Sunday, 17 May 2015

His Independent Girl - [Bab 04]



Bab 04


SHASHA kaku ditempat duduknya setelah melihat amukan Tengku Iffatdibilik doktor. Pertama kali dia melihat muka bengis Tengku Iffat. Tidak seperti semasa mereka bergaduh bengisnya. Setelah mereka mendapat tahu tentang tujuan Nadia di klinik tersebut,Tengku Iffatterus meluru ke bilik doktor tersebut. Mengamuk bukan main. Habis satu klinik suara dia kedengaran. Kakinya yang sakit tidak dihiraukan sama sekali.

Kelihatan semua kakitangan dan pesakit-pesakit yang berada di klinik Dr. Johnathan mula mengerumuni di tempat kejadian. Shasha sedaya upaya untuk tidak masuk campur.

“Oh! Anak jantan mana yang kau kandung ni hah?!” kedengaran kata-kata tempikan Tengku Iffatdari bilik doktor. Penonton-penonton yang tidak diundang hanya mampu melihat insiden tersebut, kerana Tengku Iffat menggunakan bahasa ibunda mereka.

Baby baby! Please I beg you. Listen to me. Please!” ketika itu Nadia sedang memeluk kaki Tengku Iffat, menghalang lelaki itu untuk tidak meninggalkannya sekaligus merayu supaya mendengar penjelasannya.

Let’s settle this somewhere else,” Tengku Iffatberjaya melepaskan kakinya daripada pelukan Nadia. Baru kini dia terasa kakinya sakit berdenyut-denyut. Baru dia teringat bahawa dia bersama dengan Shasha untuk mendapatkan rawatan kakinya yang sakit. Matanya melilau ke sekeliling klinik, ingin mencari kelibat Shasha, namun tidak jumpa.

Setelah puas mencari, kelihatan disatu sudut Shasha sedang mesra bercakap dengan seorang lelaki. Seperti bangsa cina kerana muka lelaki itu persis lelaki berbangsa cina. Senyum Shasha yang lebar dengan gelak ketawanya seperti tidak menghiraukan tentang kejadian yang telah berlaku amat menyakitkan hati Tengku Iffat.

Tengku Iffatmenempik Nadia supaya mengikut arahannya. Nadia terus berlari mendapatkan Tengku Iffatyang sudah pun berjalan keluar daripada klinik itu. Hajat untuk mendapatkan rawatan untuk kakinya dilupakan sama sekali.

Nadia setia mengikuti belakang Tengku Iffatsambil tunduk menikus tersedu sedan menahan tangisan. Wajah kekasihnya ketika itu amat menakutkan. Terkejut bukan kepalang semasa Tengku Iffatmerempuh masuk di bilik rawatannya sambil menyoal tentang kandungannya.

“Masuk!” teriak Tengku Iffatsetelah dia berjaya menahan sebuah teksi. Lengan kiri Nadia ditarik kuat lalu memaksa Nadia untuk masuk ke teksi. Tengku Iffatmemberitahu kepada pemandu teksi untuk pergi ke tempat rumah Nadia. Dalam sekelip mata sahaja mereka telahpun meninggalkan kawasan klinik Dr. Johnathan.


NASIB baik jarak apartment Shasha dengan Klinik Dr. Johnathan amat dekat. Hanya mengambil beberapa minit sudah sampai ke apartmentnya.

“Hai, baru sampai tuan puteri Malaya ni?” sambut Aisha dengan kata-kata sindiran setelah Shasha masuk ke apartment. Hmmm, ini yang aku malas sangat dengan budak Aisha ni. Bebelan Aisha boleh mengalahkan mummynya. Tapi Shasha tahu Aisha amat menjaga dengan perihal sahabat baiknya ini. Takut terpesong katanya. Apatah lagi dengan sifat Shasha yang mesra alam dengan lelaki.

Shasha melihat jam dinding di bilik tamu mereka. Kelihatan Aisha sedang sibuk membuat kertas kerjanya di meja kecil. Patutlah Aisha membebel, sudah pukul sepuluh lebih rupanya.

“Mimi mana Sha?” pertanyaan Aisha yang berupa sindiran tidak dibalas. Matanya meliar ke bilik Mimi. Mengelak sebenarnya.

“Aku kat sini,” kedengaran satu suara dari dapur. Sudah pastinya Mimi. Lantas Shasha pergi menjenguk Mimi.

“Kau kenapa belajar dekat dapur Mimi?” amat menghairankan melihat Mimi membuat kertas kerja. Habis meja makan mereka penuh dengan buku-buku rujukan berserta komputer riba milik Mimi.

