Tuesday, 19 May 2015

His Independent Girl - [Bab 10]

Bab 10


HARI ini Shasha bersendirian di dalam biliknya. Menjadi kebiasaan, dia akan mengambil satu masa untuk mengimbas kembali kenapa dia menjadi seorang yang kuat. Kenapa dia begitu tidak suka dengan Tengku Iffat.
            Tengku Iffat mengingatkan dia akan seseorang. Apatah lagi menurut hasil sumber informasi dari kawan-kawannya, Tengku Iffat ini adalah sepupu kepada insan yang menjadikan dia begini.
            Seorang hati yang mudah rapuh tetapi terpaksa membina dinding yang kuat supaya ia tidak rapuh seperti dulu lagi.
            Tengku Amsyar. Bekas tunang yang sudah buat dajal kepada Shasha dahulu. Semakin dia membenci bila mengenangkan ayah kepada Tengku Iffat. Dalang yang menjadi punca semua ini terjadi. Kerana harta dan kerana nama.
            Macam mana Shasha boleh tahu semuanya. Bukanlah Shasha kalau dia tidak menyiasat akan orang yang dia suka terlebih dahulu. Pengalaman yang lama mengajar dia untuk berhati-hati. Akan tetapi, dari hasil pencarian yang lebih terperinci, memang ia amat menghancurkan hati Shasha. Bagai dilumat-lumat sampai hancur.
            Memang nampak seperti keanak-anakkan bila melihat Shasha dan Tengku Iffat sering bertarik tali, tetapi apakan daya, Shasha tidak mahu pisang berbuah buat kali kedua.


