Bab 01
SUASANA yang nyaman di kawasan Universiti
Cambridge amat menenangkan Tengku Iffat untuk bersendirian buat seketika.
Mereka baru sahaja masuk ke musim bunga. Angin juga sepoi-sepoi bahasa. Ini
yang membuatkan Tengku Iffat suka kepada musim bunga. Suasana yang cantik.
Tetapi tidak lama kemudian, ketenangan itu sering sahaja dirosakkan oleh
segelintir manusia yang cemburu dengan keinginan Tengku Iffat. Contohnya…
“IFF, IFFAT!” Saiful dan Rizal, sahabatnya berlari rentak
seribu mendapatkan Tengku Iffatyang kelihatan sedang sibuk menatap komputer
ribanya dengan headset terlekap di
telinganya.
“Apa hal? Berlari macam nampak hantu saja,” berkerut muka Tengku Iffatnamun
jarinya masih rancak menari menaip di atas komputer ribanya lalu mengantungkan headsetnya di leher, ingin mengetahui
apa yang menyebabkan dua orang sahabatnya dengan keadaan sebegitu.
Dengan keadaan yang tercunggap-cunggap, mereka sedaya upaya
menerangkan apa yang berlaku. Cuba bertenang untuk menerangkan satu persatu.
“Nadia. Nadia,” berkerut dahiTengku
Iffat ketika satu nama disebut oleh kedua sahabatnya. Menginginkan sebuah penjelasan
yang lebih terperinci.
“Relaks relaks ok. Kenapa dengan Nadia?” hairan dia kenapa
nama kekasihnya disebut dengan keadaan kelam kabut.
“Shasha! Fight
dengan Nadia di belakang dewan Students’
Union. Habislah Nadia Iff, siap meraung Nadia kami dengar,” terang Saiful.
Tanpa membuang masa, Tengku Iffat berlari mengambil basikal miliknya yang
terletak di tempat khas untuk basikal lalu mengayuh laju menuju ke arah di mana
tempat Nadia dihentam oleh seorang gadis yang bernama Shasha.Diikuti pula
dengan Saiful dan Rizal turut berbasikal dari belakang. Nasib baik dia hanya
berada di Mil Lane Lecture Rooms ketika itu. Bukan main laju lagi mereka
bertiga memecut melintasi Jalan Mill sehingga ke tempat yang dituju, iaitu
Cambridge University Students’ Union, dalam kata lainnya boleh juga dipanggil
CUSU.
Apa lagi yang minah ni buat hah! Hish, suka buat hidup aku susahlah
kalau macam ini gayanya.
“SHASHA! SHASHA! TOLONGLAH! SAKIT.” Nadia merayu kepada Shasha. Siapa
Shasha? Sememangnya mereka berdua adalah musuh tradisi. Mimi dan Aisha selaku
sahabat Shasha hanya tersenyum sinis melihat Nadia merayu-rayu meminta dilepaskan.
Nadia yang pada masa itu hanya mampu terbaring dengan rambutnya yang kusut
masai, ditambah lagi kaki Shasha menekan bahunya dengan kasut tumit tinggi yang
tersarung dikaki Shasha, dia sememangnya tidak mampu untuk berbuat apa-apa.
Apatah lagi hendak melawan balik.
“Ohhhh! Tahu sakit!” Shasha menarik rambut Nadia supaya dia
boleh berdiri kemudian memaksa Nadia melihat ke arah seorang perempuan yang
sedari tadi tunduk, tidak berani menatap wajah Nadia.
“Ni, cuba kau tengok apa yang kau dah buat dengan budak ni.”
Shasha merentap rambut Nadia lagi dengan kuat, memaksa dia untuk melihat
seorang gadis yang berbadan kecil molek ketakutan tika melihat wajah Nadia.
Seorang gadis yang penuh dengan lebam-lebam dimuka, tangan kirinya yang berbalut,
bahkan Shasha tidak sanggup melihat lebam-lebam diseluruh badan gadis itu.
Kalau ikutkan hatinya yang geram ini, memang dia tidak akan teragak-agak
melaporkan kes pembulian ini kepada pihak polis.
