Bab 14
KAKU.
Firdaus
dan Adira sudah tidak mampu untuk berkata apa-apa bila mereka mengetahui siapa
gerangan yang menyapa mereka. Lagi-lagi Adira yang sudah semakin pucat. Firdaus
sudah melontarkan sengihan.
“Hai,
duduklah dulu.” Firdaus laju sahaja mempelawa Tengku Iffat. Lalu salah satu
kerusi yang kosong di sisi mereka lantas diduduki oleh lelaki tersebut.
Sudah
duduk, matanya tertala ke arah Adira yang sudah semakin pucat. Dia amat faham
akan maksud renungan itu. “Apa maksud yang tadi tu?”
“Kau
salah dengar kot Iff,” ujar Firdaus. Dia cuba untuk melenyapkan perasaan takut
yang sudah melanda jiwa tunangnya.
“Aku
tidak salah dengar Daus. Aku dengar tadi apa yang dia cakap,” bentak Tengku
Iffat. Ya, Tengku Iffat. Entah dari mana dia timbul, tiba-tiba terus menyergah
Firdaus dan Adira. Sudahlah terkejut, malah lagi terkejut akan kedatangan Tengku
Iffat dengan tiba-tiba.
“Lagi
sekali saya tanya awak Adira, siapa yang awak maksudkan orang yang pakai dengan
jaket logo itu?”
“Saya..
Saya…” gagap Adira bila sudah mula disoal siasat.
“Adira
pun belum pasti Iff pasal ini. Dia hanya rasa saja,” kali ini Firdaus cuba
untuk menerangkan. Mata Tengku Iffat lantas dialih kepada Firdaus.
“Kalau
aku tahu Adira bersubahat dengan penceroboh tu, kau tahu apa aku akan buat
dekat Adira kan Firdaus.”
Firdaus
menghela nafas berat. Sudah tidak tahu hendak buat apa lagi. Tunangnya
kelihatan sudah mula mengalirkan air mata akibat ketakutan. Siapa tidak takut
akan Tengku Iffat bila dia marah? Shasha sahajalah orangnya yang berani
menghadapi api kemarahan Tengku Iffat.
“Macam
inilah Iff, tadi Adira nak sangat tengok rakaman CCTV tu. Ingin memastikan
telahannya betul ataupun tidak. Mungkin dia tahu milik siapa jaket itu, tapi
dia mahu melihat rakaman itu juga.”
Tengku
Iffat diam sejenak sebelum dia menganggukkan kepalanya tanda faham. Nafas
ditarik sedalam-dalamnya supaya amarah di hati menjadi tenang.
“Saya
minta maaf Adira,” bila sudah mendengar Tengku Iffat berkata begitu, barulah
Adira berani melepaskan tangisannya. Terhenjut-henjut Adira melepaskan
tangisan. Laju sahaja Firdaus mengalihkan tempat duduknya ke sisi Adira. Bahu
tunangnya itu ditepuk lembut sambil memujuk gadis itu untuk bertenang.
“Kau
ni garang sangatlah Iff. Menangis tunang aku gara-gara kau. Hati dia sensitif.”
Tengku
Iffat tergelak kecil. Walaupun hatinya tidak sabar untuk mengetahui siapa
gerangan yang dimaksudkan oleh Adira, namun dia cuba untuk tidak memaksa gadis
itu, terutama bila dia melihat gadis itu matanya sudah mula berair sejak
kedatangannya lagi.
Dia
teringat bila dia memasuki kafe tadi. Hajat hati ingin menganggu pasangan itu
yang seperti membincangkan satu perkara serius. Hajat ingin membeli sepotong
kek untuk dirinya sendiri bertukar menjadi ingin mengejutkan pasangan itu. Masuk
sahaja dari pintu kafe dan ternampak pasangan itu duduk ditempat yang tidak
banyak orang, mendorong Tengku Iffat berjalan seperti itik supaya kedatangannya
tidak diketahui.
Semakin
hampir Tengku Iffat di mana mereka duduk, semakin dia dapat mendengar apa yang
dibincangkan oleh pasangan itu. Mereka duduk dibalik dinding kecil, di situlah Tengku
Iffat menyembunyikan diri, hanya menunggu masa untuk mengejutkan mereka. Tapi
sesudah itu, dia dapat mendengar bibit-bibit perkataan yang di katakan oleh
mereka berdua sehingga tertanya kepada mereka berdua dengan keadaan mengejut.
