Bab 05
NAJWA
kelihatan resah di sisi basikalnya sambil menunggu seseorang di depan pintu
utama bangunan CUSU. Semalam Shasha telah menghubunginya untuk berjumpa di CUSU
selepas habis kelas. Apa yang Najwa tahu, hari ini merupakan perjumpaan sulit
diantara semua Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia. Najwa budak baru, entah
kenapa Shasha ingin berjumpa dengannya.
“Hai.” Najwa ditegur
oleh suara garau lelaki dari belakangnya. Seketika Najwa menoleh ke arah suara
lelaki itu. Dia amat terkesima melihat tuan punya suara. Lidahnya kelu, hatinya
berdegup kencang ketika mata itu ralit merenung dirinya dengan senyuman yang amat
menggugat tangkai hati Najwa.
“Awak tengah tunggu
seseorang ke?”tanya lelaki itu lagi ketika sapaannya tidak berbalas. Najwa
tidak memberi sebarang respon terhadap pertanyaannya. Lidah kelu macam mana
hendak memberikan respon. Degupan jantung semakin kencang apabila lelaki di
hadapannya kini berbicara. Bukan tidak pernah ditegur oleh lelaki lain, tetapi
aura lelaki ini amat berlainan seperti lelaki lain. Siapakah lelaki ini?
Najwa menganggukkan
kepalanya sebagai tanda jawapan kepada pertanyaan yang diberikan. Tidak mahu
membiarkan soalan itu bergantung. Senyuman lelaki itu semakin lebar melihat
respon Najwa.
“Tengku Iffat. Panggil saja
Iffat kalau nak lebih mesra,” perkenal lelaki itu sambil mengenyitkan matanya
dan menghulurkan tangannya tanda perkenalan.
Iffat? Macam pernah
saja dengar nama itu? Tak kan Tengku Iffat? Huluran tangan perkenalan disambut
dengan perasaan yang ragu-ragu.
“Hmm soft,” kata Tengku Iffat setelah melepaskan salam perkenalan
mereka. Tengku Iffat seperti terjumpa pengganti baru Nadia. Kawan-kawannya yang
lain itu tidak boleh dibuat bini. Yang ni macam boleh saja. Taklah alim sangat
nampaknya budak ni. Dia hulurkan tangan pun boleh saja dia sambut. Macam hendak
tarik balik sahaja kenyataan di atas tadi.
Najwa tersipu malu
mendengar pujian daripada Tengku Iffat. Terasa bangga kerana ditegur dahulu
oleh Tengku Iffat sendiri tanpa membuat perkara yang menggedikkan untuk menarik
perhatian lelaki itu seperti yang dilakukan oleh mahasiswi-mahasiswi yang lain.
“Nama awak siapa?” Tengku
Iffat terus menjual minyak. Respon yang diberikan amat baik.
“Najwa,” jawabnya sambil
tersenyum malu. Lupa seketika akan niatnya dengan perjumpaan Shasha. Dia tahu,
Shasha dengan dua orang sahabatnya telah pun menasihatinya untuk menepis
sebarang godaan yang datangnya daripada lelaki yang bernama Tengku Iffat.
Tapi dengan situasinya
sekarang, Tengku Iffat yang menegur dirinya dahulu. Ada rezeki di depan mata.
Takkan dia mahu menolak.
“Emm sedapnya nama
Najwa. Buat apa dekat sini? Tunggu seseorang?” tanya Tengku Iffat sambil
jongket-jongket kening nakal. Bila melihat gadis di hadapannya ini tersipu malu
dengan perlakuannya, dia langsung sahaja memberikan sebuah senyuman
selebar-lebarnya.
Najwa terus teringat
akan tujuannya di CUSU. “Oh, saya tunggu Kak Shasha. Dia minta tunggu saya
dekat sini.”
Terkejut mendengar nama
Shasha yang terbit daripada Najwa.
“Shasha? You are waiting for Shasha? Nur Shasha
Asyikin?” tanya Tengku Iffat untuk memastikan orangnya.
“Ya.”
“Ala awak kenal dengan
Shasha rupanya,” keluh Tengku Iffat.
“Kenapa?” tanya Najwa
polos. Dia tidak seberapa tahu akan keadaan perhubungan di antara Shasha dan Tengku
Iffat. Menurut teman sekuliahnya, mereka ini seteru sejati. Setiap perjumpaan
semestinya ada sahaja pertelingkahan akan berlaku walaupun hanya seketika.
