Bab 07
SUDAH
beberapa
hari Tengku Iffat tidak melihat Shasha di kawasan uni sejak dia memohon maaf
kepada gadis itu. Ada juga dia bertanya melalui sahabatnya. Manalah tahu konon
ada informer sudi membantu.
Ada
juga mereka memaklumkan bahawa semua ahli keluarga Shasha datang London, sebab
itu jarang nampak Shasha sejak kebelakangan ini. Sungguh dia takut kalau Shasha
menjauhkan diri daripadanya walaupun gadis itu sudah memaafkannya.
Tetapi hari ini sungguh
rezekinya dapat melihat Shasha. Tengku Iffat memerhatikan gerak langkah Shasha
dari jauh. Amat berkeyakinan dan penuh karisma. Dari raut wajah perempuan itu
mempunyai aura yang amat digeruni dan dihormati. Tetapi banyak orang suka
berkawan dengan dia.
Leka seketika mata Tengku
Iffat mengekori Shasha sehingga tidak sedar bahawa perlakuannya itu sedang diperhatikan
oleh kedua sahabatnya.
“Hoit, sudah-sudahlah
tu. Macam nak telan anak dara orang saja gayanya,” sergah Saiful sambil menepuk
bahu kanan Tengku Iffat. Tersentak dia seketika dengan sergahan Saiful, namun
pantas dia menyembunyikan reaksi wajah terkejutnya.Cover line.
‘Macam mana dia boleh tidak
sedar. Itulah, leka sangat,’ getus hati Tengku Iffat sambil meramas-ramas
rambutnya yang sedia teratur dipagi hari.
“Jomlah pergi kelas,” sambil
bangkit daripada tempat duduk untuk ke bangunan kuliah mereka. Saiful dan Rizal
hanya tergelak kecil melihat perlakuan Tengku Iffat. Nak larilah tu.
Belum pun jauh mereka
menapak, tiba-tiba perjalanan mereka dihalang oleh seorang gadis bertudung litup
dengan wajahnya yang sedikit menunduk. Tengku Iffat, Saiful dan Rizal hairan
dengan kelakuan perempuan itu sehingga membuatkan ketiga-tiga mereka memandang
sesama sendiri.
“Najwa.” Tengku Iffat
sedikit kaget setelah gadis di depan mereka itu mengangkat wajahnya.
“Iff, kitaorang jalan
dulu,” mereka beredar secepatnya. Mereka faham Najwa mahu berjumpa dengan Tengku
Iffat, lalu ingin memberi ruang kepada gadis itu.
Tengku Iffat
menganggukkan kepalanya tanda faham. Dia pun amat hairan kenapa Najwa tiba-tiba
menghalang perjalanan mereka. Dia berjalan menghampiri Najwa, kerana dia tahu
gadis itu ingin bercakap sesuatu kepadanya.
“Kenapa Najwa?” soal Tengku
Iffat lembut sambil tersenyum menampakkan lesung pipitnya yang bisa menawan
hati sesiapa sahaja. Budak Shasha sahaja yang tidak tergugat dengan senyuman
yang terlebih killer ini. Huhhh,
budak itu lagi yang difikirkan. Berbalik kepada Najwa, senang dia melihat keayuan
yang ada di dalam diri gadis di depannya ini. Tapi hmm entahlah. Spark itu tidak ada melainkan jikalau
dia hanya bersama Shasha.
Najwa mengambil sesuatu
di dalam beg nya, kelihatan satu kotak bekalan berwarna hijau keluar daripada
beg itu, lalu dihulurkan kepada Tengku Iffat. Muka Najwa sudah kelihatan
memerah, malu mungkin.
Tanpa membuang masa, Tengku
Iffat menyambut bekalan itu dengan senang hati. Dah rezeki, nak buat macam
mana. Rezeki dipagi hari jangan ditolak.
“Apa ni? Boleh saya
buka?”
“Bukalah,” setuju Najwa
sambil tersipu-sipu malu. Jantung hati gadisnya berdegap laju, ingin mengetahui
reaksi daripada lelaki yang semakin dipujanya ini.
Setelah mendengar
daripada persetujuan Najwa, Tengku Iffat membuka tudung bekalan itu dengan
cermat. Tengku Iffat tersenyum lebar setelah melihat isi kandungannya. Dia
mengambil salah satu daripada kandungan di dalam bekalan itu lalu menyuakan ke
dalam mulutnya.
