Bab 19
“TOLONG!
TOLONG!” teriak Najwa bila dia diheret oleh Shasha dengan
kasar. Bukan setakat badan, malah dari rambut yang ditutupi oleh selendang dicekup
dengan kuat. Tidak memberi peluang kepada Najwa langsung.
“Jangan
harap kau nak minta tolong lepas ni,” gumam Shasha sepanjang dia mengheret
Najwa.
“Sakit
kak Shasha.” Najwa sudah teresak-esak menahan kesakitan yang dialaminya
sekarang. Dia tidak tahu ke mana arah tuju Shasha mengheret dirinya.
Shasha
menghiraukan rayuan Najwa. Tiba-tiba Shasha berhenti disatu bangunan. Najwa
mendonggakkan kepalanya untuk melihat bangunan apa yang membuatkan Shasha
berhenti dengan tiba-tiba.
“Kak.
Akak nak buat apa dekat sini?” bulat mata gadis itu bila mengetahui bangunan di
mana dia diheret.
“Kau
diam!”
“Jangan
kak Sha. Tolong kak Sha. Najwa merayu,” tangisan Najwa sudah kedengaran, namun
di telinga Shasha, itu hanyalah lakonan.
Tanpa
membuang masa, Shasha mengheret lagi sekali memasuki ke dalam bangunan
tersebut. Tapi Najwa melawan. Ini yang membuatkan Shasha semakin panas hati.
Bila dia melihat Najwa melawan dengan gerakan bahasa tubuhnya, Shasha menolak
badan Najwa ke hadapan dengan kuat sehingga membuatkan Najwa tersembab. Di
depan pintu Shasha sudah mula mengamuk.
Najwa
yang tertiarap akibat tolakan daripada Shasha tidak mampu berbuat apa-apa bila
Shasha menarik rambutnya yang masih terselindung ke belakang. Kuat sehingga membuatkan
Najwa mengerang kesakitan. Hanya raungan dan esakan Najwa kedengaran di telinga
Shasha.
“Kau
buat apa dekat aku Najwa? Cuba kau beritahu dekat aku sekarang,” tanya Shasha
sambil tangannya masih menarik rambut Najwa.
“Najwa
tak tahu kak. Najwa tak tahu.”
“Kau
masih tak tahu atau buat-buat tak tahu?” Shasha sudah berteriak. Bahu Najwa
terangkat akibat tengkingan daripada kakak angkatnya.
“Mari
aku bagi kau tahu apa yang kau dah buat dekat aku,” Shasha menarik rambut gadis
itu supaya Najwa berdiri. Kelihatan dagu Najwa ada sedikit berdarah. Mungkin
akibat geseran dari tolakan Shasha.
“Tolong
kak Sha. Sakit,” rintih Najwa. Bila Shasha mendengar rintihan dari Najwa, dia
hanya tergelak kecil.
“Tolong?
Ya, aku boleh tolong kau. Sekejap lagi.” Shasha memaksa Najwa masuk ke dalam
bangunan yang dia berkeras tidak mahu masuk. Tapi Najwa tidak berdaya, kerana
tenaga Shasha semakin kuat dan Najwa tidak mahu sakit lagi. Sekarang sudah dia
merasa sakit, apatah lagi kalau dia semakin melawan.
Adakah ini sisi kakak
angkatnya yang sebenar? Walaupun dia pernah melihat Shasha menghentam Nadia
dahulu, tapi dia tidak terfikir sakitnya lagi sakit daripada dibuli oleh Nadia.
“Kau masuk dalam aku
kata!”
“Najwa tak mahu kak.
Malu,” rayu Najwa lagi. Sungguh dia tidak mahu memasuki bagunan itu.
“Kalau setakat tandas
ni kau takut, buat apa? Cepat masuk!” tangan Shasha masih setia mencekak rambut
Najwa. Selendangnya kelihatan sudah huru-hara.
“Ini tandas lelaki kak.
Lepas kak, Najwa sakit.”
“Aku peduli apa ini
tandas lelaki. Kau tak nak masuk, aku paksa kau masuk!” Shasha menolak badan
Najwa untuk masuk ke tandas awam lelaki. Siap merayu-rayu tanpa henti bila
mereka sudah masuk ke dalam tandas lelaki.
“Woah girls, both of you got the wrong place,” ujar seorang lelaki
yang sedang berdiri di hadapan tandas berdiri sambil berkencing. Nampak
terkejut tetapi masih boleh berlagak seperti biasa.
