Bab 16
NAFAS
yang berat dilepaskan bila gadis itu sampai di rumah sewa yang dihuni oleh
dirinya dan kedua-dua sahabatnya. Letih. Itu yang Shasha alami ketika ini. Letih
dari segi mental dan fizikal. Letih berfikir pun ada. Yang penting semualah.
Semester ditahun akhir ini sememangnya amat mencabar. Dengan jawatan MPP yang
masih disandang juga menambahkan beban tugas yang ada. Ada dalam masa tiga
bulan lagi sebelum mereka menamatkan pengajian. Minggu hadapan adalah projek
terakhir yang dikendalikan di bawah MPP Student
Union Malaysia.
Shasha
melepaskan lelah dengan berbaring di atas sofa berangka tiga di ruang tamu
rumah sewa mereka sehingga tidak sedar matanya juga turut terlelap sama.
Beberapa
jam kemudian, pintu utama rumah sewa mereka seperti dibuka dari luar. Shasha
tersedar dari tidur petangnya namun matanya masih setia bertutup kerana dia
tahu mungkin sahabat karibnya yang baru balik dari kuliah ataupun Najwa. Shasha
cuba untuk sambung lelap matanya yang masih bersisa.
Diam.
Pintu utama kedengaran sudah dibuka, tapi suasana diam. Shasha hairan. Hatinya
juga sudah berdetak laju. Lantas matanya dibuka.
Terkejut!
Bila dia melihat makhluk yang bertopeng hitam hanya melihatkan matanya,
badannya tinggi, memakai pakaian serba hitam dari atas bawah. Bila makhluk itu
sedar Shasha tidak lagi tidur, makhluk itu bertindak dengan mengancing tangan
dan badan Shasha. Namun Shasha bertindak pantas melambungkan kakinya untuk menendang
kepala makhluk itu. Nasib baik kaki panjang!
Suara
lelaki mengerang kesakitan. Rasa mengantuk yang dialami oleh Shasha juga
serta-merta hilang. Berani dia hendak mengapa-apakan aku. Siap kau lepas ini!
Tanpa memberi belas kasihan, Shasha bangkit dari tempat pembaringannya sebentar
tadi lalu berlari meluru ke arah lelaki itu. Sekali lagi dia menendang kepala
lelaki itu menggunakan lututnya.
Shasha
geram. Tidaklah kuat mana. Tetapi Shasha silap, semasa lelaki itu rebah,
kakinya ditarik sehingga membuatkan Shasha juga rebah diikuti hentakkan dipunggungnya
dengan kuat. “Aghhhh!”
Siku
Shasha juga sudah berdarah akibat hentakan tadi. Mungkin dia dapat dari bucu
meja di ruang tamu. Lelaki itu mencangkung di atas tubuh badan Shasha dengan
mencekik leher Shasha dengan kuat. Meracau-racau tangan Shasha mencari benda
untuk menyelamatkan diri. Nafasnya juga sudah mula tersekat.
Ya
Allah, tolong aku Ya Allah. Selamatkanlah aku Ya Allah.
“Kak
Shasha!” mendengar satu suara yang datang dari muka pintu, si durjana
mendonggakkan kepalanya melihat siapa gerangan yang berada di muka pintu.
Shasha tidak mampu berbuat apa-apa, hanya dari ekor matanya sahaja dia dapat
melihat. Pertolongan yang sangat diperlukan ketika ini.
Lelaki
ini terkejut lalu melepaskan cekikannya di leher Shasha, dan merempuh badan
Najwa yang sudah tercegat di muka pintu dengan keadaan terkejut. Najwa terduduk
akibat rempuhan yang kuat.
Dada
Shasha berombak kuat, ingin mengambil nafas yang seperti terputus akibat dicenggak
dengan kuat. “Kak Shasha, akak tidak apa-apa ke?” Najwa berlari meluru di mana
Shasha dicenggak.
“Terima
kasih Najwa,” muka Shasha sudah pucat.
