Monday, 18 May 2015

His Independent Girl - [Bab 06]



Bab 06


PADA HARI itu Shasha memutuskan untuk menenangkan fikirannya di Cambridge Day Nursery dengan menyambung melukis muralnya. Dia amat berharap Tengku Iffat tidak akan berada di situ juga. Dia mahu membuang stress.
‘Aku berjanji tidak akan memikirkan apa yang si benggong tu dah buat dekat aku. Aku mesti lupakan,’ getus hati Shasha.
Tiba-tiba telefon bimbit Shasha berdering. Daddy?
“Assalamualaikum daddy,” lantas Shasha memberi salam.
“Waalaikumsalam. Adik apa khabar?” tanya Tan Sri Suhaili kepada anaknya itu. Dah anak bungsu, memanglah panggil adik kan. Rindunya kepada anaknya yang bungsu itu amat menggunung.
“Alhamdulillah baik daddy,” Shasha berusaha baik untuk menukar suaranya seperti biasa.
“Aik tapi kenapa suara adik macam orang demam saja ni?” Tan Sri Suhaili berusaha untuk memancing anaknya itu untuk membuka cerita yang di alaminya.
Nothing daddy. It’s just early in the morning. Suara belum warming up.” Shasha berdehem.
“Hmm ok. Ni daddy nak beritahu adik. Esok daddy dan mummy pergi London. Along dengan angah pun join sekali. They should be already arrived at London now. Diorang dah berlepas semalam,” jelas Tan Sri Suhaili panjang lebar.
Shasha amat terkejut dengan kenyataan daripada daddynya itu.
“Alaa daddy. Kenapa datang?” lukisan muralnya terhenti buat seketika.
“Ek? Kenapa pulak kitaorang tidak boleh datang?” tukas Tan Sri Suhaili.
‘Ish macam mana nak cakap ni?’ kata hati Shasha.
“Emmm. Tak ada apa-apa daddy. Ni bila pulak along dengan angah sampai?” mengelak adalah cara yang terbaik.
“Tak tahu lah pulak pukul berapa. Ok lah dik, daddy nak tidur ni. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam,” lantas Shasha meletakkan kembali telefon bimbitnya di kocek kanannya.
‘Hmm dua ekor beruk dah sampai dah’ keluh Shasha sementelah mengenangkan kedua-dua orang abangnya itu. Memanglah penghibur sepanjang zaman. Shasha menggelengkan kepala lalu menyambung lukisan muralnya yang terhenti. Pandai-pandailah beruk-beruk tu nanti, macam tidak biasa sahaja datang ke London.
“Hai. Assalamualaikum,” baru sahaja Shasha ingin menyambung lukisan muralnya, tiba-tiba ada suara lelaki yang menyapanya dari belakang. Lantas Shasha menoleh ke belakang ingin mengetahui pemilik suara itu. Suara macam si benggong aje.
Riak wajah Shasha di muka serta merta berubah setelah melihat tuan empunya suara.
“Nak apa?” suaranya lantang persis orang hendak cari gaduh tetapi kedengaran lemah. Nasib baik ketika itu hujung minggu, kanak-kanak ditadika sememangnya mempunyai aktiviti di luar tadika dan tidak ramai.
Tengku Iffat berjalan menghampiri Shasha dengan senyuman semesra yang mungkin. Berharap hati gadis di depannya ini tidak meletup bak gunung berapi, sedangkan dia tahu api itu tengah mendidih sekarang, tunggu meletup. Harap-harap dia okey.
“Ai, kasarnya bahasa. Tak nak jawab salam ke?” suara lelaki itu seakan memerli Shasha, sinis.
“Wa’alaikumsalam.” Shasha kembali menghadap dinding dengan lukisan muralnya yang terhenti.
“Janganlah garang sangat Cik Shasha sayang.” Tengku Iffat sudah pun berada di sisi Shasha. Shasha sedaya upaya untuk tidak menghiraukan kehadiran Tengku Iffat.
‘Sabar Shasha sabar. Everything is going to be ok,’ getus hati Shasha. Hati dah tahap marathon dah ni. Janganlah dekat, ish!
Tengku Iffat menyandarkan badannya sambil memeluk tubuhnya di dinding yang masih bersih dengan menghadap Shasha yang sedang melukis mural.
“Nak apa? Kalau nak melukis pergi tempat lain,” terdapat getaran suara Shasha kerana tidak tahan direnung dengan renungannya. Shasha mengemukakan soalan berharap supaya dia tidak berada di situ.
Tengku Iffat tergelak kecil.
            “Shasha, aku minta maaf dengan tindakan aku tempoh hari.”
            Shasha diam, merenung Tengku Iffat tajam. Semasa lelaki itu memohon maaf pun dengan nada yang serius.
“Aku ada satu soalan untuk kau.”
“Apa dia?”
“Kau tidak ada rasa apa-apa ke selepas putus dengan Nadia?”
Mungkin dia tidak menyangka soalan Shasha begitu. Dia menekur lantai sekejap sebelum memanggungkan wajahnya. “Pada mulanya memang sakit. Siapa tidak sakit bila sudah dikhianati.” Tengku Iffat memandang wajah Shasha dalam. “Hati aku berkata she is not the one.”
Kali ini Shasha diam. “Jangan buat lagi macam tempoh hari.”
            “Insya Allah Sha.”
            “Aku ada denda untuk kau.”
            “Aku sudi kena denda sekarang Sha. Apa dia?”
            “Kemaskan semua cat-cat ini nanti habis aku melukis dan bawa balik ke rumah aku nanti, faham?”
            “Ya mem.”

            Tengku Iffat siap bagi tabik, Shasha menjeling. Malas melayan lelaki itu berlebihan. Nanti hatinya ke laut, susah nak cari.



===================================

HAKCIPTA TERPELIHARA

Tidak dibenarkan mana-mana bahagian dari terbitan / blog ini diterbitkan / dibuat semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau dengan apa jua alat sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak penulis atau daripada pihak bakal penerbit yang asli.

No comments:

Post a Comment