“Just ignore us.”
Bila Shasha melihat
lelaki tersebut sudah selesai membuang hajatnya, “Don’t flush!”
Lelaki itu menoleh ke
arah mereka berdua. Hairan bila seorang lagi gadis yang bertudung sedang
menangis teresak-esak menahan kesakitan. Seperti faham. “What are going to do with the little girl?”
“Shut up. Go away,” lelaki tadi mengangkat tangannya tanda patuh
akan arahan daripada Shasha. Tanda tidak mahu masuk campur.
“Help me sir,” kecil suara Najwa meminta tolong kerana sedari tadi
kepalanya sudah sakit kerana kerap kali ditarik dengan kuat.
“Kau diam,” gertak
Shasha kepada Najwa.
Lelaki itu hanya
menggeleng-gelengkan kepalanya bila dia melintasi mereka berdua. Selepas
mencuci tangan, tanpa membuang masa dia meninggalkan mereka berdua. Bila Shasha
melihat kawasan tandas sudah kosong, dia membalikkan Najwa menghadap dirinya.
Ditolaknya Najwa berhampiran dengan mangkuk tandas berdiri yang digunakan oleh
lelaki sebentar tadi dengan kuat sehingga kepalanya terhentak di atas permukaan
dinding. Najwa sudah tidak berdaya hendak buat apa-apa.
“Tolong kak. Jangan
buat macam ini,” rayu Najwa lagi. Tiba-tiba Shasha menampar pipi Najwa dengan
kuat. Makin kuat lagi raungan Najwa bila pipinya sakit. Pedih.
Shasha merenung Najwa
dengan renungan tajam sambil memeluk tubuhnya. Najwa hanya tunduk, tidak berani
melihat anak mata kakak angkatnya. Sungguh dia gerun.
Sakit hati Shasha bila
melihat Najwa yang sering kali merayu kepada dirinya. Dasar tidak tahu diuntung.
Kau boleh lagi cakap tidak tahu apa-apa dengan apa yang kau sudah buat dekat
aku. Huh!
“Sekarang aku nak kau
cakap apa yang kau buat dekat aku.” Shasha sudah bertindak menghimpit badan
Najwa dengan badannya sendiri sambil mencekak rahang dagu Najwa dengan kuat.
Desahan nafas Shasha yang kuat juga kedengaran. Lemah lutut Najwa. Ketakutan.
“Najwa tak tahu kak,” sekali
lagi Najwa ditampar dengan kuat. Kau masih tak nak mengaku ya.
“Kau ingat balik apa yang
kau buat dekat pejabat MPP,” mendengar kata-kata itu daripada Shasha, kuat
Najwa menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Tak tahu,” tamparan dihadiahkan
lagi sekali. Darah sudah mengalir sedikit dari hidung Najwa.
“Cepat cakap sebelum
aku buat kau lagi berdarah di sini,” tangannya sudah bersedia untuk
menghadiahkan tamparan kepada Najwa lagi sekali. Bibirnya sudah dikemam menahan
geram bila adik angkatnya yang tidak tahu diuntung ini tidak mahu mengaku.
“Ya. Ya. Ya. Najwa yang
buat. Najwa yang buat,” satu lagi tamparan singgah di pipi Najwa dengan kuat.
Makin kuat tangisan Najwa. Darah yang mengalir disapu. Shasha menghadapkan
wajah Najwa menatap wajahnya.
“Kenapa kau buat macam
tu? Hah!”
“Najwa minta maaf.
Najwa minta maaf,” terketar-ketar bibir Najwa bila mula disoal siasat oleh
Shasha.
“Aku nak tahu pasal
kenapa kau buat macam tu bodoh! Bukannya aku nak dengar kau minta maaf.”
“Najwa cemburu abang Iffat
layan kak Shasha dengan baik.” Shasha merengus kasar. Bodoh punya alasan.
“Abang Iffat kau tu
layan semua perempuan, yang kau nak cemburu dia layan aku dengan baik buat
apa,” bentak Shasha lagi. Sungguh dia tidak berpuas hati dengan alasan yang
keluar dari mulut Najwa.
“Tapi dia lebih
pentingkan kak Shasha daripada Najwa. Najwa sudah buat bermacam-macam cara
untuk pikat hati abang Iffat, tapi dia buat tidak tahu dengan Najwa,” panas
hati Shasha bila mendengar alasan yang panjang lebar.
