Bab 08
NAJWA
tersengih tersenyum senang bila mengenangkan Tengku Iffat sudi bercakap
dengannya pagi tadi. Hatinya sudah terpaut tatkala perjumpaan mereka di hadapan
pintu CUSU. Walaupun banyak yang mengatakan tidak baik mengenai Tengku Iffat
kalau ingin berkasih dengan lelaki tersebut, tapi apa dia peduli. Lelaki itu
boleh dikirakan public figure di universiti
mereka. Siapa tidak mahu berganding dengan lelaki yang diketahui ramai, malah
status sebagai kawan kepada lelaki itu juga sudah cukup membanggakan.
Apabila
dia bergandingan dengan Shasha dan sahabat-sahabatnya sudah membuatkan dia diketahui
ramai, terutama teman-teman sekuliahnya. Dia merasa ada sedikit riak dengan
hakikat itu. Kata mereka, amat susah untuk bergelak ketawa gila-gila dengan Shasha
kalau tidak melibatkan hal kerja.
“Oit
Najwa, kau dari mana tadi? Lambat kau masuk kuliah hari ini,” sapa Adira yang
juga teman rapatnya di universiti. Najwa hanya membalas soalan daripada
temannya itu dengan senyuman yang penuh makna sambil mengeluarkan buku nota
kuliah.
“Dah
kenapa kau senyum-senyum pula ni. Cerita lah kenapa kau datang lambat ni, aku
nak tunggu kau pun, kau tak suruh.”
Setelah
Najwa sudah berpuas hati dengan persediaan pembelajaran kuliahnya, baru dia
boleh menumpukan soalan yang diutarakan kepadanya sebentar tadi. “Aku bagi pau
dekat Tengku Iffat.”
Bibir
Adira sudah melopong mendengar kenyataan dari mulut temannya itu. Gila, berani
siot budak ni.
“Serious ke ni Najwa?” Adira melihat
wajah Najwa yang berada di sebelahnya ini dengan reaksi tidak percaya. Tak
takut ke budak ni.
“Iya
lah, buat apa aku nak main-main pulak,” jawab Najwa dengan senyuman di bibir
semakin melebar. Dia suka, apatah lagi Tengku Iffat sudi memakan pau tadi di
hadapannya. Baginya itu adalah satu penghargaan walaupun wajah lelaki itu dia
dapat merasakan berubah ketika dia menyebut nama Shasha.
“Wow,
aku tak percaya lah Najwa. Iffat bercakap dengan junior.”
Najwa
yang mendengar kenyataan itu merasa hairan. Dah kenapa pulak Adira ni. Normal
lah tu dapat bercakap dengan Presiden. Tak kan dia tak pernah berjumpa dengan
MPP Presiden.
“Kau
nak tahu tak Najwa, bercakap dengan Iffat tu serupa nak bercakap dengan Perdana
Menteri.”
“Apa
pulak yang kau merepek ni Adira. Sudah-sudah lah tu. Jauh benar angan-angannya.
Iffat tu lelaki baiklah. Ramah dan tidak sombong. Dengan aku, mahu pulak dia
bercakap. Takkan lah dengan korang semua dia tak nak bercakap. Sebagai MPP dia
kena mesra dengan semua orang,” amboi Najwa, siap defend lagi tu.
“Aku
gerun tau kalau berdepan dengan Iffat dan Shasha. Mereka berdua tu memang ada
aura yang buat orang gerun lah.”
Kenyataan
itu membuatkan Najwa berfikir sejenak. Dia sudah dilarang oleh kakak-kakak
seniornya untuk tidak menghampiri Tengku Iffat. Sudah kerap kali dia diberi
peringatan, tetapi hatinya seperti memberontak akan kehendak hatinya sendiri.
Dia mahu rapat dengan lelaki yang bernama Tengku Iffat. Kalau ada rezeki,
untung-untung boleh jadi boyfriend,
lepas jadi boyfriend terus jadi
tunang, alang-alang lepas tunang, terus jadi suami. Anak-anak aku tentu
comel-comel nanti. Ada lesung pipit itu sudah pasti. Aww bahagianya hidup!
Malah
berita Tengku Iffat dan Nadia sudah meluas dikalangan mahasiswa-mahasiswi
Malaysia di sini. Hot trending gitu.