SEMINGGU sebelum Shasha berangkat ke UK untuk melanjutkan pelajaran, dia pergi ke TAN Mega Holding untuk memberi kejutan kepada tunangan yang dikasihi. Senyuman sedari tadi terbit dibibir nipis Shasha. Hari ini buat pertama kali dia memasak masakan kegemaran Tengku Amsyar hasil ajaran Aunty Ina, iaitu isteri kepada uncle Tengku Amsyar, sekaligus tuan punya syarikat di tempat tunangnya berkerja. Walaupun Tengku Amsyar itu hanyalah setakat anak buah mereka, namun Aunty Ina amat arif akan masakan kegemaran tunangnya itu.
Shasha terus berjalan menuju ke bilik CEO, di mana tunangnya berada. Ketika itu adalah waktu makan tengahari. Memang sejak mereka bertunang, Tengku Amsyar sentiasa memberi alasan mempunyai kerja ditengahari yang perlu disiapkan sehingga dia tidak dapat keluar makan tengahari dengan tunang sendiri. Baginya itu adalah alasan biasa yang didengar. Dia harus faham dunia perniagaan dan ahli korporat jesteru harus membiasakan diri dengan keadaan itu.
Tanpa mengetuk pintu, Shasha terus membuka pintu bilik Tengku Amsyar kerana dia tahu tunangnya itu berada didalam. Lagi pula kereta lelaki itu juga masih elok terletak di tempat letak kereta khas untuknya.
“Amsyar!” Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan Shasha ketika itu. Hatinya hancur dilumat-lumat, persis diblender dengan mesin blender melihat adegan yang baru sahaja bermain di matanya. Sungguh menjijikkan!
Kelihatan seorang perempuan sedang duduk di atas paha Tengku Amsyar sambil berkucupan sesama sendiri. Baju masing-masing juga tidak kemas dibahagian atas. Tangan si tunang yang satu lagi bukan main lagi bermain di dalam baju kemeja perempuan itu. Begitu kecil kedua manusia di hadapannya itu dimatanya kini. Membuat perkara yang tidak elok. Nampak pula ketika dia menyergah mereka berdua sedang melakukan projek, lagilah dia naik hantu.
“Shasha, I can explain Sha.”
Tengku Amsyar lantas menolak perempuan yang sedang duduk di atasnya itu sambil mengemas butang bajunya kembali. Belum pun sempat perempuan itu menghabiskan kemasan kemejanya, Shasha terlebih dahulu menarik rambut perempuan itu.
“Memang dasar tak tahu diuntung!” perempuan itu menyeringai kesakitan akibat tarikan yang kuat daripada Shasha.
Tengku Amsyar tergamam dengan tindakan Shasha. Tidak sangka Shasha akan bertindak begitu, selalunya Shasha hanya mempunyai sifat nakal-nakal manja jikalau bersama dirinya. Bersikap tegas apabila melibatkan dengan perkerjaan.
“Am, tolong Am,” perempuan itu merayu kepada Tengku Amsyar. Tarikan dirambutnya amat sakit persis hendak terputus rambut dengan kulit kepalanya. Apatah lagi keadaan dirinya belum kemas terutama dibahagian atas. Masih tersembul kedua-dua mahkota yang baru sahaja dikerjakan oleh Tengku Amsyar.
“Kau jangan dekat jantan. Kalau tidak, dengan kau aku kerjakan cukup-cukup. Kau belum tahu siapa Shasha yang sebenar,” ketika itu mata Shasha sudah merah menahan kemarahan. Sifat lamanya sudah kembali. Suatu ketika dahulu, hanya insan yang bernama Aril sahaja yang mampu mengawal sifatnya yang satu ini.
Melalui tarikan rambut itu, perempuan itu ditarik keluar daripada bilik pejabat Tengku Amsyar. Biar perempuan ini malu. Ketika itu, jam sudah menunjukkan waktu pekerja balik dari makan tengahari.
“Shasha, tolong Shasha. Mereka tak lama lagi nak sampai. Tolong Sha, tolong bagi aku butang baju aku Sha,” perempuan itu sudah memeluk kaki Shasha, merayu-rayu.
“Ohhh, dengan orang pandai kau nak malu ya betina, dengan Allah tak pulak kau malu bila tersembul dua-dua buah itu. Hah! Nak tunjuk sangatkan, nah tunjuklah dekat mereka semua. Kenapa Amsyar sahaja kau bagi tengok? Aku biarkan orang tengok kau macam ni,” rambut perempuan itu ditarik lagi, dibawanya ke tempat pintu masuk pejabat, yang berdekatan dengan pintu lift mereka.
Kelihatan Tengku Amsyar yang sudah berpakaian lengkap menghampiri mereka. Cuba untuk memujuk Shasha untuk tidak bertindak menjadi gila. Entah apalah yang dibuatnya tadi kerana lambat sangat hendak menghalang si kekasih hati ditarik oleh si tunang.
“Shasha, sudahlah tu. Lepaskan Sofea. Dia girlfriend aku, tak salah kan.”
