dapur dan langkahnya laju sahaja menuju di mana Badrina berada. Puan Laila ketika itu sudah hilang dari pandangannya. Ini bererti hanya mereka berdua sahaja yang berada di ruang dapur tersebut.

            “Kenapa?” tanya Badrina.

            “Nah, telefon you dari tadi asyik sahaja berbunyi. Whatsapp pun banyak pesanan masuk. Tapi semua nombor telefon yang tidak ada dalam simpanan you,” telefon bimbit milik Badrina disuakan sebelum gadis itu menyambut. Lantas sahaja Badrina memeriksa telefon bimbitnya lalu membaca pesanan-pesanan ringkas yang dia terima.

            “Siapa mereka semua itu sayang?” Badrina laju sahaja memanggungkan wajahnya melihat Badrul. Kali ini barulah dia tersedar sesuatu.

            “You selongkar beg tangan dan telefon bimbit I?” tanya Badrina dengan nada yang tidak percaya.

            “Dah telefon bimbit you berbunyi sahaja honey. I can’t help it to check it out. Manalah tahu benda emergency,” hanya sebuah jelingan sahaja yang Badrina mampu hadiahkan kepada tunangnya itu. Lagipun buat apa Badrina nak takut, bukan ada benda pun dia nak sembunyikan daripada Badrul. Dalam hal ini, Badrina tidak kisah sangat sebenarnya. Sekali sekala menegur supaya Badrul tidak melebihi batas.

            “Tapi ada satu yang menarik minat I sebenarnya semasa I selongkar beg tangan you sayang,” kali ini segala perlakuan Badrina terus sahaja terhenti. Apa pula yang dia nampak? Takkanlah dia ternampak pad pula, pad sudah begitu kemas dimasukkan ke dalam beg khas kecil.

            Lelaki itu mengeluarkan sesuatu daripada poketnya lalu menayangkan satu paket berwarna merah ke hadapan mata Badrina sehingga membuatkan anak mata gadis itu bulat. Terkejut. Badrul sendiri pula sudah tersenyum dengan penuh makna.

            “Apa ni honey? Jamu jerat suami dia kata. Wow, I never know you consume these things. Tapi bagus juga, untuk penjagaan awal,” satu kenyitan nakal dihadiahkan daripada Badrul sehingga membuatkan Badrina malu bercampur geram dan marah.

            “Eeeeeeee biarlah I minum JJS tu!”

[Khasiat JJS; gambar hiasan]

            “Tak apa, I suka. Nak tahu juga macam mana dia punya hasil nanti, terutama malam pertama ya sayang. I dah siap google tahu benda ini and it’s very amazing. Patut badan pun hot semacam saja I tengok,” dengan hati yang gundah gula, terus sahaja tangan Badrina menjadi ketam ke atas perut Badrul. Cubit-cubit sayang sebenarnya. Hanya ingin membuang malu.

            “Ouch ouch ouch honey, stop stop. Sakitlah honey,” tetapi Badrina tidak peduli malah tangan semakin galak mencubit perut Badrul. Bukan main lagi lelaki itu menjerit mengelak ketam batu milik Badrina.

            “Biar you sakit biar. Suka sangat sakat I ya.”

            “Ehem!” satu suara asing kedengaran di dalam ruang dapur tersebut sehingga membuatkan perlakuan di antara Badrul dan Badrina sekelip mata sahaja terhenti. Mereka berdua mengalihkan padangan mereka di mana suara itu berada. Seorang gadis yang bertudung litup, berpakaian sopan berdiri di hadapan mereka sambil membawa bekas makanan yang besar.
            
            “Oh hai Azmina,” sapa Badrul.

            Ini Azmina? Adakah ini Azmina yang disebut oleh Tuan Ramlee tadi?


================================
drum rollsssssss!

No comments:

Post a Comment