Tuesday, 19 May 2015

His Independent Girl - [Bab 15]



Bab 15


SHASHA! Tengku Iffat lantas menghampiri Shasha bila dia melihat Najwa juga sedang berjalan menuju ke arahnya. Bahkan lagi teruk gadis itu memakai jaket yang sememangnya masih hangat dibibir dan ingatan Shasha. Gadis yang bernama Shasha, ingatannya kuat. Tapi pasal jekat tu boleh pulak dia ingat-ingat lupa. Hish! Mengundang bahaya betullah. Mata Shasha ni macam helang tahu tak. Ini memang sah budak Najwa ni tidak mengetahui di dalam bilik pejabat ada CCTV yang tersembunyi.
            “Hai sayang,” sapa Tengku Iffat bila sudah duduk di sisi gadis itu sambil matanya melihat kelibat Najwa. Dia yang sampai dahulu. Dari jauh dia terlihat Najwa sudah terhenti dari cuba menghampiri Shasha, dan tanpa rasa bersalah Tengku Iffat memberi sebuah senyuman yang manis kepada gadis itu dan melambaikan tangannya dengan penuh keyakinan. Shasha yang ketika itu sibuk membuat kerja di dalam laptopnya tidak menyedari akan perlakuan Tengku Iffat itu.
            “Hai, sibuk betul ke ni?” kata lelaki itu lagi apabila sapaannya tidak dibalas. Menoleh kepadanya pun tidak. Hmmm. Macam manalah aku nak ayat budak ni ya. Keras!
            “Jangan kacau,” sebaris kata amaran sudah keluar daripada bibir Shasha.
            Tengku Iffat tersenyum. Ada respon!
            “Tak payahlah serius sangat Cik Shasha oii. Aku takut tembus skrin laptop ni nanti. Cuba kau bawa-bawalah tengok aku ni. Bagi rehat sikit kornea mata tu menikmati keindahan ciptaan Tuhan di depan mata. Aku bagi free service ni.”
            Berkerut kening Shasha setelah mendengar kenyataan yang tidaklah seberapa nak dibanggakan bagi Shasha. Meluat! Siapa entah nak tengok dia ini. Tapi Shasha alihkan juga anak matanya untuk menghadap raut wajah lelaki itu, tidak lama seketika, anak mata Shasha sambung menatap ke skrin laptop di hadapannya.
            “Aik, sekejap aje?”
            “Hish, kacau betullah langau ni. Pergilah sana. Aku nak buat kerjalah,” bentak Shasha. Orang nak siapkan kerja pun tak boleh. Menganggu konsentrasi otak jiwa dan raga.
            Besar gelak Tengku Iffat bila melihat Shasha sudah naik berang. Suka dia melihat Shasha marah-marah.
“Kau tengah buat apa?” kali ini tona suara Tengku Iffat sudah bertukar menjadi serius. Ini sajalah caranya kalau Shasha sudah marah, kena serius. Baru boleh reda balik.
“Buat proposal yang kena koyak masa tu. Ni sekejap lagi nak habis. Kau nak apa ni?”
“Kau siapkanlah dulu proposal tu. Ada benda aku nak bincang.” Shasha melirik matanya kearah lelaki itu. Tiba-tiba pula. Jarang benar lelaki itu ingin berbicara perkara serius jikalau mereka di luar pejabat MPP atau di bilik mesyuarat ataupun ketika mereka menguruskan sesuatu projek.
Tanpa membuang masa, laju sahaja Shasha mengetik keyboard untuk menyiapkan kerjanya. Tidak banyak. Hanya tinggal membuat ulasan sahaja lagi. Tidaklah susah sangat sebenarnya. Shasha tengok Tengku Iffat yang sudah sibuk bermain game dengan iPadnya. Sekali sekala dia lihat Tengku Iffat sedang membaca dokumen di dalam iPad.
“Perkara apa yang kau nak bincang tu?” Shasha sudah memulakan bicara. Ini kerana kerjanya sudah pun siap. Hanya tinggal menyimpan salinan di dalam pendrivenya sahaja lagi.
Mendengar pertanyaan daripada gadis di sisinya, Tengku Iffat terus sahaja mengalihkan pandangannya kepada Shasha. “Pasal hal dekat MPP.”
Terjongket kening Shasha bila Tengku Iffat membangkitkan perkara tersebut. Apa yang dia tahu, lelaki itu menarik balik laporan yang sudah dihadapkan kepada pihak tertentu. Malah sudah merayu kepada pihak Kedutaan Malaysia untuk tidak memanjangkan perkara ini. Atas alasan, ada orang rasa cemburu terhadap Shasha.
Memang pada mulanya Shasha tidak berpuas hati dengan tindakan yang dikenakan oleh Tengku Iffat. Dia merasa tidak adil. Kerana barang-barang yang paling banyak terjejas adalah barang kepunyaan Shasha.