Banyak yang sudah mencuba nasib untuk menjadi kekasih kepada Tengku Iffat,
menjadi skandal pun mereka sanggup. Wuish, bahaya betul. Tetapi Tengku Iffat
tidak layan.
“Mereka
berdua tu okay-okay sajalah, kalau kita baik dengan diorang, diorang pun akan
baik dengan kita.”
“Yelah
tu, mentang-mentanglah kau tu ada gelaran Baby Najwa,” bila Adira menyebut
perkataan ‘Baby Najwa’ tu ditekankan dengan bibirnya yang siap untuk memerli
Najwa.
“Jeleslah
tu. Nanti aku bawa kau jumpa dengan diorang ya. Hari ini diorang ada perbincangan
dekat CUSU, confirm nanti petang
diorang ada dekat sana,” bukan main semangat lagi Najwa mempromosikan bahawa
Shasha dan Tengku Iffat itu adalah bukan seperti yang temannya katakan.
“Hekeleh,
buat apa. Aku sibuklah. Malas aku nak layan kau ni.”
“Laa,
kau kata diorang tu buat kau gerun, manalah tahu kali ini presepsi kau akan
berubah. Diorang tu baik. Sangat-sangat baik,” Najwa tidak mahu mengalah.
“Yelah
yelah, nanti petang kita ke CUSU. Macam-macamlah kau ini Najwa. Hal macam ini
pun kau nak excited sangat,” ujar
Adira sambal mengeluarkan iPadnya kerana pensyarah mereka sudah pun memasuki
kelas kuliah.
“Of course.”
“Jangan
haraplah kau nak dapat si Iffat tu Najwa, memang tak akan tercapai dek akalmu. Taste dia amatlah tinggi. Ni apa yang
aku dengarlah daripada yang satu fakulti dengan dia.” Adira sepertinya masih
tidak mahu mengalah dalam membuat perbantahan mengenai Tengku Iffat.
“Apa
maksud kau ni?” kening gadis itu berkerut menandakan dia tidak dapat menghadam
dengan lebih mendalam akan kenyataan yang baru sahaja didengarnya tadi.
“Kau
dengar sini ya. Kita sekarang bercakap pasal Tengku. Iffat. Si Iffat tu,
walaupun dia jenis yang open relationship,
banyak kawan sana sini, tetapi dia hanya memilih yang menepati citarasanya. And kau nak tau citarasa yang macam mana
dia nak?” Adira berhenti seketika sementara Najwa masih menumpukan perhatiannya
kepada Adira.
Adira
menghampiri badannya mendekati di sisi Najwa sambil persis orang sedang
berbisik. “Macam Shasha.”
Adira
membalikkan badannya ke posisi asal setelah dia sudah berjaya mengatakan apa
yang hendak disampaikan kepada temannya itu. Najwa sepertinya amat terkejut
dengan kenyataan ini. Tak kan lah macam tu… Kenapa pulak macam Shasha?
LEBARsenyuman
Najwa sepanjang dia mengheret temannya Adira menuju ke CUSU. Adira sepertinya
macam hendak tak hendak apabila mereka berjalan menuju ke tempat yang dihajati
oleh Najwa. Bukannya mereka tidak biasa dengan tempat itu, ia sudah menjadi
markas bagi mahasiswa-mahasiswi yang menuntut di universiti tersebut. Apatah
lagi untuk pelajar dari Malaysia sememangnya ada bilik khas bagi MPP mereka.
Tapi untuk berjumpa dengan Tengku Iffat, memang dia cuba untuk mengelakkan
perkara itu.
Masuk
sahaja di pintu utama, Najwa tercari-cari di manakah bilik mesyuarat yang di
katakan oleh Shasha. Kepalanya sudah sibuk melihat disekeliling kawasan itu.
Ada yang sedang belajar, ada yang tidur, ada yang main PS2, ada juga yang main
XBOX, siap terkinja-kinja. Fuhh, meriah betul rupanya.
“Mana
ni Najwa?” keras suara Adira seperti orang tidak puas hati bila dia bertanyakan
pertanyaan itu kepada Najwa.
“Sekejap
lah. Diorang discussion pukul 6.
