Bab 12
SAMPAI
sahaja mereka tiba di tempat yang di tuju, Tengku Iffat dan Shasha terus
berlari menuju ke bilik pejabat mereka di CUSU. Nafas yang semput akibat
berlari dengan keadaan panik serta merta hilang bila melihat keadaan yang mereka
terima panggilan.
“Bagaimana
boleh macam ini Erma?” tanya Tengku Iffat kepada salah seorang ahli MPP mereka.
Suara lelaki itu sudah bertukar keras. Shasha kelihatan kaku.
“I
tak tahu Iffat. Firdaus pun tidak tahu macam mana. Masa I nak pergi ambil fail
laporan kawangan, dia dah jadi macam ini,” jelas Erma dengan tenang. Walaupun
tenang, namun dalam hati Tuhan sahaja yang tahu bagaimana rasanya bila dia
melihat keadaan bilik pejabat mereka sekarang.
“Daus,
kau dah cek CCTV?” persis macam inspektor penyiasat saja lagaknya.
“Sudah.
Aku minta blackbox rakaman tersembunyi
CCTV dekat pejabat kita. Harap-harap pihak sekuriti boleh buat kerjasama,” jelas
Firdaus kepada Tengku Iffat.
“Pihak
polis?” tidak lama kemudian kedengaran bunyi siren menandakan kedatangan pihak
pegawai polis yang bertugas di hadapan CUSU mereka.
Lantas
sahaja Firdaus dan Erma turun ke bawah menyambut kedatangan yang kelihatan dua
orang pegawai polis yang bertugas.
Tengku
Iffat berjalan meluru ke arah Shasha yang masih sepertinya orang kebingungan.
Ini mesti shock ni. “Shasha, kau okay
ke ni?” jarinya sudah dipetik berkali-kali di sisi telinga gadis itu.
Shasha
seperti orang baru sedar. Kepalanya di panggung melihat Tengku Iffat yang
tinggi daripadanya. “Macam mana boleh macam ini?”
“Aku
pun tak tahulah Sha. Tempat ini sudah cukup terkawal. Tak tahu macam mana
sekuriti boleh terlepas.”
Terkejut!
Apa tidaknya terkejut, keadaan bilik pejabat mereka kini sudah seperti baru
sahaja lepas mengalami peristiwa tsunami. Semua komputer-komputer di dalam
bilik semuanya berada di atas lantai. Ada yang seperti bekas dibaling dengan
sengaja. Ada juga yang sudah retak. Ini macam perbuatan orang gila nak balas
dendam!
“Kita
ada musuh ke Iffat?” tanya Shasha lagi. Matanya tertarik bila melihat paper shredder mereka kelihatan penuh.
Laju sahaja kakinya berjalan di mana mesin paper
shredder itu diletakkan.
Mesin
itu dibuka. Hairan! Macam mana sisa-sisanya penuh banyak seperti biasa, kerana
mereka tahu, ahli-ahli MPP sekarang amat malas hendak menggunakan mesin itu.
Bising. Apabila tangannya meramas sekumpulan kertas, matanya tertancap penanda
yang bernama “NOT DONE”.
Astagafirullahalazim. Janganlah ia bukan yang aku fikirkan.
Serta
merta Shasha mengambil sisa-sisa kertas di dalam mesin itu, lalu cuba
mencantumkan sisa-sisa yang dirasanya boleh bersambung semula.
Tengku
Iffat melihat Shasha yang kelihatan kelam kabut itu menghampiri gadis itu.
“Kenapa Shasha?”
“Kau
tolong aku cari cebisan kertas yang macam di atas meja ni,” arah Shasha sambil
matanya masih tekun melihat bait-bait ayat yang tercatat di dalam kertas itu.
“Untuk
apa ni?”
“Diam.
Kalau nak tolong, tolong. Kalau nak meyemak, kau pergi bawah.”
Tengku
Iffat membuat keputusan untuk menolong Shasha mencari cebisan sisa-sisa kertas
itu. Dia tahu Shasha nampak tertekan. Mungkin ada perkara yang boleh menolong
mengenai kejadian bilik pejabat mereka.
Sejam
lebih kemudian…. “Arghhhhh!!!!!!!!”
“Kenapa?”
“Iffat,
our new forecast financial record,” nafas
Shasha sudah mulai naik turun menahan marah. Bagai hendak tersekat didadanya.
Tengku
Iffat meneliti tiga keping kertas yang mereka sudah berjaya dicantumkan menjadi
sehelai kertas. Lelaki itu membaca isi kandungannya.
