Bab 18
MANA
jaket aku ni? Puas Najwa mencari jekat hitam kesayangannya tapi tidak jumpa.
Malah almari pakaian Adira juga dicarinya, tapi tidak jumpa. Takkan dia ada
salah letak atau tertinggal di mana-mana.
Adira
keluar dari bilik mandi dengan tuala berkemban. Najwa merenung Adira yang
mengambil baju tidur di dalam almari miliknya sendiri. Sedar akan dirinya direnung
oleh seorang makhluk Allah di situ, Adira menoleh. “Kenapa?”
“Kau
ada nampak jaket aku tak?” Najwa duduk dibirai katil dengan wajah yang sugul.
Laaa, baru hilang jaket dah macam hilang duit satu juta ringgit.
“Aku
tengok kau ada banyak jaket, jaket yang macam mana?” Adira meletakkan pakaian
tidurnya di atas katil lalu menyapu losyen ke seluruh badannya.
“Jaket
yang warna hitam, yang selalu aku pakai tu.” Adira hanya memandang Najwa
sekilas dengan hujung matanya.
“Entah.”
“Takkan
kau tak tahu Dira. Kita berdua saja yang tinggal dalam bilik ni.” Najwa masih
tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Adira.
“Kau
fikir aku nak sangat ke nak curi bagai jaket kau tu? Aku lagi banyak jaketlah.
Kalau kau nak, kau pergi ambil dalam almari aku tu. Berlambak-lambak dekat
situ. Kau nak pilih warna apa yang kau mahu pun boleh. Tak payahlah nak melenting.”
Najwa
terdiam bila diherdik oleh Adira. Anak matanya masih setia melihat Adira yang
masa ini sedang menyapu losyen dibahagian betisnya. Tidak menghiraukan Najwa
yang diam tidak tahu hendak buat apa.
“Aku
tanya saja,” suara Najwa kendur.
“Lain
kali tanyalah elok-elok. Bila orang cakap tak tahu itu ertinya tak tahulah.
Bukan aku yang cuci baju kau, kau sendiri yang cuci.”
Najwa
masih diam duduk dibirai katil bujangnya. “Apa cerita kau dengan Kak Shasha?”
Adira
sudah membuka cerita mengenai kejadian di hospital tempoh hari. Dalam seminggu
dua ini suasana menjadi tegang diantara mereka berdua. Adira sedar raut wajah
gadis itu bertukar menjadi keruh.
Masih
dia ingat ketika itu Najwa balik lewat. Bila gadis itu pulang, Adira yang masih
mengulang kaji pelajaran sememangnya akan tahu bagaimana keadaan Najwa. Sebab
dia dipanggil oleh Tengku Iffat untuk berkumpul ke rumah sewanya. Balik ke
bilik mereka dengan tangisan teresak-esak. Nak gelak tapi ditahan. Bukan dia
tidak tahu cerita di sebalik tangisan Najwa.
“Macam
itulah,” lemah suara Najwa membalas pertanyaan Adira. Dia sudah buntu bagaimana
ingin mengenakan Shasha lagi. Ketika ini di mana Shasha berada, di situlah
adanya Tengku Iffat. Hatinya semakin sakit bila melihat mereka berdua asyik berkepit.
Geram!
“Hmmm
tak apalah Dira, aku cari dekat luarlah. Manalah tahu aku ada tertinggal dekat
mana-mana.”
“Yalah.
Hati-hati,” jawab Adira. Hujung matanya sudah melihat kelibat Najwa yang keluar
dari bilik mereka. ‘Kau tak akan dapat cari punya. Jaket kau sekarang ada dekat
Abang Iffat kesayangan kau tu.’
SHASHA
sibuk dengan persiapan projek terakhir mereka yang akan berlangsung esok hari.
Tidak menang tangan dibuatnya kerana dia mahu acara projek ini berjalan dengan lancar
dan sempurna.
Hari
ini dia merasa amat aman sedunia. Kerana? Si lalat yang bernama Tengku Iffat
tidak ada bersama dengannya buat hari ini, sibuk dengan urusan di pusat galeri
yang akan diadakan. Sejak kejadian di hospital tempoh hari, Tengku Iffat
bertindak untuk menjadi bodyguard
yang teramatlah tidak bertauliah. Apabila mengenangkan kejadian di hospital,
Shasha mengeluh berat. Masih dia teringat akan kata-kata dari bibir Najwa
sehingga dia bertindak untuk memberi sebuah tamparan khusus untuk PENGKHIANAT!
-
“Macam mana Najwa tahu projek tu
berlangsung hujung minggu ini?”
-
“Emm… Najwa ada baca dekat iklan.”
-
“Iklan mana?”
-
“Akak tanya awak ni Najwa.”
-
“Ahh.. Ahh.. Leaflet! Hah Najwa nampak leaflet
dekat fakulti seni bina.”
-
“Di bawah penyeliaan pensyarah mana?”
-
“Dr. Andrew.”
