Wednesday, 20 May 2015

His Independent Girl - [Bab 17]



Bab 17


NAJWA membebel sepanjang dia berjalan menuju ke hospital bersama dengan Aisha. Jauh di sudut hatinya, dia amat berpuas hati bila melihat keadaan Shasha bila gadis itu dicenggak oleh Steven. Tapi hatinya juga ikut resah bila mendengar nama Tengku Iffat yang menyuruh untuk membuat pemeriksaan di hospital. Nampak sangat lelaki yang dipujanya risau akan keadaan Shasha.
            Pertama kali dia jumpa dan dapat melihat Tengku Iffat dengan jelas dan nyata malah bercakap dengan lelaki itu adalah semasa dia berjumpa dengan Shasha di hadapan CUSU. Dari situ, hatinya sudah terpaut akan kekacakan yang dimiliki olehnya.
            “Najwa!” kedengaran namanya dipanggil dari arah belakang. Sedikit terkejut bila dia melihat siapa yang memanggil namanya itu.
            Anak matanya laju mencari kelibat susuk tubuh badan Aisha kerana setahu dia tadi, Aisha sudah laju berjalan menuju ke pintu utama hospital ketika mereka sampai di situ. Hendak beriringan dengan Najwa pun tidak. Alasannya risau akan keadaan Shasha.
            “Ya Abang Iffat,” hatinya sudah berdegup kencang. Melihat lelaki yang dipujanya seperti baru balik dari bermain bola. Lelaki itu memakai spandex berwarna hitam diikuti dengan seluar pendek bolanya. Nampak otot-otot kakinya yang kekar dilihat. Itu belum lagi dengan badannya yang memakai baju sukan. Rambutnya juga basah.
            Wajah lelaki itu nampak ketat. Hati perempuannya nanar. Nampak seperti sedang marah. Laju sahaja lelaki itu berjalan menuju ke arahnya.
            Namun semakin hampir lelaki itu memberi dia senyuman yang manis. Najwa terpesona seketika. “Najwa buat apa dekat sini?”
            “Abang Iffat buat apa dekat sini?” soalan Tengku Iffat sebentar tadi dibalas dengan soalan. Kening lelaki itu sudah menjongket.
            Najwa ingin tahu apa jawapan yang diberikan oleh lelaki itu.
            “Kak Shasha kamu, kena cenggak dekat leher. Kak Mimi kamu risau. Tu yang abang suruh buat pemeriksaan di sini,” panjang lebar Tengku Iffat menjawab dan jawapan itu amat memuaskan hati Najwa. “Jadi berbalik dengan soalan tadi, Najwa buat apa dekat sini? Dengan siapa?”
            “Najwa datang sini dengan Kak Isha. Macam yang Kak Mimi beritahu dekat abang, ada perkara berlaku dekat rumah sewa Kak Shasha semasa Kak Shasha tengah tidur.”
            “Macam mana Najwa tahu Shasha tengah tidur?” laju sahaja mulut Tengku Iffat bertanya. Tona suara lelaki itu sudah berubah. Dari lembut kepada serius dan tegas. Ini yang membuatkan Najwa gerun.
            Najwa sudah terlepas cakap. Akalnya diperah untuk cepat berfikir bagaimana mengelakkan soalan bernas Tengku Iffat. “Ahh.. ahhh…”
            Tengku Iffat menarik muka hairan. ‘Aku dah agak ini kerja kau Najwa.’
            “Sebab… Sebab… Kalau Kak Shasha tidak tidur, mungkin Kak Shasha boleh melarikan diri dari penceroboh tu.”
            Mendengar alasan daripada gadis itu membuatkan Tengku Iffat tergelak dalam hati. Sungguh alasan itu adalah alasan yang paling bodoh dia dengar. Shasha nak melarikan diri dari penceroboh? Lagi dia hentam adalah. Tak apa, aku nak tengok sejauh mana kau bermain dengan permainan ini Najwa.
            “So Najwa hanya beranggapan sajalah ni?”dia sudah tersenyum sinis.
            “Ya ya, Najwa hanya beranggapan saja. Secara logik,” laju Najwa mengiyakan akan kata-kata Tengku Iffat. Cuak juga Najwa bila disoal siasat oleh Tengku Iffat, walau hanya diutarakan dengan beberapa soalan.
            “Jom, teman abang beli minuman dan makanan dulu, lepastu kita pergi atas tengok Shasha.”
            Najwa lantas bersetuju dengan menganggukkan kepalanya. Berdoa supaya Tengku Iffat tidak bertanya soalan mengenai apa yang terjadi di rumah sewa Shasha tadi.
            Berjalan beriringan dengan Tengku Iffat menjadikan salah satu impiannya tercapai. Walaupun dia sibuk dengan telefon bimbitnya, tapi ia tidak peduli. Asalkan dia dapat berdampingan dengan Tengku Iffat sudah cukup.