Mendengar penjelasan itu, Shasha menendang alat kemaluan Tengku Amsyar dengan kuat sekali. Biar mandul! Bukan main selamba lagi dia cakap begitu, patutlah selama ini punya banyak alasan. Dasar keparat.
Tengku Amsyar senak dengan tendangan padu daripada Shasha sehingga dia tidak mampu bergerak, akhirnya dia rebah di situ menahan kesakitan yang menimpa dirinya.
Honey honey. Are you okay?” sempat lagi Sofea berkata sehingga mampu menaikkan amarah Shasha.
Honey? Ni honey kau.” Shasha mengheret badan Sofea betul-betul di hadapan pintu lift. Punat lift ditekan, sekelip mata pintu lift itu terbuka. Tanpa membuang masa, Shasha menarik badan Sofea ke dalam lift. Tengku Amsyar hanya mampu menjerit dari dalam pejabat.
“Shasha, kau nak buat apa ni Sha?” rayu Sofea sambil menangis dan menutup bahagian dada dengan bawahnya. Takut dia melihat wajah Shasha yang ayu menjadi bengis. Shasha yang dia kenal bukan begini.
Lift sudah sampai ditingkat bawah, lalu ditariknya perempuan itu keluar. Perempuan itu melawan untuk tidak keluar daripada lift, tapi dengan tenaga yang ada, Shasha menarik perempuan itu lantas menolak kuat ke hadapan, tepat atas lantai lobi.
Semua yang berada di lobi ketika itu terkejut dengan kehadiran perempuan yang amat dikenali oleh mereka semua, apatah lagi dengan keadaan baju sebegitu, memang amat menarik perhatian. Banyak yang sibuk mengambil gambar daripada menolong. Banyak yang sudah maklum Shasha itu adalah tunang kepada CEO, tidak ada sesiapa yang berani kacau.
“Jikalau ada sesiapa yang berani cuba untuk menolong perempuan murahan ini, siap kamu aku kerjakan,” besar suara Shasha di ruang lobi itu. Pekerja-pekerja yang pulang daripada makan tengahari semakin ramai mengerumuni di lobi.
Shasha melepaskan rambut Sofea sejenak lalu dengan pantas dia menarik kedua-dua belah tangan Sofea ke belakang. Biar tersembul habis! Sofea tidak mampu berbuat apa-apa di sisi Shasha, malu dengan keadaan dirinya.
“Shasha, apa yang awak buat ni?” tiba-tiba terdengar satu suara garau menyapa di telinganya. Kelihatan Tengku Ahmad, bapa saudara Tengku Amsyar berjalan laju menuju ke arahnya. Shasha dapat merasakan dia memperolehi kemenangan, namun sebaliknya apabila dia menerima lempangan daripada lelaki tua itu.
“Kenapa?” lantang suara Shasha. Pipinya yang terasa kebas tidak dihiraukan. Matanya mencerlung tajam tepat ke wajah Tengku Ahmad.
“Sofea, pergi dekat Amsyar sekarang,” tanpa membuang masa laju sahaja Sofea berlari menuju di mana Tengku Amsyar berada sekarang. Kerana lelaki itu masih terasa senak akibat tendangan daripada Shasha.
“Kau ikut aku sekarang!” arah lelaki itu. Dalam sekelip mata pekerja-pekerja di situ bersurai.
“Kau sudah memalukan imej syarikat aku,” kasar bahasa lelaki ini kepada Shasha. Sungguh dia sudah menganggap lelaki di hadapannya ini sebagai seorang ayah.
Uncle sepatutnya malu dapat pekerja yang melakukan hal yang tidak senonoh di dalam pejabat. Ingat sikit!” hilang rasa hormat Shasha terhadap lelaki yang sudah dianggapnya ayah itu. Berani dia tengking aku, dasar lelaki kerepot! Namun kini, hormat itu luntur.
“Kau nak tahu Shasha, kau tu hanyalah alat untuk aku merampas syarikat daddy kau yang kau banggakan itu. Aku beri arahan kepada Amsyar supaya pikat kau sehingga kamu berdua kahwin, tapi kini rancangan itu gagal dengan kerenah kau ini!” besar gelak ketawa Tengku Ahmad ketika mejelaskan niatnya yang sebenar dan geram kerana niatnya untuk merampas syarikat kepunyaan daddy gadis itu tidak tercapai.
“Am, betul ke ni?” kendur suara Shasha, inginkan penjelasan daripada tunangnya. Tengku Amsyar yang sedari tadi menekur lantai menganggukkan kepala tanda jawapan.
Seraya dengan anggukan itu, tangan Shasha ingin dilepaskan ke muka Tengku Amsyar namun dihalang oleh Sofea.
“Dia boyfriend aku sudah dua tahun,” sombong sahaja kata-kata Sofea dipendengaran Shasha ketika itu.
What?
Terasa diri dipermainkan, Shasha lantas keluar daripada pejabat itu. Bagaikan neraka. Laungan Tengku Amsyar yang memanggil namanya tidak dipedulikan. Dia sudah tersilap perhitungan. Ternyata lelaki itu sama seperti lelaki lain.
Sampai sahaja di rumah, Shasha mahu memutuskan pertunangannya dengan Tengku Amsyar serta-merta. Shasha sanggup membayar sebagai balasan. Tan Sri Suhaili dan Puan Sri Adina beristighfar setelah mengetahui cerita yang sebenar.
