Bab 11
APABILA
kalah dalam main osom-osom, kini Tengku Iffat dan Shasha menjadi mangsa menjadi
tukang beli barang. Ada acara berkumpul dengan pelajar-pelajar Malaysia pula.
Majlis doa kesyukuran. Masalahnya bila hendak beli barang, masing-masing
mengelakkan diri.
Aisha
yang mencadangkan main osom-osom. Dua orang yang kalah kena denda beli
barang-barang dapur untuk acara makan malam.
“Jangan
nak acah-acah tidak suka sangat Sha, nanti terjatuh hati betul-betul baru
tahu.”
“Huh,
malaslah nak layan kau ini Isha. Angan-anganku akan sentiasa musnah okay.”
Sahabat-sahabat
yang lain bukan main lagi tergelak bila mendengar Shasha merungut kerana tidak
mahu keluar berdua-duaan dengan Tengku Iffat.
“Sha,
cepatlah! Terhegeh-hegeh.” Laung Tengku Iffat dari muka pintu luar.
“Yelah.
Tunggulah sekejap. Aku bukannya pekak.”
“Kau
tu yang pekak. Macamlah aku nak sangat berjalan dengan kau. Banyak songeh.”
“Ughhhhh!”
Lima belas minit
berjalan kaki, mereka sudah pun sampai menjejakkan kaki di Arman Shop. Ketika
itu keadaan lenggang, memudahkan mereka untuk membeli barang dapur.
Shasha menarik troli
yang terletak di luar kedai, tanpa membuang masa, Tengku Iffat merampas troli
yang ditarik oleh Shasha sebentar tadi. Terkejut Shasha dengan tindakan lelaki
itu. Shasha hanya menggeleng-gelengkan kepala, biarlah dia, memang tugas lelaki
pun sorong troli.
Tengku Iffat merenung
kelakuan Shasha yang sedari tadi meneliti isi kandungan setiap barangan yang dibeli.
Shasha yang kadang-kadang kedengaran seperti bercakap sendiri membuatkan Tengku
Iffat tersenyum dengan kelakuan gadis itu. Comel. Dia memang amat maklum dengan
sifat Shasha yang sememangnya seorang yang amat teliti terhadap semua perkara,
terutama ketika dia mengendalikan sesebuah acara. Tidak pula Tengku Iffat
menyangka bahawa Shasha juga teliti dalam membeli barang dapur. Ada ciri-ciri
seorang isteri nih. Kalau memasak memang dia dah lulus! Part membeli barang dapur? Lulus!
Melihat senyuman Tengku
Iffat yang sedari tadi terbit dari bibir nipis lelaki itu membuatkan Shasha
kehairanan. “Kau kenapa?” sergah Shasha. Tidak tahan melihat senyuman lelaki
itu. Hati aku dah nak start buat aksi
marathon.
“Kenapa apa pulak?” terkejut
Tengku Iffat. Punah terus angan-angannya akibat sergahan Shasha.
“Tu yang kau senyum tak
tentu pasal kenapa?” suara Shasha dikasarkan, berusaha keras untuk
menyembunyikan getaran di hati.
“Laa, takkan lah aku
senyum tak boleh. Kan senyum itu satu sedekah.” Tengku Iffat tidak mahu
beralah.
“Tak boleh!” beberapa
orang pengunjung di situ sesekali menoleh ke arah mereka. Apa tidaknya, suara
besar persis nak cari gaduh saja.
“Kenapa pulak? Bibir
aku, suka hati aku lah nak senyum ke tidak,” bentak Tengku Iffat tidak mahu
mengalah tetapi tidak selantang seperti Shasha. Cukup hanya mereka berdua
sahaja yang bisa mendengar.
“Kau senyum, hati aku
yang tak tentu,” Shasha terkedu dengan kata-kata yang baru sahaja keluar dari
mulutnya itu. Ya Allah, kenapa mulut aku ni, tak menolong tuan langsung. Lantas
Shasha membuang pandangannya daripada lelaki itu dengan mencapai sebuah tin
makanan yang berada di sisi gadis itu, berpura-pura sibuk memerhatikan isi
kandungan makanan itu.
Tengku Iffat yang tidak
menyangka apa yang baru sahaja dia dengar. Tersenyum sinis bila melihat
kelakuan Shasha yang kelam kabut akibat terlepas cakap. Dia menghampiri Shasha,
berniat untuk membuli gadis itu.
Tengku Iffat sudah pun
berada di sisi Shasha. Shasha yang terasa akan kehadiran Tengku Iffat di
sisinya lantas menoleh. Membulat mata Shasha ketika melihat senyuman lelaki itu.