“Saya
minta maaf Adira,” lagi sekali Tengku Iffat meminta maaf. Dikala itu juga
tangisan Adira semakin kuat kedengaran sehingga membuatkan Firdaus dan Tengku
Iffat sendiri melepaskan gelak ketawa. Nampak saja macam tough budak Adira ni, rapuh hati rupanya.
“Bee..
Sudahlah tu. Iffat dah setuju nak tengokkan awak rakaman tu,” pujuk Firdaus.
“Hun,
bee takut,” adu Adira lagi kepada Firdaus.
“Tak
apalah Adira, saya tak marah-marah lagilah,” kali ini Tengku Iffat sudah ikut
sekali memujuk gadis itu.
“Kau
lah ni Iff, asyik nak marah-marah saja.” Tengku Iffat hanya tergelak sambil
menggeleng-gelengkan kepalanya. Lucu.
Tidak lama kemudian,
tangisan Adira sudah semakin reda. Apa tidaknya, Firdaus siap order ice cream bucket bagi dekat Adira.
Mahu tidak diam gadis itu bila disajikan dengan ice cream kegemarannya. Sejak bila pula lelaki ini memesan makanan?
Bila Adira sedang
menikmati jamuannya, Tengku Iffat menyoal, “Bila kau order ice cream bucket ni Daus?”
Adira tidak memedulikan
soalan itu. Terus makan. Firdaus tersengih. “Aku order awal tadi tapi memang jenis lambat sampai.”
Tengku Iffat
menganggukkan kepalanya tanda faham. “Lepas ini kita pergi dekat rumah sewa
aku. Lihat rakaman CCTV,” cadang lelaki itu.
Bukan main semangat
lagi Adira bila mendengar cadangan daripada Tengku Iffat. Huhu.. Kalau tahu
sejak tadi, lebih baik dia menangis bagai nak rak di sini.
“Pelan-pelan
bee makan tu,” tegur Firdaus bila melihat tunangnya itu makan ais krim dengan
laju. Kalau tersedak kang macam mana. Maintenance
gadis ini amat tinggi.
Mendengar
teguran daripada Firdaus, Adira hanya mampu tersengih.
“So
Daus, kalau betul itu adalah orangnya apa kau nak buat?” sambil-sambil menunggu
Adira menghadiskan juadahnya, dia membuka cerita dengan Firdaus.
“Hmmm,
entahlah. Aku pun tak tahu lah Iffat nak buat macam mana. Lagipun kita sekarang
sibuk nak membuat program ini supaya berjaya. Aku dengan Erma sudah reschedule date event, Shasha dah
tentukan tarikh baru.”
“Dia
buat yang baru?”
“Shasha
hanya tukar tarikh sahaja. Takut ada apa-apa yang berlaku semasa tarikh yang mula-mula
ditetapkan. Tak kan kau tidak tahu Shasha tu macam mana, konon macam dalam movie-movie, kena sabotaj tu mesti ada
punya. Tak tahulah apa rancangan Shasha pasal ni.”
“Dia
memang macam tu.” Tengku Iffat amat kenal benar dengan sifat Shasha yang satu
itu. Ini kerana program mereka yang pertama semasa ditahun pertama mereka
dahulu telah disabotaj dengan teruk sekali. Ketika itu mereka berdua masih baru
lagi. Itulah yang menyebabkan Shasha
lebih berhati-hati apabila mereka membuat acara, apatah lagi jikalau acara itu
adalah acara besar.
“Hun,
dah habis.” Adira bersuara menyatakan bahawa dia sudah menghabiskan ice cream
bucketnya.
“Okay
jom,” tanpa membuang masa, mereka bertiga berjalan keluar daripada kafe
tersebut. Tengku Iffat sudah awal-awal lagi membayar bil mereka sekali dengan
membeli kek yang dihajatinya sebentar tadi.
BULAT
MATA
Adira sepanjang melihat rakaman CCTV itu. Hari ketika itu sudah menjenguk
malam. Ketika si penceroboh itu memulakan rombakan kepada komputer-komputer di
dalam bilik pejabat itu, Adira hanya mampu menutup mulutnya yang sedari tadi
ternganga tanda tidak percaya.
Tengku
Iffat dan Firdaus hanya setia menanti Adira untuk membuka mulutnya mengenai
siapakah gerangannya identitisi penceroboh ini. Tidak lama kemudian, rakaman
CCTV itu sudah pun habis di tayangkan. Sepi buat seketika.
“Bee,
bee siapa rasa?” tanya Firdaus dengan penuh lembut.
“Najwa,”
sebaris nama itu keluar dari bibir kecil Adira sehingga Tengku Iffat dan
Firdaus tersentak.