“Hmm, sedap. Awak buat
ke?” soal Tengku Iffat sambil enak menikmati rasa kandungan itu.
Najwa menganggukkan
kepalanya dengan wajahnya sedikit menunduk. Malu dan bangga bila hasil kerjanya
dipuji oleh lelaki idaman hatinya kini. Gembira tidak terkata.
“Macam mana awak pandai
buat pau daging ni? Sedap tau,” puji Tengku Iffat lagi sambil mengambil satu
lagi pau di dalam bekalan yang diberikan.
“Kak Shasha yang ajar
Najwa.”
Setelah mendengar nama
Shasha yang keluar daripada mulut Najwa, kunyahan di mulut Tengku Iffat
terhenti seketika, lalu menyambung kunyahan itu dengan perlahan. Tidak seperti
tadi yang seperti tidak pernah makan pau langsung.
Najwa terkejut dengan
reaksi muka Tengku Iffat setelah menyebut nama Shasha. Kenapa dengan lelaki
itu? Kenapa asal dia menyebut nama Shasha, reaksi muka lelaki itu berubah
serta-merta?
“Ehem, Najwa.Terima
kasih banyak-banyak sebab sudi buatkan saya pau,” kata Tengku Iffat setelah
melihat wajah gadis di depannya itu menunjukkan kekeruhan dengan reaksi mukanya
sebentar tadi.
Tengku Iffat menutup
bekalan itu lalu menyimpan bekalan itu ke dalam beg sandangnya.
“Nanti saya pulangkan
ya. Saya pergi dulu Najwa, nak masuk kelas.” Tengku Iffat terus berlalu tanpa
menoleh lagi ke belakang.
Mata Najwa mengekori
jejak langkah Tengku Iffat sehingga hilang dimatanya. Hatinya sedikit kecewa
dengan penerimaan lelaki itu walaupun lelaki itu memuji masakannya.
Tidak mereka sedari,
Shasha yang ingin ke tandas sebelum masuk ke kelas terlihat dengan adegan diantara
Tengku Iffat dan Najwa sebentar tadi. Entah kenapa hatinya merasa marah melihat
adegan tersebut, terutama ketika melihat Tengku Iffat makan makanan itu dengan
senang hati. Tersenyum-senyum lagi. Kenapa dengan aku ni, hish!
Aku
marah sebab dah terang-terang budak Najwa ni nak cuba masuk line si Iffat ni. Nak marahkah siapa
sebenarnya ni? Najwa ke ataupun lelaki tu? Patut beria-ia nak minta ajar macam
mana nak buat pau tempoh hari. Ughhhh!
SEMENTARA
menunggu jam untuk perbincangan yang akan diadakan di CUSU. Shasha memutuskan
untuk menunggu di ruang rehat yang disediakan sambil menonton rancangan
televisyen yang sememangnya ada di dalam ruang rehat itu.
Peristiwa yang terjadi
pagi tadi sudah pun berjaya dilupakan, dia tidak mahu marah-marah. Biarlah
mereka. Kalau Najwa itu tiba-tiba menangis gara-gara Tengku Iffat, siaplah kau Iffataku
kerjakan.
Shasha yang telah lama menunggu
jam untuk mesyuarat tertidur di sofa tempat duduknya itu. Dalam masa yang sama,
Tengku Iffat yang ingin merehatkan diri di ruang rehat itu amat terkejut
melihat kelibat Shasha di situ.
‘Awal juga dia datang,’
getus hati Tengku Iffat sambil membelek jam tangannya.
“Laaa… tidur rupanya
Tuan Puteri ni.” Tengku Iffat tersenyum setelah melihat Shasha yang sedang
terlentok dibahu sofa tersebut.
Tengku Iffat terus
duduk di sebelah Shasha sambil meletakkan kepala gadis itu di sisi sofa dengan
beralaskan bantal sofa. Rambut depan Shasha yang menghalang wajah dikuak lembut
ke sisi oleh Tengku Iffat. Satu perasaan yang amat aneh hadir ketika itu di
dalam diri Tengku Iffat. Amat menenangkan dan tenteram bila melihat raut wajah
Shasha. Hilang segala keletihan yang melanda Tengku Iffat seketika. Dengkuran
halus yang terbit daripada Shasha menambahkan lagi ketenangan di dalam jiwa
lelakinya.
Tiba-tiba pintu ruang
rehat di kuak oleh seorang lelaki.