“Bukan aku yang buat Shasha,” rayu Nadia, sakit yang ditanggungnya
tidak dapat ditahan lagi. Nadia amat berharap Shasha tidak lagi menggila dan
melepaskan dia secepat mungkin. Taubat aku takkan mengacau sarang tebuan
Shasha. Dia bukannya tahu Shasha dengan budak hingusan itu ada kaitan.
Mendengar sahaja keterangan Nadia itu, kemarahan Shasha
kembali memuncak, bahkan lebih tinggi daripada tadi. Matanya mencerlung Nadia
dengan amat tajam. Ohh, tak nak mengaku ya? Ni yang aku tidak boleh terima ni.
Aku boleh nampak apa yang kau dah buat dekat budak ni, kau sedap-sedap tak nak mengaku
ya!
“Mimi, Aisha, bawa Najwa pergi daripada sini. Biar aku
uruskan perempuan tak sedar diri ini dahulu,” arah Shasha kepada dua orang
sahabatnya. Tanpa membuang masa lagi, rambut Nadia ditarik dengan kuat, lalu
menolak badan Nadia dengan kuat ke dinding dewan itu. Dinding yang bercorak
penuh dengan seni inggeris tidak dihiraukan oleh Shasha. Nadia meraung dengan
lebih kuat akibat hentakan yang diterimanya sebentar tadi.
“Ohh! Tak nak mengaku! Kau ingat aku tak nampak kau macamorang
yang tidak bertemadun mengerjakan Najwa. Bukan seorang, sampai berpuluh kau
suruh hentam budak tu,” belum sempat Nadia duduk kerana badannya pada masa itu
amat lemah, lehernya dicekak oleh Shasha, memaksa Nadia untuk melihat dirinya. Tidaklah
kuat sangat. Mata Shasha merah menahan marah pada waktu itu. Bibir Nadia
terketar-ketar ketakutan melihat reaksi muka Shasha pada masa itu. Gerun!
“A… a… Aku minta maaf Sh.. Shasha, aku minta maaf,” rayu
Nadia dengan suaranya yang tersekat-sekat. Air mata Nadia tidak henti-henti
mengalir sedari tadi. Huh! Pandai pulak dia takut.
“Sepatutnya kau minta maaf pada Najwa. Bukannya aku! Bodoh!”
rahang pipi Nadia dipicik kuat, sehingga Nadia meraung dengan lebih kuat lagi.
Nadia gerun melihat muka Shasha ketika itu. Hilang segala kecantikan dan
kecomelannya yang sememangnya menjadi idaman semua lelaki. Muka dari babyface jadi meroyan-face.
“Mimi, Aisha. Bawa budak Najwa tu ke sini,” teriak Shasha,
kerana dia tahu dua orang sahabatnya itu bersembunyi disebalik dinding dewan Students’
Union tersebut. Mimi dan Aisha memimpin Najwa berjalan menuju ke arah mereka.
Shasha menolak badan Nadia sehingga dia tersungkur tepat
depan kaki Najwa. Najwa hanya menunduk, tidak berani melihat Nadia, walaupun
dia dalam keadaan begitu.
“Aku minta maaf Najwa. Aku rayu, aku mohon Najwa, aku minta
maaf,” rayu Nadia sambil memeluk kaki Najwa, memohon kemaafan walau sebesar
zarah pun daripada Najwa itu. Sebenarnya dia amat takut akan diapa-apakan lagi
oleh Shasha.
Melihat keadaan itu dimana Nadia yang tempoh hati membuli
dirinya, namun kini perempuan itu malah merayu meminta maaf. Najwa terkedu dan
terpegun dengan kelakuan Nadia, tidak disangkanya, senior yang digeruninya
meminta maaf kepadanya.
Kejadian yang dialaminya seminggu lalu tidak dapat dilupakannya.
Hanya kerana dia lupa menyiapkan assignment
Nadia tepat pada masanya, dia dikerjakan cukup-cukup. Di dalam Cambridge Judge
Business School, memang Nadia yang amat ditakuti oleh semua junior.