“Tu hah mak cik kat depan tu. Komplen tak dapat fokus belajar kalau kita ni ada depan mata dia,” sambil memunjungkan mulutnya ke arah bilik tahu. Shasha tahu gerangan insan yang disebut oleh Mimi.

“Ewah ewah sedap nak mengumpat aku ya cik Mimi,” sahut Aisha daripada ruang bilik tamu. Rumah sewa mereka bukanlah besar sangat, sederhana sahaja. Tiga bilik tidur kecil, satu ruang tamu dan satu dapur. Ruang bilik tamu dengan dapur hanya menjarakkan dengan satu dinding sahaja.

“Nak tahu apa alasan dia. Kalau aku ada dekat orang tu, orang tu tak habis-habis nak bercerita sahaja. Tu lah dia tak dapat nak fokus. Bukan salah kita, salah dia jugak,” kata Mimi tanda tidak puas hati.

Shasha ketawa kecil mendengar kerenah kedua teman baiknya itu. Bukan mereka tidak tahu, Aisha itu kalau di dalam rumah, mulut dia pot pet pot pet tak berhenti. Tapi dekat luar, boleh pula dia diam, tidak banyak songeh.

“Ok lah ok lah. Korang ni tak habis-habislah. Hah, aku ada story terbaik punya nak disampaikan kepada kedua-dua tuan puteri,” kata Shasha sambil meredakan keadaan. Kalau di biarkan mahu ada peperangan mulut akan berlaku sebentar lagi. Perang-perang sayang gitu.

“Hah! Story apa?” Shasha sudah berlalu ke ruang tamu diikuti dengan Mimi. Ingin mengetahui cerita yang di umpan oleh Shasha.

“Tapi sebelum tu, aku nak mandi dulu, bau masyam dah ni,” lalu Shasha berlalu ke bilik tidurnya.

“Hekeleh!” serentak Mimi dan Aisha berkata begitu. Tadi bercakap macam penting sangat.

Lima belas minit kemudian, Shasha keluar daripada bilik dengan mengenakan baju tidurnya. Mimi dengan Aisha sudah mengemas buku-buku rujukan mereka. Seperti sudah bersedia ingin mendengar cerita.

“Pasal Iffat,” kata Shasha sambil duduk di sofa panjang lalu melunjurkan kakinya di kerusi kecil.

“Korang tahu kan aku dengan si Iffat ambil job dekat tadika tu,” kedua sahabatnya mengganggukkan kepala mereka. Mereka tahu tentang itu kerana Shasha sudah memaklumkan kepada mereka. Bukan main lagi mereka membuli Shasha setelah mereka dengar tentang Tengku Iffat. Yelah, manalah tahu ada jodoh. Nampak kedua-duanya sama serasi.

“Dia terjatuh tadi masa melukis. Kena bawa pergi klinik untuk pemeriksaan selanjutnya.”

“Ok. Itu kau sudah cerita dekat kami tadi.”

“Kami pergi klinik kat bawah tu. Tengah-tengah tunggu giliran, ada pula budak Nadia ni. Iffat ni hairan lah kenapa awek dia ada kat situ,” panjang lebar Shasha bercerita mengenai kejadian yang berlaku. Kedua teman baiknya tekun mendengar.

“Dia tanya dengan jururawat di reception kenapa dengan Nadia. Nak tahu apa jawapan dia?” Aisha dan Mimi mengganggukkan kepala mereka laju, ingin mengetahui jawapan yang di berikan.

Abortion,” jawab Shasha.

“Apa?!” jerit Mimi dan Aisha serentak. Bukan main lantang lagi jeritan mereka tapi itulah reaksi yang sama ketika dia dan Tengku Iffat mengetahui berita mengenai perkara tersebut.


ANAK siapa dalam tu Nadia?” Tengku Iffatamat tidak berpuas hati sambil berdiri tegak di hadapan Nadia. Nadia tidak mahu memberitahu keadaan yang sebenar. Ketika ini mereka sudah pun berada di rumah sewa Nadia. Nadia tidak henti-henti mengeluarkan air mata. Ingin meminta simpati. Nadia yang ketika itu duduk di ruang tamu sambil menundukkan pandangannya daripada Tengku Iffat.

“Aku tanya buat kali terakhir Nadia. Anak siapa dalam tu?” tempikan Tengku Iffatsemakin kuat bergema di apartment Nadia. Nadia terkejut dengan tempikan itu.

“Ben… Ben… Ben…” Nadia gagap berkata-kata. Ketakutannya melebihi langit ke tujuh.

“Ben apa?!” tona suara Tengku Iffat juga sudah semakin meninggi daripada tadi.