Setelah dia mendengar
nama pensyarah yang keluar dari bibir Najwa, kemarahan Shasha sudah kemuncak
lalu menampar pipinya. Dengan nama itu juga, Shasha tahu siapa yang bertindak
mengoyakkan proposalnya semasa
pejabat MPP mereka diporak perandakan. Jauh di lubuk hatinya dia seakan tidak
percaya dengan apa yang sedang bermain dibenak fikirannya saat itu. Sungguh,
hanya dia dan Tengku Iffat sahaja yang mengetahui projek itu turut disokong
oleh pensyarah mereka, iaitu Dr. Andrew. Hanya master proposal sahaja yang diletakkan dengan nama pensyarah
tersebut, melainkan proposal itu
pernah dilihat serta dibaca muka depan proposal
yang asal.
Sememangnya
Najwa sudah termasuk perangkap akan soalan yang diutarakan oleh Shasha.
Sepanjang dua minggu ini, Shasha sedaya upaya untuk tidak berjumpa atau
terserempak dengan Najwa. Shasha teringat kembali semasa Tengku Iffat memberitahu
pemilik jaket hitam berlogo ‘AAN’ itu. Sungguh dia rasa ketika itu dirinya amat
bodoh dipermainkan oleh gadis yang bernama Najwa.
Tengku
Iffat membawa mereka semua ke rumah sewanya selepas kejadian di hospital. Ingin
menenangkan gadis bernama Shasha memang susah. Kena terangkan satu persatu.
Bila mereka semua sampai di tingkat rumah Tengku Iffat, kelihatan Adira dengan
Firdaus sedang menunggu di hadapan rumahnya. Shasha sudah berkerut dahi akan
kehadiran mereka berdua.
“Mana
jaket tu Adira?” tanya Tengku Iffat. Shasha semakin penasaran. Jaket apa?
Adira
mengambil sesuatu di dalam beg sandang milik Firdaus. Jaket yang disimpan di
dalam plastik jernih putih menjadi tumpuan Shasha. Mimi dan Aisha hanya melihat
dari sudut belakang. Mata Shasha sudah terpanah melihat jaket tersebut.
Bungkusan
plastik beralih tangan kepada Tengku Iffat. Kening Shasha berkerut tanda tidak
faham apa yang sedang berlaku. Tidak lama jaket itu di tangan Tengku Iffat,
bungkusan dihulurkan kepada Shasha.
“Nah,”
dia berkata lalu membuka pintu utama rumahnya. Tanpa membuang masa, mereka semua
masuk ke dalam rumah sewa Tengku Iffat. Semua sudah buat macam rumah sendiri.
Saiful dengan Rizal siap berlari berebut tandas. Macam budak-budak!
“Kau
buat apa tercegat dekat luar tu Sha. Masuklah dalam.”
Perlahan
Shasha memasuki apartment Tengku Iffat sambil matanya ralit menilik jaket yang
berada di tangannya. “Jaket siapa ni Iff?”
“Duduklah
dulu,” pelawa Tengku Iffat. Shasha diarah duduk di ruang tamu. Mimi, Aisha dan
Adira sudah lesap ke dapur. Firdaus siap merokok di beranda rumah.
Tanpa
membuang masa, Shasha mengeluarkan jaket dari bungkusan plastik lalu melihat
dengan lebih jelas apakah istimewanya jaket itu sehingga hendak dimasukkan ke
dalam bungkusan segala. Namun bila Shasha mendepangkan jaket itu luas-luas di
hadapannya, matanya sudah membulat tersentak.
“Ini.”
Shasha sudah hilang kata-kata. “Macam mana kau dapat jaket ni Iff?”
“Adira
yang tolong ambil,” jawab Tengku Iffat tenang. Mungkin sudah masanya untuk
memberitahu kepada Shasha siapakah pemilik jaket tersebut sekaligus empunya
angkara yang memporak perandakan pejabat MPP mereka.
“Macam
mana Adira boleh dapat jaket ni?” Keras. Tegas. Sakit hatinya bila Tengku Iffat
seperti ingin bermain tarik tali dengannya. Sudahlah kepalanya sekarang tengah
berserabut, harap-harap pemilik jaket ini bukanlah yang disangkanya sejak
mereka keluar daripada hospital tadi. Jauh di sudut hati kecilnya, dia sedaya
upaya untuk menidakkan kenyataan yang seperti berhubung kait di antara satu
dengan yang lain.
“Jaket
ni milik Najwa.”
“Apa?”
Tengku Iffat serentak mengusap dadanya akibat kejutan dari tengkingan Shasha.
Kuss selamat. Nasib baik jantung masih ok. “Kau jangan nak tuduh sembarangan Iffat.”
Shasha
sudah menggeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak mahu mempercayai apa yang baru
sahaja dia dengar.
“Shasha,”
lelaki itu mengeluh.
“Jaket
ni memang kepunyaan Najwa. Adira sendiri yang ambil. Aku memang berhajat nak
kumpul bukti lagi, tapi apa yang aku lihat masa kau tampar Najwa, aku dapat
rasa kau ada tahu sesuatu yang kau memang tidak suka. Apa yang membuatkan kau
tampar Najwa tu Sha?” penuh dengan kelembutan Tengku Iffat menerangkan panjang
lebar tetapi tegas. Shasha sekarang hatinya dalam keadaan keras. Kena main
psikologi sikit baru boleh jalan.