Tidak
lama kemudian, “Shasha!” suara Mimi kedengaran.
“Sha!
Ya Allah Sha!” kali ini suara Aisha pula yang kedengaran.
Mereka
berdua baru sahaja balik dari kuliah. Segala buku-buku nota yang dipegang oleh
mereka dengan beg sandang mereka juga dilontarkan entah ke mana. Mimi memangku
kepala Shasha dengan pahanya. Najwa rasa tersisih. Aisha memeriksa badan
Shasha.
“Siku
kau berdarah Sha,” ujar Aisha bila dia terlihat siku sahabatnya berdarah.
“Aku
okay,” dadanya juga semakin reda. Aliran nafasnya juga sudah beransur pulih
bila dia dapat bernafas dengan lancar.
Mimi
sudah menangis melihat keadaan Shasha. Macam mana boleh jadi macam ini, “Jangan
menangis Mi.”
Aisha
melihat keadaan disekeliling kawasan ruang tamu rumah sewa mereka. Baru dia
sedar akan kehadiran Najwa di situ. Dahi Aisha berkerut. Aisha menghampiri
Najwa yang hanya tercegat di satu sudut. “Bagaimana awak boleh ada dekat sini
Najwa?”
Aisha
takut ini adalah salah satu permainan Najwa untuk menganggu atau menyakiti
Shasha. Dia dan Mimi sudah mendengar cerita di pejabat MPP tadi, malah mereka
sudah tahu siapa penceroboh yang masih dicari-cari oleh Shasha.
“Saya
hendak belajar membuat makanan dekat Kak Shasha tapi semasa saya datang, pintu
sudah terbuka. Saya nampak siapa yang cenggak leher Kak Shasha,” jelas Najwa
dengan takut-takut.
“Dia
tolong aku Isha. Jangan marah dia.”
Anak
mata Aisha dan Mimi bertebung bila mendengar apa yang Shasha katakan. Sungguh
mereka tidak percaya. Mereka sudah tahu apa hajat Najwa di belakang mereka,
tapi mereka cuba untuk tidak memberitahu berita itu kepada Shasha atas arahan
daripada Tengku Iffat.
Shasha
masih lemah. Tahulah dia belum menghadam apa-apa makanan sejak dia pulang tadi,
tiba-tiba pula terpaksa membuang tenaga dengan berhempas pulas untuk
menyelamatkan diri daripada siapa entah yang tiba-tiba menceroboh rumah sewa
mereka, malah ingin membunuh Shasha!
Mimi
dan Aisha mengangkat badan Shasha untuk duduk di atas sofa.
“Najwa,
boleh ambil first aid kit dekat
dapur.” Najwa lantas menganggukkan kepalanya dan berlalu dari situ untuk
mengambil benda yang diarahkan oleh Aisha. Tegas rupa-rupanya Kak Aishanya ini,
dari segi luaran nampak lembut. Perut Najwa juga sudah kecut melihat raut wajah
Aisha.
“Ini
bukan lagi kes ceroboh Sha, ini sudah menjadi kes cubaan membunuh,” tegas Mimi.
Kawasan ruang tamu mereka yang sedikit porak peranda dikemas kembali oleh Mimi.
Aisha masih setia di sisi Shasha. Tidak lama kemudian, Najwa datang dengan
membawa first aid kit yang dipinta.
Aisha
mengambil first aid kit lalu memulakan
rawatan di siku sahabatnya itu. Mengerang kesakitan gadis itu bila lukanya
terkena ubat. Najwa hanya memerhati dengan diam di satu sudut. Tidak tahu
hendak berbuat apa. Mimi dan Aisha sepertinya kurang layanan terhadap dirinya.
Dan kenapa?
“Sorry Najwa, no cooking class today.”
Shasha berkata kepada Najwa. Cuba untuk memecahkan kesunyian diantara mereka.
“Tak
apa Kak Shasha. Najwa minta maaf sangat-sangat sebab tidak mampu untuk menolong
Kak Shasha tadi. Najwa rasa bersalah,” wajah gadis itu sudah mula mendung.