“Kau
ada softcopy dia kan benda ni?”
“Memang
aku ada softcopy. Tapikan Iff, kau
tahu kan kalau aku kerja macam mana. Aku rasa benda ini sudah leak. Kita tidak tahu, manalah tahu dia
ada gambar sebelum dia koyakkan.”
Tengku
Iffat mengeluh. Shasha cuba untuk menenangkan rasa amarahnya.
Tiba-tiba
Firdaus dan Erma sampai ke bilik pejabat mereka dengan satu kotak kecil di
tangan Erma. “Korang.”
Tengku
Iffat dan Shasha menoleh kearah suara datangnya dari muka pintu. “Kenapa?” ujar
Tengku Iffat.
“Maaf
sebab lambat. Selepas kena soal siasat tadi, kami terus pergi ke balai polis.
Pihak sekuriti telah membincangkan perkara ini ke pihak polis. Ini kami ada
copy dari blackbox. Korang cubalah
tengok dulu.”
“Di
sini tidak ada komputer, jom pergi ke rumah aku.”
Shasha
sudah berkerut kening. Rumah dia?
RAKAMAN
CCTV yang mereka ambil dari pihak sekuriti ditonton dengan penuh teliti dari
awal video itu ditayangkan.
“Ok,
aku rasa inilah masa dia kejadian itu berlaku,” tiba-tiba suara Firdaus
kedengaran. Empat pasang anak mata cuba untuk tidak melarikan pandangan dari
arah televisyen. Dengan teknologi yang canggih masa kini, Tengku Iffat hanya
memasukkan pendrive ke USB yang
terdapat di sisi televisyen. Canggih tapi mahal.
Ada
empat bahagian rakaman yang diberikan kepada mereka, satu dibahagian pintu
masuk, satu dibahagian pintu masuk belakang, satu dikawasan ruang aras atas dan
di dalam bilik pejabat MPP.
“Cuba
tengok yang pakai baju warna hitam tu, yang pakai jaket hood,” ujar Erma lagi.
Mata
mereka sudah mula mengikuti pergerakan makhluk yang memakai jaket berwarna
hitam. Dari segi pakaian dan gerak tubuh badan, memang makhluk itu amat
mencurigakan. Tengku Iffat melihat Shasha yang duduk tidak jauh dari sisinya.
Mencerlung mata gadis itu melihat ke televisyen.
Kalau
Shasha tahu siapa gerangan yang memporak perandakan bilik pejabat mereka,
memang habislah orang itu dikerjakan oleh Shasha. Ini kerana, semua komputer-komputer
di dalam bilik pejabat mereka adalah hasil usaha mereka membuat peruntukan
sendiri membeli barang-barang untuk kegunaan ahli MPP.
Tapi
kalau Tengku Iffat tahu siapa yang buat, memang sumbat dalam lokap!
“Ya
Tuhan. Orang gila ke apa ni?” Erma sudah terjerit kecil bila ketika itu adalah
semasa segala barang-barang mereka ditolak ke bawah. Bunyi barang-barang yang
jatuh dengan kuat juga kedengaran.
Tiba-tiba
makhluk itu mencari sesuatu di dalam laci milik Shasha. Tidak lama kemudian
mengeluarkan satu fail yang Shasha percayai itulah dokumen yang dihancurkan
dengan paper shredder. Shasha sudah
merengus kuat.
‘Macam
mana si malaun ini tahu aku selalu letak semua dokumen dekat situ.’
“Dari
segi susuk tubuh badan, memang seorang perempuan,” tiba-tiba Tengku Iffat
bersuara. Shasha juga sedar, ia adalah persis seorang perempuan. Makanya, anak
mata Shasha lantas melihat lagi ke sesi rakaman itu.
“Macam
mana orang boleh tak perasan dia masuk macam ni?” Shasha sudah bersuara dengan
penuh geram di hati. Mana sekuriti? Mana mahasiswa-mahasiswi yang lain? Tak kan
tidak sedar?
“Hari
ini kan hari ahad, memang orang jarang sangat nak pergi CUSU,” jelas Firdaus.
Mereka memang sudah ambil maklum, hari ahad adalah hari malas-malasan sedunia.
Memang jarang sangat hendak melihat orang menempel di CUSU.
“Sekuriti?”
tanya Tengku Iffat.
“Masa
itu pihak sekuriti sedang bertukar shift.”