“Aku
meruap sebab dia tahu projek galeri tu di bawah penyelia Dr. Andrew,” jawab
Shasha polos.
“See… Kau dah boleh sambungkan puzzle kau tu dengan yang ini. Ada hubung
kait tak?” Shasha menganggukkan kepalanya tanda mengiyakan kata-kata Tengku
Iffat. Ada benarnya juga.
Ya, baru dia teringat,
jaket ini adalah kepunyaan Najwa. Macam mana dia boleh lupa benda ini. Dia
selalu melihat gadis itu memakai jaket ini sehingga ada satu masa dia menegur
jaket yang dipakainya itu.
“Tapi
kenapa?” Tengku Iffat hanya menjongketkan kedua-dua bahunya tanda tidak tahu
dengan lebih lanjut.
Tiba-tiba,
Mimi, Aisha dan Adira membawa makanan dari dapur. Bukan main meriah lagi
makanan. Lagilah Shasha menarik muka. “Korang ni kenapa? Aku tengah ada masalah,
sikit lagi nak kena bunuh, tapi korang sedap-sedap menjamu juadah dekat sini.”
Sakit
betul hati dibuatnya. Seperti tidak ada apa-apa yang berlaku siang tadi. Bukan
main lagi semua ini. Mereka semua sudah tergelak kecil.
“Jangan
stress Sha. Benda ini boleh settle kalau kita combine otak-otak yang bergeliga ini untuk berdepan dengan Najwa,”
ujar Aisha sambil makan makanan yang sudah terhidang dimeja ruang tamu.
“Amboi,
senang betul korang bercakap ya. Aku trauma
masih tahu tak.”
“Makanlah
dulu Sha. Perut kau tentu kosong tu. Lepas ini makan ubat,” ujar Tengku Iffat.
Gaduh-gaduh manja diantara kedua sahabat sudah menunjukkan bunga-bunga. Mahunya
tidak makan mereka semua kalau sudah mereka berdua ini bertikam lidah. Itu
nasib baik Mimi tidak ikut sama. Mimi ralit memandang iPadnya sambil makan.
“Hah!”
semua berhenti makan bila mendengar jeritan Shasha tiba-tiba. “Jadinya hal
siang tadi dia punya angkaralah!”
“Sebab?”
serentak mereka semua bersuara. Jinx!
“Sebab
hanya Najwa saja yang ada kunci pendua rumah tu selain Mimi dan Aisha. Rumah
sewa aku kan banyak sekuriti. Muka Najwa memang diorang sudah ambil maklum.”
Tengku
Iffat merenung Shasha. Bila sudah otak Shasha bergerak, memang tidak boleh
berhenti. “Boleh jadi. Tapi sebolehnya cari bukti dulu.”
Shasha
merengus kasar. “Nak cari bukti apanya? Bukti dah ada. Lagipun orang tu lari
masa Najwa ada langsung tidak mengapa-apakan budak tu juga. Kalau dia nak bunuh
aku sekalipun, paling-paling bunuhlah juga saksi yang melihat.”
Mereka
semua sudah terdiam.
“Dasar
betina keparat. Aku jumpa kau nanti, siap kau.” Shasha sudah menggenggam buku
limanya tanda geram. Kusyen sofa sudah menjadi mangsa kegeramannya.
“Jangan
Sha,” larang Tengku Iffat. Matilah kau Najwa.
“Aku
tidak kira!”
Mengenang
peristiwa di rumah sewa Tengku Iffat membuatkan Shasha mengeluh berat. Dengan
niat tekadnya itu, Tengku Iffat siap bertindak untuk menjadi pengawalnya.
Dengan alasan, takut dia mengerjakan Najwa. Memang dia akan mengerjakan Najwa.
Selama dua minggu ini hatinya memang ditahan oleh Tengku Iffat. Nasib baik hari
ini dia tidak berjumpa atau terserempak dengan Najwa.
“Assalamualaikum
Kak Shasha.” Shasha mendonggakkan kepalanya melihat si empunya suara. Tuan
badan punya suara sudah pucat. Takut berhadapan dengan Shasha yang semakin
mendung merenung tajam.
“Nak
apa?” Shasha menegakkan badannya sambil berpeluk tubuh dengan kaki disilang.
“Najwa
nak tanya, kenapa Kak Shasha seperti membenci Najwa sejak dari hospital tempoh
hari? Apa salah Najwa kak?” sayu kedengaran suara.
Huh!
Memang menempah maut betul. Kau memang nak tahu kenapa ya… Siap kau lepas ni!
============================================
HAKCIPTA
TERPELIHARA
Tidak
dibenarkan mana-mana bahagian dari terbitan / blog ini diterbitkan / dibuat
semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau
dengan apa jua alat sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak penulis
atau daripada pihak bakal penerbit yang asli.
No comments:
Post a Comment