[Sekadar gambar hiasan]
Bab 4
SEMINGGU Badrul dan Badrina bertunang, seminggu itu juga
Badrina tidak menghiraukan setiap kali panggilan dan pesanan Whatsapp daripada
Badrul. Sekarang ini Badrina sedang mogok. Mogok tidak mahu bercakap dengan
Badrul. Mogok tidak mahu bercakap dengan seisi keluarganya. Dia merajuk.
Pesanan
Whatsapp ada blue tick, Badrina tidak
kisah dengan hal itu. Biar tunangnya tahu dia sedang mogok. Akan tetapi,
sepanjang seminggu itu juga Badrul tidak berputus asa untuk cuba berinteraksi
dengan Badrina melalui apa kaedah sekalipun. Ini yang membuatkan hati Badrina
sedikit terkutik. Terkenang kisah lama-lama dahulu kala, ketika mereka baru
sahaja mula berkenalan di alam maya.
Mereka
berdua mula berkenalan di Asia Free Chat.
Memang kat situ banyak rumah-rumah untuk berkenalan. Orang dulu-dulu sebut room. Untuk menjadikan mereka berdua ini
terhebat ialah mereka berdua adalah chatters
yang terkenal dari room yang penuh
dengan otak-otak kuning. Otak biru. Otak hijau. Memang semua warna ada dekat
dalam room tersebut. Memang sudah
amat maklum banyak buaya darat dekat situ, sebab itu Badrina jenis tidak layan
sangat chatters yang sok-sok famous. Badrina masih ingat, dahulu
Badrul memang chatter yang paling
laku sehingga banyak chatters
perempuan sanggup bergaduh untuk mendapatkan perhatian Badrul.
Tetapi
tidak pada Badrina. Sebab itu, Badrul pula yang gigih meraih perhatian Badrina.
Tidak cukup di room, lelaki tersebut
cuba pula mengayat dalam private message.
Badrina pula, bila melihat nama Badrul yang timbul di dalam ruang private message, memang dialah yang
terakhir sekali akan dilayan. Terakhir sekali bermaksud bila dia sudah hendak
masuk tidur, baru Badrina akan memberikan respon kepada pesanan ringkasnya.
Alah, tak banyak pun, habis-habis cakap ‘saya nak tidur, esok sekolah.’
Badrina
tersenyum bila mengenang kembali kisah lama mereka berdua. Dia baru sahaja selesai
membaca Whatsapp dari encik tunangnya. Kadang-kadang, Badrina sendiri boleh
tersenyum sendirian bila membaca text
daripada Badrul. Ini kerana lelaki itu menggunakan panggilan mereka berdua
ketika mereka bercinta monyet dahulu.
Badrul: Honey,
nanti malam I pergi ambil you ya, ummi jemput makan malam dekat rumah. Keluarga
belah ummi semua berkumpul. Kami nak buat BBQ kat sini. Honey join sekali ya,
nak kenalkan you dekat family I.
Badrina
yang baru sahaja selesai jogging itu
terus sahaja terbuka hati hendak membalas Whatsapp si tunang. Sejahat-jahat
Badrina, ingin juga dia berjumpa dengan ahli keluarga Badrul, terutama sekali
belah umminya. Ahli keluarga belah ummi memang memberikan ingatan yang kuat
kepada Badrina, ini kerana tunangnya itu dulu kerap kali bercakap mengenai
keluarga belah umminya. Sebab saban minggu sahaja, mesti balik kampung ummi.
Keluarga belah ayah pula jauh, dekat Johor. Tetapi sebenarnya, keluarga belah
ayah Badrul lagi cool berbanding
belah ummi. Ini dari perhatian Badrina sendiri.
Badrina:
Ok. Dalam pukul berapa you ambil I? Boleh
I bersiap awal?
Badrul:
Yes! Akhirnya honey balas juga text I. I
ambil you pukul 6 ya, boleh tolong-tolong ummi sikit dekat rumah.
Badrina:
Jangan nak over sangat. Ok, kalau macam itu, you ambil I pukul 5
saja. Boleh tolong ummi.
Badrul:
Yelah, hun tengah excited ni tau. Noted.
Honey tunggu I ya.