Shasha
tersenyum manis. Tetapi Aisha mencebik dalam diam bila mendengar kata-kata sayu
dari bibir gadis itu sehingga membuatkan Shasha berkerut dahi hairan. Mimi
sudah hilang keluar dari rumah sewa mereka selepas dia selesai mengemas apa
yang perlu. Sepertinya dia menghubungi seseorang.
“Kau
kenapa?” tanya Shasha dengan nada suara yang kecil. Mendengar soalan yang ditujukan
kepadanya, Aisha hanya menggelengkan kepalanya sambil menjongketkan kedua belah
bahunya. Adalah tu sebenarnya. Macamlah dia tidak tahu.
Najwa
duduk di atas sofa kecil tidak jauh dari situ. Anak matanya masih setia melihat
Shasha yang masih di dalam keadaan lemah. Tidak lama kemudian, Mimi masuk ke
rumah sewa mereka, “Sha, Iffat suruh kau pergi hospital sekarang juga, buat
pemeriksaan.”
Shasha
sudah berdecit geram. “Malaslah.”
Najwa
hanya setia menanti. Ada apa-apa ke diantara Kak Shasha dengan Tengku Iffat?
Apa yang dia tahu mereka bukanlah sepasang kekasih. Ini kerana dari raut wajah
kakak angkatnya itu adalah raut wajah yang tidak senang bila sebaris nama itu
disebut.
“Pergi
sajalah Sha, bakal suami tengah risau tu,” gurau Aisha yang dalam masa yang
sama juga berisi dengan dorongan nasihat supaya gadis itu bersetuju untuk
membuat pemeriksaan di hospital. Aisha lihat di leher Shasha sudah menampakkan
garis lebam hijau biru. Menandakan Shasha bekas dicenggak dekat leher. Itu
sudah boleh dijadikan sebagai bahan bukti.
Shasha
menjeling tajam. Mimi dan Aisha hanya ketawa mengejek sambil bersedia untuk ke
hospital. Mereka sudah membuat keputusan, by
hook or by crook, mereka mesti bawa Shasha untuk membuat sebarang
pemeriksaan. Risau! Laju sahaja kaki mereka masuk ke dalam bilik untuk bersiap
sedia.
Najwa
masih terkulat-kulat di tempatnya. Sungguh ralit bila Mimi dan Aisah sepertinya
kurang mesra dengannya hari ini. Sebelum-sebelum ini mereka bertigalah yang
menatang dirinya dengan penuh terjaga dan rapi.
“Najwa
tak pergi balik rumah ke? Biarlah mereka yang bawa akak ke hospital.”
“Tak
apa kak, Najwa tunggu akak sampai ke hospital.” Shasha lantas diam. Kurang ada
mood untuk berlawan tekak. Otaknya sudah mula bermain memikirkan tentang
kejadian yang dialaminya sebentar tadi.
“Memang
selalu terjadi macam ini ke kak?”
“Ini
baru pertama kali. Entah kenapa pula tiba-tiba ada perkara ini. Sebelum-sebelum
ini tidak pula ada perkara yang membahayakan terjadi,” keluh Shasha. Sungguh
kalau tidak menyangka dengan kejadian ini, mungkin dia boleh menyambung tidur
petangnya selepas solat. Kerjanya yang terbengkalai juga boleh dibuat
sedikit-sedikit. Dia juga mungkin membuat persediaan untuk mengulangkaji
pelajarannya.
“Kak
Shasha… Boleh Najwa tanya sesuatu?”
“Tanyalah,”
jawab Shasha sambil menutup matanya dengan merebahkan kepalanya di bahu sofa
itu.
“Kak
Shasha dengan Abang Iffat adalah sepasang kekasih?” terpanggung terus kepala
Shasha sambil merenung tajam ke arah gadis itu. Apa punya soalan. Abang Iffat?
Wuekkk.