Shasha masih ingat kata-kata lelaki itu, “Biarlah kita sahaja yang mencari siapa gerangan penceroboh. Jikalau perkara ini tersebar, ia akan menjejaskan nama baik student union Malaysia. Apatah lagi bila ia sampai ke media masa pihak Malaysia, memang akan diputar belitkan fakta yang ada dan akan mengusarkan ibu bapa para mahasiswa-mahasiswi yang belajar di sini.”
Panjang lebar Tengku Iffat menerangkan alasannya tapi Shasha tetap terima dengan hati yang terbuka. Apa yang dikatakan oleh Tengku Iffat ada juga benarnya. Dia tidak boleh mementingkan diri sendiri. Memang sudah terang si penceroboh hanya ingin dirinya menjadi mangsa.
“Ok. I’m done. Kau nak cakap apa pasal hal MPP tu?” Shasha menarik pendrivenya dari laptop lalu menyimpan ke dalam beg kecil khas untuk pendrives atau hard diskmiliknya. Laptopnya juga ditutup.
“Kau ada terfikir tak siapa-siapa yang memakai jaket yang berlogo ‘AAN’ tu?”
“Hmm… Entahlah. Aku pun sampai sekarang masih ingat-ingat lupa dengan jaket tu.”
“Tapi kau rasa-rasa siapa?”
Shasha melihat Tengku Iffat dengan penuh rasa curiga. “Kau tahu ke siapa yang pakai jaket tu?”
Tengku Iffat tersentak. Adui. Salah step! “Eh, tak adalah. Aku tanya saja. Manalah tahu kau ada ingat ke.”
            “Tapi dari gaya soalan kau ini macam nak bagi aku hint siapa orang tu. Baik kau beritahu kat aku, siapa orang tu. Cepat cakap!” tidak tertelan air liur Tengku Iffat bila gadis itu sudah mengeluarkan tona yang mungkin akan menunggu masa untuk naik ke fasa mengamuk. Cepat sahaja Tengku Iffat mencari akal untuk mengelak daripada kenyataan itu.
            “Mengarutlah kau ini Sha. Aku tanya sajalah. Janganlah kau fikir yang bukan-bukan. Kalau kau ada siapa-siapa yang kau rasa orang tu, mungkin boleh diusahakan untuk menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut. Mungkin kita boleh tanya orang itu ke untuk cari bukti. Sebagai petunjuk.”
            Shasha sudah berpeluk tubuh sambil merenung tajam lelaki yang sudah kelihatan gelisah di sisinya ini. Mesti ada apa-apa ni. “Kau fikir aku percaya cakap kau ni?” provok Shasha.
            “Astagafirullah al-azim Sha. Percayalah. Jangan fikir yang bukan-bukanlah.”
            “Kalau aku dapat tahu kau ada sembunyikan apa-apa daripada aku, siap kau. Aku ganyang kau hidup-hidup,”amaran Shasha sambil menunjuk-nunjukan jari telunjuknya di atas dada Tengku Iffat.
            Terlepas gelak Tengku Iffat bila Shasha mengeluarkan kata-kata dan perlakuan yang dipamerkan. Dia merasakan perkataan itu adalah ugutan bagi sepasang kekasih yang saling berahsia sesama sendiri. Sweet pulak aku dengar. Nampak manja walaupun tengah marah.
            Shasha sudah mengemaskan beg sandangnya untuk berlalu dari situ. Malas mahu melayan kerenah Tengku Iffat. Sejak dia tidak mempunyai kekasih atau berkawan banyak, asyik nak melekat jadi ekor sahaja kerjanya. Rimas! Tapi Shasha seperti suka akan suasana ini. Walaupun dia rimas, tidak pula dia memberi amaran kepada lelaki itu untuk tidak mendekatinya.
            “Suka aku dengar kau cakap macam tu Sha. Macam kita ini adalah sepasang kekasih,” nampak kenakalan Tengku Iffat di situ.
            “Huh, malas.”
            “Aik, okay apa. Inilah yang kau tunggu-tunggu sebenarnya kan Sha. Tengku Iffat yang single and available.”
            “Euuuwww perasan!” panjang langkah Shasha berjalan keluar daripada kawasan tempat mereka berada sebentar tadi. Tengku Iffat berlari anak untuk menyaingi supaya beriringan dengan Shasha.
            Tiba-tiba Shasha berhentikan perjalanannya sehingga membuatkan Tengku Iffat pun turut berhenti. “Kenapa ni?” tanya Tengku Iffat.
            Shasha menghadapkan badannya berhadapan dengan Tengku Iffat sambil berpeluk tubuh. Kepalanya didongakkan sedikit kerana Tengku Iffat memang tinggi sedikit daripadanya. “Daripada kau flirting dengan aku, lebih baik kau pergi usha Najwa.”
            Bibir Tengku Iffat sudah menjuih tanda tidak setuju. “Dengan Najwa buat apa?”