Mula-mula kedua orang tuanya tidak percaya, namun nasib Shasha baik kerana ketika itu dia sedang membuat rakaman melalui telefon bimbitnya. Niat di hati mahu merakam untuk kejutan yang ingin diberikan kepada Tengku Amsyar sebagai kenang-kenangan, namun sebaliknya pula yang terjadi.
Malam itu juga Shasha membawa kedua orang tuanya membawa berjumpa dengan kedua orang tua Tengku Amsyar. Ibu Tengku Amsyar, Tengku Zariah pengsan setelah melihat video yang dijadikan sebagai bukti untuk pemutusan pertunangan itu. Manakala ayah lelaki itu, Tengku Azlan sudah pun menelefon anaknya itu untuk datang ke rumah sekarang juga. Satu-satunya anak lelaki mereka sudah menconteng arang keluarga mereka. Tengku Azlan juga amat kesal dengan kelakuan adiknya, Tengku Ahmad yang sememangnya bersikap tamak sedari dulu. Patutlah anak terunanya, Tengku Iffat melarikan diri daripada rumah setelah habis kertas SPM.
“Tan Sri, bagi pihak keluarga belah kami ingin memohon maaf kepada Shasha akibat ketamakan Tengku Ahmad dan anak saya, semua ini boleh terjadi,” ujar Tengku Azlan dengan nada yang kesal.
“Tidak ada apa-apa Lan, semua ini hanyalah takdir. Mungkin mereka berdua tidak ada jodoh. Pergi rawat isteri kau, dia masih pengsan tu. Awak bincanglah baik-baik dengan Tengku Amsyar mengenai perkara ini.”
Dengan kata sepakat, kedua belah keluarga setuju atas keputusan pemutusan pertunangan diantara Tengku Amsyar dengan Shasha. Tanpa membuang masa, Shasha meminta izin untuk pulang, kerana dia tidak mahu bertemu dengan lelaki itu.
Sehari sebelum Shasha berangkat ke UK, Shasha membuat keputusan untuk menjenguk Aunty Ina di villanya. Aunty Ina yang sudah di anggap sebagai ibu sendiri yang rindu akan belaian kasih daripada seorang anak. Pengawal keselamatan di villa itu memberi keizinan untuk Shasha masuk kerana mereka sudah amat maklum akan kehadiran Shasha di situ.
“Assalamualaikum aunty,” pintu utama yang tidak berkunci dibuka sedikit dengan kepalanya menjengul ke dalam.
Tiada jawapan daripada wanita itu. Hairan. Selalunya waktu-waktu begini, wanita itu akan berada di dapur atau di ruang tamu. Dia memilih untuk datang ke villa pada waktu pagi itu kerana dia tahu Tengku Ahmad sedang berada di syarikat. Hatinya kadang-kadang terfikir, bagaimana Puan Aminah boleh berkahwin dengan lelaki yang bertopengkan syaitan itu.
“Aunty Ina,” laung Shasha lagi. Kini Shasha sudah pun berada di ruang tamu.
“Sha…” kedengaran suara yang tersekat-sekat disatu bilik yang terletak di hujung sekali. Lantas Shasha berlari kecil menuju ke arah suara itu. Bukan ini bilik stor ke? Laju sahaja Shasha memulas tombol pintu itu.
“Subhanallah aunty.” Shasha meluru ke arah wanita yang sedang berbaring meringkuk di dalam bilik itu. Lantas Shasha memeluk wanita itu yang seperti kesejukan.
“Aunty kenapa ni? Kenapa boleh lebam-lebam ni aunty? Ya Allah,” badan dan muka Puan Aminah dibelek yang penuh dengan lebam-lebam.
Sedaya upaya Shasha mendompangkan tangannya untuk membantu wanita itu berdiri. Dengan perlahan, dia membawa Puan Aminah ke ruang tamu. Puan Aminah didudukkan di atas salah satu sofa di ruang tamu.
First aidmana aunty?” tanya Shasha.
“Dekat dapur, atas peti sejuk,” mendengar jawapan itu, Shasha terus berlari ke tempat peti sejuk, lantas mengambil first aid yang sedia terletak di situ.
Iodin yang dilurutkan di atas kapas, lalu Shasha menyapu ke atas luka-luka di hujung bibir wanita itu dan juga disiku dengan penuh kelembutan.
“Sakit Sha.” Puan Aminah terus-terusan merengek kesakitan setiap kali iodin yang disapu terkena dibahagian luka. Setiap kali rengekan Puan Aminah kedengaran, Shasha cuba untuk berhati-hati.
Selesai sahaja Shasha merawat Puan Aminah, dia lantas membuatkan secawan teh panas untuk wanita itu, kerana dilihatnya wajah wanita itu sudah pucat.
“Aunty, Shasha nak aunty cerita siapa yang buat kerja macam ni dekat aunty?” tanya Shasha tegas setelah Puan Aminah selesai meneguk air minuman itu.
Air mata daripada Puan Aminah keluar sehingga membuatkan Shasha kelu tanpa kata.
“Suami aunty Shasha.”
“Kenapa aunty?” muka Shasha sudah memerah, tangan sudah digenggam menahan amarah. Dasar lelaki dayus!