Shasha merengus lagi bila mendengar jawapan yang keluar daripada Firdaus. Tidak
puas hati! Si penceroboh terlalu licik. Persis sudah tahu akan selok belok di CUSU.
“Apa
yang pasti, perempuan ini memang tahu bagaimana CUSU kita dijaga, sebab itu dia
senang nak masuk sini.”
Tiba-tiba
Shasha tersentak. Bola matanya sudah membesar bila dia ternampak sesuatu. Tengku
Iffat yang sedar akan perubahan wajah Shasha lantas menegur, “Kenapa Sha?”
Firdaus
dan Erma sudah mengalihkan pandangan mereka ke arah Shasha. Ingin mengetahui
apa yang ditegur oleh Tengku Iffat.
“Aku
macam kenal logo yang terletak dekat jaket tu? Familiar sangat,” dahinya sudah berkerut. Cuba untuk mengingati
sesuatu.Logo itu seperti samar-samar difikirannya, akan tetapi dia sepertinya
selalu melihat logo itu di mana-mana.
“Takkan
jaket kau kot Sha. Setahu aku kau punya jaket tak ada yang macam tu.” Tengku
Iffat mencelah. Shasha dia punya pakaian memang jenis high taste tapi ringkas. Jaket yang melekat ditubuh perempuan itu
seperti jaket yang berjenama biasa sahaja.
Mendengar akan
kata-kata daripada Tengku Iffat, Shasha terus mencerlung lelaki di sisinya itu.
Kedua kening sudah bertaut.“Oh my God! Stalker!”
bibir gadis itu sudah melompong luas sambil melihat Tengku Iffat yang sudah
dalam keadaan kalut.
Mereka
sudah tergelak setelah mendengar jeritan kecil yang terbit dari Shasha. Shasha
menjeling tajam. Firdaus dan Erma kembali mengalihkan mata mereka ke televisyen.
Tengku Iffat tersengih. “Huh! Mengada betullah dia ni. Benci!”
“Jangan
Sha, ayat klishe lah, benci akan selalu bertukar menjadi sayang.”
“Euuuw!”
mulut Shasha sudah mencebir, dalam masa yang sama matanya juga menatap rakaman
yang masih ditayangkan. Ketika itu si penceroboh sudah selesai
memporak-perandakan bilik pejabat mereka. Sempat pula dia menendang-nendang
komputer-komputer yang jatuh terutama komputer milik Shasha.
“Dia
target aku ke?” semua sudah
menunjukkan muka hairan. Mereka sepertinya sedar akan sesuatu. Si penceroboh
itu lebih banyak atau lebih cenderung merosakkan harta benda kepunyaan Shasha.
“Kau
ada musuh dengan sesiapa ke Sha?” Erma sudah mengajukan soalan kepada Shasha.
Shasha mengeleng-gelengkan kepalanya.
“Kalau
dulu memang ada, Nadia. Tapi sekarang ni kan aku dengan dia dah ok.”
Sedang
mereka ralit memikirkan akan perkara itu, tayangan rakaman CCTV sudah pun
habis. Tidak banyak yang mereka dapat daripada situ kerana si penceroboh itu
terlalu licik. Dia menutup mukanya hanya tinggal matanya sahaja. Sepanjang dia
berjalan juga dia lebih selesa menundukkan kepalanya.
“Huh,
dahlah, malas nak fikir benda nih. Esok kita minta tolong dengan budak-budak
yang lain. Mungkin kita boleh periksa komputer-komputer tu. Kecuali skrin tulah,
takut ada yang retak dalam.” Tengku Iffat sudah memberi amaran.
Firdaus
dan Erma hanya menganggukkan kepala mereka tanda faham. Keluhan kecil tetap
kedengaran dari bibir mereka. Perkara ini terjadi disaat mereka membuat satu
projek yang besar, malah mereka semua sudah menumpukan seratus peratus komitmen
untuk menjayakan projek besar ini. Malah ini mungkin boleh menjadi satu cara
untuk menaikkan nama negara dan acara terakhir bagi Tengku Iffat dan Shasha
sebelum mereka menghabiskan pengajian di Cambridge.
“Sha,
dokumen yang kena koyak tu kau nak buat apa?” tanya Tengku Iffat.
“Aku
nak buat baru. From zero.”
“Kau
nak aku tolong tak?” tanya lelaki itu lagi.