“Kau memang menyusahkan
aku,” cengkaman dilepaskan. Najwa tergelungsur ke bawah. Sungguh dia tidak
bertenaga ketika itu.
“Najwa nakkan abang Iffat.
Najwa suka dia.”
“Bodoh punya
perempuan!”
Gara-gara dia, Shasha
bersengkang mata untuk merombak proposal yang siap teratur dengan yang baru. Memang
masanya amat terbuang. Ahli-ahli MPP yang lain juga turut turun padang untuk
menyelesaikan apa yang hilang dan juga mengemas kembali pejabat mereka yang diporak
perandakan.
“Kuat juga kau ni ya,
boleh buat seorang,” apa yang dimaksudkannya adalah gadis tersebut mampu
menjadi ‘hulk’ yang amatur dalam memporak perandakan pejabat mereka.
Najwa diam. Dia tidak mahu
membalas apa-apa. Takut disakiti lagi oleh Shasha. Apalah sangat kalau hanya
melontarkan barang-barang besar ke satu tempat. Tarik sahaja cable, lepas tu lontarkan ke bawah.
Tiba-tiba, baru Shasha
teringat sesuatu. “Jadinya, kaulah juga yang membuat rancangan dengan lelaki
yang cengak leher aku tu.”
Bulat mata Najwa bila
Shasha mengutarakan soalan itu. Kepalanya digeleng laju. Kalau Shasha tahu, dia
akan mati. Mati ditangan Shasha.
Shasha faham dengan
gelengan kepala Najwa. Itu gelengan tidak mahu mengaku!
“Bukan Najwa. Bukan
Najwa.” Shasha menarik lagi rambut Najwa supaya dia berdiri. Bukan main kuat
lagi raungan Najwa. Bagai nak tercabut rambut dengan isi kepalanya. Sakit!
“Siapa nama lelaki tu?”
“Bukan Najwa,” belakang
kepalanya sudah dihentakkan ke dinding. Masih selamat sebab Najwa memakai span
senggol rambut di belakang.
“Baik kau mengaku
cepat. Selain daripada Mimi dengan Aisha, kau sahaja seorang yang ada kunci
rumah tu.”
“Bukan… Bukan…” sekali
lagi, pipinya dihadiahkan tamparan yang entah keberapa kali daripada Shasha. Di
hujung bibirnya sudah mula pecah. Lebam juga mula kelihatan.
“Kau memang ada niat
nak bunuh aku kan?” Najwa menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Memang tak tahu diuntung.
Sudah terang lagi bersuluh, kau masih tak mahu mengaku! Kau nak tengok lagi aku
mengamuk ke hah!” kepala Najwa ditekan lagi ke dinding. Hidungnya juga sudah
mula kelihatan darah mengalir.
“Siapa nama lelaki tu
aku tanya!” tinggi oktaf suara Shasha menjerit di hadapan Najwa. Benci dia
melihat bila gadis di hadapannya ini tidak mahu mengaku. Memang nak makan kaki!
“Stev… Steven.”
“Memang aku dah agak.
Nak masuk dalam penjara agaknya.”
“Jangan kak. Tolong
kak. Najwa minta maaf. Najwa hanya nak perhatian daripada abang Iffat,” sejurus
sahaja Najwa berkata begitu, badan gadis itu ditarik supaya bangkit, lalu
dengan kasar, kepala dan wajah Najwa ditolak ke mangkuk tandas berdiri bekas
lelaki tadi. Walaupun tandas berdiri, tapi memang ada flush. Untuk kebersihan. Namun masih ada sisa-sisa kencing dari
lelaki tadi.
Najwa meraung. Najwa
meminta tolong. Najwa merayu. Mual. Muntah. Semua menjadi satu bila wajahnya
sudah berada di mangkuk tandas. “Tolong… Tolong.. Uhuk uhuk uhuk.. Wuek!”
Tangan Shasha masih
menahan kepala Najwa yang sedaya upaya mengalih daripada hampir mencecah bekas
sisa-sisa kencing yang masih ada dipermukaan dinding tandas. Baunya memang
hanyir. Makin gadis itu mengelak, makin Shasha tekan ke dalam.