“Takkanlah
Najwa kot. Dia kan rapat dengan Shasha,” tukas Tengku Iffat. Sungguh dia tidak
percaya dengan kenyataan itu.
“Betul.
Tadi masa dia balik ke bilik kami, dia marah-marah sambil baling jaket tu. Itu
memang jaket Najwa yang ada lambang ‘AAN’. Jaket khas katanya. Sayakan satu
bilik dengan dia, memanglah saya tahu. Dari segi tubuh badan pun saya tahu itu
adalah Najwa,” hujah Adira panjang lebar.
Tengku
Iffat dan Firdaus diam. Tidak tahu hendak buat macam mana kalau sudah identiti
si penceroboh itu ialah Najwa.
“Kita
kena beritahu Shasha pasal ini Iff.”
“Tak
boleh Daus, kau tahu kan kalau Shasha marah macam mana. Lagi-lagi ini orang
yang dia percayai, lagilah dia sedih,” bantah Tengku Iffat.
“Habis
tu macam mana?” tanya Firdaus lagi. Adira hanya diam seribu bahasa. Masih tidak
percaya akan apa yang baru sahaja dia lihat di dalam rakaman CCTV tadi. Dia
amat kenal itu adalah Najwa.
“Macam
inilah, kita mungkin tahu ini adalah Najwa tapi boleh jadi nanti Najwa dapat
memutar belitkan fakta apabila dia di soal siasat.”
Firdaus
dan Adira setia menanti untuk mendengar cadangan Tengku Iffat seterusnya, “Kita
tunggu dan lihat apa yang akan Najwa buat selepas ini.”
“Hah?”
terkejut kedua-dua pasangan itu.
“Tak
kan nak tengok saja apa yang Najwa buat. Kalau dah menceroboh masuk ke dalam
pejabat kita dia sudah berani buat, tidak mustahil dia akan buat lagi teruk
daripada ini kepada Shasha,” bantah Firdaus. Apa yang dia lihat, gadis yang
bernama Najwa ini sudah gila.
“Sekarang
kita kumpulkan bukti-bukti yang ada dulu. Kalau hendak menyerang tidak boleh
bentangkan bukti yang tidak banyak. IQ orang-orang Cambridge ni jangan dilawan.
Otak memang geliga. Geliga menghancurkan orang pun boleh jadi, contohnya inilah
yang baru sahaja kita lihat.”
Tengku
Iffat berhenti seketika.
“Dan
kalau kamu tengok benda ini, Adira dengan Najwa baru sahaja masuk. Semester
pertama, tahun pertama, tapi sudah berani dan pandai mengatur bagaimana dan
bila masa yang sesuai untuk membuat onar begini.” Firdaus dan Adira sudah
mengangguk-anggukkan kepala mereka tanda setuju telahan Tengku Iffat itu.
“Ok,
Daus, aku nak kau deal dengan pihak
polis untuk tarik balik laporan supaya tidak disiasat perkara ini dengan lebih
lanjut.” Firdaus sudah berkerut dahi, tapi diikutkan sahaja arahan Tengku Iffat.
“Adira,
saya nak awak ambil gambar jaket ni dan apa-apa yang mencurigakan mengenai
Najwa selepas ini. Kalau boleh jangan nampakkan yang awak tu dibelah pihak
Shasha. Nanti saya akan beritahu perkara ini kepada Mimi dan Aisha.”
“Okay
set,” setuju Adira. Seronok juga sekali sekala macam ini. Dah masuk sesi
penyiasatan gayanya. Apatah lagi kalau Mimi dan Aisha masuk sekali. Mereka
berdua itu memang terkenal dengan sifat peramah.
Suka
Adira melihat sisi sifat Tengku Iffat yang satu ini. Siapa-siapa sahaja akan
sedar bahawa memang sedari dulu lagi Tengku Iffat menjaga keselamatan Shasha
walaupun hanya dibalik tabir dan selalu bergaduh.
‘Najwa,
kau berani bermain api dengan Shasha. Sebelum Shasha sedar akan permainan kau
itu, lebih baik aku cuba halang. Shasha itu bukan setakat api, dia adalah nenek
segala gunung berapi!’ getus hati Tengku Iffat.
=========================================
HAKCIPTA
TERPELIHARA
Tidak
dibenarkan mana-mana bahagian dari terbitan / blog ini diterbitkan / dibuat
semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau
dengan apa jua alat sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak penulis
atau daripada pihak bakal penerbit yang asli.
No comments:
Post a Comment