Sejurus
sahaja perbincangan dipersetujui, Badrina tidak lagi membalas sebarang Whatsapp
Badrul selepas itu. Sekali-sekala menjadi burung merpati semula, seronok juga
dia rasa. Ialah, mereka sudah belasan tahun tidak berhubung, tiba-tiba timbul
pula macam durian runtuh membawa peminangan dan terus bertunang.
Tok!
Tok! Tok!
Pintu
diketuk dari luar.
“Masuk,”
arah Badrina sambil berbaring di atas katilnya dengan mata dan jari ralit
mengulit telefon bimbitnya sendiri.
Pintu
tombol dibuka dari luar, anak mata Badrina terus sahaja melihat sekilas ingin
tahu siapa yang masuk ke dalam biliknya.
“Kak
Rina.” Qistina sudah meluru masuk terus sahaja melabuhkan punggungnya dibirai
katil milik Badrina.
“Kenapa?”
matanya kembali melihat Instagram dan
akaun Facebook miliknya. Cepat sahaja
jarinya memainkan peranan.
“Marah
lagi tak dekat papa, mama dan abang Bad?”
“Apasal
tanya soalan macam itu pula? Dah tentulah kak Rina masih marah,” sebuah
jelingan diberikan kepada Qistina diikuti dengan kerutan di kening.
“Tak
baik tahu buat kat mama dan papa macam itu lama-lama. Dah lebih tiga hari kak
Rina tak mahu bercakap dengan diorang.” Badrina mengeluh mendengar teguran
daripada adiknya sendiri. Memang ada benarnya kenyataan daripada Qistina. Dia
terlalu keras untuk menerima dengan apa yang telah berlaku.
Tapi
entahlah, dia sebenarnya belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga kini.
Lesbian? Tidak, dia bukanlah lesbian. Dia masih suka lelaki. Malah matanya
aktif sahaja gatal bila tengok badan ketak-ketak lelaki.
“Hmmm
tak apalah, nanti kak Rina cakap dengan papa dan mama. Sekarang mereka dekat
mana? Tak dengar pula kelibat mereka berdua hari ini?”
“Macam
biasa kak Rina, pergi honeymoon,”
bukan main lagi Qistina tersengih ketika menyebut perkataan honeymoon. Nampak sangat kegatalan di
situ. Adiknya ini pun dua kali lima otak kuning. Itu belum termasuk kalau abang
mereka yang join venture, abang Badri
mereka ini bukan setakat kuning, malah sudah berkarat.
“Honeymoon dekat mana pula?”
“Pergi
genting saja.” Badrina hanya mampu menganggukkan kepalanya setelah menerima
informasi keberadaan ibu bapa mereka sekarang.
“Abang
Bad pula?”
“Hah,
bercerita pasal abang Bad ni, jomlah kak, ikut adik skodeng abang Bad,” bukan
main lagi Qistina terjongket-jongket kedua belah keningnya, reaksi muka juga
cukup pakej nakal sehingga membuatkan Badrina sedikit hairan dengan ajakan si
adik.
“Skodeng
abang Bad kenapa pula?” dari berbaring tadi, terus sahaja Badrina bangkitkan
badannya lalu menyandar di kepala katilnya.
“Adik
nak skodeng abang Bad dating dengan
makwe dia.”
“Abang
Bad ada girlfriend?” wahhhh muka dah
bertukar menjadi excited. Lagi teruja
bila Qistina menganggukkan kepalanya tanda mengiyakan soalan daripada kakaknya.
“Macam
mana adik tahu?”
“Ternampak
abang Bad dating kat restoran sambil
pegang-pegang tangan gitu,” bukan main lagi kedua-dua adik perempuan Badri ini
hendak menyakat si abang sulung.
“Nanti
kita pergi skodeng sama-sama. Cantik tak bakal kakak ipar kita?”
Ibu
jari milik Qistina sudah naik, “Cantik habis. Fashionista dan hijabis.”
Wahhhh
ini kalau mama tahu, memang abang Badri mereka akan dikerahkan untuk membawa
calon menantu dengan kadar segera.
JAM menunjukkan lima minit lagi ke angka pukul lima
petang. Badrina sibuk membuat video di dalam MacBook Pronya. Sudah menjadi
rutin mingguan, untuk rancangan Youtubenya,
dia membuat video cara-cara solekan, dan pada minggu ini pula, cara solekan
untuk pergi ke rumah mertua. HAHA! Sebab itu Badrina awal siap, hanya tunggu
Badrul menyusul menjemputnya di depan pintu rumah.