Akan tetapi Najwa amat bersyukur kerana semua kejadian itu
telahpun disaksikan oleh Shasha dengan dua orang sahabatnya. Walaupun mereka
membiarkan kejadian itu sehingga selesai, tetapi mereka yang membawa Najwa ke
hospital untuk mendapat rawatan yang lebih lanjut. Shasha, Mimi dan Aisha, tiga
nama senior Engineer in Architect yang amat gah di Universiti Cambridge itu
selain daripada Tengku Iffat, Saiful dan Rizal. Hanya kerana Nadia mempunyai
kekasih yang bernama Tengku Iffat, dia seperti ada kuasa untuk membuli semua
junior.
“Shasha!” Mereka semua menoleh ke arah suara lelaki yang
kuat. Setelah Shasha melihat gerangan empunya suara itu, dia terus melepaskan
cengkaman pada rahang pipi Nadia dan terus berpeluk tubuh sambil merenung
lelaki tersebut dengan renungan yang tajam. Ohhh, panggil hero ya.. Siapa lagi
kalau bukan Tengku Iffat. Shasha hanya tersenyum sinis melihat lelaki itu
berjalan ke arah mereka.
“Sayang.” Nadia terus memeluk Tengku Iffat, ingin meminta
perlindungan daripada kekasihnya itu. Tengku Iffatmelihat keadaan Nadia dengan
hati yang berkemacuk.
“Kau ni dah kenapa hah?” jeritTengku Iffatkepada Shasha. Matanya
melihat keadaan sekeliling. Ada Mimi dan Aisha, juga seorang perempuan yang
sedari tadi tunduk yang penuh dengan lebam-lebam di mukanya.
“Aku tak ada buat apa-apalah Iffat. Saja nak beri pengajaran kepada girlfriend kau yang terchenta ini,” kata Shasha sambil mencebik
bibirnya. Sakit matanya bila melihat Nadia sedang memeluk Tengku Iffatdengan
kuat. Saiful dan Rizal sedang berlari anak menandakan mereka baru sampai.
“Babe, awak pergi
dengan Saiful dan Rizal ya.” Nadia hanya mengangguk kepalanya. Dia perlu lari
daripada Shasha dan kawan-kawannya. Dia mahu lari, dia amat takut untuk berhadapan
dengan Shasha ketika ini.
Tengku Iffat berjalan menuju Shasha dengan renungannya yang
tajam. Shasha memang tidak puas hendak mencari gaduh apa sahaja berkaitan
dirinya. Dia ingin membuat perhitungan kepada Shasha kerana membuli kekasihnya
Nadia. Tangannya didepangkan di antara Shasha, sekaligus menghalang Shasha
untuk bergerak.
“Jumpa tempat biasa. Bawa Najwa sekali,” arah Shasha kepada Mimi dan Aisha. Tanpa membuang masa, Mimi,
Aisha dan Najwa juga beransur pergi dari tempat tersebut.
Tengku Iffat berdiri dekat dengan Shasha. Sangat dekat
sehingga jarak muka mereka hanya seinci. Mereka bertentangan mata dalam
beberapa minit. Dua-dua sepertinya tidak mahu kalah. Akan tetapi dalam masa
yang sama, persis ada renjatan diantara mereka berdua.
“Apa yang kau buat dekat Nadia ini, kau dah lebih Shasha.
Memang sudah melebihi batas yang tidak sepatutnya. Aku boleh laporkan perkara
ini kepada pihak polis.” Tengku Iffatsedaya upaya menahan suara kemarahannya
terhadap Shasha.
“Bukan salah aku. Semua ini berpunca dari girlfriend kau sendiri,” keadaan mereka
ketika itu persis pasangan yang tengah bercinta. Dekat sangat. Degupan jantung
juga bisa kedengaran. Hembusan nafas juga saling bertemu.
“Kau patut lihat apa yang perempuan jalang yang kau puja tu
lakukan terhadap Najwa sampai lebam-lebam. Bukan setakat muka, bahkan seluruh
badan! Kau buta ke hah! Kalau kau nak sangat nak bawa perkara ini kepada pihak
polis, okay aku sahut cabaran kau itu. Kau laporkan pasal Nadia, aku boleh
laporkan pasal Najwa. Win-win!” jarak
di antara mereka semakin hampir, sehingga desahan nafas masing-masing
kedengaran. Nampak benar kedua-duanya menahan rasa marah mereka.