Peperangan mulut di antara mereka adalah satu perkara biasa.
Soalan Najwa ditolak
tepi. Tengku Iffat cuba untuk mengingati apa kaitan Najwa, Shasha dan Nadia.
Tidak lama kemudian, dia terkenang sesuatu.
“Ohh… jadi awak la baby Najwa ini ya?”
Najwa melihat Tengku
Iffat sambil mengerutkan dahinya tanda tidak faham.
“Baby Najwa?” tanya
Najwa ingin mengetahui dengan lebih lanjut.
“Aik, tak tahu ke? Ok
lah biar saya terangkan kepada awak ya cik manis. Shasha ada jumpa dengan saya,
dalam erti kata lain beri amaran supaya jangan approach perempuan yang bernama Najwa. Orang Malaysia. Kalau
Shasha, Mimi dan Aisha dah bagi title awak ‘Baby’,
maknanya mereka anggap awak adik diorang cik Najwa,” panjang lebar Tengku Iffat
menjelaskan tentang itu sambil merenung mata Najwa lembut.
“Emmm, I have to go. Sorry tak dapat cakap
lama,” kata Tengku Iffat sambil mengerling jam di tangan kirinya. Tidak mahu ketahuan
daripada Shasha. Kalau nampak, habislah. Tanpa meminta pamitan, Tengku Iffat
berlalu.
Senyuman tidak lekang
di bibir Najwa sambil melihat Tengku Iffat masuk ke dalam.
“Hai Najwa, senang hati
nampak,” Shasha yang baru tiba di situ menegur Najwa. Najwa terkejut dengan
kedatangan Shasha. Amat berharap bahawa Shasha tidak melihat dia berbual dengan
Tengku Iffat.
“Baru jumpa dengan si Iffat
tu dah senyum-senyum ya Najwa,” suara Shasha penuh dengan sindiran sambil
melirik matanya kepada Najwa. Ingin melihat reaksi gadis itu.
Najwa terkejut
mendengar kata-kata daripada Shasha. Dia sudah tidak keruan.
“Tak ada apa-apa kak,”
nafi Najwa, ingin mengelak sebarang pertanyaan daripada Shasha mengenai Tengku
Iffat. “Emm akak nak jumpa dengan Najwa pasal kenapa?” sambung Najwa. Menukar
topik soalan adalah jalan yang terbaik.
“Ni untuk awak,” Shasha
menghulurkan satu fail nipis berwarna hijau kepada Najwa. Dahi Najwa berkerut
ketika itu, hairan kenapa Shasha memberinya sebuah fail. “Jadual perjalanan
jelajah Eropah untuk cuti semester nanti,” sambung Shasha lagi.
Najwa tersenyum suka,
malah lebih lebar daripada tadi. “Terima kasih kak,” kata Najwa sambil menyelak
isi kandungan fail itu. Dia memang ada berniat untuk menjelajah di negeri
Eropah ini semasa cuti semester mereka, dan niat itu diutarakan kepada Shasha.
Tidak disangka Shasha memberi jadual perjalanan berserta dengan tempat-tempat
yang mesti dikunjungi.
“Ok Najwa, akak dah
lewat ni nak pergi mesyuarat. Jumpa lagi,” Shasha mengenyitkan matanya sebelum
dia meninggalkan Najwa.
‘Sememangnya Kak Shasha
seorang akak yang baik,’ getus hati Najwa sambil tersenyum senang. Tanpa
membuang masa, dia pun berlalu dari situ.
SELAMA
tiga jam mesyuarat di antara ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia diadakan
telah pun selesai. Masing-masing menunjukkan wajah yang letih. Namun apakan daya,
mesyuarat ini harus diselesaikan.
“Iffat,” terdengar
suara Shasha memanggil Tengku Iffat dengan keras. Ketika itu Tengku Iffat
sedang duduk keseorangan diruang rehat CUSU yang sememangnya digunakan untuk
beriadah sambil menonton rancangan hiburan dikaca televisyen yang telah disediakan.
“Kenapa?” malas dia
mahu melayan Shasha. Dia mahu berehat, tenangkan fikiran. Sudahlah semasa
mesyuarat tadi mereka asyik sahaja berbalah pendapat.