Sekarang ni belum pukul 6,” balas Najwa sambil melihat dipermukaan jam
tangannya. Dia pun sebenarnya was-was dengan keadaan ini. Mungkinkah mereka
mengadakan perbincangan di tempat lain?
‘Hah,
cuba aku telefon kak Aisha, mungkin dia tahu,’ lantas sahaja Najwa mengambil
telefon bimbitnya yang berada di dalam poket sebelah kanan, lalu mendail nombor
telefon Aisha. Adira ketika itu sudah menjejakkan kakinya di sebuah bilik
tempat orang bermain XBOX. Tidak lama kemudian, dengan Adira sekali join sekaki main XBOX.
Setelah
beberapa deringan kedengaran, telefon di angkat. “Assalamualaikum Kak Aisha.”
“Waalaikumsalam
Najwa, kenapa Najwa?” suara Aisha sepertinya orang tengah risau.
“Oh,
tak ada apa-apa kak, tapi Najwa nak tanya ni Kak Shasha ada discussion tak petang ni?”
“Ya,
ada.”
“Di
mana kak?”
“Dekat
CUSU.”
“Sekarang
Najwa dah dekat CUSU, tapi tak jumpa Kak Shasha pun.”
“Ohh,
Najwa cuba cari dekat bilik rehat tingkat atas. Dekat situ memang port Kak Shasha kalau dia berada di CUSU.”
Mendengar
penjelasan daripada Aisha itu, Najwa mengangguk-anggukkan kepalanya tanda
faham. Terus sahaja dia mengucapkan terima kasih selepas itu sebelum dia
menutup panggilan. Tanpa membuang masa, Najwa melangkahkan kakinya di mana
Adira berada.
“Adira,
jom, aku dah tahu di mana Kak Shasha.”
Adira
yang masa itu baru sahaja habis giliran bermain XBOX lantas berjalan menuju
Najwa yang berada di muka pintu ketika itu. “Tadi kau kata nak jumpa si Iffat,
ni kenapa pulak tiba-tiba kau jumpa Kak Shasha?”
“Sebab
diorang buat perbincangan sama-sama, mestilah Iffat ada dekat situ nanti.”
“Hmm,
yalah yalah. Dekat mana ni?”
“Bilik
rehat tingkat atas.”
Tanpa
membuang masa, mereka menuju ke tingkat atas. Nasib baik ada tanda arah disediakan,
tidaklah mereka sesat mencari. Setelah mereka tahu di mana bilik rehat itu
berada, mereka berjalan menuju ke ruang rehat di mana mereka percaya Shasha
berada.
Baru
sahaja hendak mendekati bilik, mereka ternampak Shasha keluar daripada bilik
tersebut. Senyuman Najwa sudah mulai timbul. Akan tetapi, tidak lama kemudian,
kelihatan Tengku Iffat ketika itu memeluk belakang Shasha sambil berbisik
membuatkan Najwa kaku untuk meneruskan langkahnya. Adira juga yang turut
melihat kejadian itu kaku akan tetapi lantas melihat reaksi muka Najwa.
‘Hmm
menyusahkan betullah’ bisik hati Adira bila melihat Najwa yang sudah tidak
bereaksi.
Tidak
lama kemudian Tengku Iffat melepaskan pelukan itu, lalu Shasha berjalan menuju
ke bilik mesyuarat yang terletak di hujung bangunan. Keadaan mereka berdua
seperti tidak ada apa-apa berlaku.
Adira
sedar bahawa Tengku Iffat berjalan menuju kearah mereka, serta merta Adira
meletakkan telefon bimbitnya yang berada di tangan ke telinga kanannya lalu
membuat seperti orang yang sedang berada dalam talian dan ketika itu juga Tengku
Iffat melintas di hadapan mereka.
“Hey
Najwa,” sapa Tengku Iffat, terkejut mungkin dengan kehadiran Najwa di situ.
Najwa
yang baru tersedar apabila disapa oleh Tengku Iffat, terkulat-kulat seketika.
Tidak tahu apa yang hendak di cakapkan.
“Buat
apa dekat sini?” sambung lelaki itu lagi.
“Ahhh…
Hah, ni Adira, dia nak saya temankan dia jumpa kawan dia di sini,” lantas dia
terus melarikan pandangannya kearah Adira yang sibuk dengan telefon bimbitnya.