“Boleh
juga. Dalam masa yang suntuk ini aku memang memerlukan pertolongan kau. Lokasi
mungkin tidak menjadi masalah, tapi aku nak tukar dia punya date event. Nanti kita mesyuarat dekat
sini sajalah. Sebab dia hancurkan sekali dengan proposal,” cadang Shasha. Kerana dia tahu, buat masa ini pejabat
mereka masih di dalam penyiasatan. Walaupun pencerobohan ini seperti tidak
memberi apa-apa, namun ia diambil berat kepada pihak penyiasatan terutama bagi pihak
Kedutaan Malaysia.
Tengku
Iffat tersenyum. Mesti ada agenda ni. “Aku tak ada hal, tapi kau masaklah untuk
mesyuarat nanti. Baru ada semangat nak buat lagi semula,” keningnya sudah dijongket-jongket
nakal.
Tak salah rasanya nak
cuba air tangan Shasha sebab dia teramatlah kedekut.
Shasha
menjeling tajam. Firdaus dan Erma siap jerit Yes! Sukalah tu.Tengku Iffat ini, ughhhh!
MIMI
DAN AISHA sudah sedia menunggu di rumah sewa mereka. Riak
wajah mereka terpamer raut wajah kerisauan. Shasha letih. Keluhan berat dilepaskan.
“Apa
jadi Sha?” Mimi sudah memulakan pembuka tirai pertanyaan.
“Mengikut
dari fizikal, ada orang ceroboh masuk pejabat MPP,” jawab Shasha sambil matanya
masih tertutup. Ingin melepaskan lelah yang ada. “Tapi kalau menurut teori yang
kami dapat, macam ada orang sakit hati dekat aku.”
Mimi
dan Aisha tersentak. Sudahlah tadi semasa mereka mengetahui akan berita pejabat
MPP diceroboh, bukan main mereka terkejut beruk. Risau pun ada. Sempat juga
mereka pergi melihat keadaan pejabat MPP, namun tidak lama kemudian mereka diarahkan
balik oleh sekuriti yang bertugas ketika itu.
“Macam
mana kau tahu ni Sha?” Aisha bertanya.
“Tadi
aku, Iffat, Firdaus dengan Erma tengok rakaman CCTV.”
“Di
mana?” serentak mereka berdua bertanyakan soalan.
“Dekat
rumah sewa Iffat.”
“Esehmen
Sha, bukan main kau ya.” Mimi sudah tersenyum sinis. Aisha tersengih nakal.
Shasha sudah amat faham akan isyarat yang dilancarkan oleh kedua orang
sahabatnya itu. Sibuk betul!
“Tak
kan korang dua tak ada apa-apa. Feeling-feeling
ke,” sakat Mimi lagi. Suka benar hatinya bila melihat wajah Shasha sudah merah.
Mimi
dan Aisha siap gelak. Ego sangat. Nampak sangat dia ada hati dekat Tengku Iffat,
tapi setiap kali itu dia cuba untuk menidakkan perasaan yang sudah ada.
Tiba-tiba
Shasha bersuara, “Korang tahu tak ini logo apa?”
Ketika
itu Shasha menunjukkan telefon bimbitnya kearah mereka. Rupa-rupanya semasa
mereka sedang hanyut, Shasha siap melukis sesuatu di dalam telefon bimbitnya
menggunakan aplikasi untuk melukis. Logo yang dimaksudkan oleh Shasha ialah
logo yang dia lihat dari rakaman CCTV.
Mimi
mengambil telefon bimbit Shasha untuk melihat dengan lebih dekat.
“Kenapa
logo ini macam aku pernah tengok sebelum ni, tapi di mana ya?” ujar Aisha
sambil menggetuk dagunya dengan hujung jari.
“Entah,
aku pun tak tahu, tapi aku setuju dengan Isha, logo ini nampak macam familiar sangat dengan anak mata aku.
tapi aku lupalah di mana,” sambung Mimi.
“Sebab
tulah aku tanya dekat korang. Logo ni aku dapat dekat jaket yang penceroboh tu
pakai. Sampai sekarang aku masih ingat logo ni,” jelas Shasha.
Dari
mana mereka melihat logo ini. Logo yang berbentuk bulat namun di
tengah-tengahnya ada lambang dalam perkataan iaitu ‘AAN’
=======================================
HAKCIPTA
TERPELIHARA
Tidak
dibenarkan mana-mana bahagian dari terbitan / blog ini diterbitkan / dibuat
semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau
dengan apa jua alat sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak penulis
atau daripada pihak bakal penerbit yang asli.
No comments:
Post a Comment