Bab
02
TENGKU IFFAT, Saiful dan Rizal sedang duduk di
bangku rehat di bawah pokok rendang yang disediakan oleh pihak Universiti. Ada
juga segelintir daripada mahasiswa dan mahasiwi lebih senang duduk atau
berbaring di atas rumput yang hijau. Banyak juga yang berbasikal. Memang sudah
menjadi tradisi di sini, para penduduknya lebih suka menggunakan basikal
sebagai transport mereka untuk
bergerak.
Mereka melihat Shasha, Mimi dan Aisha berjalan dengan
lenggang-lenggok yang penuh yakin. Muka Shasha berkerut seribu, menandakan dia
selepas mengalami kemarahan.
“Kenapa Shasha tu? Gaduh lagi ke dengan Nadia?” tanya Tengku
Iffat. Takut pula kekasihnya diapa-apakan lagi seperti bulan lepas. Nasib baik
Nadia tidak banyak lebam-lebam. Dia amat kesal dengan pengakuan Nadia mengenai
apa yang telah terjadi bulan lalu. Tidak sangka Nadia sanggup melakukan
sebegitu terhadap Najwa.
“Hmmm, gaduh dengan Jason lah tu,” kata Saiful sambil
mengunyah pop corn yang dibelinya
sebentar tadi.
“Bukan Jason tu boyfriend
dia ke?” mata Tengku Iffatmasih merenung Shasha ketika itu. Dilihatnya Jason
berlari untuk mendapatkan Shasha. Semakin hampir, semakin laju Shasha berjalan,
ingin mengelak daripada Jason. Jason Stamford, mahasiswa dari Amerika Syarikat,
yang baru menjadi kekasih Shasha minggu lepas. Nampaknya Shasha melakukan rekod
baru dalam memutuskan hubungan dengan kekasihnya. Jangan hairan pula, semua boyfriend Shasha mesti yang jenis-jenis
yang nerd punya.
“Aku dengar Shasha mengamuk kelmarin. Habis Jason dikerjakannya
depan rumah sewa mereka,” terang Rizal. Mereka tahu Shasha, Mimi dan Aisha
tinggal di dalam satu rumah sewa kecil sahaja yang berhampiran dengan
universiti mereka.
“Macam mana kau tahu ni Rizal?” Tengku Iffat bertanya. Ingin
mengetahui dengan lebih lanjut. Memang Shasha ini tidak pernah serik. Sifat
panas barannya amat terserlah.
“Aku kan banyak informer.
Jason tu, gatal sangat dengan Shasha. Shasha tak nak pegang-pegang, cium-cium,
si Jason tu hah boleh pula paksa-paksa si Shasha. Hmmm si Shasha apa lagi,
mengamuklah,” terang Rizal sekali lagi.
Mereka sudah sedia maklum akan sikap Shasha dalam hubungan. Sentiasa
menjaga maruahnya dalam sesuatu perhubungan, walaupun dia banyak kekasih. Tapi
walaupun semua bekas kekasihnya adalah nerd,
tapi boleh pula nak buat ringan-ringan dengan Shasha. Macamlah Shasha tu bodoh
sangat, iron lady tu.
“Hoi Iff, buat apa renung si Shasha tu lama-lama sangat? Tak
takut terjatuh hati ke?” kata Saiful sambil mengamit bahu Tengku Iffatsupaya
kembali ke alam realiti.
“Huh! Tak ada maknanya aku nak terjatuh hati kat budak tu,”
nafinya.
“Ohhhh, tak ada maknanya… jangan terkejut nanti kau pulak
yang sasau dekat minah tu,” sakat Rizal. Bukan mereka tidak tahu citarasa
sahabat mereka yang satu itu. Amat taksub dengan independent woman. Suka yang feminis.
“Malas aku nak layan korang berdua ni.” Tengku Iffat bangkit
dari bangku, sudah bersedia untuk melarikan diri dari soalan-soalan yang diterjah
oleh sahabatnya.
Saiful dan Rizal hanya mampu memberikan pandangan yang penuh
makna. Bukan mereka tidak tahu Tengku Iffatmahu mengelak sebenarnya.
“HAI Najwa.” Najwa yang sedang khusyuk
mengulang kaji pelajarannya amat terkejut dengan sapaan Shasha itu. Shasha,
Mimi dan Aisha terus duduk dimeja belajar yang menempatkan khas untuk empat
orang.
“Hai kak,” kata Najwa dengan lembut. Najwa amat senang hati
melihat Shasha, Mimi dan Aisha. Dia seperti mempunyai kakak-kakak yang over protective. Dia amat menggagumi
dengan peribadi Shasha, baik hati, dalam masa yang sama tegas dalam menegakkan
maruah wanita, walaupun dia digelar iron
lady oleh segelintir mahasiswa-mahasiswi di sini, itu tidak pernah
mencacatkan tanggapannya terhadap perempuan itu.
“Perempuan jalang tu masih ganggu kau lagi tak?” tanya Mimi.
Najwa hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sebagai jawapan.
“Ok baguslah kalau macam itu. Oit Shasha, kau tak perasan
ke, masa Jason asyik merayu-rayu kat kau, hero si Nadia tu, siap renung kau
tajam lagi,” sampuk Aisha kepada Shasha. Memang dia perasan dengan hal itu,
tapi tidak memperdulikan. Silap-silap, boleh exercise lagi jantung aku.