Aik, ada ke tadi orang telefon dia?
“Ohh,
siapa dia nak jumpa? Tingkat atas ini adalah ofis MPP. Mungkin saya kenal,” mata
Tengku Iffatsudah beralih kepada Adira. Hmm, cantik juga budak yang bernama
Adira ini. Tapi seingatnya dia macam pernah tengok Adira ini bersama siapa. Dia
ingat-ingat lupa.
Najwa
yang sedar akan maksud renungan Tengku Iffat terhadap Adira itu merasa sakit
hati. Kenapa dia tidak berjaya menarik perhatian lelaki itu dengan sekelip mata
sahaja? Tidak seperti mula-mula lelaki itu menyapanya.
“Adira,”
panggil Najwa keras. Terang-terang Tengku Iffat melihat dia, dia boleh pulak
buat-buat tidak tahu.
Tengku
Iffat tersenyum.
Adira
lantas berpura-pura seperti orang habis membuat panggilan. “Kenapa?”
“Kau
tadi nak jumpa siapa di sini?”
Berkerut
dahi Adira bila mendengar soalan itu. “Eh, bukan kau nak jumpa Iffat ke?”
Bulat
mata Najwa. Ish, coverlah dulu untuk
aku! Memberi amaran dengan bahasa bulat-bulatkan mata.
“Oh,
yeke?”
“Eh,
tak tak. Adira ni lah, suka kacau saya.”
“Hmm,
saya nak cari Firdaus, dia kat mana ya?” ucap Adira. Hentamlah kau Najwa. Tak
pasal-pasal aku ikut sekali terjerat sama. Dalam keadaan yang boleh dikatakan emergency ini, nama itu yang keluar dan
dia ingat. Nama sepupu dia.
“Oh,
Firdaus. Mungkin dia ada di dalam bilik mesyuarat. Korang nak join sekali ke attend the discussion?” Najwa melepaskan keluhan lega, raut wajah
juga lega. Fuhh, nasib baik Adira ni panjang akal. Tapi siapa Firdaus? Orang
MPP juga?
“Eh,
tak payahlah, tu kan discussion untuk
MPP.” Adira cuba untuk mengelak. Tapi budak Najwa ni lain pulak gatal dia.
“Eh,
why not?” tu dia, budak Najwa gatal
dah timbul.
Tengku
Iffat tergelak kecil melihat pencanggahan itu. Seorang tak nak, seorang nak.
Comel pulak aku tengok gadis yang bernama Adira ini.
“Okay,
you guys tunggu kat sini, saya pergi
tandas dulu.”
Sesudah
Tengku Iffat berlalu, Adira sudah bersedia untuk memberi Najwa sepatah dua
perkataan namun Berjaya dipotong oleh gadis itu. “Please for me.”
Adira
merengus kasar, “Hmm, yelah!”
Beberapa
minit kemudian, Tengku Iffat kembali ke tempat mereka, lalu mereka bertiga
berjalan beriringan menuju ke bilik mesyuarat.
Shasha
yang ketika itu sedang sibuk bermain dengan iPad lantas memanggungkan kepalanya
kearah muka pintu. Kecut perut Najwa dan Adira bila melihat reaksi Shasha
ketika itu.Tengku Iffat berjalan menuju ke tempat duduk bertempat di sebelah
Shasha, iaitu di tengah-tengah hujung meja panjang.
“Duduklah
Najwa, and…”
“Adira,”
jawab Adira dengan keadaan tenang.
“Adira
ini cari Firdaus, sebab tu aku bawa mereka ke sini,” jelas Tengku Iffat kepada
Shasha. Bukan main tajam renungan tu, takut tembus pulak nanti.
“Ohh…Okay, have a seat.”
Najwa
dan Adira lantas duduk di tempat duduk yang disediakan.
‘Mentang-mentanglah
nak mengurat Najwa, siap bawa ke sini lagi. Huh!’ getus hati Shasha. Sakit hati
betul!
========================================
HAKCIPTA TERPELIHARA
Tidak dibenarkan mana-mana
bahagian dari terbitan / blog ini diterbitkan / dibuat semula, disimpan untuk
pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau dengan apa jua alat
sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak penulis atau daripada pihak
bakal penerbit yang asli.
No comments:
Post a Comment