“Aku dah kata stay away from Najwa. Tak reti bahasa
ke? Nak aku cakap dalam bahasa Korea? Portugis?” bentak Shasha yang ketika itu
sudah pun berdiri di depan Tengku Iffat.
Tengku Iffat
mendonggakkan kepalanya melihat wajah Shasha dengan malas.
“We were just talking, that’s all.” Tengku Iffat tidak mahu beralah,
tetapi suaranya masih seperti biasa. Malas mahu memulakan pergaduhan.
“Dah aku kata stay away tu ertinya tak boleh bercakap
la jugak,” suara Shasha seperti tadi.
“Kau ni kenapa
marah-marah aku bercakap dengan Najwa?”
“Tanya aku pulak kenapa?
Dah kau tu buaya tembaga, aku tak nak dia masuk ke mulut kau.”
“Ok apa dia masuk kat
mulut aku. She is so sweet, I want her to
be my girlfriend,” kata Tengku Iffat, sambil menutup matanya seperti
membayangkan Najwa itu adalah kekasihnya. Ingin menyakitkan hati Shasha
sebenarnya. Tapi kalau betul pun boleh jugak.
Tiba-tiba sebiji kosyen
bantal kecil terkena muka Tengku Iffat. Tengku Iffat terkejut dengan balingan
Shasha. Matanya mencerlung tajam ke arah Shasha. Muka Shasha amat merah pIffat
ketika itu, menahan amarah yang sedang melanda.
“Kau ni kenapa?” tempik
Tengku Iffat. Kesabarannya sudah tipis. Shasha ini suka menaikkan darjah
kemarahannya.
“Aku dah kata jangan
dekat dengan kawan aku,” suara Shasha juga tidak mahu kalah dengan lelaki di
depannya itu.
“Suka hati aku lah nak
berkawan dengan siapa. Nak bercakap dengan siapa! Yang kau nak sibuk apahal?
Kau bukannya girlfriend aku pun! Kau
tak ada hak pun nak kawal hidup aku.” Tengku Iffat tidak mahu mengalah.
“Sebab kau tu lelaki
tak berguna kau faham tak! Kau tu tak layak untuk bergelar sebagai seorang
kekasih!” Shasha menunjuk jari telunjuknya di depan muka Tengku Iffat.
Mendengar jawapan itu,
amarah Tengku Iffat semakin memuncak.
“Jangan cabar aku Sha,”
suara Tengku Iffat mengendur, menahan kegeraman yang melanda di dadanya.
Perempuan di depannya kini sudah mencabar dirinya.
“Huh. Malas aku nak
layan kau ni. Tapi ingat, jangan sesekali dekati Najwa. Dia masih lagi fresh.”
Belum pun sempat Shasha
berlalu, tangan kanan Shasha ditarik kuat oleh Tengku Iffat sehingga Shasha
terduduk di atas riba Tengku Iffat. Tengku Iffat memeluk kuat badan ramping
Shasha. Shasha seperti tidak mampu bernafas dengan pelukan daripada lelaki itu.
Tengku Iffat menentang
wajah Shasha dengan tajam. Shasha berkali-kali cuba untuk melepaskan diri
daripada pelukan Tengku Iffat, namun tidak berjaya.
“Iffat, lepaslah,” suara Shasha tersekat-sekat.
“Kau cabar aku Sha. Kau
pandang rendah dengan aku,” suara Tengku Iffat kedengaran keras.
“Lepaslah!” jerit
Shasha. Tidak tahan diperlakukan sebegitu.
Lantas selepas Shasha menjerit,
belakang kepalanya dipegang kejap dan Tengku Iffat mengucup bibir Shasha lama.
Sedar akan kejadian itu, dengan tangannya yang tidak dikunci, dia terus
menghadiahkan tumbukan sulungnya ke muka kacak Tengku Iffat sehingga pecah
bibir lelaki itu.
Tengku Iffat menahan
kesakitan yang diterimanya daripada Shasha. Hebat jugak penangan sulung perempuan
ini. Tengku Iffat tersengih mengenangkan perkara yang dilakukannya sebentar
tadi.
“Tak guna!”
==========================================
HAKCIPTA TERPELIHARA
Tidak dibenarkan mana-mana
bahagian dari terbitan / blog ini diterbitkan / dibuat semula, disimpan untuk
pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau dengan apa jua alat
sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak penulis atau daripada pihak
bakal penerbit yang asli.
No comments:
Post a Comment