“Aku tak percaya Nadia buat benda itu semua. Aku tahu Nadia
macam mana.”
Huh! Kau belum tau, si Nadia tu perempuan jalang tahu tak.
Dah berapa ekor jantan dia bawa tidur, ingat aku tak tahu projek si Nadia tu
malam-malam. Mentang-mentang boyfriend
dia suka beri kebebasan dalam hubungan mereka, boleh pulak dia menjual maruah
dia di kota London. Kesian aku tengok mamat nih, tak habis-habis nak
pertahankan kekasihnya yang tidak seberapa nak dibanggakan itu.
“Atau kau sebenarnya cemburu dengan hubungan kami Nur Shasha
Asyikin?”Tengku Iffattersenyum sengih setelah bertanyakan soalan itu kepada
Shasha. Shasha terkejut dengan pertanyaan itu. Shasha mencebik. Tak kuasa aku
nak jealous-jealous dengan dia.
“Aku? Cemburu? Helloo! Sila buka mata itu bagi luas sikit. Kau
siapa nak jadi boyfriend aku,” sambil
menekan kuat dada Tengku Iffatberkali-kali dengan jari telunjuknya yang
runcing.
“Huh! Aku dari dulu lagi nak sangat jadikan kau girlfriend aku Sha, tapi kau ini liat
sangat. Kau tu patut bergandingan dengan aku, bukan dengan mamat nerd!” puas hatinya mengenakan Shasha
pada ketika itu. Merah padam muka Shasha menahan rasa geram di hati. Bibirnya
diketapkan menahan marah yang membuak-buak di hati.
“Aku ada alasan untuk tidak menerima kau sebagai boyfriend aku. Contohnya macam sekarang,
kau tidak layak! Kau lebih layak dengan perempuan spesis macam Nadia. Memanglah
korang berdua tu bagai pinang dibelah sepuluh.”
Tengku Iffat geram dengan kenyataan yang keluar dari mulut
Shasha. Sekali lagi dalam erti kata lain dia ditolak secara mentah.
Dalam masa yang sama, degupan jantung Tengku Iffat dan
Shasha berdegup amat kencang. Sedar dengan keadaan itu, Tengku Iffatmeninggalkan
Shasha serta-merta. Kenapa kencang sangat ni? Baru pertama kali aku melihat
mata galak seperti pelakon-pelakon wanita Korea yang melakukan pembedahan double eyelid itu milik Shasha.
Kecantikan Shasha memang asli. Tidak seperti Nadia, setiap sudut di mukanya
penuh dengan suntikan botox, terutama
bahagian bibirnya. Mahu seperti KimK katanya. Dengan Nadia tak pun macam ni,
walaupun Nadia pakai baju seksi sehingga menampakkan lurah belahan jiwanya,
jantung aku tak berdegup macam ni. Ish, tak boleh, Nadia steady girlfriend aku, walaupun aku dengan dia dalam open relationship tapi Nadia amat faham
dengan sifatku yang satu itu, sifat ingin berkawan ramai. Ahhh! Peduli apa!
Ketika itu juga, Shasha berusaha untuk meredakan degupan jantungnya
yang bergerak kencang. Kenapa dengan Tengku Iffat, jantung ini gatal sangat nak
buat exercise. Ah! Buat apa aku nak
fikirkan tentang itu. Aku ada boyfriend,
banyak seperti dia. Tidak perlu aku sakit kepala memikirkan tentang lelaki yang
terlalu forward. Degupan jantung itu
hanya salah satu permainan perasaan.
======================================
HAKCIPTA TERPELIHARA
Tidak dibenarkan mana-mana bahagian dari terbitan / blog ini diterbitkan / dibuat semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau dengan apa jua alat sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak penulis atau daripada pihak bakal penerbit yang asli.
No comments:
Post a Comment