DARI jauh lagi kelihatan susuk tubuh sahabat-sahabat Tengku Iffat sedang berbual-bual dengan Aisha. Tiga pasang anak mata sudah melihat kelibat Tengku Iffat dan Najwa menuju ke arah mereka berkumpul. Plastik yang berisi beberapa tin minuman dan makanan sudah beralih ke tangan Saiful.
            “Macam mana keadaan dia Isha?” soal Tengku Iffat.
            Saiful dan Rizal hanya merenung Najwa seketika lalu sibuk mengambil minuman dan makanan yang dibelikan tadi. Sepertinya ketiga-tiganya baru sahaja pulang dari bermain bola sepak. Ini kerana Saiful dan Rizal juga memakai spandex dengan seluar pendek, begitu juga baju mereka seperti baru sahaja ditukar dengan baju yang kering. Rambut mereka juga masih basah. Sama seperti Tengku Iffat. Apabila dikumpulkan ketiga-tiga mereka ini, sungguh, kesemuanya kacak-kacak belaka. Najwa jadi terpesona melihat keadaan mereka bertiga. Hot and sexy.
            Aisha mengeluh berat. “Masih dekat dalam dengan Mimi,” matanya melihat Najwa yang hanya berdiri tidak tahu hendak buat apa-apa. “Najwa, awak mahu stay sini juga ke tunggu Kak Shasha?”
            Laju sahaja Najwa menganggukkan kepalanya tanda setuju. Peluang untuk berdampingan dengan Tengku Iffat sudah ada, kerana dia tahu lelaki pujaannya akan menunggu Shasha sehingga Shasha betul-betul sihat. Melihat Tengku Iffat dengan begitu dekat menyenangkan hati Najwa. Hatinya sudah berbunga-bunga sedari tadi.
            “Duduklah.” Aisha menjemput Najwa untuk duduk di sebelahnya yang sememangnya kosong. Tanpa ragu-ragu, Najwa duduk.
            Aisha melihat Tengku Iffat. Ingin menghantar mesej melalui bahasa mata. Harap-harap Tengku Iffat faham. Lelaki itu membalas dengan mainan bahasa mata juga. Dah macam telepati.
            Tidak lama kemudian, pintu bilik doktor di mana Shasha membuat pemeriksaan telah dibuka. Mimi sudah memapah lengan Shasha sambil berjalan keluar dari bilik rawatan.Tengku Iffat lantas meluru ke arah Shasha.
            “Kau ok tak ni Sha?” tanya Tengku Iffat. Shasha hanya menganggukkan kepalanya. Sudah ada sedikit tenaga daripada tadi.
            “Mi, apa kata doktor?”soal Aisha. Saiful dan Rizal juga turut menumpukan perhatian mereka kepada Shasha namun mulut mereka masih setia mengunyah makanan.
            Shasha duduk di atas sofa yang tidak jauh dari situ. Mereka semua mendekati Shasha.
“Alhamdulillah, semasa Shasha dicenggak, tidak ada terkena sampai ke spinal cord. Ada sedikit trauma, sebab tu Shasha masih ada rasa sesak nafas sekarang. Lepas ni aku nak ambil ubat, korang tunggu sini dulu ya,” panjang lebar Mimi memberi penerangan kepada mereka semua. Matanya juga tidak lepas melihat Najwa yang hanya setia mendiamkan diri. “Oh, sebelum aku lupa, doktor suruh Shasha buat laporan polis pasal ni.”
Najwa sedikit terkejut. Nasib baik Steven memakai topeng semasa dia menceroboh rumah sewa mereka. Huh, tak akan dapat punya. Ini hanya sebagai amaran. Kalau nak bunuh pun boleh saja.
“Memang aku nak buat laporan polis,” bentak Tengku Iffat. “Benda ini dah dua kali terjadi. Takkan ini satu kebetulan. Memang ada yang niat jahat kepada Shasha.”