Tin makanan yang berada ditangannya terlepas daripada genggaman.
“Cik Shasha, aku dapat
rasakan yang kau sememangnya ada menaruh perasaan dekat aku,” bisik Tengku
Iffat di telinga kiri Shasha.
“Not even once,” lantas Shasha berjalan laju ke arah bahagian lain,
ingin melarikan diri daripada pandangannya. Tengku Iffat menyorong troli mereka
yang separa penuh dengan barangan dapur lalu mengekori langkah Shasha yang
laju.
‘Nak larilah tu, tak
apa Shasha. Aku dapat rasakan yang kau tu suka aku,’ yakin hati Tengku Iffat
sambil tersenyum sumbing.
Ketika itu mereka sudah
berada dikaunter, untuk membuat pembayaran. Selesai membuat transaksi kesemua
barang-barang yang dibeli, Tengku Iffat dengan Shasha berbalah lagi.
“Aku bayar,” ujar Tengku
Iffat sambil menghalang Shasha mengeluarkan duit daripada dompetnya, lalu
mengeluarkan beberapa not untuk membuat pembayaran.
“Eh, tak boleh lah, aku
yang bayar,” bantah Shasha sambil menghalang lelaki itu untuk mengeluarkan
duitnya.
“Tak boleh, aku lelaki,
aku yang bayar.” Tengku Iffat tidak mahu beralah. Kaum adam mestilah gentleman. Kuranglah point aku nanti. Masa nak mengorat kena
buat investment banyak.
“No no no, aku beli barang ini untuk keperluan tetamu aku.”
“Aku tak setuju! Aku
nak bayar juga,” keras Tengku Iffat.
“Tak bolehlah. biar aku
yang bayar!” kuat suara Shasha ketika itu.
“No no no no and no!” kata Tengku Iffat lalu menghulurkan duit not
tadi kepada cashier yang sedari tadi
setia melihat perbalahan mereka walaupun mungkin dia tidak tahu akan bahasa
yang dipakai oleh kedua orang pelanggan di hadapannya itu.
Shasha tidak mahu
mengalah kepada Tengku Iffat, lalu menghulurkan juga beberapa duit not kepada cashier itu. Kelihatan cashier itu tidak tahu duit daripada
siapa yang patut diambil.
“Take this money, it’s my responsibility to pay all of these, not this
woman,” ujar Tengku Iffat.
“Don’t take his money, take mine instead,” Shasha menyuakan duit
yang berada di tangannya itu.
“Ignore her, take mine.”
“No, just take my money,” bentak Shasha. Geram terhadap juruwang itu
kerana hanya diam tanpa kata.
Tiba-tiba, Tengku Iffat
merampas duit yang berada di tangan Shasha lalu menghulurkan duit yang berada
di tangannya kepada juruwang itu. Lebar senyuman Tengku Iffat tika juruwang itu
menyambut duit daripadanya. Setelah selesai membuat transaksi, Tengku Iffat
mengembalikan duit Shasha yang dirampasnya tadi.
‘Buruknya muka dia,’ getus
hati Tengku Iffat ketika melihat wajah cemberut gadis itu.
Shasha mengambil duitnya
dengan kasar berserta dengan jelingan tajam kepada Tengku Iffat. Tanpa membuang
masa, Shasha berlalu keluar daripada kedai itu, meninggalkan Tengku Iffat
keseorangan. Biarkan dia, bawak barang-barang tu sendiri.
Tengku Iffat terkejut
bila Shasha meninggalkan dirinya di hadapan kaunter.
“Ish budak ni, memang
nak kena dengan aku,” gumam Tengku Iffat sendirian sambil mengangkat beg-beg
plastik yang berisi barang-barang yang mereka beli. Beratnya.
Tengku Iffat
berlari-lari anak untuk menyaingi langkah Shasha yang tidak jauh daripada situ.
Termengah-mengah nafas lelaki itu.
“Kau ni kenapa nak
meradang tak tentu pasal? Berdosa ke kalau aku yang bayar?” ujar Tengku Iffat
ketika langkahnya sudah pun menyaingi gadis itu.
Tidak lama kemudian,
satu suara wanita kedengaran menyapa mereka dari belakang.
“Shasha. Iffat.” Tengku
Iffat dan Shasha menoleh ke belakang, ingin mengetahui tuan punya suara itu.
Macam kenal sahaja suara itu.