Pin!
Pin!
Terkejut
Badrina apabila kedengaran bunyi hon kereta dari luar. Ini mesti Badrul sudah
sampai, sebab adiknya Qistina juga sudah keluar tadi awal petang. Hanya Badrina
sahaja yang tinggal bersendirian di rumah ketika itu. Kalau ahli keluarga pun
yang sampai, tak adanya mereka main hon-hon depan rumah. Terus saja masuk. Dah namanya
rumah sendiri.
Tidak
lama kemudian, satu pesanan masuk melalui aplikasi Whatsapp. Badrina tahu pesanan itu daripada Badrul, sebab Badrina
setkan lagi notifikasi khas buat pesanan Badrul. Setelah selesai save apa yang patut, tutup MacBook
Pronya, Badrina lantas menyimpan komputer ribanya ke dalam bilik.
Dalam
perjalanan naik ke tingkat atas, Badrina langsung sahaja membuka pesanan
ringkas yang dihantar oleh tunangnya itu.
Badrul: Honey,
I dah sampai ni.
Laju
sahaja jari Badrina mengetik untuk membalas pesanan daripada Badrul. Ingin
memaklumkan kepada lelaki tersebut bahawa dia sudah maklum akan kehadirannya di
situ.
Badrina: Kejap.
Selepas
sahaja dia meletakkan komputer ribanya di dalam biliknya, laju sahaja dia turun
tangga, lalu mencapai beg tangannya yang terletak di tempat dia duduk tadi.
Pintu utama dibuka, tetapi sebelum dia melangkah keluar, Badrina sempat menelek
penampilannya melalui cermin besar yang terletak di sisi pintu utama tersebut.
Memang
di situlah tempat kegemaran anak-anak Tuan Haji Qamarul sebelum keluar rumah.
Melaram nombor satu. Baik yang sulung sehinggalah yang bongsu. Silap-silap, papa
mereka pun sama dua kali lima melaram dekat situ. Di mana tumpahnya kuah kalau
tidak ke nasi.
Sebuah
kereta Evoque merah milik Badrul siap menunggu di perkarangan rumah Badrina.
Dengan penuh berhati-hati, Badrina melangkah menuju ke kereta tersebut. Laaaa,
dia tidak keluar daripada kereta dia jemput aku. Well, who cares.
Apabila
Badrina masuk ke dalam kereta Badrul, anak mata lelaki itu bagai tidak lepas
menilik penampilannya. Selepas Badrina memasang tali pinggang keledarnya, terus
sahaja dia menoleh menghadap lelaki itu.
“Kenapa?
Ada yang tak kena ke dengan penampilan I?” tanya Badrina sambil menilik
penampilannya sekali lagi. Aku rasa aku pakai sesantai yang boleh mengikut tema
acara BBQ.
“You
nampak cantiklah hari ini. Nak goda I ke?” ujar Badrul sambil melirik matanya
nakal ke arah Badrina yang sudah tampak meluat akan kata-katanya sebentar tadi.
“Jangan
nak mengada-ada ya. Cepat jalan. Nanti tak dapat tolong ummi you. Nak ambil point lebih ni,” arah Badrina sambil
menilik hasil solekannya dari cermin yang terletak khas di penghadang matahari
di atas kepalanya itu.
Tergelak
kecil Badrul tika mendengar kenyataan daripada si tunang. Lucu. Dalam-dalam
mogok, mahu juga dia mengumpul point daripada bakal mertua. Don’t worry sayang, ummi really love you
that much already.
Tanpa
membuang masa, Badrul memandu kereta Evoquenya keluar daripada perkarangan
rumah Badrina. Sepanjang perjalanan menuju ke rumah ibu bapanya, mereka berdua
hanya diam sahaja. Tidak ada sebarang cerita yang diutarakan sesama sendiri,
dan ini membuatkan hati Badrul gatal ingin mendengar suara emas tunangnya.
“Honey.” Badrul memanggil Badrina yang
hanya diam tanpa respon. “You sedar tak apa yang membuatkan hari ini mungkin
hari yang penuh bermakna buat kita berdua?”