“Iffat, perbincangan
dah nak mula,” ujar Firdaus, salah seorang ahli jawatankuasa di dalam MPP. Tengku
Iffat serentak menganggukkan kepalanya sebelum lelaki itu berlalu.
“Sha,” lembut Tengku
Iffat menggoyang bahu Shasha. Shasha masih diam, tidak memberi sebarang respon.
‘Amboi, tidur mati ni,’
dengan hati yang nakal, dia mendekatkan bibirnya di telinga kanan.
“Allah Huakbar Allah
Huakbar!” Suaranya dibesarkan, ingin mengejutkan Shasha. Seperti terkena
kejutan elektrik, Shasha membuka matanya lalu bangkitkan badannya. Shasha yang
ketika itu dalam keadaan mamai seperti mencari sesuatu.
Tengku Iffat yang
ketika itu sudah pun berpindah tempat duduk menahan ketawa melihat kerenah
Shasha yang kelam kabut. Buat pertama kalinya dia melihat keadaan Shasha
begitu. Terserlah kecomelannya di situ.
“Kau cari apa?” suaranya
ditahan berupaya untuk tidak meledakkan sebarang ketawa.
Shasha yang ketika itu
tidak menghiraukan dengan kehadiran seorang lelaki di ruang rehat lantas
menjawab.“Cari telekonglah, nak sembahyang!” bentak Shasha sambil matanya masih
meliar ke sekeliling kawasan sofa yang berdekatan.
Setelah mendengar
jawapan daripada Shasha, serta-merta ketawa Tengku Iffat terlepas jua sampai
tergolek-golek dia di lantai dengan menekan-nekan perutnya.
Shasha lantas melihat
lelaki itu. Tengku Iffat! Lalu baru dia sedar bahawa dia sedang dipermainkan.
Shasha menentang keletah Tengku Iffat yang bagai nak rak mengetawakan dirinya.
Tanpa membuang masa,
Shasha mengambil bantal sofa yang dekat dengannya lalu melontarkan ke arah Tengku
Iffat.
“Woah woah woah...relax girl.” Tengku Iffat bangkit sambil
mendepangkan kedua tangannya ke atas.
“Ohhh sukalah tu buli
aku.” Shasha berlalu ingin keluar daripada ruang rehat. Sedar bahawa Shasha
ingin keluar, Tengku Iffat terus menghalang yang sememangnya dia berada dimuka
pintu.
Shasha yang begitu
dekat dengan Tengku Iffatcuba menepis tangan lelaki itu untuk tidak menghalang
perjalanannya.
“Tepilah, kau tak pergi
meeting ke?” bentak Shasha dengan
matanya membulat ke arah lelaki yang berada di depannya.
“Pergilah ni, tapi aku
sukalah tengok bakal isteri aku tidur. Sejuk mata memandang,” ujarTengku Iffat
berbisik di telinga Shasha sambil mengenyitkan matanya.
Melihat Shasha yang
sudah terpacak kaku di hadapannya selepas dia berkata begitu, terus sahaja dia
terkenangkan sesuatu.“Aku nak makan pau daging Sha. Boleh tolong masakkan untuk
aku?” kata lelaki itu lagi persis seperti kanak-kanak yang sedang merayu.
Terkejut dengan
kenyataan itu, Shasha menumbuk bahu Tengku Iffat. Geram! Tengku Iffat mengaduh
kesakitan.
“Jangan mimpilah aku
nak jadi bakal isteri kau. Kalau nak makan pau sangat, minta dekat Najwa! Huh!”
Shasha mengambil kesempatan itu untuk keluar daripada halangan Tengku Iffat.
Belum pun jauh Shasha
melarikan diri, Tengku Iffat memeluknya dari belakang dengan kuat. Shasha kaku
seketika dengan apa yang Tengku Iffat sedang lakukan. Memang jenis tidak makan
saman.
“Aku nak kau yang
masak, bukan orang lain.”
Permintaan Tengku Iffat
langsung tidak dilayan, seterusnya Shasha bangkit dan mengorak langkah menuju
ke bilik mesyuarat mereka.
Buang tabiat pula nak minta
aku masakkan.
================================
HAKCIPTA TERPELIHARA
Tidak dibenarkan mana-mana
bahagian dari terbitan / blog ini diterbitkan / dibuat semula, disimpan untuk
pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau dengan apa jua alat
sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak penulis atau daripada pihak
bakal penerbit yang asli.
No comments:
Post a Comment