Bulat mata Tengku Iffat
ketika itu, Shasha pula hanya menunjukkan riak biasa. Tetapi dalam hati hairan
kenapa wanita itu tiba-tiba muncul, bahkan berani muncul di hadapan Tengku
Iffat. Dikerlingnya lelaki di sebelahnya ini, muka lelaki itu masam
semasam-masamnya tika mengetahui milik suara itu.
“Kau nak apa Nadia?” kasar
suara Tengku Iffat ketika itu. Hati Nadia terguris mendengar kata-kata daripada
bekas kekasihnya itu. Anak matanya sudah dilarikan ke atas perut Nadia yang
semakin menampakkan perutnya.
“Aku nak bercakap
dengan Shasha.” Nadia menundukkan wajahnya ketika menyebut hasratnya itu.
Seraya Tengku Iffat menoleh gadis di sebelahnya kini.
“Kau pergi dululah, aku
nak bercakap dengan dia sekejap,” walaupun dia dengan Nadia adalah seteru
sejati, tetapi tika melihat keadaannya yang sarat mengandung, dia cuba menuruti
permintaan wanita itu.
Tanpa pamitan, Tengku
Iffat berlalu dari situ. Tidak mahu lama-lama, takut amarahnya akan muncul
kembali. Adalah lebih baik dia meninggalkan mereka di situ. Nanti aku tanya
dekat Shasha habis-habisan.
Setelah kelibat Tengku
Iffat hilang daripada pandangan mereka, Shasha menoleh ke arah wanita di
hadapannya itu.
“Kau dah makan?” tanya
Shasha kepada Nadia, dingin.
Nadia sekadar
menggeleng-gelengkan kepalanya. Malu hanya tuhan sahaja yang tahu tika itu,
namun dia memerlukan pertolongan daripada Shasha. Sejahat-jahat Shasha, dia
tahu Shasha mempunyai sekeping hati yang murni.
“Jom makan dekat situ,”
sambil menunjukkan restoran yang berhampiran di situ.
“Kau nak makan apa?” dingin
suara Shasha ketika mereka duduk di satu sudut di dalam restoran itu.
“Apa-apa saja,” kendur
suara Nadia itu. Dahi Shasha berkerut, mana hilangnya suara sombong Nadia.
Sewaktu kuliah, Nadia hanya berdiam diri tanpa membuka sebarang kata, sejak-sejak
perihal kandungannya diketahui, dia seperti dipulaukan oleh teman sekuliahnya.
“Ok give me big plate hamburger, chips and nugget, and two hot
chocolates,” lelaki yang mengambil pesanan itu menganggukkan kepalanya
tanda faham.
“Sha, banyaknya,” terkejut
mendengar pesanan daripada gadis itu.
“Kau fikirkan anak yang
dalam perut tu,” mata Shasha sudah merenung perut Nadia yang semakin memboyot.
“Berapa bulan?” tanya
Shasha.
“Dah enam bulan,” kata
Nadia sambil mengusap-usap perutnya.
“Apa dia kau nak cakap
dengan aku ni?” ujar Shasha.
“Aku nak minta tolong.”
“Tolong apa?”
Belum pun sempat Nadia
membalas, pesanan yang mereka minta sudah pun tiba. Sekejap betul servis dekat
sini.
“Makan dulu,” arah
Shasha. Dengan hati yang berat, Nadia makan makanan yang sudah tersedia di
hadapan mereka itu. Air matanya gugur jua akhirnya membuatkan Shasha kehairanan.
“Kau kenapa?” tanya
Shasha lagi. Nadia menggeleng-gelengkan kepalanya.
Shasha sengaja
melambat-lambatkan untuk mengambil makanan, supaya Nadia boleh makan lebih.
Habis juga satu burger besar olehnya.
“Cakaplah kau nak apa?”
tanya Shasha lagi setelah Nadia selesai menghabiskan makanannya.
“Aku… aku nak minta
tolong… aku… aku tidak ada tempat tinggal,” wajahnya ditundukkan setelah
menyampaikan hajatnya kepada Shasha.
“Bukan selama ni kau
tinggal dengan Benjamin ke?” tanya Shasha lagi. Semua orang tahu berita
mengenai penghalauan Nadia daripada rumah sewa yang dimiliki Tengku Iffat, dan
semua orang tahu juga dia tinggal dengan Benjamin setelah dia dihalau.
“Aku tak sanggup Sha.
Aku dibuat sebagai hamba abdi di rumah tu. Basuh baju, cuci pinggan, kemas rumah,
kemas bilik. Aku dipukul Sha kalau aku lambat sedikit. Aku bersyukur
kandunganku amat kuat dan aku bernasib baik dia tidak buat aku sebagai pelacur
Sha.” Nadia sudah menangis ketika menjelaskan keperitan yang dihadapinya itu.