            “Najwa tu terang lagi bersuluh suka dekat kau tahu tak. Takkan lah kau tak perasan.”
            “Tapi aku tak suka dialah Sha. Daripada aku mengurat dia, baik aku urat kau ni. Lagi senang.”
            “Eeee, merepek betullah dia ni. Dulu-dulu kau layan pulak Najwa tu. Huh. Lelaki, gatal. Miang!” bentak Shasha sambil menghadiahkan Tengku Iffat sebuah jelingan yang tajam. Sukalah tu nak babitkan ibu bapa mereka. Mentang-mentanglah dua-dua belah pihak sudah memberi green light. Tapi, Shasha masih belum dapat melupakan apa yang terjadi suatu ketika dulu. Hmm, malas nak fikirkan.
            “Laaa, itupun nak marah ke. Aku buat macam itu untuk mengeratkan silaturrahim. Aku tak rasa dia macam menariklah Sha.”
            “Merepek!” huh, mengada betul. Aku repot dekat Najwa baru kau tahu. Kesian Najwa, mesti dia sedih kalau dia mendengar apa yang Tengku Iffat cakapkan mengenai dirinya. Gadis itu begitu bersungguh-sungguh untuk menarik perhatian Tengku Iffat, tetapi kelihatan lelaki yang dipuja ini semakin menjauhi gadis itu sehingga membuatkan Najwa rasa takut dan malu untuk menghampiri si teruna yang disukai.
            Tengku Iffat sudah pasang niat untuk membuli Shasha bila dia cuba untuk melarikan diri.
            “Kau suka ke kalau aku dengan Najwa? Aku rasa mesti kau suka masa aku cakap aku tak suka dia. Mesti hati kau tengah melonjak gembira. Betul tak. Betul tak.” Tengku Iffat sudah mula mengusik nakal. Wajahnya sudah mula mencari wajah Shasha yang cuba untuk melarikan diri dari menatap dirinya.
            Shasha malu. Wajahnya sudah merah padam. Macam mana dia tahu. Ish! Namun sedaya upaya Shasha tidak menampakkan reaksi wajahnya.
            “Mengada betul. Entah siapa yang suka. Tak hingin,” makin laju langkah Shasha berjalan menggelakkan diri. Malas mahu melayan Tengku Iffat. Entah angin monson mana yang sibuk menghadiri dalam diri lelaki itu. Geli geleman dia mendengar.
            “Tunggulah Sha. Kau ni kan. Suka sangat nak lari daripada aku ni kenapa. Tunggulah.” Tengku Iffat cuba untuk menyaingi langkah Shasha supaya mereka beriringan. Shasha hanya diam. Malas mahu berkata apa-apa.
            “Betul tak Sha. Betul tak sangkaan aku,” usik Tengku Iffat sekali lagi.
            Dengan kegeraman hati yang tidak tertahan, Shasha bertindak untuk memukul bahu lelaki itu berkali-kali. Geram. Benci. Malu. Semua menjadi satu. Mulut tu semakin tidak pandai nak diam. Asyik mengayat. Dulu-dulu tidak pula lelaki ini gatal ulat bulu naik daun. Sejak kebelakangan ini, perangai Tengku Iffat tidak tertahan nak melayan. Nak menempel saja kerjanya.
            Tengku Iffat tergelak besar. Nampak manja betul bila Shasha memukul bahunya berkali-kali.
            Namun, diantara Tengku Iffat dan Shasha, mereka berdua tidak menyedari akan ada sepasang mata yang setia memerhatikan mereka dari jauh. Tidak lain tidak bukan, Najwa. Nafasnya sudah turun naik menahan marah di dalam hati. Matanya penuh dengan kebencian bila melihat kerenah pasangan yang sedari tadi dilihatnya.
            Bukan main mesra lagi Kak Shasha dengan lelaki pujaannya. Kata tidak suka. Tetapi apa yang baru sahaja dilihatnya sebentar tadi, mereka berdua persis sepasang kekasih. Malah hatinya menjadi tidak suka bila dia ada mendengar ada yang suka melihat jikalau Tengku Iffat dan Shasha menjadi sepasang kekasih. Lagi sakit hati bila ada yang mendoakan mereka sampai ke jinjang pelamin.
            Huh! Jangan harap! Aku akan pastikan mereka berdua tidak akan sampai ke jinjang pelamin. Aku akan pastikan!!


==============================================


HAKCIPTA TERPELIHARA

Tidak dibenarkan mana-mana bahagian dari terbitan / blog ini diterbitkan / dibuat semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau dengan apa jua alat sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak penulis atau daripada pihak bakal penerbit yang asli.

No comments:

Post a Comment