“Sudahlah Iff. Aku malas nak buat laporan polis pasal ini. Kitakan sekarang tengah sibuk. Naik turun pejabat polis tu yang aku malas. Buat keterangan lagi,” bantah Shasha dengan suara yang ada sedikit tersekat-sekat.
Tengku Iffat sudah berang. “Kau ni kenapa Sha? Kau nak mati cepat ke apa?”
“Iff, janganlah cakap macam tu,” tukas Aisha. Mereka berdua sudah ada bunga-bunga untuk memulakan pergaduhan. Sekarang pula Shasha tidak sihat.
“Dah kawan kau ni baik sangatlah Isha, geram hati aku. Buat sajalah laporan polis. Biar polis yang siasat benda ni. Najwa pun boleh jadi saksi. Kan Najwa?” semua mata melihat Najwa.
Najwa hanya tersengih sambil menganggukkan kepalanya berkali-kali. Hendak laporkan ke polis? Huh! Memang aku akan putar belitkan faktalah kalau macam tu.
Please Iff. Jangan laporkan kepada polis,” suara Shasha sudah separuh merayu membuatkan lelaki itu terkedu. Buat pertama kalinya gadis itu memakai perkataan ‘Please’ kepadanya dalam erti kata yang sebenar.
“Janganlah baik sangat. Ini bukan kau lah Sha,” suaranya juga sudah kendur.
“Tak apa. Habiskan dulu projek kita, itu yang lebih penting sekarang. Jadual sudah padat. Kita tidak boleh melengahkan masa.” Tengku Iffat merengus kasar. Aisha hanya mampu mengeluh. Saiful dan Rizal menggeleng-gelengkan kepala mereka tanda kesal akan tindakan Shasha itu. Najwa sudah melonjak riang. Yabadabaduuu! Bodoh juga Kak Shashanya ini ek. Hahahahah!
“Projek tu tak penting Sha. Keselamatan kau yang penting.”
No Iff. Kita kena pastikan projek tu berjaya Iff.”
            Tengku Iffat bertindak menekur lantai. Hendak berfikir bagaimana mahu meyakinkan Shasha. Cara apa yang patut dia lakukan supaya Shasha tahu bahawa Najwalah dalang di sebalik semua ini. Mereka tidak mempunyai bukti yang kukuh.
            “Ok Sha, up to you. Aku boleh tangguh perkara ini sehingga projek kita selesai.”
            “Thank you Iff. I owe you a lot.”
            Suasana tiba-tiba diam. Tengku Iffat, Saiful dan Rizal sudah berlalu seperti sedang berbincang mengenai perkara yang serius. Kerana raut wajah ketiga-tiga mereka sepertinya tidak bergurau. Najwa nanar. Dia tidak tahu hendak buat apa bila dikelilingi oleh senior. Cerita junior dengan senior mungkin tidak sama. Apatah lagi cerita dikalangan MPP. Shasha sudah melelapkan matanya, tidur mungkin. Lama betul Kak Mimi mengambil ubat.
            “Kak Shasha.”
            “Hmm…” balas Shasha. Menandakan dia mendengar dan memberi respon kepada Najwa walaupun matanya tertutup.
            “Projek yang Kak Shasha maksudkan tu projek yang berlangsung di C-Art Galleria Hall hujung minggu ini ke?”
            Terdonggak terus kepala Shasha bila mendengar kata-kata daripada Najwa itu. Matanya sudah terbuka luas. Aisha yang sibuk bermain dengan iPadnya ketika itu juga terpanggungkan wajahnya kepada Najwa.
            “Macam mana Najwa tahu projek tu berlangsung hujung minggu ini?” tanya Shasha.
            “Emm… Najwa ada baca dekat iklan,” tipu Najwa. Mana ada dia baca dekat iklan. Dia baca dekat proposal.
            “Iklan mana?” tanya Shasha lagi. Kali ini suara gadis itu sudah bertukar kasar. Najwa terkedu. Kenapa Kak Shasha seperti marah?
            “Hold on hold on Sha.” Aisha panik. Dia tahu bila-bila masa saja Shasha akan marah. Risau akan keadaan Shasha yang masih dalam keadaan trauma. Bercakap pun masih tersekat-sekat.