Shasha sudah mengeluh
berat. Geram hatinya mendengar penjelasan daripada wanita itu. Dia paling tidak
suka apabila wanita di tindas begitu. Di dalam fikiran Shasha ketika itu
seperti hendak membelasah Benjamin secukupnya. Biar dia rasa.
Tanpa mengulas lebih
lanjut, telefon bimbitnya dicapai, lalu mendail nombor telefon. Setelah
menunggu beberapa deringan, panggilannya di jawab. Nadia mendengar apa yang
Shasha cakap. Apa yang dia dapat rangkumi, Shasha sedang bercakap dengan
seseorang mengenai meminta pertolongan untuk cari rumah sewa.
“Ok,
thank you aunty,” telefon pun ditutup setelah selesai membuat perbincangan melalui
panggilan tadi.
“Ok settle kau tunggu saja esok,” kata
Shasha sambil membelek-belek telefon bimbitnya.
“Sha, terima kasih Sha.
Aku tak tahu macam mana nak balas budi baik kau. Selama ini aku selalu sangat
buat jahat dekat kau,” sayu suara Nadia ketika itu.
“Hmm, tak ada apa-apa.
Kau tak payahlah nak bayar balik budi aku ni. Kita ini orang Malaysia, diperantauan
orang pulak tu, dengan siapa lagi kita nak minta tolong kalau bukan dengan
sesama sendiri,” jelas Shasha panjang lebar.
“Aku nak tanya ni.
Nanti kalau kau dah lahirkan budak dalam tu, siapa nak jaga? Keluarga kau dah
tahu?”
“Keluarga aku dah tahu
Sha, aku tidak tahu macam mana diorang tahu. Sekarang aku dibuang oleh keluarga
aku. Kata ayah aku, aku dilarang untuk balik ke rumah setelah sampai di
Malaysia nanti. Aku pun tidak tahu siapa yang jaga nanti, pengajian kita tidak lama
lagi nak habis,” air mata Nadia mengalir lagi.
“Kau tinggal sajalah
dengan keluarga aku nanti. Tak pun, kau terus saja bekerja dengan syarikat
daddy aku. Senang cerita,” cadang Shasha.
“Tak apalah Sha, kau
tolong cari aku tempat tinggal dah cukup baik,” tolak Nadia. Malu. Sungguh
malu.
“Dah jangan degil. Jom
balik, dah nak malam ni. Bahaya balik malam. Nanti dah habis pengajian, baru
kita fikir benda ni lagi balik.”
“Aku tak nak balik
dekat rumah Ben Sha.”
“Kau pergi dekat rumah
sewa aku. Nah, ini alamat dia. Nanti aku telefon Aisha atau Mimi,” kata Shasha
sambil menghulurkan sekeping kertas kepada Nadia.
“Kau macam mana?” tanya
Nadia. Berat hatinya menerima pelawaan daripada gadis itu.
“Tak apa, malam ni aku
tidur dekat rumah sewa kami.”
Nadia sudah
menganggukkan kepalanya tanda faham. Hatinya masih tidak sangka Shasha sanggup
menolongnya. Sungguh besar jasa gadis ini.
NAJWA
menghempas pintu biliknya dengan kuat. Sakit mata dia bila melihat adegan diantara
Tengku Iffat dengan Shasha di Arman Shop tadi. Hajat hendak membeli barang
keperluan terbantut serta-merta bila melihat mereka berdua sedang asyik
berdebat siapa yang hendak membayar di kaunter pembayaran. Walaupun mereka
bergaduh, tapi nampak terlebih sweet
dari pandangan di sekeliling mereka.
“Patutlah
beria larang aku jangan dekati Abang Iffat, rupa-rupanya dia yang mahu cop
Abang Iffat sebenarnya. Dasar keparat!”
Kak
Shasha hipokrit! Dulu siap bagi amaran jangan dekat dengan Tengku Iffat. Tapi
tengoklah sekarang, siapa yang dekat dengan lelaki itu. Dia! Shasha!
Gaduh-gaduh manja yang menyakitkan hati Najwa. Tengku Iffat itu hanya untuk
aku. UNTUK AKU!
AKU
BENCI KAK SHASHA!
===================================================
HAKCIPTA
TERPELIHARA
Tidak
dibenarkan mana-mana bahagian dari terbitan / blog ini diterbitkan / dibuat
semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau
dengan apa jua alat sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak penulis
atau daripada pihak bakal penerbit yang asli.
No comments:
Post a Comment