Mendengar
sahaja kenyataan daripada lelaki itu, dahi dan kening Badrina terus sahaja
berkerut seribu, “Penuh bermakna kenapa pula? Ada special ke hari ini?”
“Sepanjang
sepuluh bulan kita bercinta di alam maya, sebelas tahun tidak berhubung,
selepas itu sudah seminggu kita bertunang, hari ini dalam sejarah adalah buat
pertama kali kita berjalan sama-sama dalam satu kereta. Kita tidak pernah dating. You realise tak?”
Wow!
Badrina sungguh tidak menyangka mengenai perkara ini. Boleh pula Badrul masih
ingat berapa lama mereka bercinta dahulu. Lepas itu boleh pula kira berapa
tahun mereka tidak berhubung. Memanglah tidak berhubung, dah namanya putus
hubungan. Badrina dah move on pun dan
ya, memang benar, inilah kali pertama mereka pergi berjalan bersama-sama. Ala,
dulu-dulu masih budak-budak. Hendak keluar dating
jumpa dekat shopping complex pun
papanya mana bagi keluar. Baru nak minta izin keluar pergi shopping complex dengan kawan-kawan sudah kena interview seribu satu soalan akan keluar. Kadang-kadang tu, kena
buat pertanyaan saringan dekat mama dulu, kalau mama belum lepas, papanya
memang seratus peratus tidak akan lepas.
Badrina
memberikan sebaris senyuman kepada Badrul. Tanpa membuang masa, Badrina
mengambil telefon bimbitnya. Aplikasi kamera langsung sahaja dibuka.
“Jom
cepat, kita ambil gambar untuk kenangan,” nasib baik ketika itu mereka berhenti
semasa lampu baru sahaja merah. Terus sahaja mereka menyendengkan badan sesama
sendiri supaya dekat.
“Jangan
lupa send dekat I gambar tadi ya honey,” ucap Badrul sambil menggerakkan
keretanya kerana lampu sudah bertukar hijau.
“Yelah,”
bukan main kusyuk lagi Badrina bermain dengan telefon bimbitnya untuk memuat
naik gambar-gambar tadi ke laman Instagram dan Facebooknya.
“So honey,” ucap Badrul lagi.
“Ya?”
“Awak
sukalah ya kita bertunang ini? Nampak tadi macam sudah terima sahaja kita ini
bertunang?” laju sahaja Badrina menelengkan wajahnya menghadap Badrul dengan
reaksi yang tidak ingin percaya akan kata-kata yang keluar daripada bibir
lelaki itu.
“Jangan
mimpi ya Encik Badrul. Ya I akui, I menerima akan pertunangan ini, tetapi I
masih marah dengan apa yang you buat ini ya. Benda ini memang buat saya
terfikir. You yang minta putus dulu sebab tidak tahan dengan perangai I, tapi
tiba-tiba you pula yang meminang I untuk dijadikan isteri. I yakin, you punya kepercayaan
dekat I memang tak ada, dan I pun memang belum ada nilai kepercayaan untuk you.
Nil. Zero. Nada.”
“Well, that wouldn’t be a problem for me
honey. Sepanjang pertunangan kita ini, I akan pastikan our trust foundation is already there, dan selepas kahwin I akan pastikan
I akan jadi the best husband and father
to our children.”
“Jauhnya
matlamat you Encik Badrul Ilham,” ujar Badrina dengan nada tidak percaya.
“Insya
Allah dear, kita jadikan pertunangan
ini untuk memulakan apa yang terputus sebelas tahun dahulu. Kita boleh
berkenalan sekali lagi sebelum kita memasuki ke alam perkahwinan. Kita berdua
sudah dewasa, I yakin, kita sudah terlalu dewasa untuk berfikiran secara matang
mengenai perkara ini.”
Sekali
lagi Badrina terdiam akan kata-kata daripada Badrul.
Memang
betul apa yang diperkatakan oleh Badrul, mereka sudah dewasa untuk mengambil
kira perkara ini dengan cara yang matang. Biarlah masa yang menentukan hala
tuju untuk mereka berdua. Jikalau Tuhan sudah menentukan Badrul ini adalah
jodohnya yang sudah dicatit, dia harus menerima pertunangan ini dengan redha.
============================================
satu permulaan yang bagus. hehe.
No comments:
Post a Comment