Tuesday, 19 May 2015

His Independent Girl - [Bab 09]



Bab 09


PERANG! Itulah suasana di dalam perbincangan yang masih hangat berlangsung ketika ini. Bilik perbincangan dipenuhi oleh suara dua orang yang sepertinya masing-masing masih belum ada tanda-tanda mengalah untuk membuat sebarang pendamaian. Memanglah tidak lain tidak bukan peperangan diantara Tengku Iffat dan Shasha. Itu belum lagi suara-suara yang turut sekaki bagi menambah sekadar perisa. Ada dua orang ahli MPP yang sibuk dipapan putih, yang sedari tadi sibuk mencatit dan melakar mind map apa sahaja yang diutarakan oleh pencadang-pencadang yang mengikuti perbincangan, tak menang tangan mereka berdua, macam kena kejar hantu.
            “Iffat!” terhenjut bahu Najwa bila mendengar jeritan padu daripada Shasha. Adira di sisi sudah merengus kasar.
            “Apa?” kedengaran Tengku Iffat membalas dengan suara keras.
            “Tak bolehlah macam tu, over budget tahu tak? Kita kena ada margin. Kenapa tak reti nak faham ni.”
            “Haish makcik ni tak faham-faham lagi ke hah?”
            “Aku faham lah!” teriak Shasha lagi sambil menepuk atas meja dengan kuat.
            Adira mengeleng-gelengkan kepalanya lalu merendahkan badannya kearah Najwa. “Aku nak keluar, kau nak join ke?”
            Mendengar sahaja pelawaan itu, Najwa terus setuju. Mereka berdua keluar daripada bilik itu pun tidak ada seorang pun yang peduli. Apa tidaknya, peperangan masih berlaku.
            Keluar sahaja dari bilik perbincangan tersebut, Najwa dan Adira terus melangkahkan kaki mereka ke tandas yang berada di hujung aras bangunan. Selesai sahaja melunaskan hajat masing-masing, mereka berdua menarik nafas lega.
            “Aku tak sangka macam itu rupanya perbincangan MPP. Macam medan peperangan,” ujar Najwa. Dia masih tidak percaya apa yang baru sahaja dia alami. Dari permulaan perbincangan bermula sehinggalah sekarang, belum ada tanda-tanda hendak mencapai kata sepakat.
            “Itulah, aku cakap tak nak, kau sibuk nak menggatal masuk kat situ.”
            “Kau ni Dira, bercakap macam pernah jadi MPP. Setahu aku, kau dengan aku kan satu batch. Baru saja masuk pun.”
            Adira mengeluh kuat. “Sepupu aku selalu beritahu aku macam mana. Asal dia balik perbincangan, cerita yang sama akan dia ulang.”
            “Ohhh… aik, kau serumah ke dengan sepupu kau ni?” setahu aku, tahun pertama wajib tinggal di asrama universiti.
            “Macamlah aku tak dapat lepak dekat rumah sewa dia tu,” jawab Adira sambil mencebirkan bibirnya. Najwa mengangguk faham. Yelah, tanya lebih-lebih kang, takut pulak dia marah lagi. Tapi dia nak tanya lagi ni.
            “Speaking of which, kenapa aku tak nampak sepupu kau di dalam mesyuarat tadi?”
            Sememangnya Najwa memang sudah maklum akan sepupu temannya itu. Firdaus, hensem gak dia tengok, tapi hensem lagi Tengku Iffat. Adira sudah menjeling Najwa tajam. Banyak tanya pulak minah ini. “Tadi masa aku text, memang dah ada dekat sini. Mungkin ada buat urusan dekat ofis dia agaknya.”
            Tidak lama Adira berkata begitu, kelihatan sepupu Adira, Firdaus berlari anak menuju ke bilik mesyuarat tapi sempat pulak si Adira ini menegur.
            “Psst psst pstt,” lelaki itu menoleh. Mencari suara yang baru sahaja buat perkara yang kurang senonoh sebentar tadi. Adira sudah tersenyum senget bila melihat lelaki itu seperti kelam kabut. Namun tidak lama kemudian, mata lelaki itu sudah pun menjumpai mereka.
            “Ey Dira. Awak tunggu kat dinner hall di bawah, saya pergi ke dalam dulu,” selepas sahaja Firdaus berkata begitu, lelaki ituterus saja berlari menuju ke bilik perbincangan. Bila Firdaus membuka muka pintu, suara yang sepertinya bertikam lidah tiba-tiba terhenti bila kedengaran suara sorakan dari ahli-ahli MPP yang lain sejurus saja nampak kelibat Firdaus.
            “Aik dah kenapa pulak tu?” soal Najwa dengan nada kehairanan.
            “Ohh, Firdaus tu memang selalu akan jadi pendamai kalau perkara macam ini berlaku,” jawab Adira dengan tenang. “Jomlah pergi ke bawah. Nanti mereka semua akan pergi bawah agaknya. Makan malam sama-sama.”
            Tanpa membuang masa, mereka berdua berjalan beriringan menuju ke dewan makan, walaupun Najwa sepertinya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perkara sebagai ‘pendamai’. Hmm, macam-macamlah budak ni. Jakun sangat.