“Hanya sebab kau nak
minta perhatian daripada abang Iffat kau, kau buat kerja gila dekat aku ya
Najwa. Kau jangan nak buat aku gila. Kau buat aku jadi gila, memang aku akan
jadi gila! Semua orang tahu. Kau yang sengaja mencari nahas dekat aku,” ujar
Shasha sambil tangannya masih menekan kepala Najwa. Malah wajah Najwa sudah
melekat di dinding tandas itu.
Kedengaran Najwa
muntah. Mual dengan bau yang sudah melekat di hidungnya. Tersedak gadis yang
dari tadi menangis merayu apabila dia muntah. Shasha berdecit. Bodoh punya
perempuan. Dengan tanpa belas kasihan, Shasha menekan flush yang ada di atas tandas itu. Habis seluruh muka Najwa
tersembur dengan air tandas begitu juga sisa muntahnya.
Shasha melepaskan
cengkaman. Dengan peluang yang ada, Najwa melarikan wajahnya dari tandas itu.
Terduduk di atas lantai kerana lemas akibat air tandas tadi.
“Apa yang kau buat ni
Sha?” mendengar namanya diseru dari belakang, Shasha menoleh. Tengku Iffat.
Macam mana dia tahu? Dia berlari anak menuju di mana mereka berada.
“Abang Iffat. Tolong,”
rayu Najwa bila melihat kelibat Tengku Iffat.
Astagafirullah. Sungguh
kesihan dia melihat keadaan Najwa. “Kenapa mesti kau buat macam ini Sha?”
“Dia yang mulakan
dulu,” mendengar suara Tengku Iffat yang lembut membuatkan Shasha menjadi kendur.
Kemarahannya sedikit kurang. Dia fikir dia akan dimarahi oleh lelaki yang
menjadi pujaan Najwa.
Tengku Iffat bertindak
untuk memeluk Shasha lalu mengusap belakang kepalanya. Boleh pulak buat adegan
peluk-memeluk di dalam tandas awam, malah di hadapan Najwa pula tu.
“Pergi keluar sekarang.
Biar aku handle Najwa.” Shasha
merengus kasar. Tengku Iffat dijeling tajam.
Aik? Marah?
“Tunggu dekat rumah
aku. Aku panggil semua orang berkumpul dekat sana,” dengan hentakan kaki tidak
puas hati, Shasha menjeling lagi sebelum berlalu dari situ.
Tengku Iffat melihat
keadaan Najwa. Jaket kulit yang tersalut ditubuhnya dibuka lalu diberikan kepada
gadis yang sudah habis dikerjakan oleh Shasha. Penuh luka. Bibir lebam dan
berdarah. Hidung juga menitiskan darah. Matanya sembab. Pipi juga sembab.
Selendang basah dan kotor.
“Ikut abang.”
“Najwa takut.”
“Kenapa dulu masa buat
tak berfikir dua kali? Sekarang baru nak takut?” kali ini Tengku Iffat juga
ikut berang. Kau jangan fikir aku akan tolong kau. Ini pun sebab mereka berada
tempat yang tidak sesuai. Silap-silap ada yang merakam adegan tadi, siapa yang
malu. Mereka juga yang malu.
Najwa tersentak bila Tengku
Iffat sudah naik suara. Nampaknya lelaki pujaannya juga sudah mengetahui apa
yang telah dia buat terhadap Shasha.
“Ikut abang lepas ni.
Selesaikan perkara ini secara elok. Berdiri cepat!” laju sahaja Najwa berdiri
walaupun dalam keadaan terhoyong-hayang. Sungguh kepalanya amat pening dan
berat akibat hentakan tamparan yang diterima daripada Shasha.
Mereka berdua keluar
dari tandas. Nasib baik Jason ada menelefon memberitahu akan perihal ini. Kalau
tidak, entahlah. Takut juga gadis ini terlantar di hospital.
Telefon bimbit dikeluarkan
dari poket. Lalu menelefon Saiful, sahabatnya yang mungkin sekarang tengah
tidur di rumah sewanya. Tidak lama kemudian, panggilannya dijawab.
“Inform diorang semua, Shasha sekarang on the way ke rumah. Panggil semua berkumpul dengan segera. Aku
bawa Najwa.”
“Ok.”
==========================================
HAKCIPTA
TERPELIHARA
Tidak
dibenarkan mana-mana bahagian dari terbitan / blog ini diterbitkan / dibuat
semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau
dengan apa jua alat sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak penulis
atau daripada pihak bakal penerbit yang asli.
No comments:
Post a Comment