            “Akak tanya awak ni Najwa.” Shasha tidak memedulikan amaran Aisha kepadanya.
            “Ahh.. Ahh.. Leaflet! Hah Najwa nampak leaflet dekat fakulti seni bina,” wajah Shasha sudah merah padam bila mendengar jawapan-jawapan yang keluar dari mulut gadis itu.
            Aisha berlari kepada Tengku Iffat, Saiful dan Rizal di mana mereka sedang berbincang. Belum pun sempat Aisha memberitahu….
            PAPP!
            Semua mata yang turut berada di situ bertumpu kepada mereka berdua. Najwa memegang pipi kirinya dengan tangannya. Dada Shasha sudah berombak. Di hujung jalan, Mimi juga terlihat kejadian itu. Tengku Iffat lantas berlari menuju Shasha.
            “Kenapa ni Sha? Kenapa kau tampar Najwa?”
            Mimi dan yang lain juga sudah berlari ke kawasan kejadian di mana Shasha menampar pipi Najwa.
            Dada Shasha semakin berombak malah bahunya juga turun naik. Mata gadis itu merenung tajam anak mata Tengku Iffat. Merah anak mata Shasha. Tengku Iffat seperti tahu akan maksud amarah mata itu.
            “Mimi. Isha. Cepat bawa Shasha balik,” lengan Shasha ditarik. Shasha tidak mahu bergerak. Lengannya direntap dengan kuat. Matanya mencerlung Najwa yang hanya tunduk selepas dia ditampar.
            “Jangan degil Sha. Go.” Mimi dan Aisha menarik lengan Shasha. Mereka diiringi oleh Saiful dan Rizal. Tengku Iffat menghantar pandangannya sehingga mereka hilang dari pandangan matanya.
            Tengku Iffat duduk mencangkung di hadapan Najwa. Ada sedikit darah di hidung. Bibir gadis itu juga pecah. Kuat benar tamparan Shasha. Sakit sakit pun tenaga padunya masih ada. Gadis di hadapannya ini sudah menangis teresak-esak.
            “Pergi buat check up. Minta ubat. Dah berdarah tu. Abang kena ikut Shasha. Jumpa lagi Najwa.” Tengku Iffat memberikan sebaris senyuman dan tanpa menoleh dia berlalu.
            Esakan gadis itu semakin kuat. Nampak benar dirinya tidak penting di mata lelaki itu. Malu bila memikirkan dia ditampar dikhalayak orang ramai. Dia hanya menjawab soalan Kak Shasha, tapi kenapa dia tiba-tiba ditampar dengan begitu kuat. Sanggup Kak Shasha menampar pipinya.
AKU AKAN BUAT PERHITUNGAN!
           

TELEFON bimbitnya diseluk dari beg sukannya. Tengku Iffat mendail telefon seseorang. Setelah panggilan di sana sudah di sambung.
            “Assalamualaikum. Hello Adira.”
            “Waalaikumsalam Iff.”
            “Sudah dapat jaket Najwa?”
            “Yep sudah.”
            “Ok good. Bagi terus dekat Firdaus lepas ini. Kami semua sudah pulang dari hospital. Cepat ya Adira.”
            “Alright. No problem.”

            Talian sudah ditutup. Jalannya sudah dilajukan. Shasha sepertinya sudah mendapat klu. Gadis itu hanya menunggu masa untuk mengamuk bila-bila masa sahaja.



===============================================


HAKCIPTA TERPELIHARA

Tidak dibenarkan mana-mana bahagian dari terbitan / blog ini diterbitkan / dibuat semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau dengan apa jua alat sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak penulis atau daripada pihak bakal penerbit yang asli.

No comments:

Post a Comment