“Benjamin.” Nadia melafazkan satu nama.“I think,” sambung Nadia dengan suara kecil tapi masih boleh didengar oleh Tengku Iffat dengan jelas dan nyata.

You think?” kata Tengku Iffat. Kemarahannya semakin memuncak.

“Ohhhh, patut lah dalam beberapa minggu ni kau asyik nak bawa aku ke katil ya! Rupanya kau mengandungkan anak luar nikah!” serta-merta Tengku Iffat ingat kembali dengan teguran-teguran daripada Saiful dan Rizal mengenai hubungannya dengan Nadia. Rasa sekarang dia bodoh sangat percaya Nadia.“I tidak tahu. Ini adalah peluang terakhir untuk I mengandung.” jelas Nadia sambil teresak-esak.

“Peluang terakhir? Rupanya belakang aku kau main lain,” amat mengejutkan dirinya bahawa ini bukan kali pertama Nadia menggugurkan kandungan.

Enough! We better stop this relationship. We are done. Over!” Nadia meraung. Dia tahu, jikalau Tengku Iffat sudah meninggalkan dirinya, dia tidak akan hidup senang seperti selalu.

Tengku Iffat berlalu meninggalkan Nadia dengan kaki yang masih sakit. Setelah dia berada di pintu rumah Nadia, dia menoleh melihat keadaan Nadia.

“Keluar dari rumah ini secepat mungkin.” Arahan Tengku Iffat kepada Nadia. Raungan Nadia semakin kuat setelah mendengar kata-kata terakhir Tengku Iffat. Merayu-rayu meminta sedikit kefahaman dengan situasinya. Rumah sewa yang didiaminya kini adalah menggunakan duit Tengku Iffat. Dipinjamkan kepada Nadia untuk tinggal di situ mengenangkan Nadia adalah kekasihnya. Rupanya Nadia buat rumah itu seperti rumah yang tidak sepatutnya. Kesenangan yang diberikan amat disalah gunakan.


WALAUPUN Shasha mungkin tidak suka akan kehadiran Tengku Iffat, tetapi buat masa sekarang hatinya bertambah risau. Risau bukan apa. Kaki dia itu tengah sakit. Takut lebam. Kalau dia berada di tempat Tengku Iffat pun dia juga akan merasa marah. Sakit yang ada juga turut serta-merta hilang begitu sahaja. Apabila syaitan sudah berjaya menguasai segala-galanya, kita mudah lupa.

            Dengan hati yang semakin risau, Shasha terus sahaja mencapai telefon bimbitnya. Papan kekunci ditekan-tekan mencari nombor telefon milik Tengku Iffat. Bila sudah jumpa, langsung sahaja dia mendail. Selepas menunggu beberapa panggilan yang lama, barulah telefonnya dijawab oleh Tengku Iffat.

            “Ya apa lagi?” bila sahaja jeritan itu menyapa di cuping telinganya, Shasha menjauhkan sedikit telefon bimbitnya dari telinganya. Ini betul-betul marah.

            “Iff. Tarik dulu nafas kau tu dalam-dalam sebelum kau bercakap dengan aku selepas ini,” sejenak selepas itu, Shasha mula kedengaran Tengku Iffat menarik nafas sedalam-dalamnya supaya dia bertenang.

            “Ya Shasha, ada apa kau telefon aku malam-malam buta begini?”

            “Kaki kau okey?” bila sahaja dia menyuakan pertanyaan tersebut kepada Tengku Iffat, lelaki ituterus sahaja tergelak sakan. Lunak sungguh bila dengar dia ketawa. Lemak-lemak berkrim.

            “Dalam banyak-banyak soalan, kau boleh pula tanya pasal kaki aku.”

            “Yalah kaki kau kan sakit.” Tengku Iffat mengeluh kecil bila Shasha mengenangkan mengenai kesakitan di kakinya. Memang kakinya sakit. Berdenyut-denyut. Ini semua Nadialah punya pasal. Huh!

            “A’ahlah Sha, sakit,” bukan main lagi Tengku Iffat merengek. Ini yang Shasha malas nak layan.

            “Mengada. Bawa kaki tu esok ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Nanti semakin melarat pula dia punya bengkak.”

            “Baiklah doktor. Akan ku turutkan segala permintaanmu itu.”

            “Hish, orang beri nasihat, dia main-main pula. Ok bye.” Terus sahaja Shasha menutup panggilannya tanpa menunggu sebarang balasan daripada Tengku Iffat.


            Benci!


========================================


HAKCIPTA TERPELIHARA

Tidak dibenarkan mana-mana bahagian dari terbitan / blog ini diterbitkan / dibuat semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau dengan apa jua alat sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak penulis atau daripada pihak bakal penerbit yang asli.

No comments:

Post a Comment