“LAPARNYA!”suara Tengku Iffat sudah kedengaran dari luar bila dia hendak masuk ke dewan makan. Najwa memperbetulkan tempat duduknya bila dia sedar akan kehadiran Tengku Iffat sebentar lagi. Tidak lama kemudian, pintu kaca dewan makan dibuka dari luar. “Hey Baby Najwa.”
            Najwa tersenyum bila Tengku Iffat menyapanya begitu. Bangga sungguh Presiden MPP mengenalinya. Bila dia masuk ke dewan makan, diikuti oleh Shasha dari belakang sambil sibuk membelek telefon bimbitnya.
“Emmmmm… sedapnya bau…” itulah ayat pertama yang keluar dari mulut Shasha setelah dia masuk ke dewan makan akan tetapi matanya masih kearah permukaan telefon bimbit di hadapannya. Sepertinya tidak menghiraukan keadaan disekelilingnya.
Najwa sedikit hairan akan keadaan ketika ini. Macam tidak ada apa-apa berlaku sahaja di antara Tengku Iffat dengan Shasha. Tadi semasa perbincangan berlangsung, mereka berdua sudah sepertinya tidak dapat didamaikan. Aik.. Ajaib!
            Tidak lama kemudian, Tengku Iffat kelihatan keluar daripada dewan makan dalam keadaan tergesa-gesa sehingga terlanggar bahu kiri Shasha yang masih sibuk dengan telefon bimbitnya. Bila bahunya dilanggar dengan kuat, Shasha hanya mendecit sambil menjeling Tengku Iffat. Aik?
            “Najwa, dah makan ke?” ketika itu Shasha sudah duduk di sisi Najwa yang sememangnya tempat duduk di sebelah gadis itu kosong.
            “Iya kak. Alhamdulillah dah kenyang.” Shasha menganggukkan kepalanya bila mendengar jawapan daripada Najwa.
            “Sedap tak pau daging yang akak ajar tu? Dah cuba buat sendiri tak?” Shasha hanya sekadar bertanya walaupun dia sudah tahu pau daging itu sebenarnya untuk siapa.
            Raut wajah Najwa sudah pucat. Takut. Tapi, macamlah kau ada buat salah Najwa. Kak Shasha kau tu bukan couple pun dengan Tengku Iffat. Hoho. “Dah kak.”
            “Nak tak buatkan untuk akak pau daging tu?”
            “Boleh boleh,” tapi hatinya sudah tidak keruan. Kenapalah dia melihat kakak angkatnya ini seperti orang yang menakutkan. Kecut isi perut melihat renungan tajamnya. Suaranya pun seperti orang bercakap dengan sinis.
            Belum pun sempat Shasha mencelah, Tengku Iffat datang dengan bekas yang berwarna hijau. Bulat mata Najwa bila melihat bekas yang dipegangnya. Tengku Iffat hendak memberi balik bekas itu di hadapan Shasha? Ya Allah, janganlah… nanti Shasha fikir yang bukan-bukan pula.
            “Najwa, nah bekas awak tadi,” sambil menghulurkan bekas itu kepada Najwa. Shasha sudah menjongketkan kedua belah keningnya sambil melihat wajah Tengku Iffat dengan Najwa bersilih ganti. Najwa pucat. Iffat benggong.
            Bila melihat Najwa sepertinya statik di tempat duduknya lantas mencapai tangannya lalu meletakkan bekas tadi di atas tapak tangan Najwa. “Kenapa ni Najwa? Terima kasih sebab bersusah payah buat pau tu untuk abang Iffat. Pau awak sedap bukan sebab yang mengajar awak tu pandai, tapi sebab awak buat pau ni dengan hati yang ikhlas.”
            “Huh!” Najwa sudah tersipu-sipu malu dan Shasha sudah menunjukkan muka loya lalu beredar dari situ. Melihat Tengku Iffat mengayat, mual dia mendengar. Abang Iffat? Lagilah wueekkkkkkk!!!!! Poyo!
            “Sama-sama abang Iffat.”
            “Oh, tadi saya ada nampak siapa kawan awak tu, Adira ya. Mana dia?” mata Tengku Iffat sudah mencari kelibat Adira di kawasan dewan makan. Shasha sibuk gelak ketawa dengan Evon, penolong bendahari MPP. Amboi, bukan main besar gelak.
            “Tu dia abang Iffat,” ujar Najwa sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah luar dari dewan makan. Di situ dia melihat Adira dan sepupunya, Firdaus sedang gelak ketawa di luar dewan.
            “Ohh, betullah tu,” gumam Tengku Iffat bila dia melihat suasana yang dimaksudkan. Najwa hairan.
            “Kenapa ‘betullah tu’ abang Iffat?” Tengku Iffat sedikit tersentak lalu tersenyum nipis.     “Tak ada apa-apa,” jawab Tengku Iffat dengan gelenggan kepalanya lalu dia memanggil Shasha.
            Tengku Iffat melambai tangannya persis memanggil Shasha untuk menuju ke arahnya. Shasha tanpa banyak tanya terus berjalan menuju Tengku Iffat. “Kenapa?”
            “Cuba kau tengok kat luar tu. Master Finance kita hah.”
            Shasha lantas melihat ke luar di mana Firdaus dan Adira berada, lalu dia tergelak. “Ohhhh. Hahahahhaa!”
            “Kenapa kak Shasha?”
            Shasha melihat Najwa. “Firdaus dengan Adira tu sebenarnya bertunang. Dia memang cakap dia bertunang dengan sepupu dia, tapi dia tak beritahu siapa.”
            Woahhh! Tunang? Sampai hati kau Adira tak beritahu dekat aku. Dia seperti tersisih dikalangan semua MPP. Macam budak kampung masuk clique budak elite. Kata Adira, citarasa Tengku Iffat seperti Kak Shasha? Apa yang ada pada Kak Shasha ya supaya Tengku Iffat boleh bagi aku tumpuan yang lebih? 


=======================================


HAKCIPTA TERPELIHARA

Tidak dibenarkan mana-mana bahagian dari terbitan / blog ini diterbitkan / dibuat semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau dengan apa jua alat sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak penulis atau daripada pihak bakal penerbit yang asli.

No comments:

Post a Comment