“Siapa hero Nadia tu kak?” tanya Najwa ingin tahu.
“Benjamin ke?” sambung Najwa lagi. Mereka bertiga terkejut.
Benjamin, salah seorang bekas kekasih Shasha, puas juga Shasha menghentam budak
Benjamin dahulu. Jelek Shasha mendengar nama lelaki itu. Masa jejak kaki di
situ bukan main nerd, tapi sekarang kasanova
habis.
“Woah woah woah… bukan Benjamin. Tengku Iffat,” jelas Mimi. Mereka
faham, Najwa masih baru.
Terkejut. Tengku Iffatialah kekasih Nadia?
“Awak tak tahu ke Najwa siapa Iffat tu? Tak pernah tengok?” tanya
Shasha.
“Tak pernah kak.” Najwa menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia
memang ingin mengetahui bagaimana rupa Tengku Iffat yang menjadi perbualan
orang ramai.
“Satu saja pesanan, hati-hati dengan
lelaki yang bernama Tengku Iffat.”
SHASHA mencari alamat Cambridge Day
Nursery di dalam kad yang diberikan oleh Aisha tempoh hari. Dia menghela nafas
lega kerana menemui tempat itu setelah penat mencari. Semasa dia masuk ke
halaman tempat permainan, satu suasana yang amat menangkan hati dan perasaan
jiwa Aisha. Banyak kanak-kanak yang masih kecil seronok bermain sesama sendiri
tanpa menghiraukan Shasha datang. Senang hati Shasha melihat mereka
bermain.
Sedang Shasha ralit melihat kegembiraan kanak-kanak di
tadika itu, dia disapa oleh seorang perempuan yang berumur dalam lingkungan
40-an. Cantik dan penuh dengan gaya elegan. Ada aura inggeris di situ.
Mereka berdua memperkenalkan diri masing-masing. Mrs.
Jemstone namanya. Shasha tersenyum senang dengan layanan yang diberikan oleh
Mrs.Jemstone. Amat peramah sehingga dia tidak merasa kaku tatkala masuk
ditempat baru.
Suka Shasha melihat suasana tadika ini. Pokok-pokok yang
kehijauan beralun dengan angin musim bunga sungguh indah. Kebanyakkan
kanak-kanak membuat aktiviti luar seperti apa yang dilihatnya sekarang.
Lalu mereka pun berjalan menyusuri beberapa buah kelas
kosong yang tidak mempunyai sebarang lukisan. ‘Banyak jugak kelas yang hendak
dilukis dengan lukisan mural. Mampu ke tidak ni aku siapkan seorang diri,’ kata
hati Shasha.
“Ok Shasha, this is
the principal office,” sambil menunjukkan pintu kaca yang bertinta hitam
itu sebelah kanan dirinya.
“Thank you Mrs.Jemstone,”
selepas dia mengucapkan terima kasih, tanpa membuang masa dia mengetuk pintu
kaca dengan perlahan namun bisa memberi satu perhatian daripada orang yang
berada di dalam bilik tersebut.
“Come in,” setelah
kedengaran pengetua tadika tersebut mengarahkan dia masuk, Shasha membuka pintu
itu dengan berhati-hati. Seorang perempuan yang berumur dalam lingkungan 60-an
dan seorang lelaki di situ. Nampak seperti sedang berbincang sesuatu yang
penting. Shasha memberi sebuah senyuman terhadap perempuan itu.
“You must be Shasha
right? Come in, and please have a seat,” tanpa membuang masa, Shasha
mengatur jalannya menuju ke sebuah kerusi yang terletak bersebelahan dengan
lelaki tersebut. Sementelah Shasha duduk, dia terkejut. Tengku Iffat!
Bukan main luas lagi anak mata Shasha terbuntang bila
mengetahui siapakah gerangan yang turut bersama di dalam bilik pengetua. Relaks
Shasha relaks. Jangan bergaduh.
Tengku Iffat juga terkejut melihat Shasha duduk di sebelahnya.
Dia tidak terfikir nama Shasha yang disebut oleh pengetua tadi adalah Nur
Shasha Asyikin. Iyalah, dah nama pun macam nama orang putih. Nama Shasha itu
adalah nama yang biasa didengar. Tetapi, apa yang dia buat kat sini?
“Ok Shasha, my name is
Madam April. Let me introduce you to Mr. Iffat. Both of you are going to be drawing
mural painting in our new classrooms.”
Shasha dengan Tengku Iffatterkedu saat mendengar arahan
daripada Madam April. Mampukah mereka bersatu padu untuk menjayakan projek ini.
Shasha memerlukan projek mural ini kerana dia memerlukan wang, begitu juga
dengan Tengku Iffat.
Redha sajalah Shasha.
p/s: macam biasa, sebarang komen amatlah RD alu-alukan =)
===========================================
===========================================
HAKCIPTA TERPELIHARA
Tidak dibenarkan mana-mana
bahagian dari terbitan / blog ini diterbitkan / dibuat semula, disimpan untuk
pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau dengan apa jua alat
sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak penulis atau daripada pihak
bakal penerbit yang asli.
No comments:
Post a Comment