“Dia marah pasal aunty tidak mahu sain borang poligami Sha,” teresak-esak wanita itu menjelaskan. “Sama dia geram, hajat dia untuk merampas syarikat daddy Shasha tidak menjadi,” sambung wanita itu lagi. Shasha melepaskan keluhan yang kasar setelah mendengar penjelasan itu.
“Uncle curang?” Puan Aminah sekadar menganggukkan kepala lemah.
“Kenapa?” memang tidak tahu di untung, dapat isteri baik dan cantik walaupun sudah menampakkan kedut, tapi bagi Shasha, wanita itu masih cantik. Macam mana nak ada kedut kalau sudah zahir dan batin kerap kali diseksa oleh suami sendiri.
“Entahlah Shasha, perempuan itu janda muda kaya. Dia sudah kerap kali hendak menghalau aunty dari sini, tapi aunty lawan. Dia mahu tinggal di villa ini, tapi aunty tak benarkan sama sekali. Banyak kenangan aunty dengan anak aunty di sini.”
Anak Puan Aminah, sehingga kini dia tidak tahu bagaimana raut wajah anaknya itu berserta dengan namanya sekali. Menurut daripada cerita bekas tunangnya, anaknya itu melarikan diri kerana tidak dapat menerima hakikat jawatan CEO yang diberikan kepada Tengku Amsyar dan dengan tindakan itu, Tengku Ahmad memberi arahan untuk membuang semua gambar yang ada berkaitan dengan anaknya itu dan melarang isterinya untuk tidak berhubung dengan anaknya lagi. Sungguh kejam! Dahulu mungkin Shasha percaya dengan cerita itu, namun kini dia berfikir sejenak akan cerita itu. Mungkin hanya rekaan semata-mata.
“Berapa lama perkara ini sudah terjadi aunty?”
“Lama dah Shasha, belum pun anak aunty melarikan diri, tapi aunty hanya diamkan diri sahaja,” jelas Puan Aminah. Tangisan wanita itu sudah reda berbanding dari tadi.
“Astagafirullah, tabahnya hati aunty,” Shasha sudah pun memeluk wanita itu erat, ingin menyumbangkan sedikit semangat kepada wanita itu.
“Minta cerai saja aunty,” cadang Shasha dengan tegas.
“Tak Shasha, aunty sayang dekat uncle. Dia cinta pertama aunty,” Puan Aminah menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju.
“Tapi aunty, nanti aunty makin sakit menanggung semua ini. Shasha nak pergi UK besok aunty,” tidak sanggup meninggalkan wanita di hadapannya ini.
“Insya Allah Shasha, Allah ada bersama dengan aunty. Selagi aunty kuat, aunty akan lawan,” Shasha mengeluh dengan kata-kata itu. Sungguh tabah wanita ini.
“Aunty nak makan? Shasha masakkan,” suaranya sengaja diceriakan. Puan Aminah tersenyum dengan kerenah Shasha, dia tahu gadis itu berusaha untuk menceriakan keadaan, lalu menganggukkan kepalanya tanda setuju. Perutnya sudah lapar kerana dia dikurung di dalam bilik stor semalaman.
Sejam kemudian, bau aroma masakan sudah pun terhidu daripada dapur. Puan Aminah terasa lapar tiba-tiba.
“Aunty, jom makan,” Shasha memegang tangan Puan Aminah, berjalan menuju ke ruang dapur. Lalu meletakkan Puan Aminah di kerusi yang berhampiran.
“Aunty, Shasha nak tanya sesuatu?” lembut suara Shasha ketika itu. Puan Aminah melihat Shasha untuk meneruskan pertanyaan itu.
“Aunty semalaman ke kena kurung dalam bilik stor tu?” Puan Aminah menganggukkan kepalanya. Biarlah gadis itu tahu.
“Astagafirullah. Aunty, Shasha nak aunty janji, aunty mesti kuat tau. Janji nanti kalau ada apa-apa cari Shasha dekat UK tahu.” Shasha tersenyum senang melihat anggukkan Puan Aminah.
Sebelum Shasha memohon diri pulang, dia tidak putus-putus untuk memberi wanita itu kata-kata semangat dan memberi cadangan untuk meminta cerai, namun ditolak keras oleh wanita itu. Pelukan terhadap Puan Aminah dikejapkan, tidak mahu melepaskan pergi. Hatinya amat berat untuk meninggalkan Puan Aminah dengan keadaan begitu walaupun wanita itu berusaha untuk menyakinkan bahawa dia akan baik-baik sahaja.

Biarlah masa yang menentukan. Shasha berharap Puan Aminah akan mendapat rahmat daripada Illahi. Itu doa Shasha. Ya Allah. Amin.



===============================================



HAKCIPTA TERPELIHARA

Tidak dibenarkan mana-mana bahagian dari terbitan / blog ini diterbitkan / dibuat semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau dengan apa jua alat sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak penulis atau daripada pihak bakal penerbit yang asli.


No comments:

Post a Comment