Bab 03
KEBUMMM!
Gelabah buat seketika. Bunyi tin-tin cat jatuh ke lantai kedengaran. Shasha
berlari di mana Tengku Iffat berada. Telahannya benar, lelaki itu sudah
terbaring kesakitan menahan punggungnya.
Shasha menghampiri dan menghulurkan
tangannya, ingin memberi bantuan kepada lelaki itu. Tengku Iffat menepis kasar
tangan Shasha. Shasha mencebik bibir dengan respon yang diberikan. Sombong! Dah
tahu sakit tu, sedarlah sikit.
Tengku Iffat berdiri
dengan perlahan-lahan. Menahan sakit di badannya sampai berkerut-kerut.
“Ok ke?” soalannya
tidak dihiraukan membuatkan bibir Shasha mencebik.
“Kalau tulang kau
patah, pergilah hospital. Itu pun nak beritahu ke?” sindir Shasha.
Lama dia menunggu
reaksi Tengku Iffat tetapi masih lagi berdiam diri. Bila dia yaking lelaki itu
tidak memerlukan apa-apa pertolongan, baik dia beredar.
“Sha! Wait!” Shasha berhenti lalu menoleh ke
belakang. “Kenapa?” sambil berpeluk tubuh melihat Tengku Iffat.
“Sakit…”
“Yelah. Nak pergi
klinik?” tanya Shasha sambil menyucuk pinggang Tengku Iffat lembut. “Ouch!
Sakit lah!” jerit Tengku Iffat bila Shasha menekan kawasan sakit dengan jari
telunjuknya. Memberi amaran kepada Shasha supaya tidak menyentuh kawasan yang
sakit itu.
“Hmmm…ok jom pergi
klinik,” kata Shasha sambil memapah Tengku
Iffat keluar.
“Beratnya kau ni Iff.
Makan batu ke apa?” ngomel Shasha sepanjang perjalanan mereka ke klinik. Shasha
ingin membawa Tengku Iffatke klinik Dr.Johnathan yang berhampiran dengan apartmentnya, alat satu blok sahaja.
Nasib baik Tengku Iffattidak banyak songeh. Hendak menggunakan basikal, tapi
Shasha memang tidak pandai hendak seimbangkan basikal kalau ada penumpang di
belakang. Jalan kaki sahaja yang paling selamat buat masa ini.
“Standard lah badan lelaki berat. Takkanlah kering. Tak tough lah macam tu. Nak macam
artis-artis k-pop ke? Kurus macam lidi saja aku tengok.”
Shasha menjeling Tengku
Iffat. Nak perli aku lah tu.
“Hensem apa. Penyanyi
korea memanglah banyak yang cekeding, tapi tak semua ok! Penyanyi yang
baru-baru saja banyak kurus-kurus, tapi hensem, macam rasa nak gigit-gigit diorang
tu. Hah! Pelakon-pelakon lelaki korea tough-tough
tau badan diorang. Huh. Terutama Lee Min Ho. My sweetheart,” hampir terlepas Tengku Iffatsemasa Shasha menyebut
nama Lee Min Ho. Asal sebut nama Lee Min Ho saja, genggam tangan senyum
sorang-sorang.
“Eyh! Muka aku macam
Lee Min Ho apa. Lee Min Ho versi Malaysia.”
“Nak termuntah aku
terdengar wahai TengkuIffat,” ucap Shasha
sambil memimikkan bibirnya seperti orang yang hendak muntah.
Tanpa sedar, mereka
telah sampai ke Klinik Dr.Johnathan. Nasib baik klinik itu buka pada waktu
malam. Tidak lah susah dia mencari klinik yang berhampiran untuk merawat kaki Tengku
Iffat. Setelah mereka membuat pendaftaran, mereka duduk di ruang menunggu yang
disediakan oleh pihak klinik. Tiada kata-kata keluar dari mulut masing-masing.
Ego! Tidak mahu memulakan perbicaraan.
“Miss Nadia Ahmad!” kedengaran seorang jururawat memanggil nama
pesakit untuk masuk ke bilik rawatan. Tengku Iffatdan Shasha memerhatikan
jururawat itu. Ingin mengetahui siapa yang masuk ke bilik rawatan di mana dia
berdiri. Nadia! Itu adalah kekasih Tengku Iffat! Alaaa si benggong tu!
Kelihatan dia sedang keseorangan semasa masuk ke bilik rawatan.
“Eh? Itu bukan
pengarang jantung kau ke?” tanya Shasha sambil melihat ke arah bilik rawatan
itu.
“A’ah, Nadia. Macam
mana dia boleh ada kat sini? Rumah sewa dengan klinik ini jauh. Kalau sakit,
kenapa tak pergi dekat klinik yang hampir dengan rumah saja.” jawab Tengku
Iffat. Dia pun amat hairan dan terkejut kenapa kekasihnya itu mendapatkan
rawatan di klinik ini, sedangkan dia tahu di kawasan rumah sewa Nadia ada
klinik juga.
“Miss, sorry if I interrupt you. May I ask you some questions?”
terdengar suara Tengku Iffatbertanya kepada seorang jururawat yang melayan di
kaunter pendaftaran sebentar tadi. Shasha secara automatiknya melihat jururawat
itu.
“Yes, you may Sir,” jawab jururawat itu sambil memegang fail-fail
pesakit yang akan di rawat sebentar lagi.
“May I know what is the purpose of Miss Nadia Ahmad visiting this
clinic? Is there any medical problem? I am very concern about her, miss,” tanya
Tengku Iffatkepada jururawat. Setelah Shasha mendengar soalan Tengku Iffat, dia
menganggukkan kepalanya ingin menyakinkan jururawat itu bahawa perkara itu
adalah perkara serius.
“Miss Nadia Ahmad?”
berkerut muka jururawat itu seperti mengingatkan sesuatu.
“Oh yes yes! I remember her. She comes here often. Just today, she came
here for an appointment with Dr. Johnathan for her abortion next week,” jelas
jururawat itu sambil memberi senyuman kepada Tengku Iffatdan Shasha. Belum pun
sempat mereka bertanya dengan lebih lanjut, nama jururawat itu dipanggil oleh
rakan sekerjanya.
Setelah jururawat itu
berlalu, Tengku Iffatdan Shasha saling memandang semasa sendiri dengan reaksi
muka masing-masing yang amat mengejutkan.
“Abortion??!!”
================================
HAKCIPTA TERPELIHARA
Tidak dibenarkan mana-mana
bahagian dari terbitan / blog ini diterbitkan / dibuat semula, disimpan untuk
pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau dengan apa jua alat
sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak penulis atau daripada pihak
bakal penerbit yang asli.
No comments:
Post a Comment