Tengku Iffat inilah
yang punya pasal, asyik berkepit saja sana sini sampai Najwa yang menyukai
lelaki itu sudah mula bertanya. Ini yang dia tidak suka. Menjadi orang tengah! Sakit
hati dan sakit mata.
“Kenapa tanya?”
Najwa
menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Akak memang tidak ada
apa-apa hubungan dengan dia,” itulah jawapan yang diberikan kepada Najwa sambil
meletakkan kembali kepalanya di atas bahu sofa. Belakang kepalanya sudah mula
merasa pening-pening, juga seperti dicucuk-cucuk sakitnya.
“Tapi Najwa tengok
Abang Iffat sangat mesra dengan Kak Shasha.” Najwa sepertinya tidak berpuas
hati dengan kenyataan yang baru sahaja keluar dari bibir Shasha.
Dahi Shasha sudah
berkerut. Hajat hati ingin sahaja dia menempelak Najwa sekarang. Tak faham
bahasa ke apa minah ni. Tahulah kau tu suka dekat Tengku Iffat. Dah aku cakap
sekali tu tak payahlah nak banyak tanya sangat. Budak ni memang nak kena
betullah.
Belum sempat Shasha
hendak membuka suara. “Jom Sha, aku dah bawa semua barang-barang kau dekat
sini.” Mimi keluar dari bilik dengan menyandang sebuah beg yang berwarna merah
hitam. Itu adalah salah satu beg Shasha. Beg yang ranggi dan tetap bergaya.
Shasha bangkit dari
pembaringannya lalu berjalan dengan perlahan mengikuti jejak langkah Mimi.
Najwa juga turut berdiri ketika itu sambil melihat Shasha yang berjalan lemah.
Tidak lama kemudian juga Aisah keluar dari bilik sambil mengunci rumah sewa
mereka. Ketika itu Aisha sepertinya membuat sebuah panggilan.
“Mimi, macam mana kita
nak pergi hospital?” tanya Shasha. Mereka tidak ada kereta. Nak pakai basikal,
masa keadaan lemah-lemah macam ini memang semangat untuk menunggang basikal
tiada langsung.
“Aku terus telefon
pihak hospital untuk bawa ambulan ke sini. Senang. Kita tunggu stretcher sampai.” Shasha menganggukkan
kepalanya tanda faham. Habis sahaja Mimi memberikan jawapan kepadanya, pihak
medik dari hospital sudah pun sampai. Tanpa membuang masa mereka membaringkan
Shasha ke atas stretcher lalu membawa
dia masuk ke dalam kereta ambulan. Mimi bertindak untuk memberi sebarang
informasi kepada pihak medik.
Sepantas kilat, Shasha,
Mimi dan pihak ambulan sudah hilang dari mata. Tinggallah Aisha dan Najwa di
situ. Tanpa memperdulikan Najwa, Aisha berjalan mencari teksi untuk pergi ke
hospital.
“Kak Isha,” Aisha
menoleh.
“Yes?” Najwa takut-takut. Dia sepertinya rasa tersisih.
“Saya nak ikut pergi
hospital, boleh tak?”
“Ok. Jom,” ikut kepala
hotak kau Najwa. Aku nak tengok setakat mana kau boleh berlakon depan kami.Kau
tunggulah nanti dekat hospital kalau nak sangat tengok amukan si Iffat yang kau
puja-puja tu.
Najwa membiarkan Aisha
berjalan mendahului di hadapan. Lantas telefon bimbitnya dicapai dari poketnya.
Nombor telefon didail. Tidak lama kemudian, panggilannya dijawab. “Good job Steven. I will bank in your money
right after this.”
Tut. Tut. Tut. Tut.
Najwa sudah tersenyum sinis. Puas hatinya melihat Shasha dalam keadaan lemah.
============================================
HAKCIPTA
TERPELIHARA
Tidak
dibenarkan mana-mana bahagian dari terbitan / blog ini diterbitkan / dibuat
semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau
dengan apa jua alat sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak penulis
atau daripada pihak bakal penerbit yang asli.
No comments:
Post a Comment